25 Jun 2009

Isu Ke Manek Urai : Lim Kit Siang Bidas Politik Sempit Najib

Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.

Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

"Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain ..begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan? tanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Kit Siang berkata gesaan Najib itu membelakangkan slogan 1Malaysia yang dicanangnya sebagai komitment pentadbiran beliau untuk memupuk perpaduan kalangan pelbagai kaum.

"Kita sepatutnya mengadakan perbincangan perpaduan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat bersikap terbuka jika mahu diadakan perbincangan bersama bagi semua isu-isu demi kepentingan negara," tambahnya lagi.

Beliau juga melontar persoalan samada parti-parti komponen BN akan terus menerima konsep 1Malaysia dalam keadaan UMNO begitu cenderung mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Beliau mencabar pemimpin parti komponen Bn membuat pendirian terbuka dengan kesungguhan UMNO untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS atas alasan memelihara kepentingan Melayu.

"Adakah Ong Tee Keat (Presiden MCA) dan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) bersetuju bahawa perbincangan perpaduan Melayu tidak bercanggah dengan 1 Malaysia? Mengapa mereka membisu mengenai perkara ini? tanya Kit Siang.

Najib terus memainkan isu kerajaan perpaduan sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang semakin pudar terhadap UMNO. PAS telah pun secara rasmi menolak perlawaan itu dan menyatakan komitment penuh untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa bagi menggantikan BN.

Dalam satu kenyataan bersama Isnin lalu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menolak cadangan kerajaan perpaduan sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan yang semakin mendapat dokongan rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

5 ulasan:

Perak Melayujati berkata...

Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.

Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!

Tanpa Nama berkata...

kalu kita melayujati.. kita tak memakihamun atau berkata-kata dengan keji. Sedarilah siapalah kita ni disisi Allah.

Tanpa Nama berkata...

tolong jgn gunakan nama melayujatilah brother. Buat malu nama melayu je. Kan kita ni orang melayu yang ada sopan santun dan berbudi bahasa. Bertaubatlah sempena bulan rejab yang berkat ini.

Tanpa Nama berkata...

Itulah contoh org yang mencacatkan imej Islam. Tah2 berkopiah pulak tu, kereta berimej(ada pelekat) Islamik. Heeee ini yang saya kurang gemar. Malu kat kawan2 Malaysian yang lain. Dah la, malas nak cakap.

Tanpa Nama berkata...

Melayujati...,

Sesiapa yang membaca komen anda itu boleh meramalkan bahawa anda adalah penyokong tegar UMNO, dan saya adalah penyokong tegar juga disuatu masa dulu tapi sekarang saya menongkah arus menentang segala idealogi pembohong UMNO kepada rakyat.

Tahukah anda siapa yang menentang UMNO sekarang...? Tidak lain melainkan penyokong tegar UMNO sendiri. PAS,PKR dan DAP tidak mampu menumbangkan parti UMNO kecuali dengan bantuan dari penyokong tegar UMNO seperti saya dan rakan-rakan yang lain.

Kami berpolitik dalam bentuk "anonymous", walau pun ada ramai anonymous dan ada berbagai komen mereka yang berbentuk sampah, namun kami mempunya cara sendiri bagi menyampaikan maklumat dan juga pandangan yang positif kepada parti PAS dan PKR cara bagaimana menentang parti UMNO dan Barisan Nasional.

Kami akan kritik semua pemimpin pakatan rakyat secara terus agar mereka menilai semula segala tindakan dan keputusan yang telah mereka buat demi kebaikan parti dan rakyat keseluruhannya.
Sehingga kini apa yang kami komenkan mereka ambil perhatian dan ada kalanya mereka guna pakai idea kami.

Benarkah Najib Razak menggesa PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya demi kepentingan bangsa melayu dan Islam....?

Melayujati, sepatutnya kamu berkata "Pakatan Kepala Butuh!" kepada Barisan Nasional pimpinan Mohd. Najib Razak kerana setelah 51 tahun mentadbir Malaysia banyak pekara yang telah mereka selewengkan sehingga rakyat tidak percaya lagi pada Barisan Nasional-UMNO.

Sekarang sudah terdesak maka dengan muka tak malu Mohd. Najib terpaksa meminta bantuan dari parti PAS agar ahli yang menentang UMNO boleh disatukan dalam "kerajaan perpaduan"....? Sungguh lucu, "hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong.."

Melayujati, parti gabongan yang disebutkan sebagai Pakatan Rakyat tidak pernah ketepikan PAS macam sampah, tetapi sebenarnya parti UMNO yang rakyat ketepikan macam bangkai busuk.

Melayujati, parti UMNO mesti dibaikpulih strukturnya jika mahu parti itu terus berkuasa dibumi Malaysia ini, jika tidak disegerakan parti itu akan tumbang bukan kerana kekuatan pihak pembangkang, tetapi kekecewaan ahli dari dalam.

Melayujati, dalam UMNO ada ramai jenis melayu.
Anda jenis yang mana... "bangsa melayu" atau "orang melayu" atau "melayu jadi-jadian..."?