22 Mei 2009

Nizar vs Zambry : Najib dan Mahkamah Memperbodohkan dan Menghina Rakyat

Tiga hakim Mahkamah Rayuan memberi keputusan dengan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa yang mempunyai kebolehan luar biasa.”

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. .

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik.

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.

13 ulasan:

Pak Lubis berkata...

Yang pastinya kemahkamah mana pun yang akan mendengar kemelut negeri Perak keputusannya sudah boleh dijangka oleh rakyat. Walaubagaimana pun kita harus berjuang selagi ada sumber yang boleh kita buat rayuan sebagai rekod, untuk kes kes akan datang.

Tanpa Nama berkata...

keputusan mmg sudah di jangka,

Tanpa Nama berkata...

Hehehehehehehehe,

Dasyat betoi otak reformist nih memutar belitkan fakta menjadik auta.

kalau keputusan berpihak pada kaorang mahkamah adil & saksama. Kalau keputusan berpihak pada yang lain, macam macam lah kata cerca,hina, maki hamun yang kaorang lemparkan.

Patot bersyukur lor kerana Negari perak kembalik kepada pemerintah MELAYU, bukan apek Ah chong aka Nizar tuh. Alhamdillilah Allah SWT kerana telah memberi kemenangan kepada pihak yang benar dan menolak yang batil.

Sian dan saya turut bersimpati ngan para reformist yang tai minyak nih.............yang sanggup bersengkokol dengankafir untuk menjatuhkan ISLAM.......

Ana berdoa semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka nih untuk kembalik ke pangkuan UMNO-Dulu,Kini & Selamanya.

Pak Brahim berkata...

Jika PM kata DS Anwar lah yang mengajar dia merampas kerajaan negeri Perak melalui gelombang 16/9.

Maka sekarang apa pula katanya sekiranya DS Anwar pula dapat mengumpulkan 30 orang AP dari BN bersama-sama dengan AP PR berjumpa DYMM YDA dan mengistiharkan bahawa PR telah mempunyai suara mejoriti di Parlimen.

Soalnya bolehkah kita terima proses peralihan kerajaan persekutuan sedemikian. Apa-apa pun sejarah telah tercipta di Negeri Perak.

Tanpa Nama berkata...

hehehehehhehehhee,

Pak brahim ana persilakan DSAI AJ melakukan sedemikian. Pak Brahim sedorlah bangun dari khayalan....dag braper kali DSAI AJ asyik tukar tarikh.

Selesaikan lah dulu kes juburi dier tuh.......hmmmmmmm. PM pondan pon kao orang ndak, yang nabi tak mengaku umat.

Tanpa Nama berkata...

umno dh nk mampos..insyaallah..perjuangan bangsa ni tak lama..perjuangan Islam akan menang akhirnya :D

Tanpa Nama berkata...

org2 umno ni duk juai isu yg bkn2..isu jubur ler..isu ape ntah lg..yg depa duk sapu duit rakyat..bergelumang dgn rasuah..dr bwh sampai ke atas..hidup dgn duit rasuah..duk mengabui keburukan depa sendiri dgn kata anwar isu2 bodoh..kes altantuya lak camana? org umno diam lak..hahaha

Tanpa Nama berkata...

yg sebenornyer umno ni dh tak lamer dh..yg duk sokong berapi2 umno ni adalah pengundi2 saluran 1 (gol.kencing manis darah tggi,duk kt kg2..yg duk tgk tv3 rtm 24 jam,hahaha),org yg ade kepentingan,buleh dpt projek,yg hidup dgn duit rasuah,lagi satu takde hidayat Allah..hati gelap..tapi suara majoriti kini adalah suara pakatan rakyat..pengundi2 muda kire2 6 juta pemilih baru pd pru13 nnt akan kuburkan umno..
Insyaallah :D

Tanpa Nama berkata...

hehehehehehehhe,

Alooooo saper yang nak mampuih, Ingat UMNO-Kini,Dulu & Selamanyer Pembela Kaum Melayu & Agama Islam.....

Bukan cam PAS sanggup lacur diri ngan DAP/PKR.
Fatwa melompat lompat macam katak. Dulu kater Undi Islam Untuk Selamat.... La nie boleh pulok undi kafir/tidok atas jalan untu kafir....

Dan latest RASUAH......hhmmm tuler jangan dok mengata orang..........awak tu lagik teruk

Tanpa Nama berkata...

bersabarlah tuan-tuan dan puan-puan kita samasama tunggu pru 13 .....mari kita hukum perampas perasuah dan pembunuh altantuya........

Tanpa Nama berkata...

Pak Brahim tu islam ke kapir...ingat allah sama..jangan dok tuduh orang main sana sini..belum terbokti lagi...fihnah tu..terus masuk neraka...tak ada soal jawab lagi...kalau umno tu umno jugalah ...rasuah,betina, halal rahama sama saja..sudahlah saya ramai kawan belah sana semua dah meluat...undi PR dok dlam umno mampu hampa lani...bagi duit ambil umno no...

Tanpa Nama berkata...

Menang sorak kampung tergadai. Tunggulah bencana lebih besar yg menimpa penduduk peribumi Malaysia.

1. Sejarah penjajahan British secara menyeluruh di Malaysia bermula dengan perjanjian pangkor pada tahun 1874.

2. Perjanjian Pangkor berlaku apabila Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bergaduh dengan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak. Raja Muda Abdullah bersetuju untuk membenarkan campurtangan British (a.k.a menjajah) sebagai galang ganti kepada persetujuan British membantunya untuk menentang Sultan Ismail. Akhirnya Sultan Ismail diturunukan kuasa.

3. British kemudian mendapat peluang untuk menjajah Perak dan membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombong timah.

4. Tahun 2000, UMNO yang kalah teruk dalam PRU 1999 telah membuat persempadanan pilihanraya dengan mengurangkan kuasa politik orang Melayu dan memberikan lebih kuasa politik kepada kaum bukan Melayu. Banyak kawasan bercampur telah diwujudkan dengan hasrat mengalahkan PAS & PKR yang mendapat dokongan orang Melayu.

5. Spt maklum, PRU1999-majoriti orang Melayu menolak UMNO/BN kerana krisis Mahathir-Anwar.
Gambar mata Anwar yang lebam dan pembicaraan yang tidak adil telah membawa kesan emosi kepada orang Melayu. Akhirnya, orang Melayu menolak Mahathir yang dikatakan menzalimi Anwar. Mahathir yang ditolak oleh orang Melayu telah membuat percaturan spt Raja Abdullah apabila meminta campurtangan kaum bukan Melayu dalam menentukan kemenangan calon UMNO. PRU2004-strategi ini berjaya apabila calon PAS spt Dato Taiz Azamudin kalah di Baling.

6. PRU2008-Anwar yang telah dibuktikan tidak bersalah di mahkamah telah memanfaatkan strategi persempadanan pilihanraya UMNO/BN apabila mengemukakan dasar/manifesto yang lebih memberikan pulangan kepada kaum bukan Melayu. Akhirnya BN kalah teruk kerana sokongan kaum bukan Melayu telah beralih arah kepada Pakatan Rakyat (PKR,PAS,DAP). Strategi ini diambil oleh Anwar & Pakatan Rakyat kerana tiada lagi kempen emosi yang dapat mempengaruhi orang Melayu untuk menyokong Anwar & Pakatan Rakyat. Tiada mata yang lebam.

7. Najib yang telah dinobatkan sebagai PM6 telah memulakan langkah semula untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu yang telah dijadikan penentu kemenangan DUN/Parlimen oleh Mahathir pada tahun 2000. Maka berkumandanglah slogan 1Malaysia. Pelbagai tindakan spt menghapuskan KPUN, membuat liberasi pelbagai sektor, pemberian biasiswa lebih kepada kaum bukan Melayu hinggalah kepada isu menentukan aqidah anak-anak pasangan mualaf yang memeluk Islam.

9. Masa mendatang akan melihat persaingan lebih hebat antara UMNO & PR (PKR +PAS) untuk merebut sokongan Melayu.

10. Hakikatnya, pemimpin Melayu yang berkuasa tidak pernah berubah. Tahun 1874 ia berlaku dan kembali terjadi di zaman Jepun hinggalah ke hari ini.

11. UMNO yang ditadbir oleh pemimpin yang korup akan membuat apa sahaja untuk memastikan kuasa sentiasa ditangan mereka. UMNO yang wajar menjadi benteng orang Melayu telah dilacurkan oleh sekelompok pemimpin yang gila kuasa dan pentingkan hawa nafsu.

12. Parti PAS yang lebih baik daripada UMNO terpaksa mengikut arus kerana kurang sokongan daripada orang Melayu. Hanya Melayu yang cerdik dan terdidik akhlaknya bersama PAS.

13. Penyelesaiannya.

- UMNO wajar membuang pemimpin yang rasuah dan pecah amanah daripada ketua cawangan hinggalah kepada pemimpin tertinggi.

atau

- semua orang Melayu mengambil inisiatif meninggalkan UMNO dan menyokong PAS. Ini supaya PAS dapat menjadi parti dominan orang Melayu. PAS yang masih kekal dengan unsur kepimpinan yang beramanah dan adil lebih mampu membela nasib orang Melayu.

dan

- menyusun semula sempadan pilihanraya dengan mengembalikan kuasa politik orang Melayu.
Jika tidak

1. Tidak mustahil tuntutan Hindraf akan dipenuhi oleh UBN sebagaimana persetujuan untuk memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu pada tahun 1957.

2. Hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dikompromikan w/pun tercatat dalam perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Tun Daim Zainuddin has personally told Dr Mahathir that Singapore possesses all the evidence that Najib, Razak Baginda and Altantuya met at the Oriental Hotel in Marina Square one year before she died.

This means, with the evidence that Singapore possesses, they would be able to blackmail Najib.

Surely Dr Mahathir would not want someone who can be blackmailed into doing Singapore’s bidding become the next prime minister knowing how he feels about Singapore and those perceived as under Singapore’s control?

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22273/84/