19 Ogo 2015

[WAWANCARA] Mat Sabu Jelaskan Mengapa Perlu Wujud Harapan Baru...

Mat Sabu: Pas sudah tidak boleh 'reform'

DIGELAR ‘pengkhianat parti’ antara cemuhan yang diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, MOHAMAD SABU selepas beliau menubuhkan Gerakan Harapan Baru. Bagaimanapun, bagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, beliau ada sebab tersendiri untuk meneruskan langkah politiknya bersama Harapan Baru yang juga bermakna akan ‘menguburkan’ perjuangannya hampir 40 tahun bersama Pas.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI serta juru foto ROSLI TALIB bersama Mat Sabu bagi memahami hala tuju beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru serta perasaan beliau mengenai hubungannya dengan Pas yang kini tinggal sejarah.

Kenapa hendak tubuh Harapan Baru?

Pada abad 15 Hijrah, dikatakan abad kebangkitan semula Islam dan umatnya. Berlaku dua peristiwa besar di awal abad. Pertama Rusia masuk Afghanistan dan munculnya mujahidin atas nama Islam mereka lawan Rusia.

Kedua, revolusi Islam di Iran yang meletakkan tidak barat dan tidak timur, Islam yang terbaik. Mujahidin berjaya lawan Rusia dan Rusia berundur dari Afghanistan.

Tapi mujahidin gagal mentadbir. Antara kumpulan-kumpulan mujahidin berlaku pergaduhan dan pertempuran yang ada pihak mengatakan rakyat Afghanistan terbunuh lebih banyak daripada ketika Rusia menyerang.

Kegagalan itu menyebabkan munculnya Taliban yang memerintah dengan kasar dan tiada ulama muktabar dirujuk. Maka berlakulah pelbagai bentuk hukuman atas nama syariat dengan berbagai-bagai cara termasuk mengebom tempat sejarah seperti patung Buddha.

Perbuatan pemerintahan Taliban itu mengundang tentangan semua pihak termasuk Barat yang amat curiga dengan gerakan Islam. Akhirnya Taliban dijatuhkan oleh AS, sekutunya dan negara Islam yang lain.

Kononnya diberikan demokrasi di Afghanistan tetapi pertelagahan sehingga hari ini walaupun dua presiden sudah berlalu. Keamanan tidak berlaku di sana. Antara kumpulan Islam bertelagah menyebabkan negara huru-hara, rasuah begitu tinggi dan kemiskinan berleluasa. Iran terus membina kekuatan dalaman dan luaran.

Di Timur Tengah berlaku ‘Arab Spring’ di mana rejim-rejim diktator jatuh, termasuk di Tunisia dan Mesir. Ikhwanul Muslimin keluar daripada pengharaman terlibat dalam pilihan raya dan menang dalam pilihan raya di peringkat parlimen dan presiden. Ikhwan juga memerintah lebih kurang satu tahun lepas itu, ditumbangkan oleh rejim tentera.

Sebelum itu, golongan NGO membuat demonstrasi menentang pemerintahan Ikhwan. Di Timur Tengah muncul kumpulan-kumpulan kecil. Mula-mula dianggap pertembungan sesama mazhab di Syria, tetapi ia berterusan kepada pertembungan antara kumpulan-kumpulan dan satu kumpulan mengkafirkan kumpulan yang lain, dengan panggilan takfiri.

Sehingga ada tujuh lapan kumpulan di Syria, berbelas kumpulan di Iraq bertelagah satu sama lain dan mengkafirkan satu kumpulan lain yang mereka tidak suka. Timur Tengah dilanda huru hara, di Iraq, Syria, Mesir, Tunisia, Yaman, Somalia, Pakistan, Afghanistan. Boleh dikatakan dunia Islam berada dalam keadaan berkeceramuk, penyakit takfiri ini melanda gerakan Islam.

Kalau tidak dikawal ia juga akan melanda parti Islam di Malaysia. Walaupun belum lagi parah , tetapi bunga-bunganya telah ada. Oleh itu saya merasakan gerakan Islam perlu membuat tajdid (perubahan) di Malaysia dan seluruh dunia.

Maka selepas muktamar Pas (Jun lalu), apabila sekumpulan aktivis ditolak dalam muktamar melalui perancangan yang rapi, maka ia menjadi satu peristiwa yang mendatangkan satu perkara baru. Iaitu kami merasakan perlu untuk membuat satu pembaharuan kepada parti Islam. Begitulah juga dengan gerakan Islam yang lain termasuk Ikhwan di Mesir dan di mana-mana supaya Islam ‘rahmatan lil alamin’ itu dapat diangkat kembali.

Dengan dasar Islam dikekalkan tetapi pendekatan kita akan dibuat atas sifat rahmatan lil alamin. Tajdid ini perlu dan barangkali 10 hingga 50 tahun lagi Harapan Baru ini perlu kepada tajdid baru.

Tetapi buat masa sekarang kami (Harapan Baru) perlu kepada pembaharuan dalam pendekatan Islam itu kepada orang ramai khasnya kepada bukan Muslim.

Maka inilah yang lahirnya Harapan Baru dan Harapan Baru hanya nama sementara dan darinya akan lahir sebuah parti yang sifatnya inklusif. Kita anggap tajdid kepada parti Islam yang juga diperlukan di seluruh dunia sekarang ini.

Idea penubuhan Harapan Baru daripada siapa?

Saya telah pun melihat perkara ini ketika saya berada dalam parti Islam lagi. Munculnya unsur-unsur takfiri yang meletakkan ini kumpulan liberal, ini munafiq haraki, ini peguam neraka, ini peguam syurga. Gelaran-gelaran itu mempunyai unsur awal takfiri yang kalau dibiarkan ianya merbahaya kepada parti, umat Islam dan negara.

Oleh itu, langkah untuk mengelakkan perkara ini salah satunya perlu tajdid dan pembaharuan. Inilah kita kemukakan Harapan Baru di samping kita terus merujuk kepada pandangan-pandangan tokoh terkenal seperti Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan Maududi.

Dalam masa yang sama kita turut merujuk kepada ulama kontemporari seperti Yusuf Qardawi, Tariq Ramadan dan pandangan dari Barat dan Timur, yang perlu kita rujuk, di samping pandangan pada 14 Hijrah.

Dan tajdid perlu dibuat sebab satu perkara yang cukup penting saya lihat ialah akhlak Islam iaitu intergriti dilaksanakan oleh orang-orang bukan Islam. Contohnya kita ambil orang Umno, Pas yang ucap dua kalimah syahadah dan saya tidak kategorikan dasar pegangan politik mereka.

Kalau kita hendak melihat negera yang paling rendah rasuah semuanya negara bukan Islam, di Sweden, Finland, Denmark, Singapura, New Zealand. Sedangkan negara Islam yang keluarkan graduan agama itu antara paling tinggi rasuah. Sifat integriti ada pada orang Jepun dan Barat tetapi tidak ada pada orang Islam.

Bagi saya perjuangan mencantumkan semula akidah dan akhlak ini menjadi keutamaan di abad ini, iaitu budaya Islam seperti era kerajaan Umar Abdul Aziz. Dengan kelemahan yang ada pada saya, saya nampak usaha ini perlu dipertegaskan kembali.

Kita lihat integriti Tok Guru Nik Abdul Aziz, beliau dipuji oleh semua pihak tetapi di sudut pemerintahan kita belum sampai ke tahap integriti tertinggi. Kalau dibandingan dengan mereka yang bukan beragama Islam, intergriti mereka adalah amalan Islam seperti di negara Barat, maju, yang menyebabkan mereka meninggalkan jauh negara Islam dan orang Islam.

Sedangkan ajaran Islam paling tinggi dan mulia tetapi diamalkan oleh orang lain. Usaha ini mesti diperteguhkan.

Teruk sangatkah Pas sampai hendak tubuh Harapan Baru?

Sebelum jadi seperti negara Timur Tengah, amalan takfiri, dan sebagainya biar kita tonjolkan kepada masyarakat untuk membuat pembaharuan. Supaya ia tidak sampai ke peringkat parah, seperti mana yang berlaku di Syria, Iraq. Sehinggakan satu kumpulan dapat menyembelih satu kumpulan yang lain, menjual wanita di pasar, mengebom rumah ibadat orang lain.

Kita belum sampai ke peringkat itu. Jadi biarlah kita buat satu tajdid, bila satu keadaan belum parah lagi. Kalau tengok keadaan yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini entah berapa tahun mereka hendak keluar daripada kemelut yang ada.

Harapan Baru bawa konsep baharu?

Ya, bahkan saya menyeru kepada gerakan Islam yang lain di seluruh dunia, kita bincang supaya ada pembaharuan. Tidak kira sama ada di Jordan, Mesir, (bawa model baharu untuk disebarkan). Misalnya di Mesir, bila Ikhwan memerintah macam juga di sini, syariat dalam pengertian menghukum itu ikut yang awal, bukan keadilan sosial.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW menekankan syariat dan keadilan sosial. Contohnya, satu perlima rampasan perang digunakan semaksimum mungkin, hingga Nabi tiada harta ditinggalkan demi keadilan sosial.

Sedangkan di negara orang Islam, keadilan sosial tidak menjadi agenda utama. Kita ambil contoh Sweden, pelarian apabila didaftar sahaja sebagai pelarian mereka diterima di Sweden seperti ada hak untuk hidup, berlindung, rumah dan sebagainya disediakan.

Dibandingkan negara Islam melayan pelarian, dan bagaimana Nabi Muhamamad di Madinah menjaga orang yang datang ziarah termasuk diberi makan oleh Nabi di Suffah, keluarganya dan para sahabat. Model sosial ini kita lihat dalam gerakan Islam kurang dititik beratkan kalau dibandingkan dengan NGO dan negara Barat, yang praktiskan sebahagian ajaran Islam.

Inilah yang kita akan utarakan, saya sudah sebut dalam muktamar. Kenapa apabila isu kemiskinan orang mencari Arutchelvan (Parti Sosialis Malaysia), orang tidak mencari kita, ulama, ustaz. Apabila sebut isu kekotoran orang cari Wong Tack, kenapa orang tidak mencari golongan Islam.

Sedangkan Islamlah agama yang menitik beratkan soal kebersihan, alam sekitar. Perkara inilah yang perlu kita utarakan. Sebab itu Harapan Baru mengundang semua pihak termasuk Abim, Ikram, aliran kiri, kanan muslim dan non muslim memberi pandangan dan terlibat, dan kita kekalkan dasar Islam, jadi bersifat inklusif ini yang kita tekankan.

Harapan Baru sebarkan dasar Islam yang lebih inklusif. Adakah ini bermakna parti Islam di negara ini gagal laksanakan?

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Saya kata kita perlu reform kerana kita tidak tekankan soal keadilan sosial, lebih kepada syariat dalam bentuk hukum. Itu bukan kita kena ketepikan. Tetapi soal ini, kita lihat A Samad Said kenapa pilih DAP, Aziz Bari pilih DAP? Di antaranya soal integriti.

Intergriti ini adalah ajaran Islam yang paling tinggi, yang dibuat oleh pemerintah sama ada Nabi Muhammad, Umar al-Khattab, Saidina Ali dan lain-lain. Di sudut membina integriti pemerintah, inilah yang kita lihat gerakan Islam kurang menekankan. Bahkan atas nama Islam kita lihat, di Malaysia bila mendapat kuasa terlibat dalam skandal lembu, Tabung Haji dan penyelewengan itu dan ini.

Kalau dibandingkan dengan negara bukan Islam yang dahulunya buruk tetapi mereka mengamalkan nilai Islam. Ini yang kita hendak utarakan kembali. Itu yang kita hendak tekankan semula. Saya pun sudahtunggu lama perkara ini. Saya ingat dalam 10 ke 15 tahun saya cakap mengenai perkara ini. Saya nampak mesti ada wadah baru untuk jelmakan perkara ini.

Kalau ‘reform’ tidak boleh dengan Pas? Mengapa perlu tubuh platform lain?

Saya tidak nampak boleh. Saya nampak pelantikan Majlis Syura Ulama Pas tidak ke arah untuk membuat reform. Tetapi cadangan penubuhan parti ini bukan dari saya. Saya baru balik dari Timur Tengah dan rakanrakan saya berkumpul di Johor. Mereka panggil saya untuk bincang dan merekalah yang cadangkan penubuhan wadah baru dan saya lihat ada keperluannya.

Maknanya idea ini sebenarnya sudah lama diusahakan ketika masih bersama Pas?

Rungutan tidak berpuas hati terhadap perjalanan gerakan Islam di dunia ini memang dah lama. Malah, saya dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu politik antarabangsa. Cuma dalam pendekatan masyarakat awam ini barangkali di situ ada sedikit perbezaan.

Sebelum ini anda kata Pas sudah tidak relevan, kenapa sebelum bertanding relevan, selepas kalah tidak?

Saya tidak bercakap seperti itu. Apabila saya kata perlu reform pergerakan Islam, mereka (wartawan) kata ia bermaksud Pas tidak relevan. Tafsiran wartawan, bukan dari mulut saya. Saya tidak menyebutnya. Saya kata semua pergerakan Islam perlu reform termasuk Pas.

Adakah DAP punca perbalahan dalam Pas sehingga wujudnya Harapan Baru?

Saya tidak mahu komen itu, bohong semua itu. Itu pembohongan yang nyata, orang yang bankrap politik yang cakap begitu.

Harapan Baru nak tarik siapa?

Tidak kira kita akan tarik semua orang, termasuk ahli Pas, Umno, tiada parti dan non muslim. Malah, kami dapat sambutan yang amat baik dari kalangan orang bukan Islam. Kita tidak letak sasaran angka, tetapi saya yakin ramai (sokongan). Anak-anak muda juga selalu bertanya bila mahu jadi parti.

Jadi bagaimana anda menerangkan kepada ahli Pas yang mungkin kecewa dengan penubuhan Harapan Baru?

Tidak apa, jiwa Pas saya lagi tinggi. Saya hampir 40 tahun dalam parti. Orang kata pengkhianat parti tetapi hampir 40 tahundalam parti. Mereka (ahli Pas) faham, insya-Allah. Tengoklah bila parti daftar nanti kita umpama buka ‘pintu bah’ untuk semua orang.

Adakah Harapan Baru bakal senasib dengan parti serpihan Pas yang lain?

Tidak sebab parti itu jalankan kerjasama dengan Umno. Misalnya Berjasa dengan Umno, Hamim juga dengan Umno. Kami tidak. Kami bekerjasama dengan pembangkang.

Sebagai ahli Pas yang telah menyertai parti itu sejak 1978, bagaimana anda melihat mengenai isu bai’ah dalam Pas?

Isu bai’ah ini saya tidak mahu ulas dari sudut hukum hakam sebab saya bukan berlatar belakang agama. Saya berpandu kepada pandangan Mufti Perlis, Mufti Pulau Pinang dan pandangan ulama-ulama luar dan sebagainya. Jadi, saya pandu pandangan mereka itu sebab saya sendiri tidak mahu pandangan peribadi sebab saya bukan dari bidang agama.

Selepas Harapan Baru ditubuhkan, adakah anda ada menerima sebarang ugutan atau cemuhan?

Ya, hampir setiap hari. Tetapi saya sudah ‘mangli’ (lali). Macam-macam gelaran saya terima. Paling teruk saya digelar ‘anjing DAP’. Kebanyakannya yang mengecam itu tiada nama, mereka berselindung. Tetapi saya tiada masalah dengan kecaman itu kerana saya meletakkan kebergantungan tinggi kepada ALLAH serta yakin dengan perjuangan.

Bagaimana hubungan anda dengan pemimpin Pas yang menang dalam muktamar lalu? Masih berhubung?

Saya tidak tumpu kepada itu. Saya tumpu kepada usaha bertemu orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam untuk minta sokongan dan pandangan. Ini yang saya buat sekarang.

Ada tak ahli atau pemimpin Pas yang mahu pujuk anda kembali ke parti itu?

Tiada. Tetapi bagi saya Pas telah meninggalkan satu perjuangan yang besar. Saya nampak jasa Pas lebih banyak kepada saya berbanding jasa saya kepada Pas. Saya berterima kasih untuk itu tetapi saya berpandangan perlu ada wadah baru. -SH

Islam ramah, bukan marah Oleh Xifu Naser

SALAH satu ciri seorang pendakwah adalah umpama seorang restaurant critic (penilai restoran). Kita tidak taksub kepada mana-mana restoran, mana-mana menu. Amanah kita ialah kita cuba pelbagai restoran dan menu untuk menilai sejauh mana makanannya halalan dan tayyiban (berkhasiat).

"Gua mau pegi NUNJI 2015 lah? Itu GHB mau buat menu Nadwah al-‘Ulama Lin-Nahdah al-Jadidah," saya zahirkan niat saya.

"Xifu, ini konvensyen hanyalah propaganda sebuah parti politiklaah. Mesti promosi partinya dan mindset monokultural: masuk Islam, masuk Melayu!" sahabat Cina Muslim tidak setuju dengan niat saya.

Tiada seorang pun aktivis Cina Muslim yang mahu hadir! Tiada manfaat pun bagi seorang Cina Muslim kerana dia dah jemu dengan wacana Melayu-Islam.

Kita faham kalau Ulama Muda Umno hanya terdiri daripada pemikir Melayu sahaja kerana amanah Umno ialah membela Melayu. Tetapi yang regresifnya ialah apabila Pas yang memperjuangkan Islam For All meniru Umno kerana tiada seorang pun ulama atau tokoh pendakwah Cina Muslim dalam Majlis Syura Ulama Pas. Pas adalah parti yang bermindset Tuan Melayu juga, tetapi dibalut jenama ‘Islam’.

Tiada pun pelan Pas yang serius sejak 57 tahun lalu untuk melahirkan ulama Cina Muslim. Perspektif Cina Muslim hanya kasta bawahan walaupun Cina mempunyai saham terbesar dalam menjaga maslahat ekonomi Malaysia.

Yang kita belajar daripada Pas masa kini ialah ‘Lu barua’, ‘Lu kafir harbi’, ‘Lu pengkhianat’, ‘Lu murtad jemaah’, ‘Lu dengar, gua cakap’, ‘Lu mau hudud siku dan lutut kah’, ‘Lu pi talak isterilah!’

Ugutan, ancaman, hinaan bertubi-tubi dari sebuah parti yang menggelarkan dirinya ‘Jemaah Islam’. Dr Mujahid, Pengarah NUNJI berkata, ‘Islam itu ramah-ramah, bukan marah-marah’!

Maka, saya hadir sebagai restaurant critic atas jemputan Haji Kamal Koh, aktivis GHB. Di NUNJI, saya dikejutkan oleh mukadimah Dr Mujahid bahawa wacana kafir harbi / kafir dzimmi sudah tak realistik lagi.

Katanya, kita perlu Fiqh Malizi yang mengambil berat realiti multikultural dalam konteks Malaysia. Konsep ‘ummah’ perlu inklusif pelbagai budaya, bukan eksklusif untuk Muslim sahaja.

Dikejutkan juga oleh Dr Siddiq Fadhil yang mengusulkan bahawa fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra’yi dan ahli hadis.

Terkejut lagi apabila Mufti Pulau Pinang, SS Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan Fiqh [taisir al-fiqh] untuk hadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan.

Ustaz Ahmad Awang berjubah seperti seorang ulama konservatif. Tetapi wacana beliau tidak menakut-nakutkan dengan aspek Shari’ah-legalisma seperti hudud tetapi memprioritaskan imej Islam sebagai Rahmah Lil-‘aalamiin.

Syeikh Ferjani, aktivis politik Tunisia menekan bahawa melaksanakan hudud umpama berwuduk. Kalau kondisi-kondisi sosial tidak sesuai, jangan terburu-buru melaksanakan hudud. Bertayamumlah! Tetapi setiap orang Islam wajib menjaga maslahat negaranya. Berpolitik untuk menang khidmat, bukan menang kuasa.

Dr Maszlee pula mensyarahkan hadis bahawa Nabi SAW mengiktiraf sebarang ‘khair’ (kebaikan) walaupun Nabi tidak pernah sebut tentangnya. Kebaikan bersifat universal.

Bagi saya sebagai restaurant critic, apa yang ‘unsangkarable’ di NUNJI ialah saya tidak nampak taksub promosi parti. Ia mengetengahkan Islam, bukan parti, sebagai agenda utama.

Lagi ‘unsangkarable’ bagi saya ialah ulama-ulama Melayu di NUNJI berusaha keluar dari zon selesa monokultural. Mindset Melayu yang menganggap Islam sebagai hak milik Melayu adalah satu warisan psikologi yang sukar direntas. NUNJI adalah ‘restoran’ baharu yang ajak kita rasa menu multikultural yang halal.

Bagi mereka yang selama ini hanya rasa satu jenis menu masakan, maka mereka mungkin terbuka selera di NUNJI untuk cuba masakan budaya lain pula. Saya berharap NUNJI juga akan mengajak tokoh Cina Muslim pula untuk memberi syarahan utama tentang hala tuju wacana Islam.

Tokoh Melayu di NUNJI bukan sekadar bermindset Melayu, tetapi mereka berusaha memakai topi mindset Cina, India, Dayak, Kadazan untuk menghasilkan wacana Fiqh Maliziang pragmatis beyond politico-cultural partisanship dalam konteks Malaysia. Ini langkah pertama yang luar biasa.

Saya akan pergi lagi untuk makan!
-SH








IKLAN BERBAYAR







Shahrir Sudah Dapat RM1 Juta, Terus Jadi Pengampu Tegar Najib...

Ke mana perginya integriti Shahrir? – Akmal Nasir

Pengakuan ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad mengenai sumbangan atau derma daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada pimpinan akar umbi Umno sebagai satu perkara normal adalah amat mendukacitakan.

Beliau memberikan gambaran seolah-olah penggunaan wang dalam politik Umno adalah amalan kebiasaan.

Lebih menjengkelkan lagi apabila Shahrir masih gagal untuk menafikan pendedahan daripada Sarawak Report yang beliau sendiri menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan Umno kini amat diragui.

Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib.

Memandangkan Shahrir gagal menyangkal pendedahan mengenai sumbangan peribadi RM1 juta kepada beliau daripada Najib, beliau seharusnya menjawab persoalan berikut:-

1. Adakah derma RM 1 juta yang diterima beliau dibayar cukai? Kalau sebelum ini beliau menyebut bahawa Najib tidak perlu membayar cukai untuk derma RM2.6 bilion yang diterima kerana penderma dari Timur Tengah yang sepatutnya menjelaskan cukai, dalam kes ini Najib sebagai penderma adakah Najib menjelaskan cukai untuk derma kepada beliau?

2. Adakah Shahrir tidak terasa terhutang budi kepada Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Najib sendiri? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Najib bagi membolehkan Shahrir menerima sumbangan RM1 juta ini?

3. Jika Shahrir menganggap sumbangan peribadi Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah beliau memberi jaminannya mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Najib?

Jika benar Shahrir menerima sumbangan RM1 juta daripada akaun peribadi Najib, saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Baru amat kecewa.

Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu rakyat dan kini hanya menjadi suara “yes-man”.


Terima RM1 juta daripada Najib perkara biasa, kata BNBBC

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno.

Selain beliau, yang didakwa menerima dana daripada presiden Umno ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ketua Pu­teri Umno.

Portal tersebut mendedahkan dana tersebut disalurkan dalam akaun Tenure Finance Corporation (BVI) di Falcon Bank di Singapura pada hari sama perdana menteri menutup akaunnya di Amprivate Bank pada 30 Ogos 2013.

Sarawak Report berkata, dana itu disalurkan daripada syarikat sama yang menyalurkan AS$681 juta ke dalam akuan peribadi Najib pada awal Mac 2013. -TMI


ULASAN GB

Dahulu, Shahrir seorang berprinsp. Letak jawatan menteri kerana mempertahankan prinsip.

Kini tidak lagi.

RUpa-rupanya Shahrir telah mendapat RM1 juta dari Najib.

Kenyataan Shahrir di atas juga membuktikan bahawa beliau memperakui bahawa laporan Sarawak report itu adalah benar.

Habis semua ahli parlimen Johor sudah pertahankan Najib. Rupa-rupanya masing-masing sudah mendapat habuan dengan pelbagai cara. MP Pengerang, Pulai, Pontian kini semua menjadi pengampu tegar Najib dan rela Muhyiddin menjadi korban asalkan kedudukan sendiri terbela.

Demikian politik UMNO, politik wang dan jawatan yang sedang bermaharajalela.







IKLAN BERBAYAR







18 Ogo 2015

PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR?

Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru

PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis.

Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.

"Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik.

Dalan penyelesaian kes saman itu, PKR dan bekas setiausaha agungnya Datuk Saifudin Nasuition Ismail bersetuju memohon maaf kepada Khalid.

Manakala Khalid pula selepas itu bersetuju menerima permohonan maaf itu dan juga meminta maaf kepada PKR.

"PAS dilihat flip flop dalam isu ini. Satu pihak PAS mahu bekerjasama dengan PKR khasnya di Selangor. Tetapi dalam masa yang sama ketika PKR berdepan dengan Khalid, PAS memihak kepada beliau padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak.

"Ini kerana, kedua-dua pihak meminta maaf dalam penyelesaian di mahkamah mereka tetapi PAS mengambil sikap untuk menyatakan presiden mereka betul dalam isu ini," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan menolak cadangan PKR menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

​Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS.

"Langkah Kajang langkah sumbang. Setelah sekian lama bergelut untuk bersihkan diri dari fitnah dan kini terbukti anda tidak bersalah dan mereka pun sudah minta maaf, maka buat anda Tan Sri Khalid, saya jemput datanglah sertai PAS. Jangan berseorangan lama-lama, tidak manis," tulis Nasrudin dalam Facebook.

Ramai pemimpin PAS mengambil pendekatan senada dengan Nasrudin dan menyifatkan keputusan Hadi menyokong Khalid sebelum ini adalah tepat.

Khalid ketika mengulas keputusan penyelesaian dalam mahkamah berkata, Langkah Kajang adalah pencetus keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Langkah Kajang berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," kata Khalid.

Sebelum ini, dalam pertemuannya dengan PKR, PAS menyampaikan mesej untuk terus bekerjasama walaupun sudah memutuskan hubungannya dengan DAP.

PKR pula dijangka akan membentuk kerjasama dengan DAP dan parti pecahan daripada PAS yang bakal dinamakan Amanah, dan akan diumumkan secara rasmi hujung bulan ini.

Pada masa sama PKR cuba mengekalkan hubungannya dengan PAS. – TMI

ULASAN GB

Memang pelik.

DI Selangor beriya-iya mereka ingin terus menjalinkan hubungan dengan PKR. Malah sanggup datang "menyembah" kepada PKR supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan di mana PAS bertanding. Malah menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan GHB. Baca Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB

Tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI.

Sedangkan semua orang tahu, bahawa Saifuddin dan PKR boleh saja meneruskan kes saman TSKI terhadapnya. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat Anwar dimana Anwar sebagai perantara menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, maka sewajarnya langkah perdamaian itu lebih baik dari meneruskan kes.

Namun kesempatan itu dipergunakan sehabisnya oleh PAS untuk menghentam PKR disampin TSKI sendiri yang sekalipun telah "saling bermaaf", tetapi terus menyalah Langkah Kajang sebagai langkah kecundang yang telah mengaibkannya.

Dimanakah kejujuran TSKI yang telah "saling memaafkan" dan dimana kejujuran PAS untuk menjalinkan hubungannya dengan PKR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang tidak jujur itulah yang sebenarnya akan kecundang....





IKLAN BERBAYAR







Jangan Hina Pekerjaan Orang Lain...


Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!

TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.

"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.

"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.

"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.

"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.

"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.

Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.

"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .

"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.

"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie. -SH





IKLAN BERBAYAR







Dato Husam Boleh Saman Mereka Yang Memfitnahnya...

Salinan surat balas dan soalan tambahan:

YB Dato Haji Hanipa Haji Ahmad,
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn Bhd.

PELAWAAN LAWATAN BERSAMA KE TAPAK TEBANGAN ULU SAT

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Dato menjawab surat saya bertarikh 28 Syawal 1436/13 Ogos 2015.

Dari surat itu, saya simpulkan atau memberikan komen seperti di bawah:

A. Tiada Penglibatan YB Dato Husam Musa Dari Pembalakan Lebuhraya Rakyat

Penjelasan YB Dato dalam isu ini sangat saya alukan.

Saya berharap, melalui jawapan rasmi ini, tidak ada mana-mana pihak, termasuk YB Dato atau pegawai Baldah (saya lampirkan terbaru apa yang dicatat oleh Encik Nik Hisham dalam media sosial), memberikan versi tidak rasmi yang lain untuk mengaitkan nama saya secara tidak adil.

B. Adanya Penyitaan dan Tahanan Penebangan

Para E surat YB Dato ada menyatakan : "Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan...."

"....... telah ditahan sementara oleh Jabatan...."

dan

"....... 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara...."

Dari kandungan para E, membuktikan memang berlaku penahanan tebangan dan penyitaan oleh Jabatan Hutan ke atas kayu-kayu yang ditebang oleh kontraktor Baldah.

Apa yang saya sebutkan bahawa kayu-kayu yang dikeluarkan oleh kontraktor Baldah telah disita adalah benar.

C. Tidak Berlaku Sebarang Kesalahan Hutan di Blok A dan Blok B - Hutan Simpan Ulu Sat?

Dari kandungan para E, YB Dato mengakui adanya sitaan di matau milik Baldah.

Tinggal lagi, YB Dato cuba menjelaskan, sekalipun penahanan berlaku, tiada kesalahan dilakukan oleh kontraktor Baldah.

Ini bermakna, berlakunya penahanan yang salah oleh Jabatan Hutan.

Benarkah berlaku salah penahanan oleh Jabatan Hutan? Sekalipun untuk tujuan siasatan, tanpa kesalahan dilakukan, Jabatan Hutan tidak boleh sewenang-wenang melakukan sitaan.

Adakah semata-mata kerana adanya laporan yang dibuat oleh pihak tertentu ( seperti ayat YB Dato pada baris tiga para E) semata-mata, Jabatan Hutan bertindak menyita?

Adakah pihak tertentu itu membuat laporan palsu dan apakah tindakan yang diambil oleh Baldah atau Jabatan Hutan terhadap pelapor palsu itu?

Jika Jabatan Hutan secara salah menyita, saya cadangkan Baldah mengambil tindakan undang-undang ke atas Jabatan Hutan.

Kerajaan juga hendaklah mengenakan surcaj ke atas kaki tangan dan pegawai Jabatan Hutan yang terlibat atas tindakan salah tanpa selidik yang telah dilakukan. Jabatan Hutan juga boleh diarahkan membayar ganti rugi kepada pihak yang ditahan.

Adakah kerajaan akan bertindak seperti itu?
Jika tidak, kenyataan YB Dato tiada apa-apa kesalahan dilakukan adalah diragukan.

Setakat pengalaman saya, salah tindakan Jabatan Hutan berkait kesalahan membalak di luar sempadan adalah agak mustahil. Ini ialah kerana pengecaman dan tandaan sempadan dilakukan bersama antara kaki tangan Jabatan Hutan dan kontraktor terbabit sebelum lesen diluluskan.

Jika kontraktor merasakan tandaan sempadan adalah salah, mereka boleh melaporkannya kepada Jabatan Hutan. Mereka sama sekali tidak boleh membalak di luar sempadan yang telah ditandakan atas apa jua alasan, termasuk kononnya kawasan itu terletak dalam zon penampan yang diizinkan untuk ditebang.

Apa gunanya dinamakan zon penampan kalau zon itu juga boleh ditebang?

Isu yang saya ingin ketengahkan sekali lagi di sini ialah, ada atau tidak kesalahan hutan khususnya membalak di luar sempadan dilakukan, termasuk di kawasan yang didakwa zon penampan?

Jika ada, siapakah yang melakukan perbuatan itu?

Jika tidak, kenapakah Jabatan Hutan bertindak menyita?

D. Pelawaan Lawatan Bersama ke Tapak Tebangan

Bagi menghilangkan keraguan terhadap penjelasan YB Dato pada mata rakyat, saya mencadangkan lawatan bersama dengan diiringi oleh Jabatan Hutan dapat diatur oleh YB Dato.

Dalam tempoh sekarang, saya yakin tunggul-tunggul kayu - jika ada - yang ditebang di luar sempadan masih boleh dilihat.

Tandaan sempadan juga masih ada kesannya. Selain itu, pusat ikatan untuk mengukur semula sempadan bagi mempastikan tandaan sempadan adalah betul dan tebangan semuanya dilakukan di dalam sempadan, boleh dikesan semula jika perlu.

Dengan cara ini, tidaklah Jabatan Hutan disalahkan tanpa kesalahan yang sebenar dan penjelasan YB Dato dapat diperkukuhkan lagi.

Saya bersedia untuk bersama dalam lawatan itu nanti. Saya berharap, YB Dato tidak keberatan untuk mengaturkannya.

Penjelasan YB Dato bahawa hanya 50 tan/600 tan berbaki di metau juga tidak akan berbangkit jika YB Dato melihat sendiri longgokan balak di metau sekarang. Terdapat 14 longgokan besar dengan 1,280 batang pelbagai saiz yang dianggarkan seberat 968 tan masih disita di situ. Saya sertakan gambar-gambar untuk menunjukkan jumlah yang dinyatakan oleh YB Dato adalah kurang tepat, walaupun ia bukannya isu yang besar.

E. Berapakah Keluasan Kawasan R N R?

Seingat saya, mengikut garis panduan Lembaga Lebuh Raya Malaysia(LLM), kawasan Rehat dan Rawat (R n R) yang ideal hanyalah seluas 20 ekar dan lay-by adalah 10 ekar setiap satu.

Bagi Lebuh Raya Rakyat, R n R dikatakan seluas 10 hektar dan 65 hektar masing-masing. Dengan keluasan 75 hektar atau bersamaan dengan 185 ekar, bermakna enam kali ganda keluasan ideal cadangan LLM.

Mengapakah cadangan keluasannya yang melibatkan hutan simpan adalah begitu luas?

Juga, saya sangsi dengan tebangan ke atas pokok berdiameter 6 inci ke atas kerana konsep asal adalah pokok-pokok besar dikekalkan untuk menghasilkan teduhan dan keindahan semula jadi.

Dari penjelasan YB Dato, ia menjadi terbalik iaitu pokok-pokok besar di tebang dan yang tinggal adalah pokok kecil semata-mata.

Mengenai foto yang dirujuk oleh YB Dato, jika lawatan ke tapak dilakukan sendiri oleh YB Dato, ternyata apa yang dikatakan tebangan terpilih sebenarnya hampir disapu bersih dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil tanpa sebarang keindahan semula jadi lagi. Sungai yang dulunya dilindungi kanopi pokok-pokok kini terang benderang tanpa hijauan lagi.

F. Jumlah Pengeluaran Dan Hasil

Saya berpendapat, ada sedikit kekeliruan angka dalam pengiraan yang ditunjukkan oleh YB Dato pada para pertama muka surat tiga.

YB Dato nyatakan keluasan tebangan adalah sejumlah 23 hektar.

Angka ini mungkin tidak tepat kerana Blok A seluas sepuluh hektar telah ditebang semuanya. Bagi Blok B pula, 20% dari 65 hektar telah ditebang, iaitu 13 hektar.

Keluasan 23 hektar ini belum mengambil kira laluan lebuh raya, yang mengikut surat YB Dato : 'jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis...'.

Bermakna, kawasan yang telah ditebang adalah melebihi 23 hektar. Oleh itu, perolehan 2,700 tan adalah dari kawasan yang melebihi 23 hektar, termasuk dari tebangan laluan lebuhraya dan ada kemungkinan di luar kawasan tandaan sempadan yang asal (yang didakwa sebagai kawasan buffer zone yang tiada sekatan untuk tebangan).

Dengan itu, 23 hektar sebagi pembawah adalah tidak tepat.
Jika keluasan sebenar tebangan melebihi 23 hektar dengan mengambil kira laluan tebangan dan zon penampan, dengan sendirinya perolehan RM 8,000 seekar seperti dinyatakan oleh YB Dato akan berubah.

Jika diandaikan kawasan laluan dan tebangan luar kawasan mencapai 20 hektar atau lebih, kadar hasil per ekar akan menjadi hanya RM 4,000 sahaja. Ini tidak banyak bezanya dengan kadar hasil bagi tebangan habis yang diperolehi melalui proses biasa.

Oleh itu, pengiraan kadar hasil per ekar mesti mengambil kira keluasan tebangan keseluruhan dan yang sebenar.

Namun begitu, saya sangat berbangga dengan keinginan Baldah mendapatkan hasil yang tertinggi dan kaedah sebut harga terbuka yang diamalkan. Jika semangat yang sama terpakai untuk agensi lain seperti KPK, rakyat Kelantan akan melihat sesuatu yang berbeza dan lebih baik.

G. Alaf Ulung dan bukannya Lucky Wong

Tidak ada masalah besar antara sama ada Syarikat Lucky Wong atau Alaf Ulung. Apa yang saya pohonkan adalah latar belakang syarikat kontraktor yang dilantik oleh Baldah.

Dalam surat saya, saya namakan Syarikat Lucky Wong. Setelah saya melawat tapak berkenaan, dalam kenyataan media saya pada sebelah petangnya, saya telah tukarkan kepada Syarikat Alaf Ulung seperti tertera di papan tanda di metau.

Kedua-dua surat dan kenyataan media saya dipamerkan di laman FB saya. Saya beranggapan pegawai YB Dato ada membacanya dan melaporkan semula kepada YB Dato.

Soalan-soalan berkaitan seperti siapa pemilik syarikat yang saya tanyakan berkaitan Lucky Wong terpakai untuk Alaf Ulung yang dilantik oleh Baldah, jika YB Dato merasa perlu untuk menjelaskannya.

H. Persoalan Menerusi Media Sosial

Saranan YB Dato dalam para akhir surat YB Dato iaitu untuk tidak menggunakan saluran media sosial kerana dikhuatiri menimbulkan persepsi yang tidak baik bagi kerajaan, rasa saya tidak relevan.

Jika tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh kerajaan, tiada sebab untuk imej kerajaan tercalar.

Sebenarnya, melalui media sosial sesuatu isu menjadi lebih berkesan. Saya telah pun meminta penjelasan YB Dato melalui kumpulan Whats App terhad di mana YB Dato turut bersama sejak 8 Ogos 2015 tetapi tiada sebarang respon sehinggalah surat saya tersiar dalam FB saya dan pengguna media sosial yang lain.

Di samping itu, fitnah ke atas saya dalam isu ini adalah secara terbuka oleh pengamal media sosial sejak sekian lama. Ia bukan isu peribadi saya dengan kerajaan tetapi isu saya secara awam dan isu kerajaan dan kepentingan awam juga.

Surat balas YB Dato juga disiarkan melalui Whats App. Nampaknya YB Dato sendiri dan pegawai Baldah tidak mengamalkan saranan YB Dato.

Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas respon YB Dato dan InsyaAllah surat ini juga mendapat respon sekali lagi YB Dato, disamping lawatan ke tapak untuk menjelaskan tiada sebarang penyelesaian belakang tabir diatur antara kerajaan dan Jabatan Hutan.

Sekian. Terima kasih.

Yb Dato Husam Musa

Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan
2 Zulkaedah 1436/17 Ogos 2015

s.k:

1. YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan Darul Naim
2. YA Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

SURAT DARI YB DATO HAJI HANIPA BIN AHMAD

1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015

YB Dato’ Hj Husam Musa
Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan

Firman Allah swt yang bermaksud “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu! Maka Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang ternyata, lalu diberitahukan kamu tentang apa yang kamu kerjakan”
Surah At-Taubah : 105

YB Dato’

PENJELASAN TENTANG KELULUSAN PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN ULU SAT YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN LEBUHRAYA RAKYAT

Saya dengan ini merujuk kepada surat YB Dato’ (tidak bertarikh) yang saya terima pada hari Khamis, 28 Syawal 1436H bersamaan 13 Ogos 2015 jam 12:30 tengahari. Penjelasan adalah seperti berikut:

A. Faedah daripada tebangan hutan berkaitan adalah untuk Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd, Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perlaksanaan Projek Lebuhraya Rakyat. Ianya adalah antara lain digunakan untuk kos yang berkaitan Projek Lebuhraya seperti bayaran kepada konsultan dan lain-lain termasuk juga untuk kos operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Tiada penglibatan YB Dato’ dalam tebangan balak di kawasan yang diluluskan.

B. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan kayu di kawasan berkenaan pada 19 Oktober 2014.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mengeluarkan tawaran sebutharga terbuka pada 23 Oktober 2014. Pada 8 Disember 2014, Lembaga Pengarah Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah bermesyuarat dan bersetuju menawarkan kontrak penebangan kepada syarikat Alaf Ulung Sdn Bhd berdasarkan kepada tawaran syarikat ini yang terendah.

C. Tuduhan bahawa Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah melantik Syarikat Lucky Wong sebagai kontraktor kerja penebangan balak adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Kontrak untuk kerja-kerja penebangan telah dibuat secara sebutharga terbuka seperti yang dinyatakan di para B di atas. Lain-lain soalan YB Dato’ berkenaan Syarikat Lucky Wong adalah tidak berkaitan.

Sebanyak 2,300 tan kayu telah ditebang. Hanya sebanyak 1,700 tan telah dijual dengan nilai jualan sebanyak RM1.28juta. Setelah ditolak kos penebangan, cukai kayu, premium dan lain-lain kos Jabatan Perhutanan, hasil bersih ialah sebanyak RM465,000.00.

D. Di dalam kawasan R&R, walaupun kelulusan tebang habis diberi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd hanya menebang pokok yang berukuran diameter 6 inci keatas, sesuai dengan hasrat Almarhum YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sila rujuk kepada suratkhabar Sinar Harian, Jumaat 14 Ogos 2015 (mukasurat 38), gambar disebelah atas adalah kawasan R&R yang jelas nampak ada tebangan terpilih. Manakala gambar disebelah bawah adalah jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan lebuhraya dijalankan.

E. Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan adalah untuk membolehkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menjalankan siasatan hasil dari laporan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya juga mengadakan perbincangan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Pegawai Hutan Daerah Machang dan Ketua Pegawai Operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd supaya siasatan yang rapi dijalankan bagi menangani masalah ini dengan segera. Hasil daripada siasatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, mereka telah mengesahkan bahawa tiada penebangan dibuat di luar kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. Maknanya, pihak Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan kontraktor yang dilantik tidak terlibat di dalam kes ini.

Sebanyak lebih kurang 600 tan (bukannya 1,000 tan seperti dakwaan YB Dato’) kayu yang telah ditebang tetapi belum dijual, telah ditahan sementara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tujuan siasatan. Walaubagaimanapun, pada 30 Julai 2015, kebenaran telah diberikan kepada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd untuk menjual kayu-kayu tersebut sebanyak 550 tan, manakala 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara menunggu laporan siasatan dikeluarkan yang dijangka pada minggu hadapan.

Sebagaimana dakwaan YB Dato’ bahawa kawasan ini adalah kaya, bagi memaksimakan perolehan dari sumber yang diamanahkan oleh Kerajaan ini, kawasan ini tidak dijual terus berdasarkan keluasan yang mana hasilnya adalah antara RM2,500 – RM3,000 seekar sahaja. Sebaliknya, kawasan ini telah diusahakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dengan melantik kontraktor untuk kerja-kerja penebangan sahaja manakala penjualan kayu dilaksanakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd yang mana ianya dibuat secara sebutharga terbuka dengan kelulusan oleh Jawatankuasa Sebutharga Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Dengan hasil bersih sebagaimana yang dinyatakan di Para C di atas, berdasarkan kawasan yang telah ditebang seluas 23 hektar (56.8 ekar), bermakna setakat ini Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah memperolehi keuntungan sebanyak RM8,200/ekar, 3 kali ganda lebih berbanding sekiranya penjualan terus kawasan dibuat.



Pihak Baldah Toyyibah Prasarana) Kelantan Sdn Bhd sedang berusaha untuk membuktikan bahawa mengusahasilkan sendiri kawasan pembalakan oleh agensi Kerajaan akan memberi pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan hanya menjual terus kawasan tersebut.

Sekian, saya berharap agar penjelasan di atas ini dapat memberi pencerahan kepada isu-isu yang YB Dato’ bangkitkan. Sebenarnya saya lebih suka sekiranya ada apa-apa masalah ditanya terus kepada saya, tidak ditulis dalam whatsapp kerana ia boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada Kerajaan.

Terima kasih.

tt : YB Dato' Hj Hanifa

……………………………………………….
YB Dato’ Hj Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd








IKLAN BERBAYAR







17 Ogo 2015

[VIDEO] Pengampu Najib, Ahmad Maslan Kena Boo & Puad Zakarshi Kena Tegur...

Tepukan buat Muhyiddin, 'boo' untuk Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu.

Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.

Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut.

Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.

Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.

"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini.

"Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar. -mk



TMJ tegur Puad kerana dakwa hubungan Najib dan Sultan Johor baik

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim menegur seorang ahli Majlis Tertinggi Umno dari negeri itu yang mendakwa hubungan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah baik.

Menurut Tunku Ismail, Datuk Dr Puad Zarkashi tidak wajar membuat kenyataan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Merujuk pernyataan yang dibuat seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri, pada pendapat saya seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

"Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan perdana menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," katanya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers hari ini merujuk kepada Puad yang juga merupakan ketua pengarah Jasa.

Dua hari lalu, Puad mengeluarkan kenyataan yang hubungan di antara Najib dan Sultan Ibrahim adalah baik sewaktu menjelaskan khabar angin di media sosial yang hubungan di antara mereka tidak mesra.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut membidas forum Nothing2Hide yang dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Najib tidak muncul.

Keluarga diraja Johor juga turut menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau digugurkan daripada Kabinet hujung bulan lalu. – TMI









IKLAN BERBAYAR







"AMANAH" Nama Parti Islam Yang Baharu

Parti Islam baharu diberi nama Amanah

Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka bergerak sendiri tetapi akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan parti yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14. -TMI

Bolehkah Diwujudkan Pelbagai Parti Islam?


Dr Yusof Al-Qadhawi dalam bukunya yang bertajuk “Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam”, Terbitan Dar As-Syuruq, Cetakan Tahun 1997, muka surat 151-154 menjelaskan seperti berikut:

1. Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan pendekatan politik yang berbeza-beza. Setiap parti islam mestilah disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam tindakan mereka. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.
2. Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif. Oleh kerana parti politik islam juga mengambil daripada pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara, pendekatan dan metodologinya juga tidak sama. Maka wajar berlakunya kepelbagian parti politik.
3. Terdapatnya parti politik yang berpendapat bahawa Syura itu bersifat mulzimah (wajib dipatuhi keputusannya) dan terdapat juga yang berpendapat Syura itu hanya sekadar Mu’limah(hanya sekadar memaklumkan pendapat masing-masing dan ketua tidak wajib mengikut) . Sudah pasti pertembungan ini memberikan keputusan yang berbeza dalam mengambil tindakan politik.

Dr. Yusof Al-Qardawi telah menganggap pendapat yang mengharamkan taadud jamaah sebagai fatwa kosong dan terasing daripada agama Allah. Beliau juga telah menyatakan beberapa dalil yang menunjukkan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah. Hujjah–hujjahnya telah disebut di dalam kitabnya(16) “

i. Kaedah fekah :-

الاصل فى الاشياء والتصرفات المتعلقة بعادات الناس ومعاملاتهم الاباحة
(Asal pada perkara-perkara dan urusan-urusan yang berkait dengan adat-adat dan muamalat manusia adalah harus.)

ii Nas-nas Al-Quraan dan hadis.

Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونو على الاثم والعدوان
Maksudnya : “Tolong menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan.”
(surah al-Maidah : 20)

Firman Allah Taala :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai.”
(surah Ali Imran : 103)

Sabda Rasulullah ;

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Maksudnya : “Seorang mu’min dengan mu’min yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh di antara satu sama lain.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah :

يد الله مع الجماعة ومن شذ شذ فى النار
Maksudnya ; “Tangan Allah bersama jamaah Islam dan sesiapa yang menyendiri daripada jamaah, dia akan keseorangan di dalam neraka.”
(riwayat Tarmizi)

“Sunnah Rasulullah telah menyeru kepada satu jamaah dan kesatuan dan melarikan daripada kedagangan dan perpecahan. Sunnah Rasul menyeru kepada ukhuwah dan mahabbah dan menjauhkan daripada permusuhan dan marah-memarahi.”

[kedagangan bermaksud terasing dan mengasingkan diri daripada umum, kelainan]

Kaedah yang dikemukakan menunjukkan bahawa penubuhan jamaah Islam adalah harus pada asalnya selama mana tiada dalil yang mengharamkan.








IKLAN BERBAYAR







[GAMBAR BERBICARA] Pemimpin Itu Lahir Dalam Hempas Pulas Di Kancah....


Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah. Dia lahir sendiri dalam hempas-pulas di kancah. Dia muncul di tengah-tengah berlakunya masalah. Dia menonjol berbanding rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung umat." -Pak Natsir.

Imbas kembali dan saksikanlah...







IKLAN BERBAYAR







16 Ogo 2015

Catatan Dari Seorang Peserta NUNJI 15

Selepas Nunji di Shah Alam

Selepas Ustaz Ridzwan mengumumkan Nunji'15 telah pun berlabuh tirai aku terkenang peristiwa 2 tahun dahulu. Peristiwa mikrofon dirampas dan pelbagai peristiwa yang memalukan. Hari ini Ustaz Ridzwan Abu Bakar dapat berucap dengan tenang dan penuh hikmah.

Terasa damai berada dalam program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadiah. Tidak terasa 10 jam kami berada dalam majlis ilmu itu.

Ketika kaki ini sedang meninggalkan PPAS Shah Alam, para pimpinan Harapan Baru beratur dan berdiri berdekatan dengan pintu dan bersalam dengan setiap peserta. Ada yang memeluk, terasa ukwah ini terbina atas nama islam. Tidak ada prasangka, tidak ada dendam, tidak ada prejudis, yang ada silaturrahim ini benar-benar tercipta keranaaNYA.

Kami keluar dengan hati gembira dan damai. Terasa tugas besar diluar harus kami pikul yakni memastikan imej islam itu indah dan tema " Islam Rahmatan Lil Alamin " itu dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik Malaysia.

Tidak seperti program sebelum ini. Apabila keluar dewan atau sesudah mendengar ucapan penceramah, aku terasa susah untuk bernafas dek kerana memikul persepsi, fitnah adu domba dan prejudis antara satu sama lain.

Sidang hari ini juga menampilkan banyak ulama yang jarang ditonjolkan mana-mana parti. Dato' Dr Siddiq Fadhil, Dato' Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan beberapa tokoh lagi ditonjolkan dalam Nunji.

Mereka membentang kertas kerja secara bijaksana dan segala percanggahan dalam islam ditangani dengan kebijaksanaan siyasah syariah.

Kertas kerja para pembentang juga tidak terhad kepada isu populis semata-mata tetapi turut memperjuangkan bahawa syariat islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh dan tidak terikat dengan hudud semata-mata.

Diantara kertas yang paling menarik ialah kertas kerja Dato' Dr Siddiq Fadhil yang mengajak para asatizah merenung kembali idea Fiqh Malayzi atau Fiqh Malaysia. Dengan harapan Fiqh Malayzi ini menjadi panduan rakyat Malaysia.

Ucapan tahniah kepada Yb Dato' DrMujahid Yusof Rawa II selaku Pengarah Nunji15 dan seluruh jawatankuasa yang bertukus lumuh dan berjaya menjayakan majlis sinergi ini dan dapat membina politik baru di Malaysia.

Diharap majlis seperti ini akan diteruskan diseluruh Malaysia. Sesungguh rakyat Malaysia memerlukan pendekatan dakwah sebegini.

Islam Rahmatan Lil Alamin

Hazmi Hassan
Ketua Anak Muda Harapan Baru Kelantan
15 Ogos 2015


[Rakaman audio NUNJI '15]

1. Ucapan Pengarah - Dr Mujahid Yusof Rawa :http://bit.ly/1TGUgUJ

2. Slot 1 : Membina Siyasah Syar'iyyah atas Dasar Rahmatan Lil Alamin - Ustaz Haji Ahmad Awang : http://bit.ly/1IU0LOZ

3. Slot 2 : Rakaman video khas - Syeikh Musa Ibrahim : http://bit.ly/1EuRo6A

4. Slot 3 : Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam ; Bagaimana Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undang -Syeikh Muhammad Sayyid Ferjani (Orang Kanan Syeikh Ganoushi) : http://bit.ly/1PsgglY
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1TGVPCa

5. Slot 4 : Prinsip Penetapan Fiqh Waqie & Maslahah Muktabarah di Malaysia - Dato' Dr Siddiq Fadzil : http://bit.ly/1gKPAkn
Sesi soal jawab : http://bit.ly/1IU2rrN

6. Slot 5 : Perlaksanaan Syariah di Malaysia : Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa - SS Dato' Dr Wan Salim WM Noor :http://bit.ly/1Njjglt
Ulasan Kertas Kerja oleh Dr Maszlee Malik :http://bit.ly/1THtdxV

7. Slot 6 : Fiqh Muwathonah : Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara (Sesi Soal Jawab) - Dr Mohd Mohd Parid Sheikh Ahmaddan Dr Zulqarnain Lukman (Pengulas) : http://bit.ly/1DWbkEz

8. Slot 7 : Forum Mengasaskan Politik Rahmatan Lil Alamin Untuk Malaysia : Peranan Ulamak, Umarak dan Ummah - Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Siti Mariah Mahmud : http://bit.ly/1PfoLzW

9. Slot 8 : Resolusi : Ketetapan Bersama NUNJI '15 - Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa : http://bit.ly/1PfqBRt

10. Ucapan Penutup NUNJI '15 : Haji Mat Sabu :http://bit.ly/1MuiN0uLike









IKLAN BERBAYAR







Ust Ahmad Awang Dilantik Penasihat Umum Harapan Baru

Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).

Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.

Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.

"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.

"Perbahasan dan perincian tajuk besar ini mempunyai implikasi terhadap bagaimana para pengamal politik Islam khususnya berfikir dan menterjemahkan dalam gerak kerja dalam menyampaikan mesej Islam dalam kerangka sebuah negara," katanya.

Beliau turut mengharapkan nadwah ini dapat menyumbang kepada pembentukan satu formula kerangka fiqh tempatan yang bersifat majmuk dan rencam pemikirannya.

"Fiqh Malaysia atau Fiqh Malayzi adalah sumbangan besar Malaysia ke alam Islam dan dunia dengan menjadikan prinsip syariah sebagai panduan utama jalan formulasinya," katanya.









IKLAN BERBAYAR







15 Ogo 2015

[VIDEO] BERS✔H 4.0 Bukan Untuk Guling Najib Tapi Protes Tak Percaya Najib

Perhimpunan Bersih 4 ‘undi tak percaya’ terhadap Najib, kata pemimpin

Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini akan menjadi seperti suara undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah malam tadi, pada majlis pelancaran kempen ketika skandal kewangan membabitkan perdana menteri sedang hangat.

Katanya, biarpun ia bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur, Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini juga akan memberitahu rakyat menukar perdana menteri saja tidak akan mengubah apa-apa jika sistem politik semasa dikekalkan.

"Bersih 4 adalah satu perhimpunan aman selama 34 jam yang buat pertama kali dalam sejarah di Malaysia dan ia suara undi tidak percaya terhadap Najib.

"Harapan Bersih 4 bukan saja mahukan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih, tetapi kita juga mahu satu sistem politik bersih bagi melahirkan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih.

"Bersih 4 adalah manifestasi kepada suara rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Najib. Ini suara rakyat untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen," katanya pada majlis pelancaran perhimpunan itu di Petaling Jaya malam tadi.

Pelancaran itu turut menyaksikan persembahan lagu, lakaran dan pidato. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said membacakan puisi nukilannya bertajuk "Bersih Empat" manakala pihak penganjur memperkenalkan pasukan perubatan, keselamatan dan pemantau yang akan bersiap sedia semasa perhimpunan itu.

Perhimpunan itu akan turut diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Acara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Maria berkata menukar perdana menteri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tanpa pembaharuan utama kepada institusi dan sistem politik.

"Jika sistem politik kita tidak berubah, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah biarpun Muhyiddin atau Zahid atau orang lain menggantikan Najib, masalah lain seperti 1MDB dan PKFZ akan berterusan," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau secara terbuka mempersoalkan Najib berhubung skandal 1MDB. Tempat beliau digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

"Jika penggantinya adalah seorang yang degil, kita akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan," katanya.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi menolak sistem politik rasuah yang melahirkan lebih ramai pemimpin terpalit dengan skandal rasuah.

Maria berkata, Bersih merasakan rakyat tidak mampu lagi bersuara sehingga terpaksa menganjurkan perhimpunan bagi mengulangi tuntutan kepada Najib untuk menjawab segala persoalan yang dilemparkan terhadapnya.

"Kami sudah memberi Najib masa sehingga 5 Ogos lalu untuk memberikan jawapan. Adakah anda fikir tindakan kami ini tidak masuk akal? Saya tidak fikir begitu," katanya.

Beliau berkata Najib masih belum menjawab dakwaan dana 1MDB yang secara tidak langsung membiayai sebahagian daripada kempen pilihan raya umum beliau pada 2013, selepas syarikat itu membeli aset kuasa yang terlalu mahal daripada Kumpulan Genting.

The Wall Street Journal (WSJ) pada Jun melaporkan Genting didakwa menggunakan sebahagian daripada hasil jualan untuk membuat sumbangan RM35 juta kepada dana politik Najib yang kemudiannya dijadikan projek amal semasa kempen pilihan raya.

Dalam laporan kedua pada 2 Julai lalu, WSJ melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam dua akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur, manakala bahagian terbesar daripada wang itu - AS$681,000,000 - dipindahkan pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan dana itu sebenarnya sumbangan derma dari Timur Tengah.

Maria berkata, di sebalik keengganan menjawab tuduhan, Najib memulakan “pembersihan” dengan menyingkirkan pengkritiknya dalam Kabinet dan menukar peguam negara yang sedang menyiasat 1MDB dan pemindahan dana kepada akaun peribadi perdana menteri itu.

Najib juga melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB dengan membawa 4 anggotanya termasuk pengerusi jawatankuasa itu ke dalam Kabinet.

Ini menyebabkan siasatan terpaksa ditangguhkan sehingga Oktober apabila Parlimen memilih ahli jawatankuasa yang baharu sebagai pengganti.

"Ini bermakna Najib tidak berhasrat membenarkan siasatan terhadap 1MDB itu diteruskan," kata Maria.

Maria pada Khamis bertemu dengan pihak polis untuk menerangkan rancangan Bersih tentang perhimpunan tersebut, dan juga mengingatkan pihak berkuasa akan tanggungjawab mereka bagi melancarkan demonstrasi itu dan memastikan keselamatan peserta.

Beliau berkata Bersih, sudah memberikan notis rasmi kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Peserta perhimpunan keempat di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan untuk mula berkumpul di 5 lokasi seperti Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank - sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Peserta juga dinasihatkan untuk membawa kelengkapan tidur, khemah dan beberapa keperluan lain untuk perhimpunan tersebut.

Pelbagai aktiviti sudah dirancang, termasuk bengkel pendidikan sivik, debat awam, persembahan kebudayaan dan ucapan daripada pemimpin masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada Rabu menasihatkan penganjur mengelakkan sentimen hasutan seperti menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Katanya, polis akan campur tangan jika mendapati perhimpunan tersebut bertukar menjadi “perhimpunan menghasut”. -TMI





KENYATAAN MEDIA

Harapan Baru (HB) menyokong penuh cadangan BERSIH
untuk mengadakan Himpunan Aman pada 29 dan 30 Ogos 2015.

HB akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Negara berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8% daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.

Sementara Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku.

Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak PM Najib letak jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus menuju kehancuran.

HB menyokong penuh usaha BERSIH dan akan memberikan sepenuh kerjasama menjayakan himpunan aman tersebut.

Hj. Mohamad Sabu
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru



Bersih enggan layan isu PAS, teruskan himpunan seperti dirancang

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

"Ramai rakyat Malaysia akan turun, bukan saja parti politik, kerana mereka sokong tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Maria berkata, Bersih terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS, apabila pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Tetapi, sehingga kini ia masih belum menerima respons rasmi daripada parti Islam itu.

Katanya, setakat ini respons yang diterimanya daripada PAS adalah "sedang berbincang".

"Kita tidak terlibat dengan konflik mereka. Apa yang kita tekankan perubahan terutamanya sistem pilihan raya, ini agenda kita melibatkan semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya 3 wakil daripada parti itu akan menghadiri perhimpunan 29 Ogos itu nanti kerana mereka tidak dijemput terlibat menganjurkannya.

Beliau juga berkata, ahli parti tidak akan diminta menyertai perhimpunan tersebut, mengatakan ia akan mengadakan perhimpunannya sendiri yang akan diterajui parti itu.

Mengenai Unit Amal yang selama ini banyak membantu mengendalikan keselamatan peserta himpunan, Maria berkata, kali ini mereka mempunyai pasukan keselamatan sendiri termasuk daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dan badan lain.

Namun katanya, keutamaan masih terletak kepada polis bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang 2 hari berhimpun tanpa sebarang provokasi atau kekacauan.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad pada 3 petang esok, ditemani peguam, berbincang tentang perjalanan himpunan itu.

The Malaysian Insider semalam melaporkan, PAS semakin dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.

Pemimpin PAS dikatakan sedang berbincang sama ada parti itu patut secara rasmi menyatakan sokongan kepada Bersih 4 atau tidak, selepas mendapati ia tidak dijemput terbabit dalam penganjurannya sedangkan GHB dijemput.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selepas satu mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Sabtu lalu, parti itu akan menyertai Bersih 4.0 dan akan menghantar 2 wakil untuk menyertai perbincangan mereka - Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha akhbar presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Namun, Hadi seperti menidakkan kenyataan itu, mengatakan PAS hanya menghantar wakil, bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu itu.








IKLAN BERBAYAR