MH370: Operasi carian Malaysia diperhebat lagi dengan maklumat tentang serpihan
Kawasan selatan Lautan Hindi dikerumuni pesawat daripada beberapa negara pagi ini untuk pesawat MH370 Malaysia yang hilang apabila pencarian diberi suntikan tenaga baru dengan lebih bukti objek terapung yang disyaki berkaitan pesawat tersebut, lapor AFP.
Tetapi cabaran mendapatkan objek terapung tersebut bertambah rumit apabila ribut tropika melepasi kawasan pencarian tersebut, mengugut untuk meyukarkan lagi keadaan yang kini menggagalkan pencarian.
Menurut AFP, China hari ini berkata salah satu pesawatnya yang sedang mencari di kawasan tersebut ternampak objek seperti serpihan pesawat, menambah kepada jumpaan pesawat Australia iaitu palet kayu dan tali pinggang dan serpihan lain.
Perancis dan China memberikan maklumat satelit minggu lepas yang menunjukkan objek terapung di pinggiran barat Australia - penemuan yang melambungkan harapan mendapat hasil setelah lebih dari dua minggu dalam pencarian.
Armada pesawat am dan tentera yang semakin berkembang kini berkumpul di kawasan tersebut, disokong oleh kapal Australia dan Britain yang ditugaskan mengumpul apa-apa objek yang dijumpai di lautan, kata agensi berita AFP.
Penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa amaran pada 8 Mac selepas keluar dari laluan asal di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 krew.
Memegang pada segala maklumat
Dalam laporan AFP, Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss mengingatkan orang ramai tentang bilangan harapan palsu sejak pencarian ini yang beberapa kali menemui jalan mati.
Katanya kepada radio negara itu, "Saya rasa kami semua hanya memegang pada apa-apa maklumat kecil yang muncul untuk mencari tempat untuk memfokuskan usaha kita."
Tentera US juga menambah kepada rasa mendekati hasil dengan mengerahkan pengesan kotak hitam ke kawasan tersebut, zon yag lebih kurang 2,500 kilometer selatan barat Perth.
Penemuan kotak hitam tersebut amat penting untuk mengetahui apakah nasib sebenar Boeing 777 itu.
Malaysia mengatakan pesawat tersebut sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada dalam pesawat tersebut, tetapi ketiadaan bukti kukuh mewujudkan teori liar yang menambah kepada penderitaan ahli keluarga penumpang yang masih menunggu berita tentang ahli keluarga mereka.
"Gerakan kami ini usaha untuk menyediakan peralatan dan staf terlatih lebih dekat dengan kawasan pencarian supaya jika terdapat serpihan yang dijumpai, kita akan dapat memberi tindak balas dengan secepat mungkin memandangkan bateri kotak hitam tersebut hampir kehabisan," kata armada US Ketujuh tersebut dalam laporan AFP.
Alat pengesan tersebut berupaya mengesan kotak hitam sedalam 20,000 kaki, katanya dalam satu kenyataan.
Para oseanografi berkata kedalaman lautan di mana serpihan sedang dicari ialah antara 3,000 ke 4,000 meter.
Signal 30-hari daripada kotak hitam tersebut akan mati dalam masa kurang dua minggu.
Fokus pencarian ini pada mulanya berpusat kepada perairan si Asia Tenggara, tetapi semakin dalam ke Lautan Hindi minggu lepas apabila satelit menjumpai imej objek terapung yang besar di sana.
Jabatan Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata terdapat 10 pesawat yang terlibat dalam usaha mencari yang turut dibantu oleh dua pesawat tentera China yang bertolak awal pagi ini, menyertai pihak Australia, US, dan Jepun.
China sudahpun mengerahkan tujuh kapal yang menambah kepada jumlah kapal yang ada, termasuk dari Britain dan Australia.
Ribut tropika semakin dekat
Komander Udara New Zealand, Mike Yardley berkata awan rendah dan kabut berterusan membuatkan serpihan sukar dicari dalam usaha semalam.
"Kawasan pencarian itu amat besar, tetapi kita sentiasa mendapat maklumat baru, dan maklumat tersebut kerap menunjuk kepada kawasan yang kita cari, jadi krew nampaknya yakin kita berada di tempat yang betul."
Tetapi ribut tropika Gillian yang kini beberapa ratus kilometer ke utara sedang menukar arah ke zon pencarian itu.
Truss mengatakan ribut itu akan semakin lemah semakin ia ke selatan, "tetapi masih mungkin membawa cuaca buruk."
Data daripada satelit dan radar tentera menunjukkan bahawa selepas komunikasi akhirnya dengan trafik udara, pesawat tersebut patah balik ke semenanjung Malaysia dan terus terbang - mungkin untuk empat jam - ke arah yang tidak diketahui.
Tiga senario sudahpun muncul untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada pesawat tersebut, rampasan, sabotaj juruterbang, ataupun krisis semasa penerbangan yang menyebabkan penumpang dan krew tidak sedarkan diri lalu pesawat itu terbang dengan sendirinya sehingga kehabisan minyak dan terhempas.
Dua pertiga penumpangnya warga China. Penderitaaan dan kemarahan mereka sudah beberapa kali meletus, termasuk semasa perjumpaan hujung minggu di mana polis terpaksa menahan beberapa saudara mara yang menuduh pihak berkuasa Malaysia menyembunyikan maklumat.
"Banyak kali saya rasa seperti hendak naik gila. Perasaan saya merata-rata bersepah. Saya meminta (pihak) Malaysia memberi jawapan tetapi mereka katakan tidak boleh," kata satu saudara semalam. -TMI
Duta Besar Perancis: Tiada bukti serpihan MH370
KUALA LUMPUR - Duta Besar Perancis Martine Dorance berkata tiada bukti jelas imej satelit yang dikesan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini adalah serpihan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
"Setakat yang saya tahu, pada masa ini, tiada bukti ia sebahagian daripada pesawat berkenaan. (Bagaimanapun) kami akan terus membantu pihak berkuasa Malaysia," katanya kepada media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini terdapat laporan bahawa Perancis merakam imej satelit yang mungkin merupakan serpihan sebahagian daripada pesawat MH370.
Kenyataan Kementerian Pengangkutan pada Ahad menyebut ia menerima imej satelit daripada pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan objek berpotensi di sekitar koridor selatan.
Gambaran itu merujuk kepada satu kawasan di selatan Lautan Hindi di mana satelit Australia dan China turut merakam imej objek yang berkemungkinan serpihan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Ketika kejadian, penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Dorance berkata Perancis akan menggunakan pengalaman ketika menyiasat insiden pesawat Air France 447 bagi membantu Malaysia, termasuk khidmat bekas Ketua Jabatan Penerbangan Awam Perancis Jean Paul Troadec.
Perancis berpengalaman mengendali siasatan nahas Air France penerbangan 447 dari Rio de Janeiro ke Paris serta membawa 228 orang, yang menjunam ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009.
Serpihan kapal terbang itu dikesan lima hari kemudian dan pasukan penyiasat mengambil masa dua tahun bagi mengeluarkan sebahagian besar bangkai pesawat serta mayat manusia dari dasar lautan.
Sementara itu, Duta Besar Switzerland ke Malaysia Dr Rolf Lenz, yang melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, melahirkan simpati beliau atas kehilangan pesawat MH370.
Menteri Hal Ehwal Kaum Maori Dr Pita Sharples pula berkata New Zealand komited membantu Malaysia dan akan terus menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.
"Terdapat kira-kira 26 negara termasuk New Zealand yang terbabit dalam operasi berkenaan dan menyaksikan mereka saling bekerjasama dalam menangani insiden ini adalah sesuatu yang amat baik," katanya. - Bernama
MH370 bawa kargo bateri lithium-ion tarik tumpuan
Perhatian sekali lagi tertumpu kepada kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 yang hilang selepas pihak berkuasa hari ini mengesahkan ia membawa bateri lithium-ion yang boleh mudah terbakar.
Pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini, empat hari selepas beliau menafikan MH370 membawa barangan berbahaya dan sebaliknya menekankan mengenai "tiga hingga empat tan buah manggis" dalam pesawat itu.
"Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya," katanya.
Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.
Ahad Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa "beberapa kali" bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.
Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja.
"Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO," katanya.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.
Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.
Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.
Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.
Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.
'Kemungkinan terlepas pandang'
Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.
Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing terputus komunikasi dengan pusat kawalan trafik udara pada 8 Mac pada jam 1.30 di Teluk Thailand.
Kehilangan pesawat itu telah membawa kepada usaha mencari besar-besaran di Laut China Selatan, tetapi kemudiannya data tentera mendedahkan pesawat itu telah berpatah balik dan terbang ke haluan yang tidak diketahui.
Pasukan penyiasat mengesan lokasi terakhir pesawat itu ialah di antara sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan utara Thailand, atau dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, selepas usaha mencari masuk ke hari ke-14 yang melibatkan 26 negara, pesawat itu masih belum ditemui. -mk
Mana perginya kapal itu?
Telah melintasi lebih dari satu minggu pesawat MH370 telah hilang lenyap. Seramai 239 penumpang dan anak kapal telah hilang lenyap semenjak 8 Mac lalu. Apa yang terjadi? Saya secara jujur – sama seperti warga dunia - tidak tahu apa terjadi. Malah akan bertanya apa sebenarnya berlaku. Tetapi bukan ini yang ingin saya paparkan dalam tulisan kali ini.
Apa yang terjadi kepada MH370 telah menjadi spekulasi di seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang berminat mengikuti berita ini mungkin ada memiliki teori dan labon tentang apa yang telah terjadi. Pelbagai teori dan sudut telah dikupas. Pelbagai dongeng telah terhambur. Para peminat teori konspirasi telah mula menulis berjela-jela. Malah saya sendiri telah menerima pelbagai alamat blog yang menulis teori konspirasi. Meminta saya memberi komen.
Saperti biasa tukang labon teori konspirasi ini akan mengaitkan Yahudi, Freemason, Amerika, CIA dan, dan, dan. Tidak cukup dengan ini diselitkan juga ayat-ayat suci untuk memperkukuhkan teori labon ini.
Saya menolak semua teori konspirasi ini. Untuk saya pada tahap ini satu kemalangan telah berlaku. Hati dan harapan kita adalah kepada kaum keluarga sanak saudara penumpang dan anak kapal yang telah ditimpa kemalangan ini.
Tetapi kenapa teori konspirasi ini muncul? Inilah yang ingin saya paparkan kepada pembaca kali ini. Kita wajib mengetahui bagaimana teori konspirasi ini berjalan, bergerak dan tersebar.
Saya masih ingat lagi ketika saya di Beirut dalam tahun 1975. Ini sesudah terbunuhnya Al-Malik Faisal raja Saudi di tangan anak buahnya. Saya ditanya oleh anak-anak muda Palestin dan Arab yang sedang bergerila menentang fasis Falangist di kota Beirut – siapa membunuh Raja Faizal?
Bila saya tidak memiliki jawapan muncul pula soalan cepu emas. Di mana Malik Faisal sekarang? Saya tersenyum tanpa jawapan. Lalu saya diberitahu bahawa Malik Faisal sedang berkonspirasi dengan kuasa ghaib untuk ‘mengambuskan’ perjuangan Palestin. Bunyi ayat ini lawak. Mana mungkin yang telah mati berkonspirasi. Tetapi inilah hakikatnya yang telah berlaku.
Kita juga pernah membaca tentang Lady Diana, tentang John Lennon , tentang Malcolm X, tentang Martin Luther King, tentang JFK dan, dan, dan. Pelbagai kisah dan teori konspirasi yang kita baca dan dengar tentang kematian mereka. Kenapa ini berlaku? Apa hubungan dengan MH370?
Mari kita ingati kembali bagaimana kita warga Malaysia anak semua bangsa telah diberitahu tentang kemalangan ini berlaku. Berita kemalangan ini hanya dibuka kepada umum hampir 5 jam sesudah putusnya hubungan anak kapal dengan radar di bumi. Kenapa ini berlaku? Tiga jam atau 5 jam lewat ini kini menjadi asas teori konspirasi.
Asas teori konspirasi ialah keyakinan. Asas induk ialah kepercayaan orang ramai terhadap kenyataan rasmi. Harus diakui bahawa 52 peratus rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Ini bermakna mereka TIDAK yakin dengan United Malays National Organisation dan konco-konconya.
Seramai 52 peratus warga ini tidak akan percaya kepada apa sahaja yang dituturkan oleh Najib, atau sepupunya Hishammuddin atau sesiapa sahaja yang dilihat mewakili kepentingan United Malays Natioanal Organisation. Mustahil gerombolan yang telah menipu dalam PRU13 akan diyakini cakap-cakap dan kenyataan mereka tentang MH370. Najib dan sepupunya tidak memiliki kredibiliti. Walau pun Najib dan sepupunya memulakan sidang akhbar dengan bismilllah, ia tidak memungkinkan 52 peratus warga Malaysia kembali percaya kepada mereka.
Jelas teori konspirasi bergerak di atas ketidakyakinan warga terhadap lembaga daulah. Hilangnya keyakinan ini bukan satu yang baru di Malaysia ini. Seramai 52 peratus warga yang mengundi Pakatan telah tidak yakin dengan kerajaan. Ini bukan data yang saya muncul-munculkan. Data 52 peratus ini adalah keputusan PRU13.
Apabila Najib membuka mulut maka soalan pertama akan timbul dari anak semua bangsa ialah siapa bunuh Altantuya? Siapa mengupah Sirul dan Azilah untuk membunuh Altantuya? Selagi persoalan ini tidak terjawab apa sahaja yang dicakapkan oleh Najib dan sepupunya pasti tidak akan diyakini orang ramai. Kalau dalam kes itu mereka dikatakan menipu mustahil dalam kes MH370 ini mereka tidak menipu.
Bukti hujah ini menjadi sahih apabila diketahui bahawa dua warga Iran telah menggunakan pasprot palsu. Dengan serta merta laman sosial Facebook telah heboh memberi ingatan bahawa nama Altantuya juga telah hilang dari senarai keluar masuk imigresen. Dua lagi pasport palsu digunakan untuk masuk ke Malaysia bukan satu yang pelik.
Justeru apa yang ingin saya paparkan di sini ialah keyakinan yang telah hilang terhadap Najib dan konco-konconya. Inilah yang menjadikan teori konspirasi ini meluas dan melebar. Teori ini menjadi kukuh dan dilihat berasas apabila para pegawai Najib mula membuka mulut.
Pada awalnya entah atas nasihat siapa askar telah memberi taklimat tentang kapal terbang awam yang hilang. Ini pelik bin takjub. Kenapa sang askar? Tidak adakah pegawai awam yang berupaya memberi taklimat? MH370 bukan kes perang. Ini kes kapal terbang awam hilang. Ini bukan kapal terbang tentera. Kemunculan askar ini telah menimbulkan banyak syak wasangka.
Teori konspirasi bertambah rancak apabila sidang akbar dibuka untuk akhbar dunia. Selama lebih dari 50 tahun United Malays National Organisation telah menipu dan berbohong melalui media yang mereka miliki. Dengan menggunakan pelbagai bentuk undang-udang – ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan, dan, dan, gerombolan Ketuaan Melayu ini telah menggunakan media untuk menipu.
Apabila wujudnya media baru - United Malays National Organisation telah melarang wartawan dari Malaysiakini atau Suara Keadilan dari dapat bersama membuat laporan. Gerombolan Ketuanan Melayu ini selama lebih dari 50 tahun telah membuli dan mengancam wartawan
Dengan kes MH370 Najib dan sepupunya tersentak dan menggigil apabila mula berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antarabangsa ini tidak ambil pot siapa Najib, siapa sepupunya dan siapa ketua polis negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan dengan media. Padan muka.
Saya yang pada ketika menulis ini berada di London telah berpeluang melihat media bebas bergerak. Saya bernasib baik dapat melihat bagaimana sepupu Najib cuba bersilat lidah – berkuntau - dalam usaha untuk menipu wartawan dunia. Saya dapat berpeluang melihat sidang akhbar Raja Lawak ini secara terus menerus tanpa sekatan dan dipotong.
Malam Ahad yang lalu saya berpeluang melihat media CCTV Tiongkok memperlihatkan sidang akhbar warga mereka di Kuala Lumpur. Saya berpeluang melihat bagaimana warga China telah mengancam Najib dan gerombolan United Malays Natioanl Organsiation kerana mereka merasa mereka telah ditipu. Tidak ada datuk seri atau datin seri untuk warga China ini, mereka merasa telah ditipu.
Di luar negara juga - saya berpeluang melihat induk berita terpampang luas – LIES – pembohongan - muncul dari akhbar cetak Hong Kong. Jika inilah muka hadapan akhbar kita pasti lesen cetak dirampas dan Ketua Pengarang ditahan tanpa bicara. Saya sekali rakyat Malaysia tidak berpeluang melihat apa yang dapat saya lihat, saya baca dari Kota London.
Kemalangan MH370 ini sebenarnya telah membuka mata orang ramai. Untuk 52 peratus pengundi Pakatan mata hati mereka tidak perlu diusik. Mereka telah lama sedar. Kes pesawat hilang ini hanya akan memperkuatkan lagi keyakinan mereka bahawa kerajaan Najib dan sepupunya wajib dilawan.
MH370 ini telah berjaya membuka mata 47 peratus warga Malaysia yang tidak mengundi Pakatan. Kes MH370 ini mula menampakkan kepada mereka betapa bebalnya Najib Rosmah dan sepupunya Hishammuddin. Bunyi suara media dunia yang marah kerana mereka merasa ditipu ini sedikit sebanyak telah sampai ke pendengaran Mak Cik dan Pak Cik Felda.
Najib dan sepupunya menjadi Raja Lawak bertaraf dunia bukan kerana kemunculan bomoh tetapi kerana kegagalan mereka menjawab soalan-soalan dari media antarabangsa. Bukan kita hendak ketawakan keupayaan mereka menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul – untuk saya ini kurang penting.
Apa yang penting ialah melihat bahasa badan Najib, Hishammuddin, Ketua Polis Negara. Saya amat-amat jarang menonton TV tapi pada petang Sabtu 15 haribulan yang lalu saya berpeluang melihat Najib dan sepupunya beraksi. Jelas dari nahu bandan mereka, jelas dari cara mereka bersilat lidah – ada sesuatu yang ingin mereka sorokkan.
Secara positif kes pesawat MH370 hilang ini telah membogelkan keupayaan fikrah Najib dan sepupunya. Kes ini juga telah membogelkan kebebalan United Malays National Organisation kepada dunia. Hari ini anak semua bangsa terus berdoa dan berharap pesawat MH370 akan selamat.
Bersama doa dan harapan ini – anak semua bangsa – rakyat Malaysia telah sepakat mengakui bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini wajib diganti. Satu kerajaan baru wajib lahir dari kemalangan MH370 ini. Kita TIDAK ada pilihan- sebelum Kilang Lynas retak, sebelum loji nuklear pecah kerajaan Najib Rosmah dan sepupunya wajib kita gulingkan. -Hishamuddin Rais
ULASAN GB
Apa sebenarnya tujuan Najib membuat kenyataan bahawa pesawat MH370 sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada dalam pesawat dan kemudian menghalang sebarang soaljawab dari wartawan media?
Nak mengimplikasikan bahawa juruterbang itu telah merampas pesawat dan kemudiannya sekalian media membuat pendedahan bahawa Kapten Zaharie itu ahli PKR dan terus menuding beliau kecewa kerana hukuman penjara telah dikenakan ke atas Anwar?
Sedangkan semua laporan mengenai pesawat itu berpatah balik tidak pernah dibuktikan dengan kukuh. Malah kenyataan awal dari Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama pada 9 Mac hanya menyatakan wujud isyarat MH370 berkemungkinan cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kata Rodzali.
Baca ayatnya semula: terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik. Beliau tidak menyatakan: pesawat berpatah balik!
Saya menolak teori yang menyatakan pesawat itu berpatah balik. Tiada sebarang bukti pun pesawat itu ditemui dimana-mana tempat lain selepas itu. Malah Jenderal Rodzali pada 12 Mac 2014 telah MENAFIKAN ia pernah berkata pesawat berkenaan dikesan di Selat Melaka. Hanya akhbar pro-kerajaan yang membuat kenyataan itu.
Apa yang dilihat dari radar TUDM hanya "kemungkinan berpatah balik" sedangkan pada ketika itu ia mungkin juga sudah terlepas dari tangan juruterbang yang menyebabkan pesawat telah hilang haluan.
Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa:
GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?
Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.
Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!
Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Sekejap ke sana sekejap ke sini.
Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.
Teori-teori yang pelik sebelum ini yang menyatakan pesawat itu telah berpatah balik ke Langkawi, Andaman, Kasazhtan dan sebagainya hanya tinggal teori tanpa sebarang fakta yang menyokongnya.
Penemuan-penemuan "bangkai pesawat" oleh pakar-pakar IT kononnya ditemui di India, Taiwan dan sebagainya pun tidak ada sandarannya malah ada yang terbukti palsu.
Malah penemuan terbaru oleh Australia dan imej satelit dari China menyatakan ada objek besar ditemui di Lautan Hindi pun tidak dapat disahkan lagi kebenarannya. Ia tidak membawa harapan baru, bahkan palsu!
Jika kenyataan Najib cuba mengimplikasikan juruterbang itu telah melarikan pesawat semata-mata untuk meraih simpati supaya BN menang di dalam PRK Kajang sebab kononnya orang PKR dan orang Anwar jahat bawa lari pesawat, jelas rakyat sudah buat keputusannya semalam, ia tidak diterima lansung oleh pengundi Kajang.
Siasatan polis pula terhadap simulator yang dibuat oleh Kapten Zaharie dirumahnya tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
TERKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.
“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.
Akhirnya malam tadi Najib menyatakan pesawat MH370 "hilang" di Lautan Hindi. Bererti "terhempas". Gb telah menyatakan sebelum ini pesawat berkenaan memang telah terhempas, cuma GB menyatakan ia terhempas di titik di mana ia dikatakan membuat U-turn. PM menyatakan di Lautan Hindi, berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada, apa buktinya? Sedangkan Duta Besar Perancis Martine Dorance baru saja membuat kenyataan (seperti dilaporkan BERNAMA di atas) tiada bukti jelas imej satelit yang dikesan pihak berkuasa negara itu baru-baru ini adalah serpihan pesawat MH370.
Sukar hendak mempercayai cakap Najib kerana isu kononnya pesawat tersebut sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada dalam pesawat pun belum terbukti dan belum selesai. Kini timbul pula kenyataan baru pesawat di tengah Lautan Hindi.
Itu semacam tanda tak mahu kasi orang cari MH370. Takut jika kotak hitam ditemui kerana ia akan mendedahkan banyak perkara(?) Wallahu alam.
Berlaku jujurlah terhadap pencarian pesawat MH370. Sudah masuk minggu ketiga. Lebih RM10 juta sudah dibelanjakan di dalam pencarian pesawat ini.... hasilnya belum ada apa-apa. Kasihanilah keluarga mangsa yang telah menunggu lama...
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
klik untuk baca
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
11 ulasan:
mh 370 masih diudara waktu 8 pagi. kenapa lambat bertindak bila jet hilang dr radar!!!! kenapa tudm x dikerahkan mencari pada masa tu. masih ada byk lg ruang masa utk menyelamatkan mereka.. yg berkenaan sila bertanggungjawab! tolong letak jawatan. kami x perlukan org yg lemah n lembab..!!
Mana serpehan kalau dah jumpa kat TV x tunjuk pun kalau bnyk kpl dan kpl terbang Dan jumps. Pinggan pecah pun boleh cari serpehannya
Pddk Maldives nampak k terbang pd pg 8 mac. Di era teknologi maklumat merangkak..tudm buat xtahu ade k terbang xdikenali dlm radar.. pastu nafi..kelirulah..pentagon kate xde letupan
seperti yg sy @ mgkn org lain jg jangkaikan, kapal akan d jmpa sjurus selesai PRK.....
Malaysia dah hilang punca, akhirnya tuan penasihat beri idea. Kapalterbang terhempas dilautan yang paling dalam didunia. Bukti di dasar laut tak dapat diambil kerana tiada penyelam yang berani ke situ sebab terlalu gelap. Kapal selam scorpane tak boleh digunakan kerana ianya hanya untuk tujuan berperang dan memusnahkan objek saja. Jadi selamatlah semua dari memberi taklimat akhbar yang berlarutan lebih 2 minggu ni. Kes selesai. Tutup fail........
http://worldtruth.tv/rothschild-inherits-a-semiconductor-patent-for-freescale-semiconductors/
Sepatutnya MH370 dicari dikawasan ini lebih awal...tapi mcam ada perkara yang disengajakan.Wallahua'lam.
Konspirasy peringkat antarabangsa ..banyak benda yg menjadi tanda tanya ?? ..Allah yg maha mengetahui ..Mudah mudahan Ianya menjadi pengajaran kepada kita semua ...kadang kadang ujian yg datang kepada kita ada hikmah yg terSIRAT & terSURAT yg kita tak tau ...
eden heran apo pasa niccolo machiavelli@ simulut iwk mamak madey al-kutty soyap sopi jo? eden cukup konfiusla? klau tidak simulut iwk ari2 monyalak cam anjing gilo babi jo.corito paneh cvam ini dio cam tak ambek pot jo..sopeket panadol den tolan tak baik2 laie poning palo den fikio pasa soyap sopi simulut iwk mamak madey.
KENAPA & MENGAPA & SEBAB APA KERAJAAN BELUM INTIHARKAN BERKABUNG BENDERA SETENGAH TIANG.HENDAK TUNGGU APA LAGI,ADAKAH KERAJAAN TIDAK BENAR BENAR YAKIN APA YANG DISIDANGKAN SEMALAM & PAGI INI.HANYA BERDASARKAN KEPADA DATA,BARANG BUKTI BELUM DISAHKAN LAGI TAPI PM NAMPAKNYA SUDAH CUBA MENUTUP FAIL.TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK LIDAH BURUK PADAHNYA.JIKA BENAR APA YANG DIKATAKAN OLEH PM ITU BENAR MAKA SELAMAT MALAYSIA TAPI JIKA TIDAK MAKA AMAT BURUK PADAHNYA.
Mungkin kapal terbang dirampas dan penumpang diracun dengan gas..sementara perampas munpunyai ubat anti gas...kapal terbang dipandu ke pulau dilautan hindi..brgan berharga dan kotak hitam dikeluarkan..kapal terbang diterbangkan mengunakan remote keselatan..memandangkn jarak pernerbangan memerlukan minyak diisi semula...inilah kerja yahudi dajjal..yg pandai melakukan sabotaj demi setan mereka...ini teori sahaja sebab byk berlaku persolan yg timbul..serta time frame usa yg byk meragukan.
Catat Ulasan