Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.
Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.
"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.
Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.
“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. -TMI
ULASAN GB
Sebelum ini Najib membuat U-turn, baca Selepas Ditegur Australia, Najib Terus Buat U-Turn Macam MH370 Jugak...
Sekarang ini, ATAS ARAHAN, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri pula membuat U-Turn, menafikan apa yang disebutkan di Parlimen sehari sebelumnya.
Semakin menjadi-jadi nampaknya penyakit U-Turn ini di kalangan pemimpin BN terhadap tragedi MH370 sehingga persis sudah menjadi satu sindrom.
Di dalam isu sebegini penting dan diperhatikan dunia, pemimpin-pemin UMNO BN ini masih mampu untuk keluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak cermat dan mudah sangat untuk berpatah balik.
Kita tunggu lagi nanti jika ada yang terkena sindrom ini. Jika ada maka kita saran jangan U-TURN sahaja, tetapi terlebih baik U-TURUN!
17 ulasan:
Berperasangka baik itu ada tempatnya ..lupakah kita peristiwa world trade centre atau 911...bukankah pesawat
komersial yg digunakan utk melancarkan serangan ..dimana tahap kesiap siagaan yg menjadi moto pasukan keselamatan negara ....jgn biarkan dunia ketawakan kita
As Salam, tuduhan rambang keatas juruterbang Kapt (belum Allayarham lagi ye) mesti kena U-turn sebab nak minta maaf atas fitnah tidak memunkinkan kecuali keluarga beliau pemaaf
selama 16 tahun terus menerus fokus kpd dna air mani bulu konek anwar saja.
16 tahun terus dgn cita liwat sex lucah saja. 16 tahun menyebar fitnah siang mlm pagi petang.
jgn ingat dgn kuasa, dgn semua kekuatan negara boleh ditundukkan, jgn ingat Allah itu tidor.
HENTIKAN KEZALIMAN KPD ANWAR IBRAHIM. itu saja jawapannya.
tak guna panggil geng habi2 utk selawat kalau kezaliman diteruskan dan ditutup.
jgn sampai Allah kata sudah sampai masanya Aku menunjukkan kuasa kerana penzalim rasa Aku tidor selama ini.
ini bukan tuduhan tapi org beriman kena berfikir begini
"persoalan mengapa tiada tindakan drp (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik?" Jwpan nya TUDM dipimpin oleh ketua yg telah dicucuk hidungnya oleh umno. Mcm lah pembunuhan Altantuya, Hanya mengikut arahan drp pemimpim pasik tiada pertimbangan atau pendirian pandukan keimanan. Syukurlah kita krn x ditakdirkan mnjadi barua spt mereka.
Kalau tidak dicucuk hidungnya mana mungkin dpt jadi ketua. x faham lagi ke?
semua kaki temberang dlm kabinet patut letak jawatan.
Bodoh punya T.menteri dia ingat parlimen ni Pentas Raja Lawak.Malang sungguh Malaysia yg mempunyai ahli kabinet yg gila glamor.
Patutlah hari tu big boss tudm beriye2 menafikan sampai tegang urat leher....tengok body language dia pun da tau something is wrong!!!
Heeeeeee turun
Sudah brp kali TIPU
sudah brp 'puloh' kali TIPU
sudah brp "ratus" kali kena TIPU
kes2..
--13 Mei
--Memali
--Al-Maunah @ Jenalik
--Prebet Adam
--Anak Thambi dgn gadis sunti
--LIWAT 1
--CINA doll
--LIWAT 2
--Sumpah 1
--Sumpah 2
--Sumpah 3
--Lahad Datu
--Syiah
--Altantuya
--Teoh Beng Hock
--Sarbaini
--Kugan
--Aminurrasyid dan bnyk lagi
--Perwaja
--PKFZ
--Kapal selam/Scorpine
--Satu TRILLION duit dah pindah lari kat luar negri!?
Ada sapa2 mau PERCAYA lagi ka?? itu..itu..itu Lebai pon sudah pandai TIPU auta SANDIWARA promo pil Kuddha jugak, sejak 'kawtim' sembunyi2 ddlm gelap dgn ini setan2 yg dikenali!
Woi! woi! ada nampak?
jgn BUTA lo!
U turn ni yg slalu kerana ade arah nk tuju. Ade jugak buat u turn bukan masa Dan tempat. Yg Tu babuk namanya
Letak jwatan hanya akan berlaku jika sultan2 yg arah.
penumpang mh370 ada di diego garcia
>>> http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=13579
Rakyat patut buat u turn dengan menolak tolak BN auta PRU14
Yang komen kat sini semuanya Anonymous2 belaka, kemungkinan orang yang sama, kecuali saudara U-turn, itu pun kaki lucah. Sedap menghentam Menteri berkenaan, suruh Anoynimous sendiri beri briefing depan wartawan asing, mungkin kaku tak terkata. Saudara U-turn, berhemahlah sikit, walaupun anti-kerajaan. Ini kan forum umum. Bagi pihak pembangkang buat siasatan, mungkin terkial-kial,lebih teruk lagi. Wassalam.(aku pun nak sign as Anoynimous WA lah, maaf ya, hak masing2 kan).
PRU14 kita anak muda nak bungkus BN untuk buat sejarah, bekas pemerintah di Malaysia, macam sejarah melaka insyaallah
PRU14 kita anak muda nak bungkus BN untuk buat sejarah, bekas pemerintah di Malaysia, macam sejarah melaka insyaallah
Catat Ulasan