5 Feb 2009

Nasihat Sultan Perak : "Bersabarlah"

Sultan Perak, Sultan Azlan Syah sewaktu menerima mengadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin baginda telah membacakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Anfal Ayat 46:
وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar

Datuk Seri Nizar menyatakan Sultan Perak juga meminta tempoh untuk membuat keputusan permohonan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Sebelumnya, MB Perak itu juga menjelaskan tentang kedudukan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyeberang semula ke UMNO/BN yang menyebabkan Najib merasakan BN sudah cukup mempunyai majoriti di Perak. Dia telah di ambil oleh ADUN Pengkalan Baru, Dato' Hamdi dan ADUN Lintang, Pakeh Adam dengan alasan Raja Muda menjemput ke Istana, tetapi mereka telah dibawa ke Putrajaya bertemu dengan Najib petang ini.

Kelab GB sebelum ini pernah melaporkan kehilangan tiga orang UMNO dimana rakyat juga "membaca" kehilangan tiga orang ADUN UMNO, Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) daripada menghadiri mesyuarat tergempar UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebagai salah satu skrip yang ada di dalam drama culik-menculik ini.

Mereka diculik untuk tidak melakukan U-turn seperti yang dilakukan oleh Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang pada ketika telah berhijrah ke Pakatan Rakyat dan "disekolahkan" pula untuk menculik Datuk Nsaruddin Hashim supaya kembali menyertai UMNO/BN. Berapa upahnya? Hanya mereka dan Allah s.w.t. yang tahu.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa meminta rakyat agar jangan terpedaya dan tertipu dengan dakyah-dakyah dan maklumat yang sengaja diputar-belitkan oleh media ketika ini dalam isu yang melanda negeri tersebut.

Beliau turut menerangkan bahawa Presiden PAS,Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan pulang esok daripada Gaza dan akan menghadiri mesyuarat lajnah politik tertinggi PAS yang akan diadakan esok.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula meminta agar Sultan Perak tidak mengizinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak dengan mengheret dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadapi tuduhan rasuah untuk mendapatkan majoriti mudah.

"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).


Tiada ulasan: