17 Ogo 2015

"AMANAH" Nama Parti Islam Yang Baharu

Parti Islam baharu diberi nama Amanah

Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka bergerak sendiri tetapi akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan parti yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14. -TMI

Bolehkah Diwujudkan Pelbagai Parti Islam?


Dr Yusof Al-Qadhawi dalam bukunya yang bertajuk “Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam”, Terbitan Dar As-Syuruq, Cetakan Tahun 1997, muka surat 151-154 menjelaskan seperti berikut:

1. Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan pendekatan politik yang berbeza-beza. Setiap parti islam mestilah disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam tindakan mereka. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.
2. Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif. Oleh kerana parti politik islam juga mengambil daripada pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara, pendekatan dan metodologinya juga tidak sama. Maka wajar berlakunya kepelbagian parti politik.
3. Terdapatnya parti politik yang berpendapat bahawa Syura itu bersifat mulzimah (wajib dipatuhi keputusannya) dan terdapat juga yang berpendapat Syura itu hanya sekadar Mu’limah(hanya sekadar memaklumkan pendapat masing-masing dan ketua tidak wajib mengikut) . Sudah pasti pertembungan ini memberikan keputusan yang berbeza dalam mengambil tindakan politik.

Dr. Yusof Al-Qardawi telah menganggap pendapat yang mengharamkan taadud jamaah sebagai fatwa kosong dan terasing daripada agama Allah. Beliau juga telah menyatakan beberapa dalil yang menunjukkan keharusan menubuhkan jamaah-jamaah. Hujjah–hujjahnya telah disebut di dalam kitabnya(16) “

i. Kaedah fekah :-

الاصل فى الاشياء والتصرفات المتعلقة بعادات الناس ومعاملاتهم الاباحة
(Asal pada perkara-perkara dan urusan-urusan yang berkait dengan adat-adat dan muamalat manusia adalah harus.)

ii Nas-nas Al-Quraan dan hadis.

Firman Allah Taala :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونو على الاثم والعدوان
Maksudnya : “Tolong menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan.”
(surah al-Maidah : 20)

Firman Allah Taala :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai.”
(surah Ali Imran : 103)

Sabda Rasulullah ;

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Maksudnya : “Seorang mu’min dengan mu’min yang lain seperti bangunan yang teguh meneguh di antara satu sama lain.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah :

يد الله مع الجماعة ومن شذ شذ فى النار
Maksudnya ; “Tangan Allah bersama jamaah Islam dan sesiapa yang menyendiri daripada jamaah, dia akan keseorangan di dalam neraka.”
(riwayat Tarmizi)

“Sunnah Rasulullah telah menyeru kepada satu jamaah dan kesatuan dan melarikan daripada kedagangan dan perpecahan. Sunnah Rasul menyeru kepada ukhuwah dan mahabbah dan menjauhkan daripada permusuhan dan marah-memarahi.”

[kedagangan bermaksud terasing dan mengasingkan diri daripada umum, kelainan]

Kaedah yang dikemukakan menunjukkan bahawa penubuhan jamaah Islam adalah harus pada asalnya selama mana tiada dalil yang mengharamkan.








IKLAN BERBAYAR







22 ulasan:

My Kakak berkata...

PAR Parti Amanah Rakyat. Terbaik. Tahniah dan didoakan taking Malaysia by Storm. Set sistem pendaftaran betul2. Kad keahlian mcm kad Touch and Go. PAR mesti at PAR dgn parti lain. Kalau boleh lebih tersusun.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya tertubuh juga parti yang dinanti-nantikan rakyat. Apa yang saya lihat pengurusannya cukup teratur MUNGKIN hasil daripada pengalaman reformasi 1998 dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia mengucapkan berbanyak syukur dan terima kasih kepada Allah SWT yang telah menyatukan hati2 manusia untuk berbuat amal kebaikan dalam parti baru, AMANAH.

Rakyat Malaysia seluruhnya mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada kepimpinan serta ahli2 parti baru, AMANAH.

Rakyat Malaysia semakin sedar dan insaf, tanpa kekuatan dalam satu pakatan baru yang berjanji setia dan kerjasama erat, bn tidak mungkin ditumbangkan.

Seperti hujah tuan presiden AMANAH, Hj Mohd bin Sabu semalam di Pelancaran Harapan Baru peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, " Berapa banyak skandal hilang duit pun, bn juga yang menang. Kali ini hilang pula 42 billion. Begitu besar hingga jadi ibu segala skandal, tak kan bn masih menang jugak?"

Sebab itu semua pihak yang prihatin terus bangkit melawan bn. Ada di antara mereka sudah lanjut usia. Ada yang sangat daif hidupnya. Tapi mereka lupakan hal keselesaan diri. Mereka lupakan kepayahan hidup ini semata2 mahukan rakyat terbela.

Kepada saudara2 yang masih selesa dengan berbelanja mahal dan gaji tidak cukup makan, silalah berfikir dan membuat keputusan "Perlukah aku masih menunggu di sini dan melihat sahaja beribu2 orang menyertai AMANAH setiap hari. Adakah aku ingin melihat sahaja kezaliman ini?'

Jika anda ada kesedaran, sila menyertai parti baru AMANAH. Jika anda belum ada kekuatan dan kesedaran untuk menyertai secara terang2, anda mesti menyimpan azam untuk mengundi parti2 dalam Pakatan 2 nanti. Parti2 tersebut adalah PKR, DAP dan AMANAH.

Setiap rakyat Malaysia harus memberi azam dan ikrar. " BN MESTI DITUMBANGKAN"

Abdul Said berkata...

Semoga niat yang baik itu diizinkan Allah s.w.t. Semoga fokus untuk kesejahteraan rakyat itu tidak dialih kepada gila harta, pangkat dan kuasa. Rakyat sedang menghadapi kesempitan hidup. Kononnya negara ini sedang maju dan membangun namun sudah ramai yang tidak berumah, bertambah ramai tidak mampu memberi makanan berhasiat kepada keluarga, sudah ramai yang tercicir dalam pendidikan , bertambah ramai graduan yang tidak bekerja dan kesempitan hidup rakyat adalah perkara biasa kepada kerajaan kerana rata-rata yang miskin, nilai moral mereka sangat rendah dan boleh dibeli dengan payung, kain batik t-shirt dan nasi bungkus. Semoga 'Amanah' dan rakan-rakan seperjuangan dapat memberi khidmat kepada rakyat dan negara. InsyaAllah!!!

Timnajib Jomfikir berkata...

Amanah. Syukur,alhamdulillah.

omar daud berkata...

Salam

Congratulate!! nama AMANAH memang pilihan yg brilliant,salah satu sifat nabi,contohnya bila diamanahkan attend meeting kena attend,bila diamanahkan pergi parliment kena attend,bila diamanahkan pemuafakatan antara parti untuk bertanding semua akur tiada tikam belakang....... cukup hebat pemilihan perkataan ini.Tak guna bila gunakan nama islam tapi jika nila-nilai islam tak ada.
Ianya sangat bersesuian dengan masyarakat majmuk untuk menghasilkan kerajaan "Good Governance".Colour orange memang menarik,menarik minat anak-anak muda,pada peminat-peminat bolsepak pasukan holland.colour ini strike pada semua bangsa,

ucapan sekali lagi tahniah pada team-team yg bekerja kuat,tanpa berputus-asa di atas kejian dan tohmahan member sebelah.
Tak sabar nak tunggu bendera baru,nak bawa bendera berconvoi di kg baru.
go GHB go
wassalam.

Saadun Sulaiman berkata...

Saya berharap agar mereka yang menerajui parti ini hendak lah bersifat saperti nama yang di beri - AMANAH dan jangan mudah flip flop saperti yang di lihat di lakukan oleh president PAS akhir akhir ini. Di sebab kan sifat nya yang demekian itu lah maka saya yang sudah menjadi ahli sejak dari tahun 1982 meninggalkan parti tersebut.

Sebenar nya sejak dari tahun 2008 lagi saya sudah tawar hati dengan PAS. Perasaan sya menjadi semakin kacau apabila di muktamar ke 60 dahulu ada seorang OKU membaca doa laknat yang di tujukan khas kepada para pemimpin yang tertentu. Kelakuan 50 orang budak hitam yang meninggal kan dewan semasa timb presiden ketika itu sedang berucap. Ia nya merupkan satu tindakan yang biadab. Malang nya sehingga kehari ini tiada tindakan yang di ambil ke atas kedua dua insident tersebut. Akhir sekali perbuatan untuk memilih para pemimpin yang saya kira terkeluar dari ajaran Islam, ia itu pemilihan secara "CHAI". Setelah meneliti itu semua dan dengan berpandukan ayat 113 dari Surah Hud maka saya meninggalkan PAS.

Bila kah agak nya team AMANAH ini nak melakukan road-show di seluruh Negeri Johor. Ramai yang ternanti nanti kan kunjungan dan tak sabar sabar untuk mengisi borang menjadi ahli.

Zulkifle Bin Idris Idris berkata...

Malaysia Negara ISLAM?

Timnajib Jomfikir berkata...

Terbaik!

nazi kelawar berkata...

Alhamdulillah.Allahuakbar.Tahniah.Akhirnya terlaksana cita cita murni dan terjelma semangat juang.Teruskan perjuangan dan pupuklah semangat cinta kasih sesama manusia agar setiap insan di Malaysia ini mengenal Allah dan memahami Islam.Ulama itu adalah ilmuan Islam.Ilmuan Islam adalah luas pengertianya,adalah mencakup ilmu dunia dam ilmu akhirat.Jadikan dakwah Islamiah dan akhlak sebagai landasan dan wadah Parti Amanah yang bakal ditubuhkan ini.Selamat berjuang semoga mendapat keredhaan Allah.IsyaALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Rasanyalah nama Amanah ini terhasil disebabkan sifat ini selalu terlihat dilanggar oleh tuan presideng pascai...aku yakin dgn ketokohan hj mat sabu utk menerajui Amanah...selamat maju jaya...

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar..ke arah perubahan negara yg diinginkan semua. Mungkin inilah parti yg saya nanti2kan semenjak 1998 yg lalu !

Saya harap keahliannya dipermudahkan spt kata My Kakak @ 10.01 am di atas

Tanpa Nama berkata...

MEDIA STATEMENT: Disclaimer Over Involvement In Gerakan Harapan Baru (GHB)
For Immediate Release,
August 17, 2015
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) as a registered NGO (PPM-001-10-26091989) was made to understand that certain parties have been linking our name, HALUAN, to the GHB, purportedly that we are in support of that movement.
Once again we would like to emphasise that HALUAN in its entirety is NOT involved with the political undercurrents either at its central level or at the states or regional levels. Our focus remains clearly established as a Non-Governmental Organisation (NGO) which remains Non-Partisan to political movements. Our focus is to concentrate on society's affairs of education, social relations, welfare and humanitarian missions.
As such, the HALUAN organisation and her members will not engage ourselves in any partisan efforts and instead will continue our focus on developing an Islamic living environment and building a harmonious society in general.
HALUAN hereby requests the cooperation of GHB and any other political parties for that matter to not use our NGO's name and our logo in their advertising and public networking. We appreciate the cooperation that will be accorded to us.
Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Contact:
Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, the Secretary-General
+6019 271 6364
info@haluan.org.my

Tanpa Nama berkata...

HALUAN tak mahu sertai GHB pun tak kisah... tapi apa yang dinyatakan di dalam laporan itu ialah menuruh sumber... (yang bererti hanya kemungkinan)..

Sama seperti ABIM atau IKRAM. Mereka juga adalah NGO.

GHB tidak pernah membuat kenyataan bahawa NGO-NGO itu menyertai GHB

Tanpa Nama berkata...

Hudud juga tidak boleh la dibuat kalau negara pun bukan negara ISLAM?

Tanpa Nama berkata...

Apa ada pada nama?

Nama itu ialah Doa.

Mudah-mudahan AMANAH hidup semula di bumi Malaysia tercinta ini.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini ada satu perkataan yang kalau boleh hendak di elak menyebut nya dalam UMNO ialah 'Kami mahu Keadilan !'

Sekarang dengan isu derma dalam akuan Presiden UMNO, ahli-ahli UMNO segan-silu nak menyebut 'Kami perlukan pemimpin, AMANAH'

Tanpa Nama berkata...

satu langkah yang sangat bijak.
gerakan harapan baru (ghb)
yang tidak menarik ditukar kepada
parti amanah rakyat (par). tahniah,
semoga nama AMANAH itu menjadi
KERAMAT yang mana para pemimpin akan
menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat
bukan atas kepentingan diri sendiri.
tinggalkan pas, bersatu dan teguhkan
barisan PAKATAN RAKYAT
berjuangan dalam keharmonian 1malaysia,
melayu, cina dan india serta kaum-kaum lain.
rakyat sudah muak dengan pergolakan yang entah
bila akan berakhir, tidak nampak penghujungnya.
malaysia perlu kerajaan berjiwa rakyat, membela
rakyat dan membantu rakyat yang mengundi mereka.
KELUHAN RAKYAT
"parti keadilan rakyat, parti tindakan rakyat
dan parti amanah rakyat dalam pakatan rakyat,
kamulah harapan kami, berjuanglah untuk kami,
kurangkan kesempitan hidup kami dengan harga
barangan naik melambung, tidak pernah turun.
malaysia kaya raya, patutkah kami sesusah kini?"
HARAPAN RAKYAT
"hanya pakatan rakyat, harapan rakyat. bersatulah
jangan bertelagah sesama sendiri yang akan membantut
usaha untuk menukar kepimpinan yang tersedia ada.
selagi mereka memerintah selagi itulah rakyat menderita.
corak pecah dan perintah sudah ketinggalan zaman.
kerajaan yang memimpin kerana rakyat, itu yang afdal."

Tanpa Nama berkata...

TINDAKAN DEMOKRASI (DAP) yang AMANAH (PAR) akan memberikan KEADILAN (PKR) kepada semua rakyat...Ayuh marilah kita semua bersama sama menyokong PAKATAN RAKYAT 2.0...

Mr Oren berkata...

Saya rasa sukar untuk diluluskan nama Amanah ini. Mungkin ROS akan gunakan alasan banyak perkara yang guna nama amanah.. Amanah raya, amanah saham dan banyak lagi.. Entahlah, itu yang saya rasa. Perlu ada backup dan sepatutnya jangan dibocorkan nama itu.. Kita dah excited dengan nama Amanah, sekali tak lulus pula..

Tanpa Nama berkata...

Kalau Parti Amanah Rakyat tak lulus,
cari nama lain tapi jangan pakai
Gerakan Harapan Baru, tak sedaplah.
Banyak nama parti boleh digunakan,
hanya Mat Sabu perlu kreatif, itu saja.
Apa kata gunakan nama
Parti Harapan Rakyat (HARAPAN)
bergabung dengan
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan
Parti Tindakan Rakyat (DAP)
= PAKATAN RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

Amanah Raya Amanah Saham tidak perlu di daftar dan diluluskan oleh ROS.

Kemungkinan ROS menolak ada dan menguna alasan ujudnya Amanah Raya Amanah Saham yang tidak masuk akal tersebut memang tidak mengejutkan.

Tetapi apabila ROS menolak nya dengan bermacam-macam alasan, pada rakyat ROS memang tidak suka dengan perkataan AMANAH dan pada pemimpin yang AMANAH !