27 Sep 2016

[VIDEO] Satu Lawan Satu Harapan Semua, Tetapi 3 Penjuru Pun Tidak Mengapa

Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan Pas, Umno

Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.

"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam kelmarin.


Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.

"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.

"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.

Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.

"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.

Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.

"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.


"Dengan bahasa inilah sahaja baru Pas faham," katanya merujuk kepada sikap Pas yang tidak mahu berunding dengan pihak lain bagi memastikan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Husam yang menyertai Amanah 30 Ogos lepas, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Umno dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan.

Husam mengulas soalan dari peserta tentang cadangan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional.

Bagi Husam, yang membuat onar dalam cadangan satu lawan satu adalah Pas.

Secara tersurat dan tersirat, Pas mahu memastikan kerajaan Melayu Islam dikekalkan.

Dengan cara itu, katanya, pertandingan tiga penjuru diperlukan untuk memastikan Umno menang walaupun ia tidak disebut secara terbuka. -Borhan Ahmad/MD


Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya, dakwa Husam Musa

Pas didakwa sebagai sebuah parti dinosaur yang longgar prinsipnya apabila berdepan dengan kedudukan dan kuasa, dakwa bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Katanya, Pas selalu menjadikan alasan tidak boleh bekerjasama dengan Dap dan juga dengan Amanah kerana ia parti pengkhianat.

Ia selalu dinyatakan oleh pimpinan Pas apabila membincangkan isu satu lawan satu dalam pilihan raya umum nanti bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Dap dan parti yang berbaik-baik dengannya.

"Pada pendapat saya, Pas lebih longgar prinsipnya. Pas bagi saya sangat 'pragmatik'.

"Dalam kes Selangor, dengan memegang jawatan exco dan 15 kerusi yang dimenangi dengan undi bukan Melayu, Pas tidak tinggalkan kerajaan Selangor.

"Dia masih duduk dengan Dap dalam kerajaan negeri Selangor. Ia menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip yang sangat longgar dan boleh diubah-ubah.

"Bila datang kepentingan politik kuasa, Pas boleh bersama Dap dan tidak tinggal kerajaan Selangor," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Pas juga, kata Husam yang kini menyertai Amanah, adalah sebuah parti yang suka berpusing-pusing apabila sampai ke persimpangan jalan.

"Saya yakin rakyat memerlukan parti yang jelas perspektifnya untuk masa depan," kata Husam.

PARTI MASA DEPAN

Bagi Husam, Amanah adalah parti masa depan manakala Pas adalah parti dinasour.

"Jadi saya nasihat kepada tuan-tuan semua, tidak payahlah pergi melutut kepada Pas.

"Sesama orang mukmin sepatutnya kita merendahkan sayap sesama sendiri tetapi bukan melebarkan keangkuhan kita," kata Husam dipercayai ditujukan kepada Presiden Pas yang berkata, Amanah dan rakan-rakannya akan melutut kepada Pas satu hari nanti.
- Borhan Ahmad/MD




ULASAN GB

Itulah Husam. Melihat "hikmah yang tersembunyi".

Tatkala orang-orang lain bising mengenai "satu lawan satu" untuk tumbangkan UMNO BN. Husam berjaya melihat di sebaliknya - iaitu tiga atau berapa banyak penjuru sekalipun, insha Allah, AMANAH akan menang.

Melihat cabaran sebagai satu peluang. Tidak semestinya tiga penjuru itu memenangkan BN seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Senario Kelantan adalah berbeza.

AMANAH mempunyai prinsip. Prinsip kita AMANAH, PROGRESIF dan PEDULI. AMANAH, seperti kata Presidennya, Tuan Haji Mohamad Sabu adalah pengibar panji TAJDID dan RENAISSANCE yang menterjemahkan Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin. Kata Abang Mat, satu lawan satu adalah harapan kita semua tetapi jika menggadai prinsip, 18 penjuru tak apa. Rakyat akan melihat kumpulan (parti) mana yang memperjuangkan keadilan sejagat di masa akan datang.





FEATURED ADS


20 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Bagus..tundukkan EGO ANGKUH presiden PAS.. melutut terketar kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Salah tu hadi xpenah tunduk egonya....kalau kalah nt pun mesti dia Kata Pas masuk pru bkn utk menang..hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Baik tiga penjuru. Jangan dilayan keangkuhan PAS.
Saya yakin Amanah akan mendapat sokongan rakyat. Walau getir dan mungkin kalah PRU14 tapi saya yakin pada jangka masa panjang Amanah akan lebih berjaya dan terserlah. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Terserlah aura kepimpinanmu husam...saya sekeluarga akan undi amanah pada pru akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Yes.. semangat Husam.. Sokong,,

Tanpa Nama berkata...

Mmg sepatutnya yg jd mb kelantan ialah husam sbb husam org kanan nik aziz tp tgk2 geng ulamak sambar dulu.ulamak apa dia tau.ceramah2 pong2 pang2 berdentum2 tau la tp bila bab kerja hampeh...cuba tgk klntn skrg apa pembaharuan yg dibuat???Zero..makin melingkup ada ler..lg satu mb kelantan dh royak dah akan letak jwtn kalo setahun lepas pemerintahan beliau xbjaya laksanakan hudud...skrg brp tahun dah.ulamak auta btl.

Tanpa Nama berkata...

Memang tepat. Buat dah macam-macam. Kita pulangkan kepada orang melayu semula samada masih seronok menonton trollydrama PAS UMNO. Cakap macam ini baru orang melayu sedar yang menentukan nasib mereka dan masa hadapan negara adalah mereka sendiri.

Bukan UMNO. Bukan BN. Bukan PH. Bukan Bersatu. PAS lagi tak boleh diharap.

Tanpa Nama berkata...

Husam dengan Rafizi yang berani lawan dengan situasi yang nampak macam berpihak kepada UMNO dan PAS. Menurut Rafizi bukan semua melayu yang menyokong UMNO. Melayu yang menyokong UMNO pun ramai yang tidak menyokong UMNO lagi.

BN UMNO kuat sebab SPR. Melayu jangan lah nak lawan cina atau kaum lain. Kalau melayu kuat lawan SPR. Gagalkan perancangan SPR yang memberi kelebihan pada UMNO. Ini tidak balik-balik cakap UMNO kuat sebab itu melayu jadi macam ini. Kena tipu, hidup semakin susah masih lagi cakap UMNO kuat.

Alasan DAP jadi abang long dalam PH sudah tak boleh di pakai lagi sebab sekarang Pribumi Bersatu boleh menjaga kepentingan melayu. Yang penting selamatkan negara dari Najib dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bakal MB Kelantan jika amanah menang di Kelantan...Insya Allah...

Tanpa Nama berkata...

Bila Hadi kata AMANAH akan melutut yang penyokong AMANAH kata Hadi angkuh sombong. Begitu juga bila Husam kata dia lebih suka lawan tiga penjuri, penyokong Hadi pulak kata Husam bongkak tak sedar diri.

Antara Hadi dan Husam yang lebih gentleman ialah Husam. Cabaran Husam lebih jantannya. Cabaran Hadi cabaran kosong.

Cabar orang bersumpah, dia (Hadi) sendiri tidak berani bersumpah. Husam dah terang kata dia lebih suka jika lawan 3 penjuru.. apalagi hunuskan keris.

Nak ganti pegang jawatan Mursyidul Am pun tak berani, tahu jawatan tersebut menuntut kredibiliti dan amanah yang bukan boleh di perolok-olokkan. Jadi Presiden kerja untuk parti tapi jadi Mursyidul untuk Islam dan agama, silap atau salah rasa serba-salah menjadikan tak senang tidur. Yang diganti pun tak lama pegang amanah sebagai Mursyidul Am.

Menjadi Mursyidul bukan sahaja tinggi ilmu nya tetapi mesti 'berani'. Jaga dan jangan dirosakkan lagi. Kelak nanti sesiapa pun boleh jadi Mursyidul Am.

Tanpa Nama berkata...


Marah dah tentu sebab Husam samakan parti PAS dengan haiwan dinosaur. Dinosaur adalah kisah purba yang entah betul ada entah tidak. Lagi pun pemimpin sepatutnya bawa perjuangan parti maju ke hadapan bukan balik ke zaman dulu kala.

Senang.. tinggalkan Kerajaan Selangor kalau betul lah PAS bukan parti dinosaur. Sebab masa TGNA tidak ada dinosaur dalam parti.

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
LURUS Men Cetus...ILHAM dan RASA
CETUSAN Firasat...Yg Husam BAWA
Lontaran IDEA...Yg Husam dah "BACA"
Adalah "BACAAN"...PengABDI yg SETIA
Adalah "PENGALAMAN"...Sang'FOKUS Bekerja
Miracle INSPIRATION...Yg BerAMANAH Di Dada
Miracle INSPIRATION nya...Yg LUAR Biasa
Miracle INSPIRATION nya...DiHAYATI Di Usaha
Miracle INSPIRATION itu..."AMANAH"lah Mercunya

Miracle INSPIRATION...Yg Membawa MAKNA
Membuahkan "HASIL"..."Bukti" yg NYATA
Yg "Arif" MemBACA...Yg "Arif" MeLAKSANA
TAK Ramai yg ADA..."AURA-Bakat" Sdemikian Rupa


Miracle INSPIRATION...Di Visualise Di "RASA"
Miracle INSPIRATION...Di GARAP Di Coba


Miracle INSPIRATION..."MIRACLE" lah Hasilnya




Tanpa Nama berkata...

Semoga dipermudahkan in syaa Allah...
Aamiin.

Saiful berkata...

Sy setuju...

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Bodohkan Orang Kampung - Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke Usus!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<





Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

abrarmujahideen berkata...

Bakal PM

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Yg KUDUS dan Suci...Menaburkan BAKTI
BAKTI Di Tabur...TAK Minta Di PUJI
Yg WAJIB Di Puji..."DIA" lah ILAHI
"DIA" lah ILAHI...Yg Maha7Mem-BERI
Yg Mem-BERIkan "NAFAS"...ILHAM Ter"Tinggi"
ILHAM Inspirasi...AZIMAT yg Azali
AZIMAT Yg "Merubah"...MINDA NuurrRANI
MINDA NuurrRANI...Yg Kaseh Mem-BERI


Yg Kaseh Mem-BERI itu...Penawar Yg SUCI
Yg Kaseh Mem-BERI itu...Penawar AZALI
Yg Kaseh Mem-BERI itu...SOLUSI yg Pasti
Yg Kaseh Mem-BERI itu...FITRAH nya Syurgawi


Yg Kaseh Mem-BERI itu...TUADA yg Menandingi
Yg Kaseh Mem-BERI itu...TAK "sehabuk" pun PentingDIRI
Krn Kaseh Mem-BERI itu...Oh! Semurni7Sifat"MU" Yaa RABBI

DAN

Kaseh Mem-BERI itu lah...Sbnr7Hakikat "AMANAH" yg KUDUS dan Suci





Tanpa Nama berkata...

BERJASA berganding dengan PIGS (PAS-Ikatan- Gagasan Sejahtera) dlm PRU14. Berjasa dah melutut depan PAS. PAS pulak melutut dgn UMNO.

http://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/4808-berjasa-sertai-gabungan-dengan-pas-menjelang-pru14

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju...ramai yg masih tak sedar terutamanya umat melayu...punca utamanya adalah spr...

Pencolekhangek berkata...

Kalau ramai anak-anak Melayu lari dari ameno kerana tak mahu jadi kuli batak jutawan-jutawan ameno, maka sudah sampai masanya pulak anak-anak Melayu lari dari pas kerana sudah penat diperkudakan oleh ostad, tuan guru dan pemimpin pas. Pemimpin pas kehulu kehilir dengan kereta besar, malam berseronok dengan bini muda (bini tua bau minyak angin dan dahi tampal koyok), naik kapal terbang, duduk hotel mahal. Mamat-mamat pas panjat pokok, panjat tiang dan tembok pasang banner dan poster dan tolong hulurkan tabung tin milo. Dapat duit dikira depan orang ramai. Tapi perbelanjaan tidak pernah dibentangkan depan orang ramai. Pemimpin keluar air liur, macai-macai keluar keringat dan tenaga. Fikirlah ooi. Allah swt bagi otak untuk diguna bukan untuk jadi bodoh.