Naib Ketua DPPN Pk, Salman Saleh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini juga menganggap Dr Zambry sebagai penakut untuk berdepan dengan rakyat kerana enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana desakan rakyat.
"Dengan disebabkan melompatnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri yang mana 2 Adun disabitkan dengan pertuduhan rasuah, maka Kerajaan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada hari ini menggambarkan kepada seluruh dunia bahawa kerajaan yang telah dibina oleh Zambry adalah rapuh dan tidak bersih.
"Jika 2 Adun tersebut gugur kelayakan mereka sebagai ADUN kelak, kerajaan negeri Zambry akan dijatuhkan semula oleh rakyat," kata Salman.
DPPN Pk mencabar Barisan Nasional berdepan dengan rakyat sekiranya mereka berani dan tidak gilakan kuasa kerana hanya melalui pembubaran DUN Perak secepat mungkin rakyat mampu membina semula keharmonian dan kesejahteraan negeri Perak melalui sebuah kerajaan yang stabil dan bersih.
"Hanya dengan keputusan rakyat, kerajaan negeri yang akan dibina adalah benar-benar menjadi impian semua rakyat.
"DPPN Pk menegaskan setelah rakyat membuat pilihan mereka melalui pilihan raya semula, semua pihak mesti sama-sama membina semula kerajaan negeri ini," tegas beliau lagi.
2 ulasan:
Kes Ir Nizar, Rakyat ditipu dan diperbodohkan sejak dari Mahkamah Tinggi lagi. Ini semua sandiwara siap dengan skrip. Siapa penulis-penulis skrip ni?
Keputusan Mahkamah Tinggi hanya sandiwara untuk menukar cara fikir kebanyakan rakyat Perak....
Sanggup kah rakyat dianggap bodoh dan diperbodohkan selama-lamanya?
Jangan hairanlah kalau dua ekor katak itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah mereka atau dibuang kes kerana hakim yang paling berkuasa adalah BN/UMNO. Hakim yang ada sekarang ini hanyalah seperti pelakun dalam siri drama. Kalaulah dalam kes rayuan Zambry ini BN/UMNO boleh main sandiwara apatah lagi dalam kes rasuah dua ekor katak itu. Semenjak dua ekor katak itu melompat tiada lagi kedengaran berita berita selanjutnya mengenai kes rasuah mereka. Pihak SPRM pun agak lembab diam saja dan tidak nampak ada apa apa tindakan seterusnya yang dijalankan. Tidak seperti penyiasatan terhadap MB Selangor dan juga ahli ahli PR yang dijalankan dengan begitu cepat dan efisien sekali sungguh pun tidak ada sebarang bukti yang sahih. Jadi janganlah diharapkan pembubaran DUN Perak kerana dua ekor katak itu pasti akan dibersihkan oleh BN/UMNO dari kesalahan kes rasuah dan tidak akan digugurkan kelayakan mereka dari ADUN. Kes rayuan Nizar di Makamah Persekutuan pun akan memihak kepada Zambry. Rakyat tiada lagi ada pilihan lain melainkan dengan hanya menunggu PRU ke-13 untuk menjahanamkan BN/UMNO. Diharap rakyat boleh bersabar menunggu hari tersebut. HIDUP RAKYAT !!!
Catat Ulasan