3 Ogo 2015

Hudud: Sekarang Ini Jawapannya, Kenapa Takut Kepada Selain Allah?

Nik Amar: Pas tangguh laksana hudud bimbang darurat

KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.

Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.

“Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. -SH

ULASAN GB

Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan...

Hudud telah dijadikan "tema" tidak rasmi Muktamar PAS ke 61 oleh kumpulan pro-ulama untuk membelasah dan mengenepikan kumpulan professional dari kepimpinan parti kononnya kumpulan professional menolak hudud.

Sedangkan hakikatnya kumpulan professional sudah sedia maklum bahawa hudud belum dapat dilaksanakan di dalam keadaan di mana rakyat negara belum memahami dan belum bersedia dengan hukum berkenaan. Ia juga menepati apa yang telah disebutkan oleh Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang dengan tegas menyatakan: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Kumpulan pro-ulama bertegas mahu melaksanakan hudud kononnya dikatakan bahawa UMNO sudah sedia untuk menyokong RUU tersebut dan Bil Persendirian mengenai pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) tersebut dikemukakan. Namun dua kali ianya gagal dibentangkan kerana PAS telah berjaya dipermiankan UMNO.

Presiden PAS pernah menyatakan PAS rela kalah di dalam pilihanraya asalkan mendapat keredhaan Allah kerana melaksanakan hudud.


Disambut pula oleh kumpulan yang pro-ulama kononnya, kita hanya berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Kita hanya takut kepada Allah bukan kepada manusia.

Kini, jawapannya sudah pun jelas dan nyata sejak sekian lama. Kenapa PAS takut dengan darurat? Kenapa PAS bimbang jika darurat itu berlaku? Bukankah kamu sendiri yang menyatakan "hanya takut kepada Allah"?

Siapa sekarang yang menjadi munafik haraki? Label itu kini telah kembali kepada penuturnya!

Kumpulan professional tetap teguh dan istiqamah dengan pendirian bahawa kita tegakkan dulu kehidupan Islam seperti disarankan oleh Yusof Al-Qardhawi. Ia laksana membina sebuah rumah... dimana keadilan perlu ditegakkan terlebih dahulu di dalam negara dan kita perlu bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas Putrajaya kerana dari situlah tercetusnya redha Allah dalam menegakkan hukum dan membangunkan masyarakat Islam.

Dan oleh kerana PAS telah memutuskan hubungan dengan rakan-rakan komponen dalam PR, maka kumpulan profesyenal yang istiqamah dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman, mencari wadah baru untuk meneruskan missi dan visi itu... maka tertubuhlah Gerakan harapan Baru, sebuah NGO sebelum nantinya muncul sebuah parti alternatif kepada PAS yang akan terus bersama PR.

Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus membuktikan perjuangan Gerakan Harapan Baru itu benar!








IKLAN BERBAYAR







44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS kena tanya UMNO kerana mereka yang memerintah negara. Kenapa mereka tidak laksana sebelum ini. PAS kena semak sebab apa TGNA terhenti.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha....bangang sungguh....dah becelaru...baru tarik handbreak...ape punya orgni....

Tanpa Nama berkata...

REVERSE lagi ?????

Tanpa Nama berkata...

dia pernah kata - aku kalau ada kuasa aku pecat! jadi dgn kuasa yg ada, dia pecat timbalan pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (org YB Husam Musa) dan kena perintah bayar RM200,000 sebagai penyelesaian saman.

dia juga pernah kata - kalau umno tak bentangkan hudud haid dlm sidang parlimen oktober akan dtg ini, dia nak perang besar dgn umno.

aku nak tengok dia akan perang besar atau jadi tikus bisu menyorok bawah rover mcm bisunya si bduh dan serban besar di parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Pejuang2 hukam Islam dibumi bertuah dan juga ahli2 politik beragama dan mengaku Islam perjuangkanlah semuga tulisan jawi hidupkan semula setelah berapa lama mati dik pejuang melayu dan islam yg khianat dulu (yg amat menyedihkan dikebumikan pula dimakam pahlawan) yg saya rasa perbuatannya terlalu hina yg ditelah dilakukan sehingga begitu ramai jenerasi muda islam sekarang ini tidak bolih membaca jawi. Sedangkan dunia tahu tulisan jawi adalah tulisan Al Quran, dalam quran itu sendiri telah tersedia segala hukum hakam Islam yg telah turunkan melalui Nabi SAW temasuklah hudud

Timnajib Jomfikir berkata...

Alahai Nik Amar..mcmanalah kamu boleh diangkat menjadi TMB?

Dengan kenyataan mcm tu, nampak sangat kamu
Menjual Agama untuk kepentingan diri sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Dengan rahmat Allah SWT maka lahirlah Harapan Baru bagi seluruh rakyat Malaysia kerana janji Allah itu benar bahawa Dia akan memelihara agama Islam ini hingga hari kiamat.

Tiap2 suatu kejadian itu ada hikmahnya. Maka peristiwa tersingkirnya anggota utama lagi berjasa dalam Pas secara beramai2 itu adalah sebuah hikmah dalam menuju proses kesempurnaan siasah di zaman ini.

Peristiwa kecelaruan pemikiran dan tindakan pimpinan Pas hari ini adalah sebuah hikmah supaya kita belajar bahawa pentingnya bersikap santun dan terbuka demi mengurus sebuah negara berbilang kaum.

Mulai saat ini Harapan Baru usahlah bersedih lagi akan hal2 yang telah berlalu. Teruskan melangkah. Maju terus maju tanpa lelah. Usah berpaling lagi. Usah dibalas apa jua kata nista.

Rakyat sekarang dihambat petaka yang bakal membawa derita nestapa. Semakin hari semakin menghampiri hingga saatnya rakyat jatuh tersungkur dan hina di tanah airnya sendiri. Rakyat akhirnya mencari tempat berpaut.

Harapan Baru dan Pakatan baru inilah tempat berpaut seluruh rakyat Malaysia.

zamani berkata...

apa citer ulamak pas mereka hanyalah ulamak pagi jadi manusia bila petang menjelirkan lidah macam anjing.

Tanpa Nama berkata...

Ikut ulama pas suci mulia: semua no pasal dap jahat nak larang hudu..

omar daud berkata...

Salam semua:

Alhamdulillah saya baru balik dari kempen penerangan Wilayah di club sultan sulaiman: Bagi mereka2 yg di luar kawasan KL, sambutan hebat,penuh dewan:Kembali berjumpa dgn 11 orang otai-otai lama yg join PAS SejaK sept 1998.WOOOWW terkejut juga Semuanya mereka join GHB,Merekalah pengerak tenaga kerja wilayah dahulu,yg menyebabkan Dr.Lo lo menang di Titiwangsa dahulu.mereka2 ialah otai,1 =lembah pantai,2=Batu,2=kampong baru,1=wangsa maju,2=setiawangsa,1=segambut dan 2=Bandar tun Razak.Saya tahu bagaimana mereka2 ini buat kerja,Tanpa upah kadang2 kongsi-kongsi duit sendiri.mEREKA BANYAK IDEA-IDEA YG CREATIVE.
Saya ramalkan PAS sudah tidak mempunyai tenaga-tenaga kerja yg productive lagi.Mungkin di wilayah lumpuh.

kipidap
AMANAH,PROGRESSIVE,PEDULI.
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa nk terajang je org yg ckp munafk mcm tu

dh nk rak huru hara dibuatnya nk sgt hudud, tiba2 ada sebakul alasan munafik diberi

kalau nk kata DAP kafir, munafik bukankah lebih bawah nerakanya?

kan kata PAS hukum islam itu adil dan membawa kesejahteraan pd manusia. kt mana dtg dharurat pulak?

takkan lah DAP mampu pikul senjata serang PAS nk hduud kt kelantan, bukan kt penang

PAS jgn ingat boleh exploit kekkafiran DAP utk jadi munafik.

Allah pasti akan hina org2 yg permain hukumnya, lebih baik org yg berdiam diri tk mampu laksana dpd org yg canang nk laksana tp bagi seribu alasan munafik.

Wahai azli taliban, taknk perang ke dgn pemimpin PAS yg beri alasan tangguh hudud ni??? mana telur kau, jgn janggut je berjela ckp je bergegar tp diam membiu mnyokong munafik,....alasan wala dan patuh pd imam.. imam syiah

PAS kini bukan saja memalukan org melayu islam, tapi juga memalukan NAJIB ... sekurang2nya najib tk berjanji dn permainkan hukum agama.. kesalahan dia lebih bersifat nafsu duniawi walaupun wajib ditentang jg.

lepas ni PAS akan bagi alasan rakyat berbilang kaum pula. rayat belum faham dll lagi.

bila lah pemimpin serban jubah ulamak PAS nk takut pada Allah dgn sebenar2 takut ??????

astaghfirullah

Tanpa Nama berkata...

Sahabatku Zamani. Semoga rahmat Allah sentiasa menyinarimu. Setelah berbulan2 kita mencerca pimpinan pas, rasanya cukuplah sudah.

Mari kita tamatkan kata nista ini. Mari kita bangunkan kekuatan atau berilah kata2 semangat kepada Harapan Baru yang sedang bangkit merealisasikan makna keadilan dan kasih sayang.

Maafkan saya kerana memberi nasihat.

Tanpa Nama berkata...

umno + pas = no pas

Tanpa Nama berkata...

X setuju dengan Anon 11:50 di atas...inilah namanya berkempen... kita nak tarik semua penyokong pas ke harapan baru sebab dah namanya pun alternatif kepada pas... di samping berkempen untuk harapan baru, pendedahan tentang kelemahan golongan yg gelar dirinya ulamak pas (konon) juga perlu supaya rakyat faham kenapa parti baru yg menjadi alternatif kepada pas ditubuhkan.
Macam kempen against UMNO la...bagitau kelemahan UMNO yg rakyat x tahu dan dedahkan kelebihan kita supaya menjadi harapan kepada rakyat...standard la

Tanpa Nama berkata...

BODOH!!!!!!!

Nak tegak ISLAM dan AJARAN NABI SAW

Tapi takut pada ORANG?????

Rezeki Ajal MILIK ALLAH SWT.... Kenapa nak takut Dharurat ???

Takut Anak Bini tak makan ke ???

Takut ter lepas pulak Jawatan Gaji Kereta Drebar ke ????

Kepala Otak SAJA!!!!!!!!!!

Kesian Rakyat Kelantan dapat KELDAI sebagai pemimpin negeri.

Tanpa Nama berkata...

Tak baik kalau aku katakan bahawa kebanyakan muka peminpin tertinggi Pas kini diselaputi najis.sudahlah jijik berbau pula.mengapa diadalm kepala mereka tidak tibul idea atau pemikiran ke depan sekiranya dibuat apa akan berlaku dan sekiranay tidak dibuat apa akan terjadi,Allah beri kita akal untuk berfikir.Dalam menghadapi manusia di dunia ini terutama di Malaysia ini terpaksa juga meninmbang keadilan pada bangsa dan agama lain untuk menampakan ISLAM itu benar ,adil dan bersih.Kesian Hadi ,haron ,Nik Tak Amar ,nik abdoh.Zuhudi dan seangkatan dengan nya,diatas dunia sudah dihina,kerana mereka langsung tidak mengambil sedkit pengajaran dan conoh dari Tok Guru kesayangan rakyat TGNA

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku 12.13.saudara zamani bukalah bertujuan untk terus menghina tetapi tulisanya mungjin berujuan untuk memulang semula kepada siapa yang berkata ada kumpulan yang menyalak seperti anjing ,jadi sekarang kita lihat siapa yang terkena sikapnya seperti anjing,

Tanpa Nama berkata...

uruskan hal cerai pun tekial kial masih ada hati nak uruskan kes jenayah. Hmmm

Anti Fitnah berkata...

Seperti ludah ke langit, akhirnya ...
Mengata dulang paku serpih ...
A ...
Ad ...
Ada ...
Ada N ...
Ada Na ...
Ada Nam ...
Ada Namp ...
Ada Nampa ...
Ada Nampak ...
Ada Nampak tak ....
Apa tu ?????
Lidah ...
Lidah B ...
Lidah Bi ...
Lidah Bia ...
...
Allah swt menganjurkan hambaNya berfikir dengan waras dengan menggunakan OTAK di dalam KEPALA di atas BAHU.
Apabila manusia yang menggelar diri ulama bercakap tak serupa bikin, ...
Ingat Allah swt amat BENCI akan umat yang sombong.

Tanpa Nama berkata...

Anon AUGUST 2, 2015 AT 11:24 PM dan Tuan Omar Daud yang saya hurmati,

Dengan rahmat Allah SWT maka lahirlah Harapan Baru bagi seluruh rakyat Malaysia kerana janji Allah itu benar bahawa Dia akan memelihara agama Islam ini hingga hari kiamat ………….. Harapan Baru dan Pakatan baru inilah tempat berpaut seluruh rakyat Malaysia.

“ ..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesunguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya dia mengetahui org2 yg dusta.” (Al Ankabut:2-3)

Jangan la tuan tertipu dengan kata-kata dan janji manis ahli politik yang ada latar belakang pemimpin DAP dibelakang mereka. Tidak kah tuan sedar bahawa gereja Evangelist Keristian yang disokong DAP ada polisi yang telah mensyirikkan kalimah ALLAH kedalam Bible modified Bahasa Melayu mereka. Cuba tuan bertanya dengan Mat Sabu apakah pendirian beliau tentang penggunaan kalimah ALLAH untuk Bible Keristian Evangelist tajaan DAP yang disokong oleh pemimpin PKR. Kita tak pernah melihat Mat Sabu membantah kebiadapan pihak gereja dan pemimpin DAP pun sebelum ini. Mungkin tuan-tuan berasa tak mengapa biarlah pihak gereja guna kalimah itu. Bukannya rugi pun !!! Kalau itulah pendirian tuan maka cuba tuan tanya dengan mana-mana orang Keristian atau paderi mereka baik didalam atau di luar negara soalan-soalan ini.

1. Benarkah Tuhan kamu didalam bible tidak ada nama dan Tuhan Bible hanya disebut sebagai GOD, FATHER dan LORD sahaja? (Ganti nama sahaja)
2. Benarkah kamu semua beranggapan bahawa Tuhan Bible kamu itu ada anak? Berdasarkan ayat John 3:16 For God so loved the world, that he gave his only begotten Son,….sebab itu di Pulau Pinang pernah terpampang banner “JESUS ANAK ALLAH” (nauzubillahi minzalik).

Tidak ini akan memberi makna ALLAH sudah ada anak pulak didalam Bible bahasa Melayu mereka? Tidak kah sikap dan pendirian biadap ini boleh menjuruskan bahawa ALLAH yang Maha ESA sudah setarap dengan haiwan dan manusia? Nauzubillahi minzalik !!! Bersetuju tak tuan bahawa jika kita mengiakan dan tidak membantah walaupun didalam hati maka kita pun tergolong sama seperti mereka yang melakukan SYIRIK. Dosa Syirik ni heavy duty dan ultimate tuan. Tak percaya ke?

Cuba lihat ayat Al Quran surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.

Parti Harapan Baru dan Pakatan milik Mat Sabu and the geng adalah satu bentuk gagasan yang bakal menyokong polisi pihak gereja Evangelist tajaan pemimpin DAP. Di satu sudut saya sangat menggagumi pengorbanan yang sungguh hebat yang bakal tuan berikan kepada mereka. Manakan tidak? Tuan-tuan sanggup untuk memperjudikan kehidupan akhirat tuan demi untuk membolehkan orang-orang seperti Mat Sabu dan Guan Eng untuk berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang dinamakan Bodoh Sombong... dan pengecut

Tanpa Nama berkata...

cmtu lah ularmak PAS skang ni....tu yg xsuka sngat puak2 profesional ade dlm AJK PAS tu...skang n senang2 wt keputusan..xde yg nk komen..dh ba'iah kn?..xleh lawan ularmak...dosa!!..bodo....

Tanpa Nama berkata...

Sedap sungguh admin kata nak tegakkkan kehidupan islam dahulu...., lmcmana nak tegakkkan islam jika pemimpin masih bersalam dengan bukan islam..., berkonpromi dengan dap yang jelas2 dipulau pinang masih berlambak rumah pelacuran....,

sedarkah admin bahawa perlembagaan negara ini bahawa islam agama rasmi dan bukan islam bebas mengamalkan agama masing2.., tapi sekarang seolah2 islam yg tidak bebas mengamalkan agama mereka sendiri(hudud)...,

kalau sekarang pun dap dh bising2 pasal hudud, adakah bila menang putrajaya nanti dap dapat terima hudud dengan mudah...,

Unknown berkata...

Pas + al maunah = paspunah

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmahnya apa yg terjadi dpt memisahkan golongan munafik dan islam.harap ghb jgn tersalah ambil org yg bodoh sombong mcm nik amar, pesideng dan sewaktu dgnnya.kalau x,ghb akan terkubur.tapis dgn sebenar2nya

Tanpa Nama berkata...

Aku dok Penang. Memang support PAS dulu. Tapi tidak sekarang. PAS syok sendiri. Entah apa yang dia menang, entah. Siapa tak setuju dgn PAS, kena label macam2. PAS tak boleh dipercayai dan tak peka derita rakyat. Khayal dengan agenda hudud.

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu lah pandangan Nik Amar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, terpanggil aku untuk menyiarkan statement arwah TGNA yang berbunyi ""Idealogi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa". Bererti parti yang katanya mewakili Islam ini sudah menjadi macam zombiee Kg. Pisang ke? Kesiannnnnn ..... seolah-olah tuan-tuan termakan oleh kata-kata "ustaz" Lim Kit Siang yg pernah di bawa Mat Sabu untuk “berceramah” di masjid Kota Bharu tidak berapa lama dahulu. Kit Siang pernah menyarankan bahawa HUDUD memang tidak sesuai untuk bumi Malaysia. Sekiranya tuan-tuan tak mahu untuk melaksanakan Hudud di tempat sendiri bererti tuan-tuan memang bersetuju bahawa Lim Kit Siang lebih "pandai dan tahu" dari Pencipta sendiri. Nauzubillahi minzalik !!!

Tidak kah pendirian bacul dan dayus parti PAS ini untuk mengiakan kata-kata Kit Siang ini mampu untuk menghancurkan kredibiliti PAS pada kacamata pengikut sendiri? Itu belum lagi di peringkat kebangsaan dimana PAS akan dikenali sebagai parti Maharaja Lawak pulak nanti. Yang peliknya bagaimana perlaksanaan hukum hudud bolih menimbulkan darurat di Kelantan? Satu pandangan pelik lagi ganjil yang tidak seharusnya datang dari seseorang yang boleh digelar "Ulamak" dikalangan orang melayu. Boleh ke Nik Amar berikan pencerahan yang lebih terang? Ramai orang yang nak tahu ni tuan.

Anti Fitnah berkata...

Saudara Anon Aug 3, 8.45 pm,

Memang bagus hujah tuan. Dua soalan sahaja dari saya yang hina dina ni.

1. Adalah Allah swt tu Tuhan bagi orang Islam sahajakah?
2. Adakah penggunaan kalimah Allah oelh orang bukan Islam boleh memesongkan akidah orang Islam?

DAP ialah parti politik yang memperjuangkan HAK ASASI MANUSIA yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA tanpa melihat keturunan dan agama. Cuba baca perlembagaan DAP.

Kepada Allah swt kita kembali.

Sam Sung berkata...

Ape yg tuan merepek ni..iman tu la jd pendinding dr sume tu..msti igt iman tu bkn blh di ukur oleh manusia
.hanya ALLAH yg mengetahui segala2 nye

Tanpa Nama berkata...

Hudud cuma di laksanakan di Kelantan dan penyokong pro alamak bertanya mengapa pemimpin DAP dan PKR dari negeri-negeri lain takut dan masuk campur. Kalau darurat pun darurat di Kelantan saje, tak ada kena mengena dengan negeri lain, lagi pun peratus orang bukan Islam terlalu kecil dan kebanyakan mereka tidak menolak hudud.

Hudud di Kelantan di sokong oleh UMNO sehingga menitis air mata bila dapat bentang sokong hudud.

Jadi dimana nya Kelantan akan diistiharkan darurat?

Kita telah lama menjadi orang Islam dan negara telah berpuluh tahun merdeka, sudah sepatutnya hudud tidak bertangguh-tangguh lagi.

Mahukah pro alamak mati di soal mengapa takut pada darurat ? Sekurang-kurangnya mereka yang menolak hudud bila di soal, jawapan mereka nanti ialah kerana sebab yang sama yang di beri oleh Amar seperti yang tersirat iaitu ditipu oleh UMNO. Apa jawapan pro alamak? Tak kan nak pakai jawapan yang sama dengan yang menolak hudud?

Pro alamak jugak guna hujah Al Quran untuk menyokong tindakan mereka. Mana dalam Al Quran mengatakan mengenai darurat sekiranya pro alamak nak menangguh hudud??

Tanpa Nama berkata...


Amar tak pulak sebut bebas mengamalkan agama masing-masing tapi yang Amar sebut takut Kelantan akan di istiharkan darurat.

Ini bukan pasal DAP bising-bising tapi atas sebab apa Kelantan di istiharkan darurat sekarang ini jika PAS dengan UMNO telah bersetuju laksana hudud? Berapa kerusi DAP di Kelantan sampai Kelantan akan di istiharkan darurat ?

Tanpa Nama berkata...

Lihat lah!..hanya dipermainkan umno saja..sekarang apa jadi??? dah tahu dan dah pernah masuk lubang ular banyak kali, lagi mahu percaya UMNO??? Kenapa lah percaya lagi ?? Sekarang apa jadi? Bertepuk tangan lah UMNO yang PAS sudah pecah belah kini!....Ulama yang tidak berfikir dengan mata hati.. !!!! Buta sejarah ke apa????

Tanpa Nama berkata...



Darurat apa ke benda?

Bukannya DUN ada kuasa nak laksanakan hudud. Kena dapat kelulusan Parlimen.

Tak ada kena mengena dengan darurat tapi sebenarnya PAS telah gagal. PAS sepatutnya terus kan usaha sehingga mendapatkan sokongan dari ahli Parlimen UMNO untuk menunjukkan UMNO tidak menolak hudud.

Alasan Amar bukan nak menyelamatkan ahli PAS yang telah menyokong bermati-matian tetapi untuk menyelamatkan UMNO sebab UMNO tidak perlu angkat tangan didalam dewan parlimen.

Abdul Said berkata...

Elokla pemimpin PAS duduk diam-diam dan jangan bagi statement. Selalunya bila buka mulut macam-macam benda busuk yang keluar. Elok duduk senyap kemudian tu senyap-senyap letak jawatan dan keluar parti. Agar parti boleh dijaga oleh orang yang cerdik. Kalau tidak duduk diam-diam dan bubar saja parti PAS. Lagi senang. Semua beres!!

zain berkata...

TMB KELANTAN TAK CERDIK.
TGNA DAH BAGITAHU JANGAN ADA KEPERCAYAAN TERHADAP UMNO.
SEKARANG PAS DISISIHKAN DARI PAKATAN DAN HUDUD TAK BERJAYA.SIAPA PILIH KAMU JADI TMB?
BERUNDURLAH, MEMALUKAN,NAMPAK SANGAT BANGANGNYA DALAM BERPOLITIK.

tanya sama itu hud hud berkata...

Ayat john 3.16 tu dari king james version yg diiktiraf sebagai ayat tambahan/dusta/rekaan dan telah dibuang oleh pengkaji bible kristian.
Ayat yg sama tiada dalam RSV,revised standard version yg ada sekarang.
So dalil tu dah tak relevan.
Bible yg ori adalah dalam bahasa aramaic.katanama tuhan dalam bible yg ori adalah elohim.bible pula dalam bahasa aramaic adalah biblos bermaksud buku.
Kes penggunaan katanama Allah dlm bible,kenyataan pimpinan pas selalu berbelit2.
Sila rujuk:http://theunspinners.blogspot.com/2012/12/pas-pusing-isu-kalimah-allah-2010.html?m=1
http://badutrakyat.blogspot.com/2013/01/kantoi-kisah-sebenar-kenapa-pas-sokong.html?m=1
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2013/01/kalimah-allah-harun-din-cabar-hadi.html?m=1
http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/01/pas-kekal-pendirian-sokong-kalimah.html?m=1

Tanpa Nama berkata...




Tidak kah sikap dan pendirian biadap ini boleh menjuruskan bahawa ALLAH yang Maha ESA sudah setarap dengan haiwan dan manusia?

Anon kan kita guna Duli Yang Maha Mulia, kalau tak, tak beraya lah kita.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Anon 8:13 AM..

Salam saudara,

Saya rasa teramat pelik atas hujah saudara tentang kristian. Perlulah saudara sedar adalah lumrah alam bahawa semua pendita agama akan berusaha menyebarkan agama mereka dan tugas kita sebagai Khalifah Islam didunia ini memberi penerangan dan seterusnya menguatkan akidah diri kita, sedara seislam kita dan juga yang bukan Islam.. Banyak video2 tentang ceramah agama oleh Allahyarham Ustaz Ahmad Deedat dan Ustaz Zakir Naik menangkis dan menjawab dengan senangnya persoalan tentang Kristian, Hindu, Yahudi dan sebagainya.. Ramai yang telah memeluk Islam akibat penerangan Ustaz2 tersebut. Adakah sukar nak menjawab soalan tuhan dan anak? Kenapa kita perlu takut dengan tindakan pihak gereja sekiranya kita percaya Islam itu agama yang benar? Kenapa perlu mengangkat kristian ini sebagai satu agama yang amat digeruni seolah2 mereka terlalu berkuasa? Padahal golongan mereka adalah ciput sahaja di Malaysia. Adakah dengan memusuhi dan menjauhi mereka maka semua yang bukan Islam akan terima Islam? Adakah saudara juga terpedaya dengan kononnya meminum holy water kita tak boleh mengucap? Bagaimana pula dengan penyebaran kristian melalui media sosial, TV, radio, panggung dan sebagainya.. Nampak sangat motif saudara adalah untuk kami semua membenci DAP dan seterusnya Harapan Baru bersama semua kaum Malaysia gagal.. bukan gitu?

Tepuk dada tanyalah Iman.. Wallahua'alam..

Tanpa Nama berkata...

pelik lah bila kita takut orgkristian guna nama Allah. selain sebelum ini nama tersebut tlh digunakan, di negara lain perkara ini tidak jd masalah, Apa ada pd nama?

tidak mustahil kerana nama lah org kristian akan ingin tahu lebih dr itu. Siapa yg empunya nama? boleh ke jwpan tersbt ditemui dlm kitab mereka? sekiranya mrk tidak puas hati, org yg di cari ialah spt Ustaz Zakir Naik.

maka kena lah perbykkan org org spt Ustaz Zakir Naik dan org -org spt pemimpin ghb, org-org spt anwar ibrahim dan tuan guru tuan guru spt almarhum nik aziz.

ketakutan menguna nama Allah ini disebabkan mrk takut krn yg ada skg org-org spt najib, hj hadi dan pemimpin umno yg boleh hadir maharaja lawak.

Tanpa Nama berkata...

Saudara anon August 3, @ 10:24 AM

1. Adakah ALLAH itu Tuhan bagi orang Islam sahajakah?

Assalamualaikum Tuan, dengan hurmatnya cuba tuan cari didalam tulisan saya. Ada tak saya tulis bahawa Allah itu bukan Tuhan untuk orang bukan Islam? Saya yakin sudah tentu tuan tidak akan bertemu perkataan itu. Saya percaya tuan memang tahu tentang sifat yang mustahil bagi Allah didalam “sifat 20 Allah”. Untuk mudah memahami apa yang saya maksudkan saya sarankan tuan cari kitab Holy Bible King James version atau pun penganut “ugama” Keristian sebagai rujukan.

Tanyakan mereka atau pun lihat sendiri didalam Holy Bible itu samada Tuhan mereka didalam Holy Bible itu ada nama atau tidak? Tuan akan dapati tuhan kitab Holy Bible mereka cuma di tulis sebagai GOD. FATHER dan LORD sahaja. Tetapi perkataan itu cuma gantinama sahaja, contohnya bila buat ayat “Namakan “TUHAN” penganut fahaman HINDU? Atau siapa nama ‘FATHER” kamu? Maaf ya sebab dah macam mengajar Bahasa Melayu pulak dah. Pendek kata tuan tidak perlu percaya apa yang saya dah tulis sebab tuan mampu untuk verify sendiri fakta yang saya usulkan.

Pastu tuan cuba bertanya sendiri dengan mana-mana orang Keristian atau Paderi gereja mereka samada yg didalam atau pun yang diluar negara. Apa betul ke orang Keristian beranggapan “TUHAN” yang disebut didalam Holy Bible itu ada anak? Sebab itu saya masukkan petikan dari ayat Holy Bible John 3:16 For God so loved the world, that he gave his only begotten Son …. (cuba lihat perkataan “begotten son”) Apabila pihak gereja Malaysia buat kitab Bible Bahasa Melayu mereka ubah perkataan GOD, FATHER dan LORD menjadi ALLAH. Disini saya nak tanya tuan, apakah tuan boleh setuju dengan paderi Keristian Malaysia bahawa ALLAH kini sudah ada anak pulak ? Sebab itu mereka dengan berani dan biadapnya telah mempamirkan banner “ JESUS ANAK ALLAH” di Pulau Pinang tempat Mat Sabu bekerja.

Kalau tuan sangka ALLAH tak kisah “and no problem” seperti kata DSAI didalam youtube cuba tuan fahami ayat Al Quran surah Maryam ayat 88 – 92.

88- Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak
89- Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,
90- hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,
91- karena mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak.
92- Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.

Tidak kah ayat 90 itu menunjukkan bahawa bumi ALLAH pun macam nak telan kita hidup-hidup apabila kita bersetuju secara jahil dengan “permintaan bahaya” pihak Gereja tajaan DAP. Kalau orang Keristian teruja sangat nak guna nama ALLAH sebab mereka kata mereka dah 50 tahun gunakan kalimah itu maka saya nak beritahu tuan bahawa amaran daripada ALLAH sudah lebih 1400 tahun diFirmankan.

2. Adakah penggunaan kalimah Allah oelh orang bukan Islam boleh memesongkan akidah orang Islam?

Apabila kita bersetuju dengan kehendak bukan Islam maka kita pun tak kisah dengan murka ALLAH. Ke tuan lebih takut dan hurmat dengan manusia bukan Islam daripada ALLAH? Sebab itu saya nak beri peringatan bahawa memberi sokongan kepada parti baru Mat Sabu kena tanyakan kepada beliau soalan tentang kalimah Allah.

Buat baik biarlah berpada …… sebab baik pun belum cukup selamat sekiranya tiada kebenaran didalamnya.

HMK berkata...

Suruh orang2 macam ni panjat pokok kelapa pakai seban dan jubah endak ke tidak mesti jawabnya tak boleh lalu dia akan gunakan beruk untuk panjat pokok kelapa .Ha itu lah caranya kuno sangat

Tanpa Nama berkata...

Anon (aug 4 , 8.26am)

A'kum tuan ,

Memang tuan tak menyatakan yang Allah bukan tuhan untuk bukan Islam. Tapi tuan membantah golongan Kristian gunakan Allah dengan alasan tentang 'Trinity'. Secara sengaja atau tidak , tuan membantah secara spesifik Kristian gunakan Allah untuk tuhan. Taukah tuan Kristian Arab telah menggunakan perkataan Allah sejak 1300 tahun lalu tanpa bantahan dari muslim? Macamana dalam 3 - 5 tahun kebelakangan ini tiba tiba jadi problem untuk orang melayu? Rapuh sangat ke iman?

Sebenarnya tuan hendak menyatakan bahawa dengan menyokong GHB (Mat Sabu etc) , akidah kita akan terpesong pasal kita mengiakan kononnya 'anak tuhan'. Petikkan dari penulisan tuan :
'...Apabila kita bersetuju dengan kehendak bukan Islam maka kita pun tak kisah dengan murka ALLAH. Ke tuan lebih takut dan hurmat dengan manusia bukan Islam daripada ALLAH? Sebab itu saya nak beri peringatan bahawa memberi sokongan kepada parti baru Mat Sabu kena tanyakan kepada beliau soalan tentang kalimah Allah...'

Salah ke kalau tak setuju tentang cara Kristian memahami Allah tapi masih boleh bekerjasama dengan mereka. Oh ye , sejak bila DAP jadi parti evangelis Kristian?

Cubalah tuan buka minda and jangan berpikiran terlalu sempit. Kalau tuan penyokong tegar PAS yang dah takut kehilangan ahli2 PAS , sepatutnya tuan muhasabah diri dan tanya pasal apa terjadi sampai ke tahap begini.

Panggilan 'jebon' , 'munafik haraki' etc tak habis2 dari mulut ulamak yg gilakan jawatan. Dah dapat , senyum habis. Mereka boleh merancang tapi rancangan mereka terbantut apabila geng profesional yang mereka kutuk mengambil tindakan berani cuba menubuhkan parti lain. Sekarang ulamak gila jawatan dah kalut.

Oh , by the way - ini kenyataan ulamak Nik Amar :
'..“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” (katanya kepada Sinar Harian, semalam)...'
Ha ha , sebelum / semasa Muktamar , ulamak dan gang pro ulamak dok canang yang korang hanya berjuang untuk keredhaan Allah. Takut pada Allah sahaja. Tiba2 , buat lagi pusingan U.

Tak tau tentang tuan , orang lain yang boleh berfikir akan membuat kesimpulan yang geng ulamak dan pro ulamak dalam PAS telah menjual ugama semata mata untuk jawatan. Kalau boleh buat kerja , ok lah tu. Dah ~50 hari sejak muktamar , apa yang dapat ditonjolkan? Buat lagu Hari Raya adalah. Mengaku jumpa Nabi Muhammad(saw) dan Khalifah Omar(ra) adalah.

Apa gunanya pemimpin seperti begini?

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh..pas sebenarnya dipimpin oleh puak2 munafik tulin..ckp berbelit2 dan berpusing2 dan kemudian u-turn. Sebelum sanggup berperang berckp pasal hudud..waktu rakyat lemas dlm banjir pun mereka asyik sibok dgn hudud..wahai rakyat kelantan jgn kamu jadi buta kayu dan buta matahati asyik soking ouak2 ni yg terpesong dari islam sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Takut darurat = takut hilang kuasa = hilang tempat cari mkn = pru 14 = pasti hilang kuasa =hilang tempat cari mkn =jual agama utk dunia.