18 Ogo 2015

PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR?

Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru

PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis.

Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.

"Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik.

Dalan penyelesaian kes saman itu, PKR dan bekas setiausaha agungnya Datuk Saifudin Nasuition Ismail bersetuju memohon maaf kepada Khalid.

Manakala Khalid pula selepas itu bersetuju menerima permohonan maaf itu dan juga meminta maaf kepada PKR.

"PAS dilihat flip flop dalam isu ini. Satu pihak PAS mahu bekerjasama dengan PKR khasnya di Selangor. Tetapi dalam masa yang sama ketika PKR berdepan dengan Khalid, PAS memihak kepada beliau padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak.

"Ini kerana, kedua-dua pihak meminta maaf dalam penyelesaian di mahkamah mereka tetapi PAS mengambil sikap untuk menyatakan presiden mereka betul dalam isu ini," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor dan menolak cadangan PKR menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

​Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS.

"Langkah Kajang langkah sumbang. Setelah sekian lama bergelut untuk bersihkan diri dari fitnah dan kini terbukti anda tidak bersalah dan mereka pun sudah minta maaf, maka buat anda Tan Sri Khalid, saya jemput datanglah sertai PAS. Jangan berseorangan lama-lama, tidak manis," tulis Nasrudin dalam Facebook.

Ramai pemimpin PAS mengambil pendekatan senada dengan Nasrudin dan menyifatkan keputusan Hadi menyokong Khalid sebelum ini adalah tepat.

Khalid ketika mengulas keputusan penyelesaian dalam mahkamah berkata, Langkah Kajang adalah pencetus keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Langkah Kajang berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," kata Khalid.

Sebelum ini, dalam pertemuannya dengan PKR, PAS menyampaikan mesej untuk terus bekerjasama walaupun sudah memutuskan hubungannya dengan DAP.

PKR pula dijangka akan membentuk kerjasama dengan DAP dan parti pecahan daripada PAS yang bakal dinamakan Amanah, dan akan diumumkan secara rasmi hujung bulan ini.

Pada masa sama PKR cuba mengekalkan hubungannya dengan PAS. – TMI

ULASAN GB

Memang pelik.

DI Selangor beriya-iya mereka ingin terus menjalinkan hubungan dengan PKR. Malah sanggup datang "menyembah" kepada PKR supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan di mana PAS bertanding. Malah menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan GHB. Baca Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB

Tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI.

Sedangkan semua orang tahu, bahawa Saifuddin dan PKR boleh saja meneruskan kes saman TSKI terhadapnya. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat Anwar dimana Anwar sebagai perantara menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, maka sewajarnya langkah perdamaian itu lebih baik dari meneruskan kes.

Namun kesempatan itu dipergunakan sehabisnya oleh PAS untuk menghentam PKR disampin TSKI sendiri yang sekalipun telah "saling bermaaf", tetapi terus menyalah Langkah Kajang sebagai langkah kecundang yang telah mengaibkannya.

Dimanakah kejujuran TSKI yang telah "saling memaafkan" dan dimana kejujuran PAS untuk menjalinkan hubungannya dengan PKR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang tidak jujur itulah yang sebenarnya akan kecundang....





IKLAN BERBAYAR







24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ternanti-nanti jugak ulasan dari GB sendiri.
Terima kasih GB.

Malaysiabaru berkata...

Warkah buat ayahanda tski

Kenapa ?,ayahanda dgr cakap ayoh Ping hadi?

Kenapa ?,ayahanda ikut buntut ayoh Ping hadi?

Kenapa?,ayahanda ikut di hypnotized oleh ayoh Ping hadi?

D mana iman Khalid? Di mana ayat pendinding Khalid dari dirasuk oleh ayoh Ping hadi?

Sekarang apa dah jadi Khalid?,,dok umh jaga cucu... Rakan kamu di sg Buloh... Hadi gembira dgn wang perangsang seks selagor...kamu Khalid apa jadi...

Jangan ikut pas pis pus.... Bala bala bala...

Nauzubilah... Buat pengajran Khalid..dan semua bakal ahli ghb!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pada hakikatnya semua orang tahu bahawa Pas kini sudah hilang pendirian. Semua orang tidak tahu di bumi mana Pas berpijak. Muktamar Pas 2015 membuat ketetapan bahawa parti itu telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan parti DAP, tetapi dalam masa yang masih mahu menjalin kerjasama dengan PKR. Natijahnya PKR tersepit, sama ada memilih DAP atau Pas. Pas masih mahu bekerjasama dengan PKR kerana mahu mengekalkan perkongsian kuasa di Selangor.

Rata-rata pimpinan PKR mahukan parti tersebut menjalin kerjasama dengan DAP dan menolak Pas, tetapi Azmin bermain "play safe". Beliau masih mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR semata-mata untuk mengekalkan kuasa sebagai menteri besar. Percaturan Azmin semestinya tidak disukai oleh DAP. Azmin pasti menolak Pas suatu ketika nanti, jika jawatan MB Selangor terjamin untuknya. Langkah Azmin itu menampakkan belang bahawa beliau mementingkan jawatan MB dan mengesampingkan semangat setia kawan bersama Pakatan Rakyat.

Pas sudah banyak mengkhianati PKR. Pada PRU 13 yang lalu, Pas meletakkan lima calon di dun yang telah diputuskan bersama bahawa dun tersebut diwakili oleh PKR. Maka terjadilah pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan BN. Akhirnya kelima-lima dun dimenangi oleh BN. Dalam krisis menamakan MB Selangor yang baharu, Pas menamakan Azmin dan tidak menamakan Wan Azizah seperti yang dipersetujui oleh Majlis Presiden PR. Dalam senerio yang lain pula, Pas menamakan tiga exco mereka pula sebagai calon MB. Pada realitinya Pas memang gila pangkat, walaupun mengetahui jumlah bilangan adunnya tidak dominan di Selangor.

Lantaran terhutang budi kepada Pas, Azmin masih teragak-agak untuk mengeluarkan Pas dari PR Selangor. Jika GHB mempunyai ramai adun Pas yang melompat dan memberikan sokongan, kebarangkalian Azmin kehilangan jawatan MB menjadi tidak mustahil. Politik menjanjikan banyak kemungkinan, dan salah satu kemungkinannya ialah Selangor akan bertukar kabinet.

Tanpa Nama berkata...



Benar. Hujah meneruskan kes saman tersebut ialah Anwar hadir sebagai saksi kepada Saifuddin dan PKR. Saifuddin sudah bersedia untuk teruskan sedangkan Khalid teragak-agak apabila rundingan tanpa Anwar gagal.

Bukan kah Khalid tewas didalam pemilihan PKR. Maaf kalau tersilap jika pemilihan di adakan selepas Langkah Kajang. Walaupun Khalid bagus sangat lah tetapi kekalahannya ada lah satu petunjuk supaya dia letak jawatan. Bila parti nasihat ikut lah. Yang lebih berkuasa dalam parti ialah geng Azmin, nak buat macamana? Yang taat sangat pada Hj Hadi tu apa halnya ? Hj Hadi tu presiden PAS yang bersongkol dengan UMNO. Khalid mendapatkan sokongan Hj Hadi bila Khalid di tewaskan oleh Azmin.

Isu Khalid tidak sama dengan kes Muhyiddin. Muhyiddin kena pecat sebab kehendak Najib bukan parti.

Semasa Langkah Kajang, Khalid belum di aibkan lagi. Ketika ini hubungan Khalid dengan Hj Hadi yang bersongkol dengan UMNO membimbangkan kepimpinan PKR.

Ingat Khalid minta maaf sebab dia ikhlas dan sekiranya benar-benar Khalid terasa di aibkan, tang ni lah bodoh nya Khalid dan peguam Khalid, biar lah permohonan maaf dari Saifuddin tu memperjelaskan akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh PKR.

Kita haraplah Khalid sedar bila Anwar kata 'Awak sebahagian dari kami' dengan kembali kepada asal tujuan Khalid masuk politik iaitu untuk membela rakyat dan demi keadilan. Tapi baru kena cucuk sikit dengan PAScai, cair jugak.

Lupakan lah untuk kembali kepada PKR atau berhajat untuk bersama-sama AMANAH. Khalid sudah tidak ada nilai lagi maka eluk lah masuk PAS. Sebab jiwa dah harga Khalid sama dengan PAScai !!

Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

Terbaik!!!!!!!!!GB n anon 5:10

My Kakak berkata...

Sepatutnya kita menjadi pendamai bukan batu lesung berapi. Walaupun di mulut kata " kami cari redha Allah" pada perbuatan tetap nak pastikan kerusi yg sedang diduduki tidak terancam. Azmin tidak mahu masalah berlaku sehingga agenda Memajukan Selangor tergendala. PRU dah tak lama. Sampai masa memang PAS kena terajang. Tetapi strategi ialah selepas Amanah dan take off dan meluncur di arena. PR 2.0 akan buat PAS pengsan. insya Allah.

dinULTRAMAN berkata...

sesuatu yang semua mesti fahami, bahawa kedua-dua sangat memerlukan antara satu sama lain.
Namun PAS mestilah berhati-hati, bahawa PKR mempunyai harga diri, matuah dan perasaan. PAS tidak boleh tidur lena bila mereka secara sengaja berulang kali membuli dan merendah-rendah PKR. Bahkan PAS terpaksa menerima hakikat, bahawa cuba menunjukkan muka manis kerana mereka sangat perlukan PAS. Suatu masa nanti PAS terpaksa menerima padah daripada sikap yang memandang rendah kepada orang.

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah tidak menentu. Teliti kertas kerja terbaru sidiq fadhil yang membuatkan haji hadi terkantoi.

Tanpa Nama berkata...

Barisan pemimpin baru pas sekarang sedang bercelaru. Akan timbul perpecahan baru antara pengikut dan presiden. Semakin ramai akan berhijrah keluar. InsyaAllah. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg nak diharapkan dari ulaumak PAS ni, takde pun ulamak faqih........ulaumak yg ade pun bangun tiap2 pagi cari ayat nak maki org ja! Tidur malam nak menghukum org!

Tanpa Nama berkata...

hang nak semak buat apa publiskan saja biar depa tau.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah hadi dan haron serta komplo Pas sokong Kalit ,cuba bagi tahu apa hukumnya wang 2 juta lebih dibahagi sesama kawan ,kan dulu ada isu tersebut ,sekarang mengapa diam je .

Tanpa Nama berkata...

'padahal ada ruang untuk PAS memenangi hati kedua-dua pihak'
Ruang tu hanya dapat dilihat oleh orang berbakat dalam berpolitik, pas mana nampak... aku dah cakap pas slps era tgna elok tinggal politik, jadi badan dakwah 100% takpun ngo pendesak islam kat malaysia ni. Mungkin ada keredhaan sbb masuk politik pun bukan sebab nk menang..

Biasa yang selalu bagi kenyataan dan tindakan yg dpt memenangi hati semua pihak dlm sesuatu isu namun menggundah gulanakan musuh tak ramai, antaranya adalah dsai dan mat sabu.

Tanpa Nama berkata...

Pkr ni masih baik dgn pas.xserik ke dikhianati pas..siap kata azizah xlayak jd mb selangor sbb dia ppuan.pkr ni tlg tegas sikit mcm dap tegas dlm tindakan.jgn nt dpermain2kan lg pas

omar daud berkata...

Salam

Selagi PAS dikemudikan oleh hadi/haron dan geng2 ustaz muda mesir PAS akan jadi parti CACAMARBA.
Teruskan parti Amanah rakyat, belajar dari kesilapan PAS,Memperbaikinya dan teruskan istiqamah untuk kemenangan.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Azmin ok je...sbb PAS yanghantar nama dia, PKR tak

Tanpa Nama berkata...

Sokong parti amanah skrg
Tahun 90 95 99 04 08 13 pangkah pas di dun panchor parlimen peng chepa
Bye2 pas
Hadi awe dan penjilat mmg riak dan ego

Tanpa Nama berkata...

Apa awak ingat strategi pas buat huru hara permainan lidah ini low clas punya strategi ke? Ooh tidak tuan2. Strategi ini adalah lahir dari penasihat agung pas, dr Zuhdi yang memang tahu standard step by step macam mana nak lingkupkan pakatan.

Hj hadi and the gang bukan cerdik ilmu politik. Ilmu ekonomi jangan cakaplah. Kalau mereka faham ilmu politik, mereka diharamkan mencari musuh dalam situasi berkecamuk macam ini. Kalau mereka faham ilmu ekonomi, mereka tidak akan menyokong najib walau sebesar habuk.

Jadi sebenarnya apa terjadi? Saya hanya mengandaikan bahawa pas sekarang ini dikawal oleh zuhdi and the geng dikawal oleh umno and the geng dikawal oleh upco and the geng dikawal oleh new world order and the geng dikawal oleh yahudi dajjal. Habis cerita.

Jangan ingat program kawalan minda tidak berlaku ye. Tiap2 orang yang hatinya ada kepentingan, ada hutang budi dan ada rasa nak jadi hebat pasti boleh dikawal mindanya oleh yahudi dajjal.

Hanya orang yang benar2 ikhlas dan buang jauh2 kepentingan peribadi sahaja yang terselamat. Kita harap pimpinan parti baru AMANAH terdiri dari orang2 ikhlas. Yang mengharap hanya kepada tuhannya, ALLAH SWT semata2.



Tanpa Nama berkata...

Pas tidak mempunyai rekod yg baik dlm menguruskan MB dari parti itu sendiri pun, lihat apa yg berlaku dgn isu MB kelantan 1977 sehingga Kerajaan Pas tumbang, lihat Terengganu 2004 - Kerajaan Pas BA tumbang dgn gagalnya Ust Hadi , lihat Kedah 2013 Kerajaan Pas PR dgn gagalnya ust Azizan dari Pas....jika tindakan Ustaz Hadi dan Pas itu tepat dari segi politiknya gagal kerana tewas

Abdul Said berkata...

Malaysia isbarat sebuah pekan kecil sahaja dalam dunia ini. Tiada apa yang menarik. Cuma masa dahulu rakyatnya senang menyara hidup walaupun susah untuk mengumpul duit. Hari ini pekan kecil ini menjadi kecoh kerana kerenah seekor anjing gila yang suka menyalak tak tentu arah, suka mengejar orang yang lalu lalang dan kenderaan juga turut dihambat. Anak-anak tidak selamat untuk bermain diluar. Tiada siapa yang cuba mengubati anjing itu kerana perangainya yang 'tempremental'!! Susah untuk diramal dan yang senangnya adalah jangan dipedulikan dan bila ada peluang anjing ini perlu ditembak kerana salakannya mengganggu kesejahteraan pekan kecil ini!!

Tanpa Nama berkata...

Lain hulu, lain parang.
Lain dulu, lain sekarang

Pepatah ini tidak sesuai digunakan untuk Sharir dan untuk Khalid atau sesiapa yang dulu mempunyai rekod cemerlang dan berprinsip tetapi di hujung perjalanan ini, mereka mengambil tindakan yang tidak selari dengan pendirian mereka selama ini. Maka mereka adalah orang-orang yang rugi.

Pepetah tersebut di tujukan kepada mereka yang bermula dengan mengikut nafsu dunia dan kepada mereka yang tidak membuat sesautu yang berfaedah untuk diri sendiri dan untuk orang lain yang di hujung perjalanan ini, mereka berubah dan insaf atas kesalahan mereka selama ini. Parang banyak kegunaan nya. Jadi tidak boleh di kaitkan dengan perkara yang tidak baik.

Masalahnya dalam dunia politik ialah orang yang dulu teruk akan selama-lama nya teruk. Dan orang yang dulu berprinsip pula, besar kemungkinan menjadi tidak baik dan selepas itu menjadi lagi teruk dari tidak baik tersebut.

Beruntung lah orang politik yang terus berterusan berpegang pada prinsipnya dan bagi orang Islam yang berpolitik menjadikan nya seorang Islam yang dihormati kerana berpegang padaa prinsip Islam.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Memang minta pada Najib tapi bukan duit dari akaun tapi dari akaun UMNO. Jadi tak kan main minta RM 1 juta dari Najib macam tu saja dan tak kan lah Najib main bagi RM 1 juta. Semua nya kena melalui UMNO. Sangsi samada RM 1 juta yang Sharir ambil ini di maklumkan kepada jawatankuasa Bahagian. Sebab tak kan pulak ahli jawatankuasa pun kena minta bantuan kewangan dari Najib, tentu dari Shahrir. Kalau tidak daripada siapa ahli jawatankuasa bahagian patut minta bantuan kewangan kalau tidak dari Shahrir. Adakah pada ketika itu, Shahrir ada beli kereta baru? Buat renovation rumah?

Guna duit parti kena ada lapuran dan kertas kerja yang akan disemak dan di luluskan oleh jurukira-kira. Mendapat duit dari Najib tanpa melalui ahli jawatankuasa dan di rekod kan adalah bukan perkara biasa.

Tanpa Nama berkata...


Bahagian dapat duit senang-senang je, gitu-gitu je. Tujuan supaya bila kantoi, bukan najib yang makan sorang tapi yang lain-lain pun sama makan.

Maka tidak salah kalau dikatakan semua yang menyokong Najib ketika ini mendapat sebahagian darinya.

Tidak hairan ramai lah yang menyokong Najib sampai mengatakan tidak logik duit ada dalam akaun Najib dan ada yang minta perlukan 4 saksi sama macam kes fitnah.

Bagi mereka Najib adalah Perdana Menteri yang tidak lokek dan sangat pemurah.

Dalam map google, eluk lah letak tanda besar di negara Malaysia 'MARUAH UNTUK DI JUAL'

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat. PAS dah becelaru dgn musuh dlm selimut. Mereka dh berjaya memecahbelahkan kesatuan ahli dlm pas. Tgk saja lidah rasmi mereka harakahdaily. Ada seorg penulis dr ajk dwn pemuda. Bukan nak kondem dia. Tapi tulisan2 dia semua jadi liabiliti buat pas. Sblum ni tulisan dia lah yg kata keluar pas boleh kena hukum bunuh. Hr ni sokong tski pula. Jika ini suara dr pemuda pas. Adoi kasihan. Cara fikir dh gelong. Jika ini juga pendirian parti dlm myokong tski. Lagi lah teruk gelongnya. Sbb tski tu dilucut bkn saja kerana ingkar arahan ketua parti. Dia juga salahguna kedudukan mb dia dgn dpt bantuan derma ala pm demi nak selesaikan hutang. Kemudian hutang budi dibalas dgn tindakan2 dia yg meluluskan projek yg langgar arahan dan ketetapan PR. Jika adun pas yg buat keputasan mendahului parti dilabel barua dan dihukum. Kenapa tski yg langgar arahan ketua dan prinsip PR boleh disokong. Pelik tapi benar. Pimpinan pas ni mmg gagal dlm ilmu mantik. Ahli sendiri ingkar dia label dan hukum. Siap tuduh jadi barua pkr. Tapi bila ahli pkr kena kena hukum. Dia sibuk hal parti org dan boleh pula sokong org tu. Dln nak berkawan dgn pkr. Boleh pula tikam belakang kawan. Dah tikam, kemudian boleh pula ajak teruskan berkawan sambil mengutuk dan tikam lagi kawan itu. Kawan apa mcm ni. Takde ciri2 perangai seorg muslim sejati. Makin huru hara laa.