8 Jun 2009

PAS UMNO: BARU JADI TIMBALAN PRESIDEN SUDAH BERANI KURANG AJAR KEPADA MURSYIDUL AM

Kata Tok Iskandar : Pesuruhjaya PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata, ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas. Bila ditanya, beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.

Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru. Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok, dalam hirarki kepimpinan PAS, Mursyidul Am, TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri. Persoalannya, agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.

Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja. Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.

Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan. Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily. Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO. Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan. Menurut sumber dalam UMNO sendiri, kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.

Jika berlaku, mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangan pengikutnya di parlimen. Pada pandangan peribadi tok, eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.

Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz. Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu. Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini. Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami. - pemudakemehe1


32 ulasan:

paipon berkata...

salam..

aku tertarik dgn ulasan saudara di atas.Sekarang ni baru aku tau ada 2 kem dlm PAS, kem TGHH dan kem TGNA.Sebelum ni pada aku TGHH dan TGNA adalah pemimpin gerakan Islam yg berpengaruh dan sanggup berjuang hanya utk tegakkan Islam di bumi Malaysia ni.Kenapa ada Kem2 tersebut?...mungkin aku ketinggalan kerana wujudnya kem2 tersebut tetapi sekurang2nya aku telah berbaik sangka dengan kedua TOk Guru yg amat aku sayangi ini.Ku mengikuti perkembangan politik PAS sejak dahulu..tp sekarang semakin menarik sebab ada campurtangan bloggers yg ntah dr mana muncul tiba2 memberi komen dan memwujudkan kem2 tersebut.Dahulunya hanya publisiti dr media UMNO Lahanat saja.

Aku merujuk kepada keyataan Nik Abduh yg heboh diperkatakan sebelum muktamar...kenapa Nik Abduh bersuara sedemikian rupa?sedangkan dia terlalu dekat dgn TGNA sendiri.Apa kaitannya dgn kita yg hanya memandang dr jauh dan membuat kesimpulan sendiri?melabellkan golongan tertentu?menyebarkan analisis kita kepada khalayak yg entah betul entah tidak kebenaran analisis kita?...semua ini bg aku hanya menyumbang kepada perpecahan dlm PAS sendiri.

Bro..berbaik sangka lah..cr jalan pendamaian antara kita...rapatkan saf menghadapi musuh seperti UMNO Lahanat..jgn la kita tergolong dikalangan org yg ketawa apabila melihat gerakan ISlam ini berpecahbelah.

Timb. Presiden PAS...ikhlas aku ckp aku tak pernah kenal dia sebelum ni..apa sumbangan dia?semua aku tak tau...aku hanya berbaik sangka...wallahua'lam.

Abah berkata...

Tidak bersetuju PAS dan UMNO bergabung. Rapatkan saf dikalangan PR. UMNO sudah kelemasan skrg nie., baru nak minta tolong dengan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pas kena ingat macam mana umno rampas Kelantan dulu dan Perak baru baru ni.Orang melayu mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

saudara se agama, sebangsa di tolak...
saudara sekafir, se*****, se***** dipeluk, dicium...
perggghhhhhhh....poooodah

Tanpa Nama berkata...

kalau pas bergabung dengan umno.aku tak kelapaq berpolitik dah......sia..sia....kalau susah2 sangat nasa ngan tghh masuklah umno...matd..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh Hadi Awang & Pengkhianat Nasahruddin,i'm going to spit on your face if Pas cooperate with UMNO!!Ni orang kurang ajar!!Tak tau hormat Tok Guru Nik Aziz ke???Bodoh!!!!

Tanpa Nama berkata...

aikkkk...
Parti Islam SeMalaysia(hehehehe...Islam ada parti ke) mengajar ahlinya mengata-ngata orang dan meludah muka orang...
Wahhhhhhhhhhh...hebatnya

Tanpa Nama berkata...

kite sume cam ni SEBAB DSAI!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju Pas dan Umno berbincang. Hadi dan Nasa celaka dan kurang ajar -tak do respect Tok Guru Nik Aziz. Hadi dan Nasa tolong keluar Pas dan Masuk Umno seta merta. Puas-puaslah pergi ampu Umno tapi keluar dari Pas.

Tanpa Nama berkata...

agaknya inilah yg dikatakan sunaatullah yg takkan berubah. ust hadi menyatakan celaka kpd golongan tertentu, kini dia dicelakakan pula.

Tanpa Nama berkata...

UMNO pas bincang bebaik x setuju.
pas Kafir Harbi bincang - ok. peluk2 cium2 puji2 plak baca surah Quraan.
manusia jenis apa agaknya nih yek.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana mungkin parti yang berteraskan Islam dan parti yg berteraskan bangsa boleh bergabung?

Tanpa Nama berkata...

pas + pkr + dap

Ini apa plak jenis gabungan nih. sila beri penjelasan.

dap ......adusssss ni parti apa nih...

jawab cik kiah oiii

Tanpa Nama berkata...

ni aku nak kata kau orang bercakap macam orang yg sembahyang tak bersujud

Tanpa Nama berkata...

eh betol ke, dalam perlembagaan pas x de di sebutkan ttg negara islam...

ni plak apa cerrrr....

Tanpa Nama berkata...

"Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menggulung perbahasan di muktamar PAS ke-55 di Shah Alam hari ini.

ini kata Presiden...camana ni plak ek

Tanpa Nama berkata...

agaknya Hadi pon mcm org yg sembahyang tapi x bersujud kot

Tanpa Nama berkata...

Ini kira mcm Hadi sembahyang jenazah yer

Tanpa Nama berkata...

Jika mereka mahu kepada Islam merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita berpaling ke arah mereka - ceramah Ust Hadi 1984

Tanpa Nama berkata...

1984.....
pantai lagikan berubah.

1984...
Nik Aziz muda lagi...gagah...hibattsss.
2009....nyanukssss dah...
Itu lah dunia.

xifudin berkata...

Barang kali mereka berdua ni agen UMNO dalam PAS...kot

Tanpa Nama berkata...

Muktamar PAS mewakili suara PAS.

Keputusan ini amat-amat ditakuti oleh golongan-golongan yang gopoh dalam perjuangan.

Mereka mahukan kemenangan yang cepat.

Mereka mahukan kemenangan dengan cara MP melompat parti.

Nabi Muhammad menegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah.

Muhammad tidak menerima pelawaan Quraisy jika semata-mata untuk menjadi PM

Bukan jawatan yang Islam ajar. Yang penting adalah perjuangan.

====
Ramai yang idamkan PAS.

Anwar idamkan PAS untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

UMNO pula idamkan PAS untuk mengekang cita-cita Anwar.

Apa yang pasti, PAS tidak akansanggup diperkuda Anwar demi cita-citanya yang tidak kesampaian.

Juga PAS tidak akan memungkiri janji di dalam PR semata-mata mengejar dunia.

========
Propaganda telah dimainkan untuk merosakkan imej kepimpinan ulama PAS.

Propaganda tersebut ingin mengaitkan kepimpinan ulama dengan Umno.

Maka berbunyilah dengungan “pas nak masuk umno’ yang dimainkan oleh media dan blogger.

Ia adalah usaha terancang pihak yang ingin memperkudakan.

Dengan memperkudakan PAS, mereka dengan mudah mendapat sokongan PAS untuk mendakap cita-cita menguasai negara.

=====
PAS tidak akan tertipu.

PAS belajar daripada sejarah.

Sejarah telah menunjukkan telahbanayk kali jemaah islam dan para ulama diperguna untuk kemenangn nasionalis.

di mesir dan indonesia pernah berlaku.

Kini agenda sama cuba dimainkan di malaysia.

Ulama dan para profesioanl Islam berjaya mengesan perkara ini dan tidak akan membiarkan PAS diperkudakan.

=====
Perjuangan memerlukan ranjau yang berduri, bukan semudah MP melompat parti.

Kemenangan sebegitulah yang mengilhamkan Umno apa yang berlaku di Perak.

Akibat ketidaktahanan ujian dua ADUN belot.

Di Kedah dan PP pula ADUN dari parti sama turut meletak jawatan atas alasan sama.

Memalukan dan jijik sekali

Apa yang PASTI, ia tidak datang daripada PAS, tetapi PKR

Tanpa Nama berkata...

Assalamu`alaikom,
Mari kita lihat bagaimana teguran Allah ke atas Nabi Muhammad saw dalam surah `Abasa ayat 1 hingga 12.
Ketika Nabi Muhammad saw duduk mengadap ketua kaum quraish, datang seorang sahabat yang buta (yang ikhlas)bernama Abdullah bin Ummi Maktum, maka Nabi bermasam muka daripadanya terus cuba berbincang dengan ketua kaum quraish sambil mengharap keislaman mereka... Allah swt menegur nabi untuk memberi pengajaran kepada kita supaya jaangan beriya sangat dengan orang yang belum tentu mahu kat Islam, .... ni jangan jadi kat kita....

Tanpa Nama berkata...

benar tu sahabat anonymous di atas.

Tanpa Nama berkata...

ummi maktom yg nak kpd Islam tak dilayan, ketua quraisy juga yg dilayan.

mcmtulah pimpinan pas hari ini. kelab penyokong pas dan ahli sendiri di abaikan, pemimpin umno tu cub yg didekatinya.

Tanpa Nama berkata...

PAS & UMNO = HAMAS & FATAH
Tiada beza dan tiada penghujungnye...

Tu Yang Org PAS yg taksub mahukan...
Bile diajak bersame dikatekan Assabiyah...

Tanpa Nama berkata...

soalan kenapa berbaik dengan DAP, tapi bermusuh dengan AMNU...


errr... kalau amnu nak sangat berbaik dengan pas... nanti PRK Manek Urai... jangan letak calon lawan pas.. dan selepas ni... kat mana pas letak calon... amnu jangan letak calon lawan pas.. buleh???

bodoh... yang amnu duk cium tangan sami belu, koh sukun, kabias, solek chuagra tu...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong pendapat Tuan guru Nik Aziz, KAUM KERABAT SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN KERAJAAN PERPADUAN YANG CUBA DIBUAT OLEH HADI DAN NASHA. Jika perkara ini terjadi, nampaknya pada PR akan datang KAUM KERABAT SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI PAS lagi. Biar kami mengundi DAP atau PKR.

Orangkelantan berkata...

HArunMustaphaAli = HAMA
Hadi + Nasya = H1N1

=> HAMA H1N1

Tanpa Nama berkata...

Awat Hj Hadi tak berbincang dulu sebelum idea mgarut itu d lontarkan dalam muktamar ? Ribuan orang PAS sendiri belum faham menatang apa 'kerajaan perpaduan' itu. Kerajaan langit ke? Ada beritamengatakan "PAS mahukan kerajaan perpaduan". Saya rasa itu tak tepat. Yang mahukan kerajaan perpaduan itu ialah Haji Hadi sebenarnya. Pemimpin yang bijak tidak bertindak spt Tuan Guru Hj Hadi ni.. tak berbincang atau dapatkan pandangan pemimpin pakatan rakyat sblum kali kedunya ..tiba2 dok canang lagi idea mengarut tu.. Saya nak tanya,, bijakkah seoang pemimpin bertindak begitu? Now everybody gets perplexed and confused because of unwise action by an unwise leader. I hope akan ada bantahan, misalnya ahli2 d pringkat cawangan atau bahagian ke.. keluar PAS dan masuk pati lain beramai2 sebagai bantahan baru TG Hj Hadi faham sikit.
One of the reason why PAS failed in the past was the unwise leader , strategy, poor planning and lack of "sophistications" on the part of leadership.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN confirmed Lanun pun nak berbaik lagi..

Ni jenis otak letak kat lutut.

muslim berkata...

Hadi ni baguslah kalau ramai sahabat dah kenal saper dia... Dia berilmu jadi dia ni ulamak lah dikategorikan... tu x perlu dipertikaikanlah.

Kecoh mecoh ni bukan apa ... semuanya pasal UG yg dilontarkan olehnya. Hadi ni dari dulu lagi cakap tapi x buat. Hari ni cakap a selang dua tiga hari cakap b. Masa dia tawan tganu, dia kata dia akan buat juga hukum hudud walaupun krj persekutuan x bagi... tapi bukan stakat hudud x tau kemana, negeripun hilang. Bila Kedah menang baru-baru ni, awal2 statement dia nak buat hudud, oklah nak buat hudud... saper dia ni? Tganu pun x leh nak tawan, nak bcakap pasal negeri lain.

Hadi ni kemaruk nak jadi pm... Ko nak buat apapun buatlah hadi. mmg ko presiden tapi ini tidak bermakna ko boleh buat apa saja dengan membelakangkan kputusan muktamar dan majlis syura.

Amanat almarhum ust fadhil kpd ko sblum dia meninggal dulu mana? ko x buatpun, bila dsai buat org ko stapa lak menyalak... apasal menyalak? dok diam blh x?

Knapa membelakangkan kputusan muktamar dan mursyidul am?

Memang betul perwakilan dah memilih saf-saf baru tapi itu x bermakna boleh buat sesuka hati. itu adalah satu taklif menjalankan amanah... apa yg telah diputuskan oleh Jemaah, muktamar, majlis syura... bukan apa yang difikirkan oleh ko sbg seorang presiden / t.p / sap

Kami lantik dan pilih ko untuk manjadi imam kami dalam solat. Maka ko jadilah imam solat kami dengan kaifiyyat yang telah ditetapkan. Bukan bermakna ko jadi imam ko boleh buat ikut suka ko jer tunggang tbalik kan rukun. kalau itu ko buat kami diajar dan diberi mandat utuk menegur ko... kalau ko x ikut juga kami blh mufaraqah... jadi kami akan mufaraqah dan ikut imam yg betul ... yg ikut kaifiat berjemaah betul2... ko smayanglah sorang2 ko atau bsama makmum2 ko tu...

tgna tetap dengan kaifiyat berjemaah.. x lari dari kputusan muktamar.. inilah jemaah!!!

.