24 Mei 2009

UMNO BN Bergantung Nasib Kepada Mahkamah

Pengarah pilihanraya Pusat Saifudin Nasution Ismail berkata bahawa beliau telah menduga dengan keputusan Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang memihak kepada Barisan Nasional.

“Ini tidak memeranjatkan setelah melihat pelbagai tekanan diterima oleh Perdana Menteri Najib Razak dimana BN bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan termasuk polis, tentera, mahkamah dan semua agensi kerajaan untuk memperoleh kuasa,” kata beliau.

Mengulas keputusan Mahkamah Rayuan itu, beliau yang juga Ahli Perlimen Machang berkata Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan keputusan tersebut yang menerima permohohonan rayuan Zambry Abdul Kadir bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

“BN kini sedang diasak oleh krisis keyakinan rakyat terhadap parti tersebut sehingga segala jentera kerajaan sudah tidak lagi dapat berfungsi sebagai badan yang membantu rakyat,” kata Saifuddin yang ditemui ketika hari Penamaan calon di Penanti semalam.

“Kita juga telah lihat bagaimana BN merampas Perak dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah bagi memastikan Perak dirampas dari tangan rakyat maka tak hairanlah juga bagaimana Najib dan BN akan memperlakukan hal yang sama dimahkamah,” jelas beliau.

“Ini disebabkan mereka menyedari bahawa BN tidak mampu lagi untuk mendapat sokongan rakyat. Rakyat telah menolak mereka dalam hampir setiap pilihanraya,” kata beliau.

“Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya mengharapkan kuasa rakyat untuk memdapatkan kuasa dan sesuai dengan prinsip demokrasi tulin yang mana kita meletakkan kuasa rakyat dihadapan dalam sebarang isu,” jelas Saifudin lagi.

Menurut Saifudin fenomena ini berbeza dengan Pakatan Rakyat yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kejituan amalan demokrasi yang mendaulatkan mandat rakyat

“Kita sentiasa merujuk kepada mandat dan kehendak rakyat kerana pemimpin yang kita lahirkan adalah dari sokongan rakyat. Rakyat adalah pemimpin kita dan perjuangan pakatan rakyat untuk memulangkan semua kuasa itu kepada rakyat.

“Kita juga akan pertahankan hak rakyat serta akan mencabar dan sanggup lakukan apa sahaja pengorbanan untuk kepentingan hak rakyat,” jelas Saifudin.

Menyentuh mengenai kenyataan pemimpin-pemimpin BN yang menganggap pilihanraya Penanti diadakan ekoran masalah dalaman Pakatan Rakyat, Saifudin berkata kenyataan itu tidak benar.

“Kalau benar kenyataan pemimpin-pemimpin BN itu mereka boleh datang dan lihat sendiri bagaimana hari ini semua pemimpin -pemimpin Pakatan Rakyat berada di Penanti untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada calon KeADILan di sini, ” kata Saifudin. -sk


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hang pa permainkan rakyat utk dapat sokongan ....mempunyai hati yg sangat busukkkk..... .Hang pa cakap pasai demokrasi tapi bila keputusan tidak memihak kpd hang pa hang pa marah .sama juga ketika pilihanraya , kalau menang diam aja tapi bila kalah macam2 .apa punya manusia pun tak tau la hang pa ni . Kalau tak silap , sdr Nizar jg yg bawa ini ke mahkamah ,makna nya ia mempunyai keyakinan terhadap mahkamah sedangkan masa tu dia tahu kedudukan dia dlm dewan dan terhadap sultan . Jgn la terlalu menonjolkan sangat sifat2 org yg kecewa .....malu . mcm tak dak telo.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:50 ada lah jenis manusia celaka, Nizar menang setelah 3 bulan menungu keputusan mahkamah, tetapi Zamri Mongolia cuma 2 jam merayu, 5 hari dap[at balik takhta, apa kah itu nama nya mahkamah adil?... Lu pikir lah sendiri denga teloq yang tak laku tu!... UMNO pengecut dan pendokongnya pendatang haram....

lim berkata...

kalau jahat bukan namanya amno,Kes Memali hingga sekarang belum selesai kenapa memakan masa yg terlalu lama,ini menunjukkan amnolah yg mengarahkan pasukan keselamatan supaya membunuh penyokong2 PAS,Pernah ke PAS mengarahkan pasukan keselamatan pergi membunuh penyokong amno???