5 Feb 2009

(Untuk Pakatan Rakyat) Esok Masih Ada

Pasal apa nak menangis? Pasal apa nak marah?

Relax!!! Dunia belum kiamat dan esok masih ada. Esok kita tengok sapa yang masih tegak berdiri, sapa yang cabut lari, dan sapa yang masih berani menjerit Reformasi!!!

Seorang ibu tua menangis apabila anak keempatnya mati dalam peperangan. Apabila ditanya oleh rasulullah mengapa dia menangis, dia menjawab, “aku tidak ada lagi anak yang akan menyambung perjuangan ini”.

Sudah berapa anak kita yang mati? Sudah banyak mana harta kita yang habis..maka kita perlu menangis dan berasa sayu?

Kita baru habis dua set. Umno satu. PR satu. Kita sedang memasuki rubber game. And the game had just begun.

Sultan Azlan Shah masih belum membuat keputusan. Surat perletakan jawatan Jamaludin Osman dan Hee sudah ada ditangan Sultan, dan aku percaya, Sultan akan memanggil ketiga-tiga ADUN ini untuk menjelaskan mengapa mereka menghina Sultan dengan membelakangkan surat yang telah mereka tandatangani dihadapan Sultan.

Menang atau kalah, Melayu atau Cina, ketiga-tiga ADUN ini sudah menderhaka kepada Sultan. Sudah menipu Sultan dan rakyat negeri Perak. Mereka menandatangani surat perletakan jawatan ini dihadapan Sultan dan berjanji dihadapan Sultan, bahawa sekiranya mereka keluar dari Pakatan rakyat…kelayakan mereka terbatal.

Mereka boleh menyalahgunakan SPR, mereka boleh menyalahgunakan apa saja jentera kerajaan, tapi mereka tidak boleh memperdayakan Sultan.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan rakyat yang diperkenankan oleh Sultan. Sekiranya kerajaan boleh dijualbeli, , kerajaan itu tidak akan dihormati lagi. Dan sekiranya Sultan boleh dipermainkan, maka Sultan juga tidak akan dihormati lagi.

Esok…adalah hari mengundi. Bukan untuk memilih pemimpin politik yang boleh dijual beli, tetapi untuk menentukan…sama ada kita mempunyai Sultan yang adil dan saksama, atau Raja yang membelakangkan hak rakyat.

Aku akan berikan undi aku kepada Sultan Azlan Shah.

oleh MSK, Perakexpress

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bhai...

Gua setuju... Harapnya Sultan faham kehendak dan mandat rakyat... Sekali Sultan lupakan benda nie..... selamanya Sultan tidak akan dihormati...

Percayalah.....