27 Jun 2009

Manek Urai : Abe Je Usahawan Berjaya Turun Padang

Anak jati Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, dinamakan calon Pas untuk pilihanraya kecil Manek Urai yang akan diadakan 14 Julai nanti.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut dihadapan lebih 6,000 penyokong di satu ceramah di Kampung Manek Urai Lama. Turut hadir di ceramah tersebut adalah Presiden Abdul Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Husam Musa, Pengarah Pilihanraya Saifuddin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pilihan calon amat penting di kawasan pedalaman ini, dan Fauzi disebutkan sebagai calon paling layak menggantikan Adun Ismail Yaacob yang meninggal dunia Mei lalu.

Fauzi adalah usahawan berjaya, dan pengalaman beliau dalam isu-isu masyarakat menjadi aset kuat calon Pas ini, yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Kuala Krai - jawatan yang disandang sejak 1999.

Ismail, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Su Wei, memangi kerusi Manek Urai selama lima penggal berturut-turut sejak dari 1986. Populariti Pas di Manek Urai jelas terserlah kerana walaupun Pak Su Wei tidak bertanding di Manek Urai dalam PRU 2004, calon BN Zulkepli Omar sekadar menang dengan majoriti nipis 53 undi.

Manek Urai terletak dua jam perjalanan dari Kota Bharu, dalam Parlimen Kuala Krai. Sebahagian besar kawasan Manek Urai diliputi hutan dan estet, memuatkan kira-kira 12,292 pengundi. Peratusan etnik adalah 99.3 peratus Melayu, 0.5 peratus Cina dan 0.2 peratus India.

Sementara itu harakahdaily hari ini melaporkan Fauzi telah mula turun padang menemui masyarakat.

Beliau bersama isteri, Aminah Mahmood dan kakak sulung, Mariam menziarahi keluarga Allahyarham Ismail Yaakob di Kampung Manek Urai Lama.

Selepas itu beliau menemui pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu sambil menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar.

Ketika berucap ringkas pada majlis itu beliau berkata, biar pun baru dipilih sebagai calon PAS Dun Manek Urai namun hubungannya dengan penduduk Manek Urai sudah lama terjalin keran sering mengikuti program dihadiri Paksu Wil.

"Kalau dulu saya mengikuti arwah dalam majlis sebegini dan sekarang saya meneruskan usaha-usaha yang telah beliau lakukan sebelum ini.

"Majlis penyampaian sumbangan seperti ini merupakan program biasa yang diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya ke universiti," ujar beliau.

Sementara itu seorang pelajar, Nur Atikah Che Razali, 20 yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Darul Iman melahirkan rasa bangga kerana menjadi anak Dun Manek Urai yang pertama menerima sumbangan disampaikan Calon PAS.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Abe Uji kerana sudi menyampaikan sumbangan tersebut walaupun sibuk dengan aktiviti kempen sempena pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Rakannya Nur Fatiha Mohd Safardi,20 yang berjaya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap Abe Uji dipilih rakyat mewakili Dun Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Sumbangan yang diterima hari ini adalah sebagai perangsang untuk meneruskan pengajian di bidang pendidikan," katanya.

Mohd Khairul Fahmi Zulkifli, 18 berkata, walaupun belum layak mengundi, namun yakin Abe Uji akan menjadi pilihan utama penduduk di Dun Manek Urai.

"Abe Uji mudah mesra dengan golongan belia biar pun baru pertama kali bersua muka," katanya.


2 ulasan:

RBF Online berkata...

kpd blog master

nak tipu pun berpada pada lah

calon pas ni bukannya anak jati kuala krai

beliau berasal dari bachok

istilah anak jati adalah org yg lahir di kawasan yg berkenaan.

blogmaster tak nak cakap ke yg saifuddin nasution pun anak jati kelantan juga ?

Tanpa Nama berkata...

apa ada kisah,
perjuangan Islam tak mengenali batas sempadan negeri dan daerah, tidak mengenali bangsa dan warna kulit, bukan seperti umno yng masih gila dengan "ketuanan Melayu" - dengan semangat kebangsaannya.

abe je dah lama di kuala krai.. dah diterima oleh penduduk manek urai sebagai orang yang dekat di hati mereka...

UMNO DAH TERBARAI