Cuma pada pagi ni aku nampak bukan aku sorang yang mahukan calon Edorgan… Blogger Mamamat pun sependapat dengan aku, MSK boss Perakexpress sama juga… jadi apa yang aku luahkan selama ini bukan aku saja, buka Kick de Fella, Tulang Besi (Malaysiawave), kepala otak berjambul, manjanik dan ramai lagi yang tak dapat aku sebutkan di sini.
Pasai apa aku sokong Husam….. pasai dalam Malaysia ni musuh no wahid dan musuh akhbar dalam hidup aku ialah UMNO…… aku ulang balik…musuh no wahid dan musuh akhbar dalam hidup aku ialah UMNO.
Bila aku sokong calon Edorgan akhir-akhir ni Tok Guru MB Kelantan pun sama, alhamdullilah nampaknya kalau pimpinan paling tinggi dalam PAS pun sokong juga, jadi aku tak rasa apa-apa salah walaupun sebelum ini fikiran aku di kuis dengan label ulamak dan sebagainya….
Dah terlalu banyak muqadimah.. kang jemu pulak hangpa nak baca… cuma di sini aku nak minta semua perwakilan PAS yang akan memilih terutama sekali Timbalan Presiden…. aku harap hangpa yang nak memilih contohilah pengundi PRK DUN Penanti minggu lalu.
PRK kecil DUN Penanti telah menunjukkan dengan jelas kepada kita bagaimana UBN begitu bangsat sekali melakukan kerja-kerja terkutuk mereka dengan melobi dan mempromosikan calon Minah Ronggeng Kak Min… sedangkan mereka tidak bertanding, apa pasal mereka sibuk… sebab mereka nak lihat PKR jatuh…. tetapi pengundi DUN Penanti cerdik…mereka tolak Minah Ronggeng dan calon PR Dr Mansor yang mereka pilih… bukan calon promosi UMNO.
Jadi dari sini aku harap perwakilan Mukatamar nanti nampak dengan mata hati, jangan jadi buta, jangan jadi kurang cerdik dari pengundi DUN Penanti, hangpa tau bukan siapa calon yang dipromosikan oleh UMNO…… Pasai apa UMNO dok sibuk rumah tangga kita… siapa yang kita nak pilih…kalau tak ada sebab tak mungkin UMNO nak begitu sibuk….
Harapan aku perwakilan kenalah ikut contoh pengundi DUN PRK Penanti….tak perlu nak fikir ulamak ka apa ka… tolak calon promosi UMNO…. sokonglah calon pilihan Tok Guru MB Kelantan.
Kalau hangpa ada perasaan, ada rasa sayang pada ISLAM, ada rasa keinginan nak lihat PAS mentadbir Kerajaan Pusat… sokonglah apa yang Tok Guru MB Kelantan sokong. -manjongmari
Komen di manjongmari
kami rakyat mahu husam musa jadi timb presiden pas. sudah bertahun2 lamanya menunggu bounce back dlm arena politik di malaysia. dan sekarang alhamdulillah, pas menjadi kuat dan rakyat mahu pas menjadi lebih hebat dan dominan. kami rakyat percaya dan yakin, insyaAllah jika husam musa diberi mandat jawatan timb presiden, pas akan lebih begerak cemerlang mengorak politik malaysia yg lebih gemilang.
insyaAllah
lawan tetap lawan
Satu lagi berita
Nasar ni aku tak pernah jumpa dan tak kenal langsung. Persepsi terhadapnya 100% diperangaruhi oleh media.
Begitulah juga persepsi aku terhadap Najib!
Media on-line dan blog2 nyata mempunyai tanggapan nagatif terhadap Nasar. Namun MSM sangat bersimpati dan banyak memberikan ruang dan peluang untuk Nasar berkempen.
Mengapa pula MSM beriya-iya menaikkan si Nasar ni menimbulkan banyak tanda tanya. Aku pun tak tahu apa sebabnya.
Husam pula terlintas dalam radar pemikiran aku apabila membaca blognya tentang kekecuhan Alak, penyanyi utama Punk Rock Carborator Dung, yang menunjukkan punggung ketika membuat persembahan dalam protes kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya.
Terkejut juga aku apabila membaca tulisan seorang pemimpin tinggi PAS, Husam ini, yang tidak mengutuk, tetapi sebaliknya memahami dan cuba memberitahu pembaca tentang apa dia Punk Rock itu.
Ketika tempuh kempen PRK Bkt Gantang, aku dan Rahmat pergi ke sana bertugas sebagai pemantau pilihanraya untuk NIEI (badan NGO bebas - pemantau praya). Pada satu hari kami berundur dari Bkt Gantang untuk makan tengah hari di Kuala Kangsar.
Jadi kami pilih sebuah restoran ikan bakar di tepi sungai Perak dalam pekan K. Kangsar. Kami pesan ikan tenggalan bakar.
Sedap manis ikan segar itu.
Ketika sedang asyik enak makan, seorang yang dark, tall and handsome datang ke meja kami. Kami bersalaman ala kadar, maklumlah tangan berlumur dengan kuah nasi.
Dia bersembang-sembang dengan Rahmat. Aku teruslah juga makan - aku tak kenal dia pun, Rahmat pun tak memperkenalkan kami.
Setelah si gentleman ni beredar, baru Rahmat beritahu aku bahawa dia tu Husam.
Aku kesal juga Rahmat tak beritahu aku dan memperkenalkan kami. Kerana malam sebelumnya aku ada baca majalah dari Kelantan tentang usaha Husam dalam industri pertanian, khususnya penanaman dan penghasilan pokok gaharu.
Aku adalah sedikit tanah dua-tiga kangkang kera pesaka dari bapa dan emak aku. Sekarang ini tanah terbiar aje, jadi kot2 bolehlah diusahakan entah2 dengan tanaman gaharu. Husam tentu lebih mengetahui, dan bolehlah aku sembang2 mengenainya.
Dipendekkan cerita, apabila selesai makan dan minum, dan ketika aku nak bayar bil, pengusaha restoran tu kata dah dibayar.
Dibelanja oleh Husam.
Tetapi dia dah beredar. Tak sempat kami mengucapkan terima kasih.
Janganlah risau dan kecoh pulak, aku dan Rahmat ni bukannya ahli PAS dan tak ada undi atau hak untuk berkempen.
Jesteru tak timbul politik wang! Melainkan bagi orang2 yang sesungguhnya bodoh dan berhati jahat.
Dalam PRK Penanti pula, selepas penamaan calon di Pusat Belia Negara, aku dan Alfian bersantai minum kopi di sebuah warong.
Ketika aku sedang mendraf kenyataan akhbar NIEI tentang perjalanan pencalonan pagi itu, tiba2 sampai Mat Sabu.
Dia datang dengan ADUN Bkt Selambau, S. Manikumar, dan duduk di meja sebelahan dengan meja aku. Dia tak cam aku, tapi aku camlah dia.
Dah lama aku dan Mat Sabu ni tak berjumpa. Semenjak aku keluar dari Kemunting, tahun 1990!
Jadi aku pergilah ke meja dia dan aku sebutkan namaku. Terperanjat Mat Sabu dan terus dia memeluk aku. Masih mesra lagi dia, sepertimana mesranya dia ketika sama2 kami di Kemunting.
Mat Sabu ni di Kemunting terkenal sebagai pakar masak sup kaki kerbau. Memang sedap beb! Aku jamin kalau dia buka restoran dan francise, kalah KFC. Serius!
Mat Sabu ni, dari dulu lagi aku dapati mesra orangnya. Senang bergaul dengan orang ramai, tak kira kaum, bangsa atau agama.
Kalau di Kemunting, dia tu berkawan karib dengan Lim Guan Ng. Sedang dia ni PAS, Lim Guan Ng ni DAP - masa tu PAS-DAP ni berseteru.
Dan pada hari aku jumpa dia di Penanti pula, aku perhatikan seorang keturunan India ini pula, S. Manikumar nampaknya begitu senang dan rapat dengan Mat Sabu.
Husam dan Mat Sabu ni mesra rakyat nampaknya. Si Nasar tu aku tak tahulah.
Kalau kedua-dua ni kalah dan tersingkir dari kepimpinan PAS, rugilah PAS. -sanasini
Tidak perlu tolak Erdogan dalam Pas
KOTA BHARU - Pas mempersoalkan ahlinya yang menolak apa yang dikatakan kewujudan golongan Erdogan dalam kepimpinan parti itu.
Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, mereka yang menolak golongan itu dengan sendirinya dianggap tidak menyokong pucuk pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun pusat.
Katanya, konsep kepimpinan golongan ulama yang dimaksudkan oleh Pas bukan diukur berdasarkan pakaian, walaupun identiti ulama itu sebahagiannya boleh dikenal pasti melalui pakaian dan perwatakannya.
“Jadi tidak timbul soal ada yang menolak sesetengah pemimpin, terutama dalam muktamar agung nanti kerana wujud apa yang dikatakan golongan Erdogan dalam Pas,” katanya.
Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyokong wujudnya golongan Erdogan dalam Pas.
Menteri Besar Kelantan itu dalam kenyataan kepada pemberita semalam menyebut Erdogan ialah Perdana Menteri Turki yang memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan dalam Pas, beliau berasa gembira kerana mereka boleh memalukan golongan sekular di negara ini.
Menurut Abdul Fatah, golongan Erdogan diistilahkan mereka yang berpendidikan agama tetapi tidak mencapai tahap digelar ulama seperti sesetengah pemimpin yang ada dalam Pas pada masa kini.
“Ada sesetengah negeri memilih golongan bukan ulama menerajui parti, seperti Datuk Mustapha Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu.
“Kenapa tidak memilih Datuk Harun Taib yang memang berpendidikan agama dan terkenal sebagai golongan ulama sebaris dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?” katanya.
Abdul Fatah yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang, kesal ahlinya yang mempersoalkan isu wujudnya apa yang dikatakan golongan Erdogan dalam parti itu.
9 ulasan:
musuh nombor wahid aku pulak orang kafir bukan orang umno sebab semua orang umno adalah islam.
PEMBETULAN BRO!...ISLAM ADA 70 CABANG DAN YANG DITERIMA UTK SYURGA HANYA SATU.... RENUNG-RENUNGKAN...KAWAN NI ISLAM AHLI SUNNAH BUKAN ISLAM HADHARI @ ISLAM BARU...
ingatlah semasa rasululllah berperang dimana terdptnya kafir quraisy yang menyokong rasulullah dan ada umat islam yang jadi munafik.................. fikir-fikirkan
Musuh nombor satu umat Islam ialah golongan munafiq yang 'berjuang' seiring dengan pejuang Islam sejati. Di zaman Rasulullah dan khulafa' rasyidun, golongan munafiq tidak berada dalam 'kem' lain tapi bersama dengan mereka.
Begitu juga di zaman sekarang, musuh nombor satu bukan yang berada dalam 'kem' lain tapi yang turut serta dalam jemaah, menyamar, menghasut, merebut jawatan dsbgnya.
Keghairahan pihak tertentu (dan sekutu-sekutu, termasuklah bloggers) untuk mendapatkan jawatan yang berpengaruh atas alasan 'sayangkan parti' benar-benar menyerlahkan wajah sebenar anda!
Lontaran: Andai kata, dengan takdir Allah, calon yang anda sokong kalah dalam pemilihan, adakah anda akan redha dan akur atau adakah anda akan terus-menerus mencucuk dan menghasut?
yg mencucuk dan me nghasut dimulakan oleh si tanggang si mohd abduh yang dijulang oleh golongan pro ulamak kononnya.
AF Ustaz Nik Abduh yang mulakan mencucuk dan menghasut? Seingat saya kerja-kerja ini banyak berlaku selepas tahun 1999 dengan kemasukan ramai ahli baru yang 'punya nama'. Kami di Perak masih ingat lagi 'aktiviti' menghasut untuk menjatuhkan Almarhum Tuan Guru Sobran, Ustaz Kamaruddin Awang Bashir, Ustaz Azizan, Ustaz Sidik dan Cikgu Noh dalam kempen menaikkan Ustaz Ahmad Awang dan Asmuni Awi. Tetapi 'mangsa-mangsa' hasut itu tetap istiqomah berjuang bersama jemaah.
Dan aktiviti menghasut ini masih berjalan hingga hari ini, siap dengan tangkap gambar rumah pimpinan dan sms yang tersebar luas. Silalah ke Perak buat tinjauan.
selepas ini PAS akan kalah dalam pru13 .. itu yg dikehendaki oleh pas skrg ini
Yang dikehendaki oleh PAS ialah redha Allah SWT. Kalah menang PRU soal kedua. Yang mahukan kemenangan (samada dalam pemilihan parti mahupun PRU) AT WHATEVER COST ialah .....
Hehe ada yang emosi. Bab-bab emosi ni mengingatkan saya pada orang JIM dalam PAS - suka marah-marah, berlakun-lakun dan bila tak dapat apa yang dikehendaki, mula puncung-puncung merajuk... ala busyuk-busyuk....
Catat Ulasan