18 Ogo 2015

Jangan Hina Pekerjaan Orang Lain...


Jururawat bukan ‘kerja’ tengok anu lelaki!

TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuatnaik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'.

"Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.

"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya.

"Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.

"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat.

"Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.

Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut.

"Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .

"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.

"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie. -SH





IKLAN BERBAYAR







5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang sibuk dengan Najib dapat derma, matawang jatuh dan 1MDB, malaun ini memperkatakan pasal jururawat suka melihat 'anu' lelaki. Malaun ini pernah ke mengikuti dan memerhati kumpulan perubatan sedang bertugas secara dekat?

Lagi pun memang lah kena 'suka' sebab dah tugas, kalau tak suka macamana nak jadi jururawat. Bukan 'anu' je melaun, najis air kencing pun dia orang kena 'suka'.

Agaknya malaun ini bila sakit, 'anu' dia bangun kot?

Eluk kalau malaun ini yang masuk hospital, ikat kan 'anu' dia dengan getah !

cucu mamak kutty berkata...

takkan nurse tu suka tengok benda tu pun krn klu tengok selalu nanti mata boleh kena ketumbit[ bentel ] tak baik hina org,nurse kan ke pompuan...sape yg beranakkan kau woiiii?????????????

asri adnan berkata...

Hina menghina, keji mengeji, umpat mengumpat, maki-memaki bukan dari ajaran Islam, maka marilah kita ramai2 jauh peruatan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dapat tenguk pelakun/artis hero punya memang lah patut tapi berapa ramai yang dapat tenguk dan berapa kali artis tersebut masuk hospital. Itu pun dah tua baru masuk hospital, hospital swasta pulak tu.

Habis jururawat hospital kerajaan pun suka jugak lah dapat tenguk ..

Kepada Jururawat teruskan kerja mulia anda. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda yang telah menjaga arwah ibu saya, arwah ayah saya, arwah bapa-bapa saudara saya, arwah ipar-ipar saya, kakak saya, anak saya dan kawan-kawan saya. Dan Isteri saya ketika melahirkan anak pertama di Hospital Universiti. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saja nak tanya ni..boleh ke pembantu jururawat dari kaum lelaki yang uruskan pesakit lelaki..? ada ke jawatan pembantu jururawat dari kaum lelaki..?kalau ada mari ramaikan..agar tidak timbul salahfaham..