25 Jun 2009

Isu Manek Urai : Harussani Promosikan Perkauman Melampau

Banyak pihak hari ini menyelar kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang diisifatkan oleh mereka sebagai kenyataan yang mempromosikan semangat perkauman dan assabiyah melampau di kalangan masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum.

Harussani yang kecewa dengan kegagalan pembentukan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO menyatakan bahawa beliau sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) kerana beliau sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

Hal ini dapat difahami kerana sperti yang pernah didedahkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang bahawa Harussani adalah orang yang bertanggungjawab cuba memecah belahkan Pakatan Rakyat Perak satu ketika apabila mencadangkan kerajaan campuran dibentuk dengan cuba memujuk wakil-wakil PAS untuk bersatu dengan UMNO bagi pembentukan kerajaan negeri Perak.

Sementara itu Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Harussani Zakaria tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini, demikian dilaporkan oleh harakahdaily.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah,"
katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.


"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.

2 ulasan:

nel berkata...

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hanya menjadi penyaampai kepada lidah Utusan Meloya milik UMNO. Bagi puak-puak ini perpaduan hanya milik melayu sahaja sedangkan jika dilihat dari perjuangan Rasulullah S.A.W maksud perpaduan itu amat luas hingga tiada batasannya di tanah arab malahan dunia tanpa mengira fahaman agama, budaya dan bangsa.
Jelas dan nyata bagi UMNO, senjata penting untuk mengekalkan kuasa adalah dengan mengujudkan perpaduan dikalangan orang melayu sahaja sedangkan rakyat Malaysia pelbagai agama mahukan satu bentuk perpaduan nasional tanpa mengira warna kulit tetapi dalam masa yang sama agama tetap diutamakan dan tidak dipinggirkan sebagaimana UMNO meminggirkan para ulamak sejak dari zaman Tun Mahathir lagi.

Tanpa Nama berkata...

....."Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar".....

JAWAPAN : TAK ABIS2 DGN DENDAM KESUMAT. TAPI KONON NK IKUT NABI. NABI TU PEMAAF LAR BROTHER OOOI !!

...."Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.".....

JAWAPAN : JGN NK SAMAKAN PULAK NABI MUHAMMAD SAW DGN PAS. JAUH PANGGANG DARI API. PENGIKUT2 TOTOK JE YG RASA PERASAN !