20 Apr 2009

Setelah Menyerang OKU, Pemuda UMNO Kini Menjadi OKU

Hanya beberapa minggu selepas insiden Pemuda UMNO dengan lagak samseng telah menyerang OKU bernama Karpal Singh di parlimen, tiba-tiba kini Pemuda UMNO menjadi OKU, lebih cacat daripada Karpal yang diserangnya.

Itulah hukum Karma, hukum universal, di dalam Islam disebut "sunnatullah". Apa yang dilakukan terhadap orang lain akan mengena kepada diri sendiri.

Kisah di satu petang serangan Pemuda UMNO terhadap OKU bernama Karpal Singh di Parlimen boleh dibaca di sini.

Serangan itu dilakukan setelah sang menantu bernama Khairy Jamaluddin (yang pada ketika itu Naib Ketua pemuda UMNO) membuat sidang media pada sebelah paginya dimana beliau memberi tempoh 24 jam untuk Pengerusi DAP Karpal Singh mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.

Lapor Bernama, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

Tetapi kini Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu seperti telah hilang segala-galanya. Khairy yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang telah diberikan laungan 'boo' dari kalangan perwakilan Pemuda UMNO sendiri kerana bagaimana Khairy yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin kerana ejennya terbabit dalam politik wang boleh menjadi ketua mereka.

Tidak cukup dengan itu, Khairy tidak terpilih di dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib. Dan sejak itu, Pemuda UMNO umpama OKU yang lebih teruk keadaannya dari Karpal yang diserangnya dahulu.

Kini Pemuda UMNO kehilangan suara, kehilangan "keris" dan kehilangan harga dirinya. Kehadiran Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu membawa sial di dalam mana-mana kawasan pilihanraya kecil kerana mereka diumpamakan libailiti besar kepada UMNO dan BN yang akan menyumbang kepada kekalahan BN. Benar-benar kini Pemuda UMNO tergolong dalam OKU.

What goes around turns around!


Tiada ulasan: