3 Okt 2016

[VIDEO] Baju Merah Berharaja Jela Kerana Polis Berminat Menangkap Pembangkang Saja...

"Polis perlu tegas, bukan setakat jadi jurugambar'

Pemuda AMANAH Perak meminta pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Ini susulan tindakan kumpulan berkenaan yang dilapor menghalang peserta Konvoi BERSIH dari Lumut ke Teluk Intan semalam sehingga menyebabkan kekecohan.

"Kumpulan Baju Merah ini bermaharaja lela dan seolah-olah menganggap diri mereka kebal daripada sebarang tindakan menyebabkan mereka berani untuk melakukan tindakan jenayah.

"Mereka seperti tidak takut untuk 'beraksi' biarpun dikelilingi pihak polis yang datang menjalankan tugas," kata Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Perak, Muhammad Faeez Azahar.

Katanya, polis gagal menjalankan tugas apabila tidak bertindak pantas terhadap kumpulan itu yang didakwa mengancam keselamatan peserta konvoi.

"Pihak polis dikatakan lebih bertindak sebagai jurugambar dan juruvideo, sedangkan tugas utama pihak polis pada ketika itu ialah melakukan tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah serta melanggar undang-undang," katanya.

Semalam, peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.

Kekecohan berlaku selepas Jamal dilapor cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Sebelum itu peserta konvoi berkenaan diganggu sekumpulan 30 hingga 40 peserta Baju Merah yang bermotosikal ketika mereka dalam perjalanan dari Lumut.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata ketua polis di setiap daerah yang dikunjungi peserta BERSIH perlu mengambil tindakan kepada kumpulan Baju Merah tanpa menunggu arahan ketua polis negara.

"Pihak polis mesti diperingatkan bahawa mereka mesti bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini sepanjang konvoi BERSIH 5 selama tujuh, sekiranya Jamal dan kumpulan samsengnya tidak diberkas," katanya.

"Samseng Umno berbaju merah akan terus membuat kacau sekiranya tindakan mereka tidak dibanteras dari awal," tambahnya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, selaku pemimpin Umno, parti itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakan Jamal dan pengikutnya.

"Kegagalan parti pemerintah untuk berbuat demikian bermakna pemimpin Umno juga bersekongkol dengan Jamal dan kumpulannya yang dianggotai pembuli.

"Pihak polis juga perlu menyiasat tingkah laku samseng Jamal kerana mereka sentiasa cepat bertindak ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia," kata Santiago. -mk




ULASAN GB

Di Malaysia ini kertara polis tidak professional dan mengamalkan sikap dwi-standard.

Terhadap para pembangkang kesalahan yang begitu kecil pun akan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi jika dari kalangang penyokong kerajaan, perlakuan jenayah pun mereka tidak bertindak seperti kes Jamal di atas.

Kita sering menyeru polis supaya kembali kepada melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya SECARA ADIL DAN SAKSAMA.

Sikap berat sebelah polis di dalam menjalankan tugas hanya akan menyebabkan rakyat tidak menghomati institusi polis dan akan tidak mendapat kerjasama dari rakyat.

Negara bakal hancur binasa jika polis terus dengan sikap yang sedia ada.


FEATURED ADS


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasal itu lah dia orang berani buat macam ini kerana Polis bukan tak buat apa-apa tetapi kerana Polis mempertahankan perbuatan salah mereka. Jika berlaku kekecohan yang disalahkan pembangkang dan yang kena soal-siasat berjam-jam ialah pembangkang.

Tunggu semasa perhimpunan BERSIH, bawak banner Jamal Tongkol ... patut buat.. buat lah.

Apa pun yang penting BERSIH sampai ke destinasi akhir mereka.. (?)

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah. Layan je mamat tongkol tu. Maksudnya tindakan mereka memang telah di jangka dan sesuatu yang dijangka mestilah terjadi dengan persedian untuk menghadapinya. Kita kena bersedia untuk jangan marah.

Nak marah kerana keciwa dengan kejadian tersebut ialah pada pihak berkuasa yang sama kedudukan taraf otaknya dengan mamat tongkol. Walaupun memang telah dijangkakan pihak berkuasa membiarkan sahaja samseng buat begitu, tetapi yang kita marah ialah hak dan keselamatan rakyat yang membantah tidak di beri secara adil.

Membiarkan budaya seperti ini bererti pihak berkuasa gagal mendisplinkan masyrakat dan sifat tidak dapat mengawal diri akan mwrosakkan negara.

Mamat Tongkol ini pun mengganti tempat ketua-ketua partinya yang pernah jadi samseng yang telah mendapat kedudukkan yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Ketua polis pun umno sbb tu.dia bersekongkol dgn umno.

Tanpa Nama berkata...

Bukan polis keseluruhannya. Tp polis yg berpangkat tinggi, bermula dgn yg pangkat paling tinggi

Tanpa Nama berkata...

Samseng ke benda ??
Samseng bebudak namanya kalau main tarik banner orang..

Baju Merah bukan berdemo.

Pembangkang berdemo membantah persempadanan oleh SPR dan 1MDB.

Ini PoLis kena faham. Mana boleh beri kebenaran kepada orang lain berdemo untuk melarang pihak lain berdemo ?

Tanpa Nama berkata...

Boikot jer hotel sekin tu....mmat jamal ni punyer hotel rupernyer...dulu sekincan ikn bkar mlingkup.....ni bg hotel dia ligkup plak...baru dia tau

Pencolekhangek berkata...

Keadilan hakiki hanya diakhirat. Kuasa dan kekuatan fizikal hanya setakat umur 50 sahaja. Kalau hidup selepas itu kita akan mula merasa kekuasaan Allah swt. Perbuatan buruk yang lalu dan kezaliman yang dilakukan akan menhantui kita. Balasan yang menyiksakan ialah bila orang yang kita kasihi menderita didepan mata dan pangkat serta wang kita tidak berupaya menyelesaikan masaalah. Ingatlah ketidakadilan hari ini akan menghantui kita esok lusa dan doa orang dizalimi sangat berbisa!!!.

Lelakidicermin berkata...

Aku nak tgk masa BERSIH nanti berani ke dia hadang2 pendemo BERSEH..
Sebenar ikan bakar sekincan tu bg aku di ketegori boleh tahan.. sbb pernah makan. Masa tu tak tahu sepe punya..last2 boleh lingkup satu2.. bilq dah tahu malaun tu punya..

Tanpa Nama berkata...

Dulu semasa awal reformasi budak beg selendang dan lengan ber'ribon' merah yang buat kerja ini.. sekali sekala ada juga budak baju biru gelap yang tak bernombor di dada join dengan sepak terajang..

Yang ada kuasa dah tak buat .. Yang tak berkuasa pulak boleh buat.

Mana maruah Polis ?

Tanpa Nama berkata...

Apa yg tuan gb ulas mmg orang ramai sedia maklum...polis sprm peguAm mahkamah semua berat sebelah...semua org tahu...apa yg blh dilakukan...org melayu masih xnk berubah...

Pemuda parit kings berkata...

Budak baju merah semua tu pencacai umno...buat semua tu demi nk cari makanan anak Bini... alangkah Malangnya punyai seorang ayah atau Abah yg sebegini bodoh perangainya...konon2nya mempertahankan kerajaan yg sedih ada..Walhal hidup sendiri pun merana sampai sanggup menjual maruah diri dan kluarga...demi duit yg tak seberapa...ilmu yg cetek...mengadaikan maruah negara dimata Dunia...perit dan pahit hendak menelan sikap dan sifat orang melayu yg ada skrg serta hidup demi dedak...katanya dapat memberi sesuap nasi utk anak dan isteri...namun hakikatnya dia telah pun membuat berjuta2 rakyat Malaysia merana atas sikap membe la pemimpin yg kurop lagi penjahanam negara. Apakah ini perjuangan merah yg hidup nya demi melayu?berbau busuk hidup nya...mengagung2kan pemimpin umno seolah ia tuhannyaa...sedih melihat anak muda yg dihimpit kesusahan hidup dan dihidangkan kerja yg menongkah arus hidup yg realiti...apakah ini yg dikatakan kerajaan membantu belia anak muda?woi celakalah kamu wahai kerajaan yg durjana...ingtlah wahai pemimpin kerajaan umno bn yg ada...kami sebagai wakil belia anak muda akan bersungguh2 akan menumbangkan umno bn pada pru yg akan datang...kami akan berusaha terdaya mampu kami untuk memberi kesedaran pada anak muda supaya jangan menjual maruah diri semata2 ingin mencari kesenangan yg sementara... hakikatnya hidup kamu diperjudikan..
Sekian...

Majukan diri Bukan menjadi budak suruhan...