Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.
Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.
Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China.
"Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya.
Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu.
Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dnegan dasyat, lapor Mymediahub.
Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.
Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China.
Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka.
Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut.
Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.
Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.
Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.
"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines.
21 ulasan:
Huh! Padan muka be end. Lain kali import semua barangan china termasuk la 'ayam mentah' china hehe..
Orang China nak kan Najib bercakap betul.Cakap saja angkara orang2China juga yang cari penyakit.Hantar balik kedutaan China di Malaysia minta suruh jawab.Jangan buat2 tak tahu.Itu jawapan yg mereka tunggu2.
Kata pemimpin2 umno akhbar cina memanipulasi keadaan ini dan memainkan sentiment sehingga keluarga, terutama dari Beijing, marah. Di Msia pula, umno/bn sentiasa memanipulasi berita demi pertahankan kuasa, skrg balasan Allah, terimalah seadanya, itu baru di dunia.
"Orang China nak kan Najib bercakap betul", Najib sanggup, tapi bagilah masa sikit, sebab selama ni biasa cakap menipu, bukan senang nak ubah serta merta.
Kebenaran tetap mengambil tempat dan terhumban akhir nya kebathilan, ini janji Allah. Dia akn datangkan musibah yang lebih besar sekiranya kita tidak kembali kepada nya. yakin lah.. ini baru emosi..
This is PR disaster. malaysia should not hide anything just to please their GOD FATHER. Ask the GOD FATHER to explain how could MS370 bypass Deigo Garsia without any action to Chinese people.
otherwise for the sake of our good name dont let Malaysia become BLACK SHEEP. Cleane the mess please
Kerana mulut badan binasa. Mengaitkan pilot kita dgn kehilangan mh370 umpama meletak pasir dalam periuk nasi sendiri. Pasti ini mengundang kemarahan rakyat china yg menganggap mereka telah menjadi mangsa ...fikirlah dulu sebelum mengeluarkan kenyataan media ......
ape cerita blogger-2 macai umno dgn kempen anda utk memboikot brg2 cina.
skrang kempen sudah ada kemajuaan...
rakyat dari negara china pon sudah menyambutnya....
satu kampen yg berjaya di sahut.... dpt projek baru ler blogger-2 macai umno....
jom tanam kangkung.....
Pemboikotan terhadap barangan Malaysia tak la teruk sgt sbb org2 China bukan nye nk beli brgn Msia TETAPI kalu kita boikot brgn China, maybe dorg terasa sbb brgn China bnyk diimport ke Msia.
Salah kita sendiri, kononnya beranggapan jumlah penduduk China yg ramai, kalu mencuba nasib bole untung besar atau popular. Kpd peniaga, pelajar, pekerja, para profesionalist, artis2 dan selibriti Msia yg x kira bangsa, ingat la balik perpatah, Hujan Emas di negara orang, Hujan Batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Balik la ke Msia dan curah la bakti di negara sendiri.
Ini lah masa nya, walaupun kita berlainan bangsa, berlainan agama dan berlainan fahaman politik, tetapi bila kita bersatu, kenikmatan itu dapat dikongsi bersama. Kita bole hidup dgn aman, pendidikan dh x kira jenis sekolah, perniagaan dh x perlu kira kaum, pekerjaan dh x pedulikan asal usul keturunan dan yg paling pentingnya, masa ini lah kita patut MELUPAKAN yang kita semua berbilang bangsa tetapi sebenarnya kita ini SATU WARGANEGARA.
ini memberi kesan buruk kepada pengekspot dari Malaysia kerana penduduk China beratus-ratus juta. Jika China boikot bran dari Malaysia, ada pengeluar yg mungkin jatuh bankrap.
Tetapi jikalau Malaysia boikot barangan China, China tak heran sebab penduduk Malaysia cuma seciput.
Dah lama sangat hidup.dlm zon selesa. Dgn rakyat sendiri sewenang2 diperlakukan apa saja, lebih2 lagi dgn parti pembangkang. Paling sedih dan mengejutkan juuterbang jadi sasaran tanpa sbrang bukti. Ambillah pengajaran dari peristiwa ini, jgn angkuh dgn KUASA PINJAMAN drp Allah.
Ni seperti balasan Allah untuk puak2 ultra dalam umno....selama ni suka sgt main sentimen cina....menghina cina.....menghalau cina.....nah sekarang apa lagi modal yg bakal keluar dari mulut busuk pekida dan macai2 seangkatan dgnnya ......elok2 dah rakyat malaysia bangsa cina hidup berdamai bersama yg lain...puak2 ni suka pulak tunjuk perangai assobiyah........ Padan muka umno...padan muka kita....(yg pangkah dacing)....
semua org berlumba lumba nak masuk pasaran china sebab di sana penggunanya berbilion orang.Rugi ekonomi Malaysia jika rakyat china memboikot bersungguh2 atas produk Malaysia.Teknologinya lebih maju dari USA yg tidak suka menggemar gemburkan teknologinya kpd dunia luar.
TAPI heran juga ada yg tidak sensitif atas seruan ini rakyat china ini.
KERANA MULUT BADAN BINASA.Macai umnoo terkedu 1001 bahasa,terkelu lidah atas seruan berani artis china.
AKU BERANI KERAT JARI LAH KALAU ADA MANA2 PEMIMPIN UMNO/BN YANG BERANI NAK MENGAKU KESILAPAN. KALAU NAK MENIPU LAGI ADALAH. BAGI AKU SEMUA PEMIMPIN2 UMNO/BN MACAM HARAM JADAH. SI ZAHID TU KALAU DALAM MALAYSIA AJA BOLEH DOK TUNJUK GARANG TAPI KAT BINI TAKUT MACAM NAK MASUK DALAM KAIN. GANGSTER PONDAN AJA DIA TU.
jangan dilayan.. makin dilayan makin gila jadinya..
saya sebagai rakyat ingin tahu apakah isi dalam kargo yang terlalu menjadi rahsia? mohon penjelasan dari pihak berwajib...kalau meraka nak marahkan kita, kita ada hak untuk tahu. sbb kargo itu dalam perut kapal terbang kita. dan apa tujuan rakyat anda datang ke negara kami menyebabkan rakyat kami turut menjadi mangsa.
Apa lagi yang Cina mahu?????
Bwahahaaa.... Jilat ludah sendiri Jibby..
Ali Ketam: Apa Cina Mau Lagi? Ibrahim Kasar: Lu tak suka, lu balik cina.
Suruh rakyat china tanya kerajaan mereka mengapa menggunakan pengangkutan MAS untuk membawa kargo rahsia mereka. malaysia hanyalah kambing hitam dalam kes ni. China dan USA yang berperang saraf, tapi Malaysia yang tersepit di tengah
Akibat tak telus dan dah biasa cakap tipu
Sebab negara diperintah BN, kalau Pakatan Rakyat insyaallah tak berlaku begini
Catat Ulasan