20 Apr 2009

UMNO BN Sambut Najib : Angka Yang mana Betul?

Laporan akhbar beberapa hari lepas mendedahkan satu kepincangan mengenai angka sebenar mereka yang hadir menyambut Perdana Menteri baru, Najib Razak di Padang Majlis Perbandaran Kuantan dan di Pekan, Pahang.

Akhbar Utusan Online melaporkan:

Sokongan padu masyarakat terutama rakyat negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti apabila lebih 70,000 orang hadir ke majlis sambutan meraikan beliau di Pahang hari ini.

Pada majlis pagi ini, dianggarkan 40,000 orang membanjiri Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini manakala lebih 30,000 orang lagi penduduk menyambut ketibaan beliau di Pekan untuk majlis serupa


Sementara sebuah lagi akhbar arus perdana Berita Harian melaporkan

NAJIB melambaikan tangan kepada lebih 15,000 penduduk yang hadir pada Majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di Dataran Pekan, semalam. Sebelum itu lebih 40,000 warga Kuantan menyambut beliau di Padang MPK 1, Kuantan.

Di dalam soal bilangan yang hadir menyambut pun pihak akhbar dah bertelingkah dengan soal angkanya, mana satu yang betul, angka mana yang logik agaknya nak tipu rakyat sedangkan yang hadir sebenarnya sekadar 10,000 jauh dari sasaran 100,000!







2 ulasan:

asalbayu berkata...

Yang betul di akhbar arus perdana ialah keputusan segala macam loteri.

Tanpa Nama berkata...

keputusan 4-D, Sport Toto dan Bolasepak sahaja yang betul... ada satu lagi Jadual Sembahyang (walaupun bayank golongan grombolan tak sembahyang - kira Syiar Islam lah)