8 Okt 2016

Kisah PAS, PASTI Sri Gading: Gagal Dapatkan RM20k, Tuduh Orang Mencuri Pula...

KES TUNTUTAN DI MAHKAMAH, KAMI DAPAT PINGGAN MANGKUK, DUIT TUNTUTAN ALLAH TANGGUHKAN

Parti tok takde cara lain nak cari duit. Tabung milo pun semakin merudum kutipannya. Harakah pun dah tak laku. Maka, parti tok arahkan bos di Seri Gading saman orang Amanah kerana ambil alih Pasti. Parti tok minta pulangkan cawan, pinggan mangkuk, sudu, garpu, termasuk pencuci lubang jamban pun parti tok tuntut pulangkan segera.

Peliknya, dengan rela hati orang Amanah ni setuju nak pulangkan semua barang2 tu sebab pada mereka nilainya berapa sangat. Kalau beli kat pasaraya Sakan atau Maideen pun tak jejak dua puluh hingggit. Parti tok tak puas hati. Kami mahu pitih pulak dan kami tuntut RM20K. Kalau dapat, boleh juga tambah bini. Maka di bawa ke mahkamah juga walaupun orang Amanah ini awal2 lagi setuju nak pulangkan barang2 terpakai tu.


Sepanjang perbicaraan, tiga hari tiga malam puak2 tok solat hajat agar tuntutan duit kami RM20K itu dapat. Sudu, garpu tu kalau mereka nak ambik pun ambik lah. Janji kami nak pitih.

Malangnya, mahkamah putuskan orang Amanah ini kena pulangkan sudu, garpu, pinggan, mangkuk, penyapu lidi, pengesat kaki, sejadah, towel good morning pengelap pinggan dan pencuci jamban kepada parti tok. Duit langsung hakim tak sebut. Kami pakat menganga semua. Kalau setakat barang2 tu tak masuk mahkamah pun memang orang Amanah ni dah setuju nak pulangkan. Kami nak pitih...pitihh!!!

Untuk menghilangkan malu daripada walaun2 yg lain, kami pun katakan kepada mereka, kita berjaya dalam kes menuntut pinggan, mangkuk, susu, garpu dan alat2 yg lain tu. Seorang walaun bertanya, " Abih tu, duit tuntutan tu kita dapat tak?" Soalnya.

YDP parti tok pun jawab, " Errr....duit tu bukan kita tak dapat, tapi Allah tangguhkan kat Akhirat nanti. Kat Akhirat nanti baru kita dapat pitih tu...". Jawab YDP dengan selamba.

TAKBIRR !!! Semua walaun bersorak gembira atas kejayaan gemilang itu. Puak2 Amanah kelihatan tersenyum2 melihat puak2 kami bertakbir...

FB TOK USIN UG CEROI


MAHADZIR MAT ZILI DAN ISTERI BERI PENCERAHAN ISU TUNTUTAN RM20K PAS SERI GADING DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

Kes tuntutan barang pasti dan RM20k oleh Pas Sri Gading (plaintif) terhadap saya (defendan1) & isteri saya Nazirah - (defendan2) dan rundingan penyelesaian. Setelah saya menyertai Parti Amanah Negara, PASTI Al-Ghazali yang saya uruskan telah ditutup oleh pihak PASTI Kawasan Sri Gading. Untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada masyarakat terutama dalam sektor pendidikan, saya telah membuka Tadika Al-Fateh. Namun, Pas Kawasan menyaman saya dan isteri saya (seorang guru tadika) untuk dikembalikan barang pasti dan gantirugi RM20,000.00.

Setelah 2 hari bicara di mahkamah majestrit Batu Pahat, 2 saksi dan plaintif Ust Hashim memberi keterangan daripada 6 org saksi dan setelah disoal balas, tuntutan plaintif untuk gantirugi gagal dibuktikan, manakala tuntutan barang memang telah dari awal saya setuju kembalikan.

Justeru, Majistret memanggil kedua-dua peguam defandan dan plaintif untuk perbincangan. Pada hari ini, dalam kamar mahkamah bahawa satu persetujuan hasil rundingan bersama telah direkodkan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

Penyelesaiannya, saya perlu kembalikan semua barang seperti yang di tuntut seperti dulang, cawan, bola sepak, bola jaring,pembaris kaju dan yang lain. Barang yg rosak saya perlu ganti. Saya tidak perlu bayar gantirugi RM20,000.00 kepada PAS kawasan, dan tiada kos tindakan.

Walaupun rasa terkilan melibatkan isteri saya dalam pertikaian ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pas kawasan yang sebenarnya boleh berunding dgn saya Ketua Pemuda Amanah Johor dan sudi menarik balik perkataan saya menyeleweng menguruskan harta parti dan PASTI semasa keterangan diberikan.

Teramat istimewa pengerak dan penyokong amanah di semua peringkat, i love you all. Saya amat terharu ahli amanah di semua peringkat dan pelbagai bangsa, mereka semua terus bersolidarita untuk saya, bersama mengharungi 3 hari bersama semasa perbicaraan.

Terima kasih penguam muda Amanah Sdr Faiz Fadzil yang membawa kes ini dengan baik dan berkesan.

Penyelesaian kes ini menandakan pelaksanaan sifat integriti yang Parti Amanah Negara mahu perjuangkan dengan kembalikan barang yang dituntut serta gantikan barang yang sudah lupus seperti yang dijanjikan.

Penghijrahan saya dan isteri ke Parti Amanah serentak dengan penubuhan Tadika Al-Fateh diharapkan akan terus diterima baik masyarakat dalam perjuangan saya memberikan pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Mahadzir Bin Mat Zili
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Johor




ULASAN GB

Demikianlah kisah... lucu pun ya juga.

Di dalam hati GB berkata, alangkah baiknya jika wang yang digunakan untuk mengupah peguam untuk membawa kes itu ke mahkamah yang bernilai ribuan ringgit itu digunakan kebajikan anak-anak PASTI....

Dah diberitahu bahawa barang-barang itu hendak dipulangkan dengan wang tunai RM7,000 tetapi kedegilan PAS & PASTI mahukan wang tunai RM20,000....

Kemudian siap tuduh AMANAH sebagai pencuri sedangkan tawaran awal pihak defenden memulangkan barang-barang tersebut tidak diindahkan.

Sekarang sendiri sudah malu, hanya dapat barang-barang lusuh tahun 2007 yang jika di dalam urusan perakaunan mungkin nilai bukunya tingga RM1 setiap satu setelah susutnilai.

RM20,000 melepas. Kena tanggung dan bayar kos guaman lagi.

Nak buat rayuan? Bayar lagi kos peguam, pun belum tentu boleh menang.





FEATURED ADS


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbukti..hanya tinggal walaun2 bodoh dalam pas sekarang..

omar daud berkata...

Salam;

TAHNIAHLAH pada tuan empunya badan menunjukkan ahklah yg cukup baik.

Saya kira permulaan baik bagi amanah mendidik ahli2nya,agar tidak cepat melatah.Salehuddin Ayub cukup berbudi pekerti mulia,saya selalu berjumpa dgnnya,semasa sallehuddin jadi MP parlimen dulu,beliau balik kerumahnya di segamat hanya naik bus express pudu raya k.l. Tidak nampakpun beliau nak pakai Velfire.Bila ahli2 memerhatikan pemipin2nya berahklak mulia dan berjiwa besar,secara tak langsung kesannya terus pada ahli.

Takpayahlah parti itu berselogan, menurut aL-QURAN DAN hADITH,tetapi realitinya bertentangan apa yg diamalkan.

Syabas...keep it up,dgn cara ahklak sahajalah dapat menarik minat orang2 bukan islam.

sekian.

Timnajib Jomfikir berkata...

Malu hoii....mana nak letak,sorok muka!!! Kuliah agama berdegar2 suruh ikut itu, ikut ini...hakikatnya,kaki pendengki dan pendendam.

Kalau tak puas hati, hanya dapat barang2 tu...PM aku...aku boleh beri sumbangan barangan kat kedai RM2 hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dgn bayang...

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan PAS ada maruah. Bukan pasal 20,000 ke atau 500,000 tapi maruah. Malah PAS akan saman SR mengenai dakwaan menerima RM 90 juta. Kalau maruah RM 20,000 pun masukkan mahkamah.. yang RM90 juta tu pun PAS akan bawak mahkamah. Semua perkara dokumen telah diserahkan pada Peguam. Bagaimanapun saman tersebut ada tempuh 6 tahun, kata nya lah.

PAS akan menang dan sebagai ganti rugi RM 20,000 itu, PAS akan dapat berjuta. Jadi PAS tak perlu terburu-buru.

Dengan syarat, PAS jangan lah ambil peguam yang dikendali tuntutan RM 20,000.

Tanpa Nama berkata...

Sidai kain jemuran pun pulangkan jugak.

Botol-botol kicap ..

Jangan kat akhirat nanti dia tuntut..

Tanpa Nama berkata...

Ularmak muda yg tonton pay perview di hotel Jerman hari tu pun tak mampu bayar lepas tonton. Minta wakil DAP yang bayarkan... Tu la org PIS ni bila nak anaya kawan boleh cari duit bawa kes ke mahkamah...

Tanpa Nama berkata...

Saman balik... saman dapat menjana pendapatan. Najib ooo Najib, sudah berapa kali selasa ni... bila kau nak saman wsj? Pas oooo Pas dah pergi saman kes lobai2 sobat RM 90 juta? Saja nak ingatkan Najib dan Lobai2 ... kot2 buat2 lupo.

Lelaki Dicermin berkata...

Kalau baca kes ni.. dlm blog2 pro pas.. geram betul aku.. rupanya walaun2 tak tahu cerita belakang kes ni..siap walaun cerita.. teruk parti amanah ni... benda2 yg di pulangkan tu di katakan di curi.. bersambung2 fitnah rupanya oleh walaun pas.. agak nya kalau menang rm 20 tu.. apa gak rupa gamaknya.. dr sabah sampai perlis.. berkokoh semua cawangan pas..

Saadun Sulaiman berkata...

Setahu saya bahawa di akhirat nanti hanya "AMALAN" sahaja yang di terima pakai. Bagai mana si YDP ini boleh kata bahawa ALLAH akan memberikan wang itu di akhirat. Persoalan nya untuk apa?. AMANAH dah nak "SEDEKAH" RM7 ribu tak nak. Nak RM20 ribu, akhir nya melepas. Bak kata orang "SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA dan DI HEMPAP RUMAH" kerana terpaksa tanggung kos guaman. Elok lah parti lebai malang ini terus "BERMAIN MATA" dengan UMNO/BN kot kot boleh juga menekmati "DEDAK" free !!!!

Syazmall Wan berkata...

Bsk or lusa ada ceramah parti pasumno kt bakri muar...nk jer aku aku sorakn hj hadi telan pil kuda..org pas bwah hadi skrng mmng bodoh..

Tanpa Nama berkata...

Itu pun masih ada hati nak sama sarawak report? Mimpi laa kalau pas dipimpin oleh org2 bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Minda orang PAS selari dengan Presidennya. Daripada kenyataannya macam dia dapat wahyu pula. Pandai-pandai je cakap duit tu Allah tangguhkan.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ceramah masuk IJN..

Nanti RUU buat alasan.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku tak daftar jadi ahli PAS. Kalau tak tentu aku jadi bodoh sebodohnya ahli PAS Sri Gading yanf mendapat wahyu dari Tn Presideng kaki tuang tu dan Ketua Penrangan Pay per view ahli sorga tu. Khaaaakkk ptuiii

nordin Abu Bakar berkata...

Dunia pas didlam sarban mereka. Parti pembohong bersiri..mereka nk org sokong mereka dgn kebodohan mereka. Selama memerintah dn memimpin terengganu dn kedah tak pernah dengar yg terbaik yg pernah mereka lakukan. Apa matkamat, apa visi duduk kerusi mb dok ceramah mengarut. Rakyat terbiar pembangunan terencat...elok la Paspispus ni dikuburkan dr landskap politik Malaysia semasa Pru14 nnti...bodoh sejak azali....

Tanpa Nama berkata...



Mengapa?

Mengapa & mengapa?

Mengapa PAS @pigs(parti iktn ggsn sjhtr) cepat tul kejor peaNUT?

Mengapa isu yg sgt2 KECIL-remeh, PAS @pigs sanggup saman utk dpt 20ribu jer pun!?

Mengapa & mengapa isu sbesar2 "MARUAH" disabit curi dedak 90juta PAS @pigs jd bisu?

Mengapa berbelit2 berpusing2 bertangguh2 dgn isu "MARUAH"..klu betul diFITNAH tlh pun curi dedak 90juta itu, tentu PAS @pigs senang2 boleh "demand" 100juta drp SR!

Klu PAS @pigs betul2 TIDAK bersalah, tentu ramai skali peguam2 bertaraf DUNIA sggup dirunding utk membela PAS @pigs sbbnya mrk yakin kes FITNAH sebegini sgt2 senang utk dimenangi!


Begini..

Beginikah mentaliti puak2 yg balik dari Mesirrrr Jordan Syiria Arab & Pakistan?

Dgn isu yg sgt2 KECIL sggup tuduh org menCURI dan sggup saman 20ribu kat mhkamah!

Bila org tuduh curi 90juta semua lebai2 dogol berpusing2 pastu diam jd setan bisu!

Ddlm mesjid @ surau masing2 tunjuk alim-warak kedepan jd IMAM semayang

Soalnya...sah kah semayang kita dgn Imam2 PAS @pigs yg cenggini huh!?

Adakah Allah & nabi SAW merestui Imam2 dogol tolol yg sprt itu???



Tanpa Nama berkata...



Haha, itu 90juta masuk kdlm akaun siapa?

Akaun presideng ka?
Akaun morshiiitol ka?
Akaun dewan olarrrmak ka?
Dorang yg tolol2 nih ingat itu 90juta boleh sorok bawah kapet dan katil jer ke


Almaklumlah, mentaliti dorang yg balik drp Jordan Arab dan Mesir tu sama jer dgn tahap fikir IQ pokcik mokcik felda tu jer...hehe

Tengok wktu kes 2.6biliyun aritu, yg sorang kata dimana LOGIKnya? yg sorang lg yg sama tolol pun kata perlu ada SAKSI?..last2 bila dah NYATA 2.6b ddlm akaun pribadi Arab Malaysian, 2 org sitolol tu pun senyap jer dan terang2an terus jd setan BISU, tup2 nak jd PENASEHAT pulok dah!

Boleh kah sitolol2 mudah KENA tipu mcm tu dianggap ulamak warak dan kasyaf?

Klu sitolol2 camtu jd Imam semayang, dorang nak bawa makmum tu kemana ler agaknya!?

Mungkin ketempat 'jirat' di USA?
Dan khusus kat California?



Tanpa Nama berkata...

Terbukti jelas sudah yg tinggal dlm pas sekarang semua tolol2 belaka terutama presidengnya.