Saya jadi tercengang dan terkedu. Apa, Datuk Harussani Mufti Perak itu rakan saya kata biadab?
Terkejut saya, eh... tak kan pula Tok Mufti yang menjadi cermin masyarakat pun bercakap biadab! Kalau orang politik cakap biadab, kasar dan kurang sopan, biasalah, tapi Tok Mufti, tak cayalah saya!!
Tapi apabila membaca komen Harussani dalam Mingguan Malaysia mengenai rancangan PR untuk mengadakan mogok lapar, saya juga turut terkejut. Eh, kasarnya Mufti Perak ni....tidak melambangkan bicara seorang mufti langsung! Saya tak berani menyatakan ia di tahap biadap, tapi memang ia sangat kasar!!
Apa kenyataan Harussani yang menyintak hati saya itu? Harussani berkata:
i) "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang". Tapi ini tidaklah kasar sangat, walaupun masih ada ayat lain yang lebih berhemah lain sesuai dengan kedudukannya sebagai Mufti. Tapi bagaimana dengan ayat yang satu lagi ini....
ii) "DIA PUNYA PASALLAH, tidak ada kena mengena (mogok lapar) dengan hukum Islam"
Saya tidak pernah dengar Mufti lain bercakap gaya bahasa begitu. Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang terkenal berani mengkritik sesiapa saja itu pun menggunakan bahasa yang begitu sopan dan berlapik. Tidak pernah sekali pun setahu saya dia guna ayat BOLEH BLAH, DIA PUNYA PASAL dan sebagainya. Hendak kata kerana Dr Asri ini mufti yang lebih cerdik dari Harussani kerana memiliki Ph. D tidak juga, kerana mufti-mufti negeri lain yang tidak ada Ph. D pun tidak nampak menggunakan bahasa kasar dan kurang sopan seperti itu.
Atau Harussani bergaya kasar dan keras kerana hendak menunjukkan keperibadian seorang bakal ahli politik? Eh...eh..eh Datuk, ada nawaitu nak jadi calon BN di Manek Urai kot? -pendikargunungkriang
7 ulasan:
Dato Mufti pun dpt saham kot tu yg cakap lain macam jer....tak palah daki "DUNIA" disana akan dinilaikan apa saja hukum ....mukin juga dunia akhir zaman dah....sabarlah banyak wahai kaum islam dan doakan lah yang baik..posa lah sunit nanti....
:-o jangan katakan beliau jer.. sebab dia orang terkenal ( lebih kurang ) maka semua orang akan bercerita mengenainya... tapi kalau dari segi orang biasa plak macam mane? dorang yang kurang hajar dari segi bahasa .. sape plak nak tegur dalam blog dan bagainya? ade ke orang nak katakan itu semua? takde.. dalam blog siap lagi kutuk, caci maki hina tak kira sape2.. macam kebebasan dia tu dah tiada tandingan .. siapakah dia? Orang melayu jugak .. so.. camne nak jawab part nie? takkan nak biarkan jer? kalau hal Mufti Perak ini boleh dipertikaikan.. kenapa tidak mempertikaikan perihal2 anak2 muda yang kini semakin bersifat liar dari segi peradaban yang dipengaruhi oleh manusia2 yang bersifat dengki itu??? :)
harus sani ni dh jd mufti bn..dulu kate jom heboh haram skrg dh halal plak..ulaq dalam semaq
haaram
Cuba baca ayat2 beliau bukan dengan nada marah.
Tentu hasilnya berbeza.
Mungkin kalian akan faham apa yang cuba saya sampaikan diblog ini.
http://daffodil-aboutlife.blogspot.com/2009/05/cakap-siang-pandang-pandang.html
Salam,
Saya dah baca berulangkali "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang BLAH tidak apa, tetapi apabila kalah hendak bangkang".
Saya rasa maksud menang BLAH tidak apa tu ialah kalau menang belah dia tidak apa!! Jangan rigid sangatlah..orang PAS perlu open minded sikit..
aku pun dah tak berapa setuju dengan mufti ni dah..dulu dia ok..sekarang ni dah lain macam je aku tengok..macam nak masuk politik je..maaflah dato, saya cakap ikhlas..
Catat Ulasan