1 Okt 2016

RUU 355 Bukan Hukum Allah, Tiada Sebab PAS Mengkafirkan Orang Lain

Mufti PP: RUU355 bukan hukum Allah

Mufti Pulau Pinang menyuarakan rasa sedihnya terhadap tindakan segelintir ahli agama yang mengafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.

Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau tidak menafikan peri pentingnya memperkasa mahkamah syariah, tetapi RUU itu belum lagi dimuktamad dan dibentangkan.


“Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara,” katanya dalam kenyataan yang antaranya diedarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kerajaan sebelum ini memberi laluan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkannya RUU persendirian itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun memohon ditangguhkan untuk sidang bulan depan atas alasan tidak cukup masa untuk dibentangkan.

Baru-baru ini, tersebar meluas video seorang ustaz di Internet yang memberi amaran untuk menanam Presiden PKR Datuk Wan Azizah Ismail di kubur Cina jika tidak menyokong RUU itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mufti Pulau Pinang itu merujuk langsung kepada kes tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Salim juga berkata anggota parlimen tidak wajar dipaksa atau diugut menyokong RUU itu menggunakan alasan terjejas akidah jika menolaknya.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT yang sakral.

“Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT. Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti.

“Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang,” katanya.

Katanya, sebaiknya pihak kerajaan membentangkannya supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata. -mk


Penceramah politik harus berhenti mengkafirkan

Takfir merupakan satu perbuatan menghukum orang orang tertentu dengan hukuman kafir kerana dianggap telah bertindak dengan tindakan yang menyeleweng dari akidah islam seperti pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah ataupun individu yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin.

Dalam kontek sejarah Islam, takfir dikaitkan dengan tindakan kumpulan khawarij yang telah bertindak mengkafirkan sahabat dan membunuh saidina Ali.

Perbuatan ini sebenarnya dilarang keras oleh agama islam, hatta Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah menyebut bahawa sesiapa yang memanggil saudaranya kafir, maka sesungguhnya celakalah akan memimpa salah seorang dari mereka.

Isu takfir dalam masyarakat Melayu bermula secara meluas setelah kewujudan parti politik yang menggunakan agama untuk menewaskan lawan politik mereka, walaupun parti parti politik menafikan bahawa mereka bertindak mengkafirkan parti lawan,namun demikian, telah wujud sebahagian ulama parti politik bertindak menggunakan pendekatan takfir terhadap lawan politik mereka.

Video terbaru telah viral seorang pemimpin parti menyebut sekiranya Kak Wan (merujuk kepada ahli parlimen) tidak mengangkat tangan (tanda sokongan) kepada usul pindaan akta 355 , maka telah jatuh iman (kafir) ahli parlimen tersebut. Lihatlah bagaimana ahli politik ini menggunakan ugutan berbaur takfir kepada ahli parlimen agar ahli parlimen itu menyokong usul pindaan akta 355 oleh Marang walaupun telah dikeluarkan banyak hujah bahawa tidak kafir pihak yang tidak menyokong usul tersebut.

Tidak kurang sebelum ini telah viral kenyataan seorang pemimpin parti politik yang mendakwa syurga neraka itu terletak pada nombor keahlian parti mereka.

Pengamal tegar takfiri sering kali menggunakan ayat ayat al-Quran untuk menghukum kafir kelompok tertentu sedangkan asalnya ayat tersebut adalah bersifat umum.

Realiti perpecahan orang melayu sememangnya nyata berlaku, Islam yang sewajarnya menjadi alat perpaduan telah menjadi alat perpecahan kerana kejahilan sebilangan ulama yang menafsir agama menurut hawa nafsu mereka,

Kejadian seperti runtuhnya institusi kekeluargaan, masyarakat terbelah dua, solat dua imam,pemulauan kenduri kendara,bahkan pemulauan solat jenazah telah berlaku satu ketika dahulu antara penyokong Pas dan Umno, dan telah berulang hari ini diantara penyokong Pas dan Amanah. Ini boleh dilihat dalam satu gambar viral 'screenshot' dari aplikasi Whatsaap satu kumpulan yang sinis terhadap berita kematian ahli keluarga penyokong parti Amanah yang menjadi seteru baharu mereka.

Budaya mengkafirkan sememangnya faktor utama ketegangan masyarakat melayu hari ini, budaya ekstrim dan radikal penyokong parti politik yang ringan lidah untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang berlainan parti dengan mereka atau pun menolak pandangan ulama parti mereka telah melahirkan kebencian sesama umat islam.

Para aktivis yang mengaku membawa perjuangan islam sewajarnya mengambil saranan Imam Syahid Hasan Al Banna agar pendukung Ikhwan Muslimin mengelakkan budaya engkafirkan.

Mengkafirkan seorang muslim merupakan satu perkara yang berat, kerana ia boleh melibatkan putusnya hubungan kekeluargaan,bahkan jika ia terus dibiarkan boleh membawa kepada penghalalan darah mangsa yang dikafirkan, oleh itu wajar para penceramah politik, lebih cermat dan berhati hati dalam menghukum kafir seseorang muslim atau kumpulan tertentu hanya kerana mereka tidak menyokong ulama parti kalian.

Parti politik juga harus memainkan peranan untuk mendidik ahli parti agar berhenti dari terus menerus mengamalkan budaya mengkafirkan penyokong dan pemimpin parti yang tidak sealiran, jika tidak mampu kita mohon agar para pemimpin untuk berhenti berceramah dan teruslah menambah ilmu agama, kerana amalan itu merupakan barah kepada kesatuan umat islam di Malaysia.
-MUAMMAR QADDAFI/MD




ULASAN GB

Mengkafirkan orang adalah taktik lapuk PAS untuk mencari sokongan kaum Melayu/Islam terhadap parti mereka.

Kini taktik itu digunakan lagi. Kali ini terhadap RUU 355 sedangkan RUU itu sendiri belum dibentang dan dibahaskan pun.

Kini perjuangan PAS semakin sempit. Hal-hal kebobrokan kepimpinan UMNO BN sudah tidak diindahkan lagi. Tiada lagi tentangan dilakukan terhadap 1MDB, GST dan sebagainya yang kini mencengkam kehidupan rakyat.

Di mana-mana mereka adakan adalah perhimpunan untuk mencari sokongan terhadap RUU 355 itu WALAUPUN BELUM PASTI SAMADA Presiden PAS akan diberi peluang dan ruang lagi untuk membentangkannya di dalam sesi parlimen akan datang ini.

Kenyataan Mufti Pulau Pinang di atas adalah benar. RUU 355 BUKAN Hukum Allah, maka adalah tidak wajar untuk PAS mengkafir sana sini.




FEATURED ADS


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau perjuangan pas benar2 berlandaskan hukum Islam, pemimpin takfir seperti itu mesti dipecat. Tujuannya supaya ahli2 pas yg lain tidak terpengaruh dan menjadi takfir juga. Kesilapan besar pas ialah melantik takfir sebagai pemimpin atasan sedangkan sebahagian pengikutnya pula hanya belajar agama melalui harakah serta ceramah politik takfir.

Maaf hanya pandangan. Jangan marah.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi mintak nyawa nak buat pembentangan Okt ini. UMNO selesai kan dengan MCA sekejap saja. Dulukan hal-hal negara bukan negeri. Kalau ini bukan menentang pasti ianya penipuan. Siapa tipu siapa? Bila Hj Hadi usul MCA tak bantah tapi bila bentang MCA bantah. Dan PAS tak balas hujah MCA...

Tanpa Nama berkata...


Ana rasa usul RUU 355 akan mati separoh jalang.

Hadi akan lari ke Jepung untuk makang sushi mengubat hati yg lara.

Mungking masuk hospital kena asak dalam dewang.

Panglima2 dia dlm dewang duduk gentel telor jer.

Untuk selamatkang maruah diri hadi kena tarik atau tangguh usul tersebut.

Walaung bolehlah tipu.

Hadi dah making celaru. Baik TITM take overlah.

Selamatkang sisa-sisa yang ada.


Tanpa Nama berkata...

Klu dulu2 seingat aku jk pergi ceramah atau kuliah oleh ustaz2 pas, RUU spt RUU355 ini akan diperlecehkan oleh mrk krn ia hukum buatan manusia. Skrg dia pula jd jaguh nak perjuangkan hukum buatan manusia ni

Tanpa Nama berkata...

Ulama jenis cari habuan dunia, pakai jubah serban dan janggut kambing sejemput perasan bila dia mati pasti masuk sorga. Mudahnya lidah mengkafirkan orang tak sedarkah dia nanti mati pun belum tentu sebelah mana. Sepatutnya kalau diri rasa taraf ulama sepatutnya mendoakan kebaikan untuk sesama Islam, ini sebaliknya macamlah dia seorang nak jadi penghuni syurga. Inilah jenis manusia yang mengaku ulama tapi sebenarnya mereka itu ulama yang sesat lagi menyesatkan. Nasihat saya kepada ahli pas yang berakal hijrahlah ke AMANAH sebelum kamu menjadi lebih sesat.

Mat Safian berkata...

Ni aku plak nak bawak kluaq fatwa baru.."Sesiapa yg anggap RUU355 adalah hukum Hudud, orang tersebut jatuh kafir..."

RUU355 tu manusia yg buat bukannya Allah.

Tanpa Nama berkata...



Berbicara tentang HUDUD ataupun Ruu..

Semua istilah2 diatas itu menjurus kpd "disiplin-ATURAN2-sekatan2-HAD2-HUDUD-undang2 @ HUKUM.."

Mari kita membuka seluas7nya minda & jiwa kita seluas2 langit dan bumi..


Bukan..?

Bukan dan bukankah RAHMAN & RAHIM yg mnjd istilah terawal skali ddlm Quran itu juga merupakan "disiplin-ATURAN2-HAD2-hudud @ undang2.." yg "WAJIB" difikir dihadam dihayati serta diLAKSANAkan terlebih dahulu..?

RAHMAN = Yg Kaseh pemurah yg kaseh mem-BERI

RAHIM = Yg pencinta pe-NYAYANG


RAHMAN dan RAHIM itulah yg mnjd punca-TUNJANG-puncak "disiplin-ATURAN2-HAD2-hudud @ undang2.." yg tlh nabi SAW war2kan serta laksanakan terlebih dahulu dgn sesempurna2nya, sblum had2-hudud yg "furu'iyah" itu menyusul..


RAHMAN dan RAHIM itu jugalah yg mnjd symbol Rahmatan-lil-Alamiin sbg "disiplin-ATURAN2-HAD2-hudud @ undang2.." yg dpt bnar7 mempamerkan seindah7nya akan keindahan Islam itu sendiri..

RAHMAN dan RAHIM itu sendiri mnjd benteng dan SENJATA dijiwa setiap rkyat & anggota masyarakat yg secara "automatik" dpt membunuh sgl jenis FITNAH-pengkhianat-PONTENG, perembat penyonglap rasuah atau menCURI..

Kita mnjd hairan dan pelik...kenapa terburu2 menuju ke RANTING2 sedangkan umbi dan akar TUNJANG dan pangkal pokok tidak dipedulikan..

Layakkah mrk ini digelar ulamak???



Tanpa Nama berkata...

Nak tunggu mesjid surau di roboh dah tak ada lagi.. di baik pulih lagi ada lah.. Nak bantu kesusahan rakyat.. rakyat sendiri jadi mangsa banjir pun tak di bela..

Dulu gunakan hudud lawan UMNO.. sekarang UMNO bagi gunakan hudud .. supaya PAS berpecah belah..

Hadi sengaja menangguhkan pembentangan RUU ke sidang bulan Oktober supaya menjadi perbahasan terbuka. Hadi sendiri dan PAS dilihat gagal mempertahankan menafaat RUU kepada sistem negara.

Setakat tambah jumlah rotan dan denda macamana boleh tidak cukup masa untuk dibentangkan.?

Gerenti lah Hadi akan baca ayat itu dan ayat ini .. Yang menyeru supaya takut pada Allah, jangan jadi orang-orang yang masuk ke neraka, yakin lah Allah bersama-sama dengan orang yang benar.. apa makna nya ini ?

Silap-silap mana ahli parlimen Islam yang tidak setuju akan di anggap menolak ayat-ayat yang Hadi bawak..
Bila di tanya lagi, guna ayat yang lain, sabar lah,sesungguh nya orang yang sabar.. jangan bersekutu dengan orang kafir, Islam adalah agama yang adil....

Samada ikut perlembagaan ke tidak ke.. Dia tak peduli. Samada kekal atau di tambah, hasilnya sama .. Dia tak nak ambil tahu .. Samada akan ada masalah perlaksanaan nanti .. dia buat tak reti..

Walaun pun kata iman dia kuat...

Tanpa Nama berkata...

Why jamil khir serah kpd hadi utk bentang ruu 355. Ini kerja hakiki jamil khir kalo dio ada teloq. Why kjaan bn tak bentang sendiri maka mudah utk lulus. Kalo hadi bentang susah nk lulus. Depa ni dah main wayang. Kita tengok oktober nanti. Huhu. Olarmak pas dah kena tipu dgn umno. Yahooo yahhooo

Tanpa Nama berkata...

Tuang presideng hadi wayang ada tegur ke jemaah dia yg buat salah???..tuang presideng asal mereng ni ada telinga atau mata tak???takkan buat bodo shj kalau jemaah sendiri buat kenyataan bengap..ingat buat kenyataan mcm ni org bukan islam bole suka dgn islam ke bengap?kau kena ingat,dulu org undi pas pada pru yg lepas sebab nk tumbangkan umno bukannya nk undi kamu wahai yb bengap.kau ingat mengkafirharbikan org bole menang undi pru depan ke bengap?..jadilah org mukmin yg berguna pada bngsa dan agama,bukannya rasa dgn ilmu agama yg banyak kita boleh menjatuhkan hukum kafir pd org lain..pas bila la nk jahanam..

Tanpa Nama berkata...

Ulama toton perview tak komen pasal RUU 355 ni ke? Hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Hadi lah manusia laknat di abad ini..dia seorang pemecahbelah ummah sejak dulu lagi sehingga sembahyang 2 imam,sembelihan binatang oleh org umno dianggap tidak sah..dulu dia keluar fatwa amanat hj hadi mengkafirkan umno dan kini dia guna isu RUU 355 pulak..hadi bukanlah ulamak tp syaitan yg bertopengkan ulamak..org yg semacam pasti Allah haramkan syurgaNya utk makhluk spt ini.tindakan dan amalannya jauh dari amalan dan ajaran islam nabi muhammad SAW.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya para pengulas di sini dah tengok rancangan Halaqah lepas yang baru saja berakhir. Jgn la kita nk cap mengecap apa2 lg. Tunggulah sampai org yg bw RUU ke parlimen tu bercakap. Lebih elok ada live di TV supaya tak dak org nk kona2 lg apa yg nk dibentang & di bahas. Kalau elok utk umat Islam, kita sokong 100%. Jika ada lg kepincangan suruh saja kerajaan buat semakan & perelokkan. dunia ni kalau hidup kita & masyarakat tak elok, sampai bila2 susah nk diubah. Pereloklah supaya next generasi nnt akan bangga dgn sikap rendah diri & akhlak kita mengikut baginda Nabi, bukan mencontohi amarah, hasad & sikap langsung tiada ikutan & ajaran Nabi. Agar nnt kita tak menyesal di alam menuju akhirat.

Wallahu'alam.