28 Mac 2014

[VIDEO] Apakah Yang Tersirat Disebalik Pendedahan Tun Musa Hitam? -updated


Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – TMI


ULASAN GB

GB tertarik dengan pendedahan Tun Musa Hitam di atas.

Ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan oleh Tun Musa di sebalik pendedahan bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku pada tahun 1985 itu.

Pendedahan tersebut dilakukan tatkala seluruh negara sedang berbicara mengenai tragedi MH370.

Dan patutlah beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir menyatakan beliau akan tapis internet jika menjadi PM semula.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.


Tiba-tiba Tun Mahathir mengeluarkan perkataan "Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula".

Tumpuan saya bukan di perkataan tapis internet, tapi perkataan "kalau jadi PM semula".

Adakah beliau masih bercita-cita untuk jadi PM atau ada proksinya menjadi PM?

Penapisan internet juga dicadangkan Tun Mahathir tatkala ketika dunia sedang berbicara mengenai tragedi MH370. Tun Mahathir seperti resah gelisah dengan perbincangan di dunia internet susulan tragedi ini, apatah lagi pendedahan Rafizi mengenai rancangan Tun Mahathir untuk menggulingkan Najib sempena Kajang Move tempohari..

Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan pendedahan Tun Musa? Ya, hanya Tun Musa dan Allah mengetahuinya... our God!


Memali: Pendedahan Musa Hitam tunjuk wajah sebenar Dr Mahathir, kata Pakatan

Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.

"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.


Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

“Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

“Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya,”
katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Katanya, dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

“BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

“Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya,” katanya.

Naib presiden PKR itu turut tidak melihat tindakan mahkamah sebagai jalan terbaik bagi mendakwa Dr Mahathir selaku perdana menteri memerintah pada ketika itu.

“Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

“Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Dr Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini,” katanya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.
-TMI


Konsert Masih Diteruskan Sempena Formula 1 Disaat Negara Bersedih Insiden MH370

Konsert Calvin Harris tetap berjalan seperti biasa, kata SIC

Konsert artis terkemuka Calvin Harris tetap akan diadakan pada Ahad ini selepas perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Razlan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu untuk konsert itu diteruskan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan konsert sampingan yang diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Grand Prix Formula One 2014 di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibatalkan.

Pembatalan itu dibuat bagi menghormati insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami sensitif dengan insiden MH370 tetapi kami terpaksa meneruskan konsert berkenaan kerana ia termasuk dalam pakej pembelian tiket perlumbaan F1, kebanyakan pembeli tiket merupakan pelancong asing.

"Kebanyakan mereka datang untuk menyaksikan perlumbaan F1 dan Calvin Harris... jadi kami tidak boleh membatalkan konsert tersebut kerana ia menjejaskan kedatangan pelancong asing (peminat F1) ke negara ini,"
katanya hari ini.

Razlan menjelaskan konsert di perkarangan KLCC merupakan konsert percuma dan terbuka kepada orang ramai iaitu berbeza dengan konsert selepas perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang.

Sementara itu Razlan berkata sebelum perlumbaan pada Ahad ini, semua pelumba F1 akan bertafakur seminit bagi menghormati insiden MH370.

Katanya para pelumba juga akan menampalkan pelekat #rememberingMH370 ataupun #prayforMH370 pada topi keledar masing-masing.

"Dengan berbuat demikian, pelumba F1 memahami perasaan rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden MH370, mereka dengan rendah diri melakukannya, mereka menjadikan sukan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia," kata Razlan.

Sementara itu Razlan berkata beliau menyasarkan penjualan tiket bagi perlumbaan F1 tahun ini sebanyak 65,000 sahaja iaitu lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

"Pada penganjuran sebelum ini, kita letak sasaran 90,000, tiket terjual lebih 80,000. Tetapi kali ini, jumlah tiket yang terjual belum lagi mencapai 60,000. Kebiasaannya hampir 600 tiket terjual di saat akhir setiap hari tetapi kali ini hanya 100 sehingga 200 tiket sahaja sehari.

"Insiden MH370 bukan faktor utama penjualan tiket perlahan tetapi sebab peraturan baru F1 iaitu penggunaan enjin dengan deruman bunyi yang perlahan tidak seperti tahun sebelum ini memberi kesan kepada peminat untuk menyaksikan perlumbaan F1," katanya. – Bernama,

ULASAN GB

Inilah masalahnya bilamana di kalangan umat Islam sendiri seperti Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali tidak meyakini bahawa Allah itu Pemberi Rezeki (Ar-Razzak).

Baginya jika konsert dibatalkan ia akan menjejaskan kedatangan pelancongan asing - seolah-olah pelancong asing yang memberi rezeki kepada negara selama ini.

Setelah negara melalui stesyen TV dan radio kerajaan diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan mengurangkan program-program hiburan, yang seorang ini pula jenis keras hati dan berkepala batu.

Sudahlah acara simbahan champagne kepada pemenang-pemenang diteruskan walapun pemimpin negara ini mengaku negara ini sebuah negara Islam, sekarang konsert mahu diteruskan juga.

Malaysia perlu belajar dari Bahrain dimana di negara tersebut tiada semburan champagne sebaliknya digantikan dengan air minuman berperisa ros tetapi acara podium tetap meriah... dan pelumba serta pelancong yang bukan Islam menghormatinya.

Petikan dari wikipedia: Although alcoholic beverages are legal in Bahrain, the drivers do not spray the traditional champagne on the podium. Instead, they spray a non-alcoholic rosewater drink known as Waard.

Kita ingin mengingatkan Datuk Razlan bahawa Litar Sepang pernah menyaksikan kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia pada tahun 2011. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Tak belajar lagikah dari tragedi itu?

MH370: Selepas Najib, Kabinet Malaysia Juga Terkena Sindrom U-TURN (?)..


Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.

"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.

Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.

“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. -TMI

ULASAN GB

Sebelum ini Najib membuat U-turn, baca Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak...

Sekarang ini, ATAS ARAHAN, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri pula membuat U-Turn, menafikan apa yang disebutkan di Parlimen sehari sebelumnya.

Semakin menjadi-jadi nampaknya penyakit U-Turn ini di kalangan pemimpin BN terhadap tragedi MH370 sehingga persis sudah menjadi satu sindrom.

Di dalam isu sebegini penting dan diperhatikan dunia, pemimpin-pemin UMNO BN ini masih mampu untuk keluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak cermat dan mudah sangat untuk berpatah balik.

Kita tunggu lagi nanti jika ada yang terkena sindrom ini. Jika ada maka kita saran jangan U-TURN sahaja, tetapi terlebih baik U-TURUN!

Papagomo Itu Tetap Wan Muhammad Azri, Cuma Dikurangkan Bayaran RM500K Kepada RM300K


Papagomo Memfitnah: Mahkamah kurangkan jumlah ganti rugi kepada RM300 Ribu

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk dibayar Wan Muhammad Azri Wan Deris kepada seorang ahli perniagaan berhubung artikel berunsur fitnah yang dimuatkan dalam blognya dikenali sebagai Papagomo.

Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian daripada rayuan Wan Muhammad Azri mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dengan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Wan Muhammad Azri disabitkan memfitnah Abdul Razak Mohd Noor.

Pada 13 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo dan memerintahkan dia (Papagomo) membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Abdul Razak.

Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am kepada Abdul Razak tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi teladan kepada RM100,000.

Hakim Ariff juga memerintahkan Wan Muhammad Azri, 31, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Abdul Razak.


Abdul Razak, 60, menyaman Wan Muhammad Azri, menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi berhubung artikel berunsur fitnah dimuatkan dalam blognya pada 11 Disember, yang secara tersirat membawa maksud beliau (Abdul Razak) seorang penipu yang memperoleh jutaan ringgit melalui kontrak pada Sukan Komanwel.

Wan Muhammad Azri diwakili oleh peguam Mohd Arief Emran Arifin dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya sementara Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto. -BERNAMA

BERITA SEBELUM INI


Wan Azri Dikenalpasti Sebagai Papagomo, Diperintah Bayar 1/2 Juta Kerana Fitnah

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). -TMI

ULASAN GB

GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.

"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.


27 Mac 2014

[VIDEO] "Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," Pujuk Intan Pada Anak

Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan "I love you" menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.



Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.."
- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.
-astroawani



ULASAN GB
,br> GB teringat kisah di zaman Umar Al-Khattab, bagaimana seorang ibu terpaksa "menipu" anaknya yang merebus batu untuk mendiamkan anaknya daripada menangis... dia rebus batu kerana tiada makanan untuk direbus untuk melelapkan tidur anaknya itu... .....

Anak Kapten Zaharie: "Selagi Tiada Pengesahan, Saya Percaya Ayah Masih Hidup"

AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.

AAnak juruterbang MH370 tidak percaya spekulasi

Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu.

Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain.

“Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain.

“Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain,”
katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Selepas lebih seminggu pesawat itu hilang, siasatan terhadap juruterbang dan anak kapal serta semua penumpang dijalankan dengan lebih giat.

Polis turut memeriksa rumah Zaharie dan pembantu juruterbang, Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid serta merampas simulator penerbangan milik Zaharie sebelum dipasang semula di balai polis untuk membantu siasatan.

Zaharie juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikatakan sebagai pengikut fanatik ketua pembangkang itu dan turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung kes liwat Anwar, sehari sebelum pesawat MH370 berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, sehingga kini, hasil siasatan mendapati tiada motif dapat dikaitkan antara Zaharie dengan tindakan merampas pesawat atau mematikan sistem komunikasi dan transponder MH370.

Ahmad Seth berkata, beliau tenang dan tidak terkejut ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat itu yang berakhir di tengah Lautan Hindi.

“Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup,”
katanya.

Berita Harian melaporkan pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di Shah Alam, selepas pesawat dilaporkan hilang.

Ahmad Seth berkata, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya.

Beliau berkata, aktiviti hariannya berjalan seperti biasa dan kelas tidak terganggu kerana perkara itu.

“Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula. Maaflah, ada kawan di dalam, saya perlu melayan mereka,” katanya sebelum mengakhiri pertemuan seperti dilaporkan akhbar itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang bagi perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pada isnin, perdana menteri mengumumkan berdasarkan analisis data satelit daripada Inmarsat, pesawat milik Malaysia Airlines itu mengakhiri perjalanannya di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dengan tiada kawasan pendaratan yang berhampiran. -TMI

Sentimen Anti-Malaysia Memuncak Di China, Seru Boikot Barangan Malaysia


Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.

Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China.

"Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya.

Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu.

Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dnegan dasyat, lapor Mymediahub.

Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China.

Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.

Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.

"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines.



Tuduhan Biadab, Najib Dan Kerajaan Wajib Minta Maaf Kepada Keluarga Zaharie


Parti DAP mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan memohon maaf terhadap tindakan keterlaluan menyalahkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah berhubung insiden pesawat MH370.

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, untuk memulihkan maruah dan menghormati dedikasi tinggi mereka, Najib tidak boleh mendiamkan diri terhadap pelbagai serangan negatif yang dibuat sepanjang kehilangan pesawat itu, sejak 8 Mac lalu.

“Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie kini disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI.

“Adakah kerajaan sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dengan membuang serangan ke atas reputasi atau integriti beliau?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang menjadikan Kapten Zaharie sebagai kambing hitam dalam tragedi MH370 apabila mengaitkan beliau dengan pelbagai andaian tidak masuk akal.

“Pesawat itu sememangnya terhempas ke dalam laut tetapi apa yang menyedihkan adalah cubaan menghubungkan peristiwa itu dengan cerita rekaan mengenai kecenderungan membunuh diri, fanatik dan lainnya.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mewujudkan satu kambing hitam dan percubaan jahat untuk menutup kelemahan sendiri.

Beliau juga bimbang dengan keluasan Lautan Hindi yang tentunya memakan masa lama untuk mencari pesawat MH370, ia sekaligus memberi ruang luas untuk lebih menaratifkan cerita rekaan mengenai Kapten Zaharie jika tidak segera ditangani.

“Sekarang, naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya.

“Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut. Kerajaan dan Najib wajib menyatakan permohonan maaf segera,” tegasnya. -roketkini


Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat


Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast.

Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.

"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.

"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.


Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.

Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.

“Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan. Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: ‘Baik, selamat malam.’

“Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.

“Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal,” katanya.

Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).

“Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah,” katanya.

Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.

“Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit,” katanya.

Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.

“Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan. Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.

“Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.

“Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing,” katanya.

Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.

“Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.

“Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777. Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran,” katanya.


Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.

“Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.

“Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan,” katanya.

Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.

“Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan,” katanya.




Report: Police clears MH370 pilot of terror links


Police scrutinising Malaysia Airlines (MAS) pilot Zaharie Ahmad Shah who captained missing flight MH370 did not find terrorist connections, a local daily reported.

According to the New Sunday Times (NST), police also questioned MAS ground staff and other employees who were in contact with the jetliner before it took off on March 8, but found nothing suspicious.

“Checks had cleared him of any involvement with terrorist or extremist groups,” the NST quoted an unnamed source as saying, referring to Zaharie.

The newspaper cited another source as saying that the police had probed MAS employees, including ground staff, catering staff, ground support units and runway marshalls.

Yesterday, the police searched the homes of Zaharie and co-pilot Fariq Abdul Hamid in Shah Alam shortly after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told a news conference that MH370 was diverted deliberately, after someone on board switched off the Boeing 777’s communications systems.

Najib said yesterday investigation on the disappearance of MH370 will now refocus of the passengers and crew onboard.

NST reported the police as carrying two brown bags after searching Fariq’s house.

Schoolmates described Zaharie, who has logged 18,360 flying hours since joining MAS in 1981, as someone who would never compromise the safety of his passengers.

In a report by local daily The Star today, former classmate Mohd Nasir Othman said Zaharie had set up a flight simulator at home because he was a “gadget geek”.

“He would never do anything that would endanger people’s lives,” Mohd Nasir was quoted as saying.


NST reported that Zaharie has a Boeing 777 flight simulator at home and that the 52-year-old was certified by the Department of Civil Aviation as an examiner.

In another article, The Star quoted sources as saying that investigations on MH370 crew and passengers would focus on those with aviation knowledge, as well as examine the political and religious leanings, travel patterns and hobbies of those on board the plane, which had carried 239 people, including two infants.

The paper reported Zaharie as posting in an online forum in November 2012 that he had built a flight simulator himself.

Najib also said yesterday that the final satellite communication with the plane occurred at 8.11am on March 8, indicating it continued flying after its transponder was disabled and the engine performance data link with MAS was severed more than seven hours before. But the satellite data did not indicate the plane’s location at the time.

It was also confirmed that military radar definitively tracked MH370 as it changed course and headed west towards the Indian Ocean.

The prime minister said that search and rescue efforts in the South China Sea would be called off and pointed to two corridors where the plane could possibly be located: a northern arc from northern Thailand to the border of Kazakhstan and Turkmenistan in central Asia, or a southern one from Indonesia to the southern Indian Ocean.
-themalaymailonline



Ahli keluarga kapten tidak lari


Dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar.

Menurut sumber terdekat keluarga, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang.

Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.

"Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.

"Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul," katanya, semalam.

Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya.

Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan.

"Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pagi semalam, menunjukkan kediaman Zaharie lengang serta berkunci rapat.

Selain itu, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hitam diletakkan di garaj dan turut kelihatan seorang wanita dipercayai pembantu rumah sedang memegang seekor kucing berwarna kelabu.

Cubaan untuk menemu bual wanita itu tidak berjaya kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Saya tak boleh cakap apa-apa kerana majikan tiada di rumah," katanya.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati Facebook dan Instagram Zaharie telah ditutup dan dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang menjejas imej keluarga.

Manakala, akuan Twitter beliau juga tidak mempunyai sebarang status lama dan kekal kosong.
-SH







26 Mac 2014

Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak...

Menteri Pertahanan Australia Sindir Najib Razak Sebar Spekulasi Isu #MH370.

Tue dia. Aku pun dah pening. Padahal tiada mana2 ahli keluarga aku dalam tue. Kalau ada? Usah kata pening aku rasa. Marah, sakit hati, geram semua cukup kot.

Apa sudah berlaku neh Najib oi.

Lihat ;

Kata menteri pertahanan Australia ;

1. SEMUA ADALAH SPEKULASI sehinggalah serpihan pesawat ditemui.
2. Kenyataan dibuat sejurus Najib umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.
3. Katanya semua info2 berkaitan MH370 adalah berbaur spekulasi semata2.
4. Sehingga kita menemukan apa2 bukti, objek, serpihan yang boleh mengaitkan ia dengan kehilangan MH370 maka semua kesimpulan berkaitan MH370 adalah bersifat spekulasi.
5. Kenyataan ini diulas berdasarkan kepada data2 yang diserahkan oleh firma INMARSAT dari UK yang disampaikan kepada Najib Razak sebelum ia diumumkan di dalam sidang media pada malam semalam.
6. David Johnston menegaskan walaupun dia tak menafikan data2 dari satelit berperanan membantu penyiasatan namun sehingga ada penemuan serpihan berkaitan MH370 ditemui maka semua kesimpulan yang dinyatakan adalah spekulasi semata2.

Untuk rekod ;

1. Kelmarin Najib umumkan perjalanan MH370 berakhir di selatan lautan hindi.

2. Ramai yang membaca ia sebagai Najib mengumumkan kematian mereka2 yang terlibat.

3. Astro dan semua media serta station tv memainkan ucapan takziah.

4. MAS juga menghantar mesej meminta maaf dan menyatakan kekesalan yang amat kepada 1,000 ahli keluarga mangsa dengan menyebut tiada yang terselamat (akibat pengakhiran MH370 di lautan hindi).

5. Selatan lautan hindi tue takde pulau dan tempat2 yang boleh melakukan pendaratan.

6. Sebab tue MAS membuat kesimpulan begitu.

7. Itupun ramai yang mempersoalkan MALAYSIA kenapa selepas 12 hari baru nak umumkan sedangkan data satelit telah diperolehi awal2?

8. Actually kalau ikut INMARSAT mereka perlukan masa untuk lakukan analisis.

Sekarang yang penting satu je. Kerajaan kita sebenarnya apa pendirian mereka? Aku keliru la. Nak cakap dorang meninggal ke hilang ke ataupun belum dijumpai? Lebih baik bagi satu gambaran yang jelas. Kita nak cerita2 pun senang. Ini kang kita sebut lain, orang marah kita pula. Macam mana? Ce citer. -sozcyili

Najib kelmarin dah buat sidang media. Katanya "ENDED" (Berakhir) hingga media & rakyat buat kesimpulan terhempas. Berdasarkan satelit IMMARSAT.

5.30 PETANG 25 MAC 2014(Semalam)

Kata Najib, "masih tunggu keputusan muktamad pihak berkuasa Australia".

ADMIN: Ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya. Kenyataan PM boleh berputar-putar. PM harus peka tentang statement beliau. INI MELIBATKAN NYAWA DAN HUBUNGAN ANTARA NEGARA.

1. Patutkah keputusan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi hanya berasaskan SATELIT IMMARSAT..?
2. Kenapa bukan dengan penemuan bangkai Pesawat atau Kotak Hitam atau lain-lain yang bersangkutan dengan Pesawat..?

-fb mahar.yusof



Until debris is recovered and positively identified, any information about the search for the missing Malaysia Airlines flight MH370 is speculation, Defence Minister David Johnston says.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, however, was more confident of the plane's demise, announcing it had crashed into the Indian Ocean southwest of Western Australia, although there is still no more detail on how it got there after going missing on March 8.

"Its last position was in the middle of the India Ocean west of Perth," Mr Najib told a press conference in Kuala Lumpur, based on new analysis by the UK Air Accidents Investigation Branch and tracking company Inmarsat.

Inmarsat said satellite handshake "pings" from the missing jet were compared with other tracked commercial flights to determine it flew along the southern corridor from Kuala Lumpur and crashed into a remote part of the Indian Ocean.

Senator Johnston said while the British data was all the authorities had to go on, he stressed no debris had yet been recovered from the extensive search area.

"The turning point for us, I think, will be when we pull some piece of debris from the surface of the ocean and positively identify it as being part of the aircraft," he told reporters in Perth on Tuesday.

"This is a mystery, and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation."

He said the search continued to be "fairly urgent" given there are only some 13 days of life left on the beacon battery that would pinpoint the location of the black box.

But poor weather caused the international effort to be suspended on Tuesday, and looks set to continue on Wednesday.

The RAAF's Air Marshal Mark Binskin said the British data "seems to indicate more surety that it went down in the southern Indian Ocean".

He said the search wasn't just like looking for a needle in a haystack - "we're still trying to define where the haystack is".

A new Australian RAN asset, offshore support vessel Ocean Shield, along with several Chinese ships and Korean P3 Orions, will boost the search effort in coming days.

"The aim for her will be working with specialist equipment on board so that as we further refine the search area, that we might be able to go out and look for the black box," Air Marshal Binskin said.

Buoys have been deployed to measure the current in the area and keep track of the debris field.

Meanwhile, Malaysian authorities and the national carrier have faced a storm of outrage after Mr Najib's declaration, which was revealed to relatives of the plane's 239 passengers and crew via text message. Malaysia Airlines said it had tried to spread Mr Najib's message with tact before the prime minister spoke.

"Wherever humanly possible, we did so in person with the families or by telephone," airline chief executive Ahmad Jauhari Yahya said.

Scores of Chinese relatives marched on Malaysia's embassy in Beijing on Tuesday, shouting slogans including "The Malaysian government are murderers".

And China's government demanded authorities in Kuala Lumpur hand over the new satellite data. Prime Minister Tony Abbott said the visa fees of bereaved families wishing to come to Australia would be waived.

MH370 last made contact over the South China Sea halfway between Malaysia and Vietnam. For reasons unknown, it backtracked over the Malaysian peninsula and then flew on for hours.

The search swung deep into the Indian Ocean last week after large floating objects were identified in initial satellite images.
-ninemsn.com


Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar, Maka....


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL

ULASAN GB

GB menerima permintaan seorang sahabat untuk mengulas mimpi Ustaz Darul Manzil di atas yang jika menurut catatan di fbnya telah dikirimkan pada 21 Mac 2014.

GB hanya berkesempatan membaca malam tadi, 24 Mac 2014.

Berikut ialah beberapa intipati penting dari tulisannya itu:

1) Saya melihat 2 pesawat terbang di udara.
2) Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami.
3) saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto.
4) saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.


Jika apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan seperti yang dilihat di dalam mimpinya itu benar, maka benarlah apa yang GB tuliskan sebelum ini...

1. 2 pesawat terbang di udara.

Baru semalam sebelum membaca posting Ustaz berkenaan GB telah menulis satu entri dengan menyatakan di perenggan pembukaan: memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370.

2. Lokasinya mengikut Ustaz berkenaan "terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar dan bukan destinasi pelancongan".

GB mentafsirkan ia di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi atau ditempat-tempat lain. Apatah lagi sebelum ini memang ada laporan "seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan..." Sebelum ini pun pada 23 Mac, sehari sebelum posting Ustaz itu dibuat, GB telah menyatakan "GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn." Baca di SINI.

3. Menurut Ustaz itu lagi, "....saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada.... Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto".

Didalam satu entri GB di SINI, GB menyatakan bahawa: Apa yang dilihat dari radar TUDM hanya "kemungkinan berpatah balik" sedangkan pada ketika itu ia mungkin juga sudah terlepas dari tangan juruterbang yang menyebabkan pesawat telah hilang haluan.

4) Ustaz tersebut menyatakan "pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370". Ia amat bertepatan dengan ulasan GB di SINI. GB tulis "apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar"

Dan GB pernah mengulas "Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!"
.

Bukan GB nak berbangga dengan apa yang telah GB tulis, tetapi untuk menjelaskan terdapat banyak persamaan petunjuk yang diperolegi oleh Ustaz berkenaan dengan apa yang telah GB sampaikan melalui entri-entri GB mengikuti tajuk dan urutan tarikhnya:

22 Mac Mungkin Lithium Ion Sebabkan Kebakaran MH370, Ia Terhempas Di Dasar Laut Cina Selatan!

24 Mac Pesawat MH370 Disahkan Terhempas, Tetapi Di Lautan Hindi(?) -updated

25 Mac [VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas!

GB gembira dan bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang GB tuliskan bukan sekadar catatan kosong jauh sekali dari telahan palsu, tetapi kini ada orang yang mendapat mimpi dan petunjuk dari Allah yang isi kandungan mimpinya menyamai apa yang dicatatkan oleh GB.

Ada rakan yang bertanya: Apakah GB percaya kepada hal-hal supertitious? GB tidak percaya kepada supertitious seperti perbomohan dan seumpamanya, tetapi GB yakin dengan ayat Allah:

"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi ". [Al a'raf :178]

dan Hadith Rasulullah yang mafhumnya: "Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)

Selain itu, blog GB juga pernah mendedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petunjuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di Laut Cina Sleatan di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti bersamaan dengan petunjuk yang dperolehi oleh Ustaz Manzil di atas dan dengan apa yang GB tuliskan selama ini..

Ada juga yang mengulas tulisan GB meminta supaya jangan memanda-mandai dengan teori dan spekulasi...kita perlu berdoa saja sekrang ni supaya Allah tunjukkan kebenaran. GB jawab "Disamping berdoa kita perlu berusaha.. mencari dan menggali maklumat sekadar mampu, kerana melalui usaha-usaha pencarian maklumat itulah nanti Allah dedahkan kebenaran... Itu prinsip orang beriman. kita jangan sekadar berdoa kemudian berpeluk tubuh."

Ada juga yang berkata dan bertanya mana serpihan?

GB jawab mengapa operasi SAR dihentikan di Laut Cina Selatan? Kenapa tak cari di dasar laut tempat di mana ia dikatakan hilang komunikasi dengan radar? GB pernah mengulas sebelum ini.

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Sekejap ke sana sekejap ke sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.


Sementelah lagi jika nak percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, mana serpihannya? Imej satelit yang diperolehgi pun setakat ini tak mengesahkan ianya dari pesawat MH307 tersebut.

Apa yang GB tulis di blog ini selama ini adalah sebahagioan dari usaha-usaha untuk menggali dan mendedahkan kebenaran. selain dari tidak putus-putus mengajak dan menyeru rakan-rakan untuk terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Akhirul-kalam, memetik ayat Allah:

Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujah yang nyata (ilmu yang jelas). Maha Suci Allah, tiadalah aku termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf :108]



[VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas!


Tersebar di alam siber sejak beberapa hari lalu sebuah video radar yang dimuatnaik ke youtube memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370.

Di dalam video berkenaan juga didapati di satu ketika, jet yang bergerak di sebelah timur pesawat MH370 itu telah bergerak dengan lebih laju dan tiba-tiba jet itu "hilang" dari peta sebelum terputus hubungan pesawat MH370 dengan radar.

Satu hal yang serius ditimbulkan oleh video berkenaan apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar yang menyebabkan pesawat itu tidak lagi terkawal apabila gas beracun telah memenuhinya. Tembakan itu juga adalah dikatakan untuk menghuru-harakan radar.

Teori kebakaran pesawat ini pernah GB bangkitkan di SINI.

Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent sebelum ini pernah mengesahkan kepercayaannya bahawa kebakaran bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik.

Hal kebakaran demikian diperkukuhkan dengan sekurang-kurang 3 laporan. Petikan:

Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.





Sebelum itu, ada laporan polis dibuat di Terengganu dimana 8 orang pemuda terdengar bunyi kuat seperti dilaporkan oleh Metro.

8 pemuda dengar bunyi kuat

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.





Dan ada juga laporan polis di Kelantan:

KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.





Di dalam ulasan GB sebelum ini pun GB telah menyatakan bahawa teori kebakaran tidak dapat diketepikan dengan kewujudan bateri lithium ion yang disahkan oleh CEO MAS bahawa pesawat MH370 ada membawanya dan kini ia menjadi lebih kukuh apabila pesawat MH370 itu dikatakan telah ditembak. Dibungkus rapi macamana sekalipun namun jika ditembak sepastinya akan menyebabkan malapetaka kebakaran.

Siasatan rapi perlu dilakukan, bersesuaian dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi dari segenap sudut berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perdana Menteri berkata walaupun jawapan sebenar kepada misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit di dalam kotak hitam, namun mereka perlu komited dan profesional semasa menjalankan siasatan.

“Siasatan lain amat perlu dilakukan kerana keluarga mangsa mahukan jawapan segera. Ini merupakan satu tragedi besar dan menyayat hati Malaysia dan negara lain," tambahnya seperti dilaporkan BERNAMA.

Pada pendapat GB, teori kebakaran ini lebih menghampiri kebenaran sebab ada saksi mata yang melihat pesawat terbakar dan ada laporan polis dari beberapa orang penduduk yang dapat melihat pesawat berkenaan daripada teori ia terhempas di Lautan Hindi yang lansung tiada saksi mata.

Berikut ialah videonya:



Persoalannya: pesawat jet itu milik siapa?

Marilah kita terus sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

25 Mac 2014

Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'jaan Malaysia, Cop Malaysia "Pembunuh"


Keluarga para penumpang Malaysia Airlines MH370 menuduh Kerajaan Malaysia telah menjadi pembunuh (algojo) bagi orang-orang mereka kasih, lapor kompas.com.

Dalam satu dari Jawatankuasa Keluarga China, pihak keluarga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengeluarkan satu kenyataan tentang nasib pesawat yang hilang tanpa ada bukti langsung.

"Sejak 8 Mac, ketika mereka mengumumkan bahwa MH370 kehilangan hubungan sehingga ke hari ini, 18 hari berlalu dan selama itu kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia terus-menerus mencuba untuk menunda, menipu keluarga penumpang dan seluruh dunia," kata kenyataan itu.

"Perilaku memalukan ini tidak hanya mengelabui dan menyakiti keluarga dari 154 penumpang (berasal dari China), tetapi juga menyesatkan dan menunda tindakan penyelamatan, membuang sejumlah besar sumber daya manusia dan material serta kehilangan waktu berharga bagi usaha penyelamatan."

"Jika 154 penumpang itu memang terbunuh, maka Malaysia Airlines serta kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia adalah pembunuh yang sesungguhnya telah membunuh mereka. Kami keluarga dari orang-orang yang ada di pesawat itu menyampaikan protes keras terhadap mereka. Kami akan melakukan segala cara untuk mempastikan kejahatan itu tak dimaafkan dan ketiga pihak itu perlu bertanggungjawab."

China memberikan reaksi tidak yakin dan meragui pengumuman Malaysia itu. Pemerintah China menuntut siasatan lebih lanjut tentang bagaimana para penyelidik mencapai kesimpulan bahwa penerbangan MH370 telah "berakhir di Laut Hindi".

"China telah meminta Malaysia untuk memberikan semua informasi dan bukti-bukti yang mengarah pada kesimpulan bahawa Malaysia Airlines MH370 telah berakhir di Laut Hindi," kata Juru Bicara Kementerian Luar Negeri China Hong Lei. Kementerian itu menyatakan, Wakil Menteri Luar Negeri Xie Hangsheng telah bertemu dengan duta besar Malaysia di Beijing, dan menuntut Malaysia menyerahkan semua analisis data satelit yang relevan.

Ketika sidang akhbar Najib semalam disiarkan secara langsung di television China, penterjemah di CCTV News, yang merupakan televisi milik negara, kelihatan penuh emosi. Suaranya pada satu kesempatan bahkan tersedak saat menyampaikan berita duka itu.

Di Hotel Lido, Beijing, kesedihan dan kedukaan menyelimuti keluarga para penumpang. Mereka telah menunggu di sini selama 17 hari untuk bisa mendapatkan kata yang definitif terkait nasib 239 penumpang dan kru kabin MH370 yang seharusnya menuju Beijing itu.

Pada larut malam Isnin, ketakutan terburuk mereka telah disahkan. Najib menyampaikan kesimpulan Kerajaan Malaysia, yang didasari analisis terbaru dari data satelit.

Lebih dari 50 keluarga berkumpul untuk menyaksikan pengumuman pihak Malaysia itu di ruang konferensi hotel tersebut, sebuah pengumuan yang terlalu berat untuk ditanggung. Seorang perempuan tua keluar dari ruang itu. Ia meratapi anak lelaki, menantu, dan cucunya yang berada di pesawat itu. "Seluruh keluarga saya hilang," teriaknya.

"Putraku, putraku, putraku," teriak perempuan lain.

Setidaknya dua orang dibawa keluar dengan tandu dan dibawa ke rumah sakit. Seorang perempuan dengan atasan oranye menangis dan gemetar. Seorang lelaki, yang memakai selimut, tampak pingsan. Seorang lelaki lain yang mengenakan atasan bergaris biru dan putih menjatuhkan dirinya ke eskalator. Ia harus ditolong oleh sejumlah wartawan dan polis.

Sebelum Najin menyampaikan pengumuman itu, Malaysia Airlines telah mengirim pesanan teks kepada keluarga penumpang. Dalam pesanan itu, MAS menyatakan "sangat menyesal, kami harus mengandaikankan, melampaui segala keraguan, bahawa MH370 telah hilang dan bahawa tidak seorang pun dari mereka yang ada di pesawat itu selamat". Pesanan itu dikirim dalam bahasa Inggeris dan telah menyebabkan kebingungan di kalangan keluarga penumpang China.

Pihak MAS kemudian melakukan pembelaan berkaitan pesanan teks tersebut. Mereka menyatakan bahwa segala usaha telah dilakukan untuk menghubungi semua keluarga guna memberi tahu mereka secara peribadi.

Sementara itu, keluarga penumpang marah kerana kenyataan Najib yang mendadak dan singkat itu. "Saya sudah menunggu setengah bulan, dan mereka hanya memberi kami satu kalimat?" kata seorang perempuan.


MH370: China Mahu Malaysia Sediakan Bukti Data Satelit


BEIJING: China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.

Najib pada malam tadi mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.

Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai 'kesimpulan' yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.

"Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.

"Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan," kata Xie pada Selasa.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut.
- mstar



Waris di China protes di kedutaan M'sia

Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut.

Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".

Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat."

"Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu.

Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin.
- TMI