Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa "Kalau kita berperang dengan Umno, orang bukan Islam akan perintah negeri ini".
Beliau berkata demikian di dalam satu Majlis Dialog RUU 355 di Rusila yang diadakan pada pertengahan bulan September lalu.
Turut bersama Haji Hadi di dalam majlis Dialog berkenaan ialah YB. Dato' Dr. Fadzli Bin Dato' Haji Hassan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bin Bahri.
KES TUNTUTAN DI MAHKAMAH, KAMI DAPAT PINGGAN MANGKUK, DUIT TUNTUTAN ALLAH TANGGUHKAN
Parti tok takde cara lain nak cari duit. Tabung milo pun semakin merudum kutipannya. Harakah pun dah tak laku. Maka, parti tok arahkan bos di Seri Gading saman orang Amanah kerana ambil alih Pasti. Parti tok minta pulangkan cawan, pinggan mangkuk, sudu, garpu, termasuk pencuci lubang jamban pun parti tok tuntut pulangkan segera.
Peliknya, dengan rela hati orang Amanah ni setuju nak pulangkan semua barang2 tu sebab pada mereka nilainya berapa sangat. Kalau beli kat pasaraya Sakan atau Maideen pun tak jejak dua puluh hingggit. Parti tok tak puas hati. Kami mahu pitih pulak dan kami tuntut RM20K. Kalau dapat, boleh juga tambah bini. Maka di bawa ke mahkamah juga walaupun orang Amanah ini awal2 lagi setuju nak pulangkan barang2 terpakai tu.
Pakatan Harapan harus tanpa Pas oleh MUAMMAR QADDAFI
Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.
PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.
Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.
Akar umbi PAS tak setuju serah kerusi kepada PPBM oleh Zulkifli Sulong
Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.
Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.
Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.
Mereka beli seluar dalam Jalur Gemilang di Australia
Warga Australia yang diberkas di Sepang semalam kerana menayangkan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang berada di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan.
Star Online melaporkan 9 lelaki itu membeli seluar dalam itu di Australia.
Menurut laporan itu, kumpulan terbabit, berusia antara 25 dan 29 tahun, direman 4 hari bagi membantu siasatan dan disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan provokasi.
"Polis perlu tegas, bukan setakat jadi jurugambar'
Pemuda AMANAH Perak meminta pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.
Ini susulan tindakan kumpulan berkenaan yang dilapor menghalang peserta Konvoi BERSIH dari Lumut ke Teluk Intan semalam sehingga menyebabkan kekecohan.
"Kumpulan Baju Merah ini bermaharaja lela dan seolah-olah menganggap diri mereka kebal daripada sebarang tindakan menyebabkan mereka berani untuk melakukan tindakan jenayah.
"Mereka seperti tidak takut untuk 'beraksi' biarpun dikelilingi pihak polis yang datang menjalankan tugas," kata Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Perak, Muhammad Faeez Azahar.
Katanya, polis gagal menjalankan tugas apabila tidak bertindak pantas terhadap kumpulan itu yang didakwa mengancam keselamatan peserta konvoi.
"Pihak polis dikatakan lebih bertindak sebagai jurugambar dan juruvideo, sedangkan tugas utama pihak polis pada ketika itu ialah melakukan tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah serta melanggar undang-undang," katanya.
Semalam, peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.
Kekecohan berlaku selepas Jamal dilapor cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.
Sebelum itu peserta konvoi berkenaan diganggu sekumpulan 30 hingga 40 peserta Baju Merah yang bermotosikal ketika mereka dalam perjalanan dari Lumut.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata ketua polis di setiap daerah yang dikunjungi peserta BERSIH perlu mengambil tindakan kepada kumpulan Baju Merah tanpa menunggu arahan ketua polis negara.
"Pihak polis mesti diperingatkan bahawa mereka mesti bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini sepanjang konvoi BERSIH 5 selama tujuh, sekiranya Jamal dan kumpulan samsengnya tidak diberkas," katanya.
"Samseng Umno berbaju merah akan terus membuat kacau sekiranya tindakan mereka tidak dibanteras dari awal," tambahnya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, selaku pemimpin Umno, parti itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakan Jamal dan pengikutnya.
"Kegagalan parti pemerintah untuk berbuat demikian bermakna pemimpin Umno juga bersekongkol dengan Jamal dan kumpulannya yang dianggotai pembuli.
"Pihak polis juga perlu menyiasat tingkah laku samseng Jamal kerana mereka sentiasa cepat bertindak ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia," kata Santiago. -mk
ULASAN GB
Di Malaysia ini kertara polis tidak professional dan mengamalkan sikap dwi-standard.
Terhadap para pembangkang kesalahan yang begitu kecil pun akan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi jika dari kalangang penyokong kerajaan, perlakuan jenayah pun mereka tidak bertindak seperti kes Jamal di atas.
Kita sering menyeru polis supaya kembali kepada melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya SECARA ADIL DAN SAKSAMA.
Sikap berat sebelah polis di dalam menjalankan tugas hanya akan menyebabkan rakyat tidak menghomati institusi polis dan akan tidak mendapat kerjasama dari rakyat.
Negara bakal hancur binasa jika polis terus dengan sikap yang sedia ada.
Mufti Pulau Pinang menyuarakan rasa sedihnya terhadap tindakan segelintir ahli agama yang mengafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau tidak menafikan peri pentingnya memperkasa mahkamah syariah, tetapi RUU itu belum lagi dimuktamad dan dibentangkan.
Dakwaan tolak RUU Pindaan Akta 355 boleh gugur iman, akhirnya ustaz Pas kembali membuat pusingan kebelakang (UTURN) dan segera memohon maaf. Itulah Pas ketika bercakap sering kali sembero berhujah tanpa berfikir. Selepas membuat hukum segera pula menarik balik hukum seolah pemimpin Pas bebas mengeluarkan hukum sesedap rasa.
Inilah yang di namakan cakap mengikut hawa nafsu tanpa merujuk nas, dalil dan siasatan yang terperinci. Untuk makluman, Ustaz yang sama juga pernah mengeluarkan kenyataan tiada Azan di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang akhirnya segera menarik balik fitnah tersebut setelah mendapati ianya hanyalah ucapan fitnah.
PAS kini didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk mengkafirkan orang lain.
Di dalam satu video yang tersebar luas di media sosial, seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berikut ialah sedutan ceramah ugama yang disampaikan:
Amanah kuasa politik baharu di Johor oleh MOHD SAYUTI OMAR
Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam "tumpul nafsu" sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa putus angin.
Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno
Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.
"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam kelmarin.
Syukur alhamdulillah. Sungguh Meriah! Demikian kata-kata yang diucapkan oleh para pengunjung terhadap Sambutan Setahun AMANAH di Muar Johor yang baru menutup tirainya malam tadi dengan program GEMA AMANAH.
Seawal jam 7.00 pagi semalam, para pengunjung telah tiba untuk bersama-sama di dalam Senamrobik kemudian berterusan sehingga ke malam dengan pelbagai aktiviti yang mengisi Karnival Sambutan Setahun AMKANAH.
Malam sebelumnya sudah diadakan "Countdown Pidato" yang menampilkan pidato-pidato dari pimpinan AMANAH yang terdiri daripada Sdra Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Presiden Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyeru rakyat untuk tolak UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang ini dan menyatakan dengan tegas beliau tidak akan sertai semula UMNO selepas ini.
Beliau membuat seruan dan kenyataan tegas itu di dalam ucapannya di majlis Sambutan Setahun AMANAH anjuran Pati Amanah Negara di Bakri Muar malam tadi.
Menurutnya UMNO sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. Budaya UMNO sudah jauh berbeza akibat dari perbuatan Presidennya Dato Seri Mohd Najib Razak yang dianggapnya sebagai orang paling korup dan menyalahgunakan kuasanya sehingga sistem di dalam negara kita tidak dapat berfungsi (dysfunctional).