14 Mei 2009

Nizar Zambry : Pemuda PAS Mohon Pemangku Sultan Perak Perkenan Bubar Dun

.PEMANGKU Sultan Perak, Raja Muda Nazrin Shah dirayu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak secepat mungkin demi menjaga kesejahteraan rakyat yang kini 'terumbang-ambing' ekoran politik yang kian tidak stabil, lapor Roy Rasul.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, dalam menghadapi kemelut politik Perak yang kian celaru itu, jasa baik pihak istana membubarkan Dun amat diperlukan.

"Cara terbaik bubarkan saja Dun Perak itu dan saya mengharapkan Tuanku Sultan Perak terutama Raja Nazrin sendiri yang melihat bagaimana berlakunya kejadian-kejadian yang tidak dingini dalam persidangan Dun Perak pada 7 Mei lalu.

"Pada hari itu, berlakunya pergelutan dan kejadian yang sangat memalukan di mana Speaker diangkat dengan kerusinya sekali," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 12 Mei lalu, yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, setelah kemelut di Perak berlangsung lebih kurang 100 hari, jalan terbaik untuk kebaikan rakyat Perak, negeri Perak sendiri dan menjaga nama baik raja-raja maka seharusya sultan perkenan Dun Perak itu dibubarkan.

Beliau bimbang urus tadbir rakyat akan terabai dan rakyat akan menerima kesan yang sangat buruk.

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Mei lalu, Salahuddin sudah mengandaikan perkara tersebut akan memihak kepada Zamry.

"Semalam pun kita minta ditolak dan hari ini (12 Mei) mereka pergi ke mahkamah rayuan dan mereka akan mendapat perintah itu. Sebeb itu, kita tidak terkejut sebab mereka akan berbuat apa saja untuk menghalang kemenangan kita semalam," katanya ketika dihubungi.

Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DULU PERGI MHAKAMAH LAWAN NAK-KAN KERAJAAN PERAK.

DAH DAPAT NAK BUBAR PULAK. KENAPA PULAK ?

APA, TAKUT PERAK JATUH KEPADA BN BILA DI-ADAKAN SIDAN DUN PERAK.

NANTI ADUN BN BUAT USUL UNDI TIDAK YAKIN DAN DI-SOKONG 3 ADUN PR YANG LOMPAT KE BN , HABIS LAH PR SUDAH TAK ADA MAJORITY. JAWAB NYA KALAH LAH.

JADI JANGAN TIPU RAKYAT DENGAN MACAM HELAH, "KATAKAN YANG BENAR WALUPUN IA NYA PAHIT "

SE3BAGIA SEORANG ISLAM DAN PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM JANGAN LAH KITA MENGHINA DAN MENGKHIANTI DIRI KITA DAN ALLAH DENGAN BERCAKAP BOHONG, MEMUTAR BELITKAN CERITA DAN LAIN-LAIN PERKARA YANG BERTENTANG DENGAN AJARAN ISLAM YANG SEBENAR.

INSAF LAH, INSAFLAH WAHAI SAHABAT KU.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha ni satu lagi lawak. Nampak sgt saudara ni tak faham. PR nak bubar sebab dia nak elakkan kekalutan dari terus berlaku. Kalau tak bubar DUN, hal saman naik turun mahkamah takkan selesai. Kalau adakan election, kerajaan yang dpt mandat baru itulah kerajaan negeri sebenar, rakyat yang pilih. Bkn mahkamah yang pilih. Tak kisah la BN ke PR ke menang, tiada siapa blh persoalkan lagi. Kalau ikutkan keputusan Mahkamah Tinggi, segala keputusan Zambry sewaktu jd MB dulu terbatal. So lantikan GAnesan sebagai Speaker pun akan terbatal. Sivakumar masih Speaker, dan tentu Sivakumar takkan luluskan usul undi tidak percaya pd Nizar kerana kuasa Speaker paling atas dalam dewan (kecualila kalau ada polis nak heret dia keluar lagi hehehehe). So siapa yang tak faham perkara sebenar ni????? Tiada siapa cakap bohong. Bubar DUN satu-satunya cara terbaik sekarang. Tak kisah la siapa memang pun rakyat yang undi. Tak tentu PR akan menang jika ada election pun. BN masih ada peluang. Ke BN dah takut nak kalah lagi????? Saudara tu yang patut insaf............

Tanpa Nama berkata...

soalnya bukan takut.....kalah menang itu dah jadi adat biasa TETAPI untuk satu pengajaran bagi pembelot pembelot, pada master mind perampok YB YB serta mereka mereka yang mempunyai kepentingan diri...CUBA FIKIRKAN PUNCA ATAU ASAL CITE INSIDEN INI BERLAKU....

ianya merupakan satu perancangan yang licik diatur sebegitu rupa

akhirnya melibatkan semua orang termasuk pihak Istana...

Semuga Allah jua akan menghukum mereka mereka yang terlibat dengan sewajarnya kerana Allah SWT Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Tanpa Nama berkata...

Kita boleh memohon dan merayu tetapi saya rasa PR dan rakyat tidak boleh terlalu mengharapkan Raja akan bubarkan DUN.