6 Nov 2013

Malam Pertama Presiden Mursi di Penjara Burj Arab


Kaherah - Sumber keselamatan Mesir menyebutkan bagaimana Presiden Mursi menghabiskan malam pertamanya, Isnin (4/11/2013) di penjara Burj Arab, Alexandria.

Beliau menghabiskan malam itu dengan melaksanakan solat, tilawah Al-Qur’an dari waktu asar hingga subuh.

Menurut sumber yang tidak mahu disebutkan identitinya, setelah sampai di penjara, Presiden Mursi menerima baju seragam penghuni penjara. Seragam itu berupa baju olahraga yang berwarna putih. Presiden Mursi juga menyerahkan baju jas rasmi yang dikenakannya saat menghadiri persidangan di Kaherah. Baju itu disimpan di tempat penitipan para penghuni pejara.

Begitu sampai di tempatnya, Presiden Mursi didatangi seorang pegawai penjara. Mereka berdua berbincang-bincang selama sekitar satu jam. Pegawai itu menerangkan peraturan yang harus dipatuhi di penjara itu. Di antara yang dikatakan pegawai itu, “Pak, engkau sekarang bekas presiden. Oleh karena itu, di sini akan ada penjagaan yang ketat, dan tempatmu dipisahkan dari para penghuni penjara yang lain.”

Ketika mendengar azan asar, Presiden Mursi langsung mengambil air wudhu. Lalu beliau melaksanakan soalat di tempatya yang baru. Tempat itu berupa dua buah kamar yang terletak menempel di rumah sakit penjara.

Menurut sumber informasi itu, di dalam tempat Presiden Mursi terdapat pesawat television, kulkas, meja tamu dan tempat tidur.

Di malam harinya, Presiden Mursi tampak tenang dan tidak banyak aktiviti. Awalnya beliau menghidupkan television, tapi kemudian beliau tenggelam dalam solat dan tilawah Al-Qur’an hingga waktu subuh. -sumber asal:dakwatuna

Macai UMNO Bakal Lunyai: Pengeluar Bihun Mahu Saman


Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.


Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang.

Cegah Jenayah, Wanita DAP Selangor Edar Wisel Percuma


Wanita DAP Selangor melancarkan kempen keselamatan awam memerangi jenayah dengan mengedarkan 1,000 wisel percuma di sekitar Pasar Seri Kembangan, semalam.

Wisel itu diedarkan kepada orang awam, penjaja dan pemilik restoran.

Menurut Ketuanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh, langkah itu wajar yang mampu menghalang berlakunya jenayah.

“Pihak polis juga bersetuju, kaedah meniup wisel ini boleh menghalang jenayah berlaku malah boleh membantu memudahkan tertangkapnya penjenayah,” ujarnya.

Menurut ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, kempen sebegini perlu digalakkan supaya masyarakat turut bekerjasama memerangi jenayah yang berlaku di sekitar kawasan mereka.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Evonne Lee dan Medaline Chang.

Menurut Evonne, selain usaha itu, pihak polis yang melakukan rondaan juga perlu dipertingkatkan terutamanya di kawasan panas lebih-lebih lagi golongan wanita sering menjadi mangsa jenayah.

“Dua kes yang berlaku baru-baru ini masing-masing di Taman Bukit Belimbing dan Kampung Seri Kembangan, mangsa adalah wanita. Justeru kita berharap, dengan usaha ini dan kerjasama pihak keselamatan, jenayah mampu dibanteras dengan lebih berkesan,” katanya -Roketkini.

[VIDEO TERKINI] Dr.Mursi Suarakan 7 Bantahan Di Sidang Pengadilan

Kaherah -Dalam persidangan semalam, Presiden Mursi hadir dengan mengenakan pakaian jas rasminya. Beliau tampak tenang dan teguh dalam mempertahankan sikapnya.

Dalam kesempatan di persidangan tersebut, Presiden Mursi sempat menyampaikan tujuh hal. Seperti disampaikan oleh sumber informasi yang berkesempatan masuk ke ruangan dan menghadiri sidang hari Isnin (4/11/2013).

Pertama, Presiden Mursi menunjukkan simbol R4BIA. Beliau lalu berkata kepada hakim yang memimpin sidang, “Aku adalah Dr. Muhammad Mursi Ayyath. Akulah presiden Mesir yang sah. Sedangkan engkau tidak sah (menjadi hakim).”

Kedua, “Apa yang terjadi pada tanggal 3 Julai adalah kudeta. Itu adalah sebuah pengkhianatan.”

Ketiga, “Aku menuntut pengadilan menghentikan hal yang lucu ini.”

Keempat, “Aku berada di sini kerana dipaksa, tanpa kehendakku. Aku berharap peradilan Mesir tidak terlibat dalam kudeta militer ini.”

Kelima, “Keputusan melimpahkan kes ke pengadilan dikeluarkan oleh pihak yang tidak ada kuasa. Berasal dari kumpulan yang ditunjuk oleh penguasa kudeta.”

Keenam, “Aku menolak semua tuduhan yang ditujukan kepadaku. Kerana semua tuduhan itu berasal dari pengkudeta.”

Ketujuh, “Kalian (para hakim) akan dimintai pertanggung-jawabannya kerana tidak membiarkanku keluar dari ruangan ini untuk melaksanakan tugasku sebagai presiden Mesir.”

Beberapa sumber informasi juga menekankan bahawa 14 orang yang dituduh dalam kes ini menolak untuk tunduk dan menolak keabsahan persidangan kes ini.

Bahkan Muhammad Beltagi berkata kepada hakim, “Aku punya 10 alasan faktual dan konstitusional yang mengesahkan ketidak-absahan persidangan ini.”

Namun 10 alasan ini belum sempat disampaikan, beliau meneriakkan “Jatuh-jatuh pemerintahan militer.” Kemudian Dr. Salim Awwa dan anggota kumpulan pembela juga meneriakkan jeritan “Rakyat ingin membela Presiden,” “Rakyat ingin konstitusi Presiden.”

Ketika suasana sudah gawat, majlis hakim memutuskan untuk menutup persidangan, dan menundanya hingga bulan Januari tahun mendatang.

Presiden Mursi duduk di dalam kurungan tertuduh, dikelilingi oleh 14 orang lainnya yang berdiri. -sumber asal:dakwatuna


Muhammad Mursi Melawan Saat Diadili


Presiden (terguling) Mesir Muhammad Mursi mempersoalkan kesahihan authoriti lembaga peradilan di negara tersebut. Kata Mursi, peradilan tidak punya dasar apa pun untuk menyeret dirinya ke dalam persidangan. Menurutnya semua lembaga negara di Negeri Piramid itu adalah tidak sah.

"Saya Muhammad Mursi, presiden republik ini (Mesir). Saya Presiden Mesir (yang) sah. Anda (peradilan) tidak punya hak melakukan persidangan terhadap presiden (yang sah)," tegas Mursi, Isnin (4/11) waktu setempat.

Pernyataan Mursi membuat persidangan paling hangat bagi negeri itu ditunda. Panel hakim memutuskan untuk kembali membuka persidangan serupa pada 8 Januari 2014 mendatang. Namun persidangan apa pun terhadap Mursi tetap dianggap ilegal dan inkonstitusional.

Peradilan Kaherah memulai persidangan terhadap Mursi, Isnin (4/11). Persidangan tersebut juga menyeret 14 nama tokoh senior Ikhwanul Muslimin (IM) lainnya. Persidangan tersebut adalah kemunculan Mursi pertama kali di hadapan khalayak pasca penggulingannya 3 Julai lalu. Anadolu Agency menyiarkan, persidangan terhadap Mursi dilakukan di Aula Akademi Polis Mesir di Ibu Kota Kaherah.

BBC News mencatat sekira 20 ribu kakitangan keselamatanbersenjata lengkap bersedia mengawal persidangan ini. Mursi tiba dengan stelan jas warna gelap dengan kemeja warna terang. Mursi sampai di aula sidang sekira pukul 07.30 waktu temoatan. Pendukungnya meneriakkan jeritan dukungan terhadap presiden sokongan kumpulan Islam terbesar di negeri itu. Panel hakim membuka persidangan tepat sejam kemudian.

Mursi sempat melemparkan senyum dan memberikan tanda empat jari ke para pendukungnya. Simbol empat jari, dengan ibu jari tertekuk adalah ikon tenar perjuangan kelompok pendukungnya. Mursi memasuki ruang sidang sebelum tokoh IM lainnya mengikuti. Tampak dijejeran tertuduh lain adalah Essam el Erian, Mohammed al - Beltagi dan Ahmed Abdel Aatie. Tiga nama terakhir adalah pentolan kelompok Islamis Mesir.

Desakan pertama dua hakim adalah meminta Mursi mengganti stelan jas dengan pakaian tahanan. Mursi tegas menolak dan memerintahkan hakim membebaskan kurungan terhadapnya. "Saya adalah presiden yang sah. Biarkan saya melaksanakan tugas saya (sebagai presiden)," sambungnya.

Hakim juga mendesak Mursi menerima pengacara negara untuk mendampinginya. Peradilan mengutus nama Mohamed Selim al - Awa sebagai pendamping. Tapi Mursi sekali lagi menjawab tidak memerlukakan peguam untuk dirinya. Aksi penolakan Mursi itu memaksa hakim menghentikan persidangan. Hakim menutup persidangan sekitar pukul 10.00 waktu setempat. Mursi kemudian dibawa ke Penjara Burj al-Arab di Alexandria. Polis membawanya dengan sebuah helikopter dengan persenjataan lengkap.

Mursi terancam hukuman mati setelah Pendakwaraya Mesir mendakwa dirinya sebagai pembunuh. Mursi dituduh melakukan tindakan provokasi yang membuat puluhan demonstrasi anti-Mursi dan IM terbunuh di Istana Presiden Disember 2012. Saat itu, Mursi masih menjawat sebagai Presiden Mesir. Tuduhan terhadapnya dilayangkan setelah pemenang pemilihan umum 2011 itu digulingkan secara paksa oleh menteri Pertahanan dan Panglima Militer Jenderal Abdel Fattah el-Sisi 3 Julai lalu.

Sejak dikudeta, Mursi pun dipenjarakan. Seorang ahli kumpupan Pembela IM Mohammed Tousson mengatakan tertundanya persidangan adalah bukti agenda culas pemerintahan ilegal di Kaherah. Menurut Tousson, Mesir masih menganggap Mursi sebagai presiden hingga 2016 mendatang.

"Saya tidak ragu jika dirinya (Mursi) melawan dan membela diri sampai penghabisan," kata dia, seperti disiarkan Aljazeera, Selasa (5/11). Tousson menambahkan, pengadilan apa pun terhadap Mursi adalah bentuk kesewenang-wenangan.
-sumber asal:republika



5 Nov 2013

Rakyat Sudah Buat Keputusan, Persetankan Polemik Majoriti

Sg Limau: Mengapa majoriti PAS merosot?

Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam berturut-turut.

Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.

Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".

Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Allahyarham pada PRU13 lalu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Apapun justifikasi yang dibuat, ia sekadar alasan klise bagi menampakkan kejayaan yang diperoleh parti masing-masing dan sikap itu adalah biasa bagi parti-parti politik bertanding yang tidak mahu dilihat kalah dan lemah.

Tapi ada menariknya juga bila Umno BN mengaku mereka tidak kalah, dengan kata lain mereka juga menganggap mereka menang.

Apa kesannya? Kesannya adalah terhadap janji Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mengambil Sungai Limau Sebagai Dun angkat Menteri Besar.

Jadi dengan mendakwa mereka juga menang, maka ia telah mengikat janji Mukhriz itu. Lalu rakyat Sungai Limau berhak menuntut janji itu dari BN dan Mukhriz perlu segera mengisytiharkannya.

Saya tidak mahu mengulas panjang soal Dun angkat itu kerana ia soal tanggungjawab pemimpin untuk "menepati janji", tetapi saya mahu memberi sedikit pandangan atas isu jumlah majoriti yang diperdebatkan.

Bagi saya, post-mortem PAS yang akan dibuat sedikit masa lagi tentu sekali akan merungkai faktor penurunan jumlah majoriti itu.

Sebelum mereka melakukan bedah siasat itu, izinkan saya memberi sisi pandang saya berdasar 10 hari saya berkampung dalam membuat liputan di sana.

Ia sekadar analisis ringkas, tetapi dirasakan boleh menjadi asas dalam perdebatan penurunan jumlah majoriti yang diperolehi PAS kali ini.

Bagi saya, asas kepada penurunan jumlah majoriti ini adalah faktor calon itu sendiri.

Jika diimbau kembali, PRU13 lalu adalah penyertaan kali kelima Allahyarham Ustaz Azizan bertanding mempertahan Dun Sungai Limau (dahulu dikenali Dun Sala) yang dimenanginya sejak PRU ke-9 pada tahun 1995.

Hakikatnya ketika mula bertanding pada 1995, Allahyarham Ustaz Azizan hanya menang dengan majoriti 196 undi sahaja.

Pada waktu itu beliau mendapat 8,367 undi menewaskan calon BN yang mendapat 8,171 undi.

Majoriti itu meningkat sehingga yang tertinggi pada PRU2008 iaitu dengan 3,212 undi sebelum menurun pada PRU ke-13 lalu dengan 2,774 undi.

Jika itu faktanya, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau dengan penampilan kali partama Ustaz Azam? Itu persoalan awal yang harus dijawab.

Fakta kedua, pada PRU13 lalu, pengundi Sungai Limau tentunya mengambil kira faktor jawatan Ustaz Azizan ketika itu yang sudah sepenggal menjadi Menteri Besar Kedah untuk terus memilih beliau.

Dengan Ustaz Azizan sebagai menteri besar, dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS, sudah tentu dua faktor berkembar ini mempengaruhi pengundinya yang yakin kemenangan Ustaz Azizan akan memberi kebaikan kepada mereka di Sungai Limau.

Cuma nasib tidak menyebelahi PAS Kedah pada PRU13, terpaksa akur bahawa rakyat mahukan perubahan kerajaan, walaupun di Sungai Limau Ustaz Azizan mengekalkan kemenangan.

Lalu sekali lagi persoalan sama timbul, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau kali ini dengan penampilan kali partama Usta Azam?

Secara jujurnya saya melihat bahawa faktor besar kemenangan Ustaz Azam adalah faktor dirinya sendiri, tanpa tidak menafikan bayangan Ustaz Azizan juga membantu kemenangannya.

Dengan mendapat majoriti 1084 undi (biarpun menurun dari yang diperoleh Ustaz Azizan pada PRU13 lalu), sudah cukup besar menampakkan penerimaan rakyat terhadap beliau untuk mewakili mereka.

Selaku seorang anak muda, kali pertama pula bertanding, dan kemudiannya menang, menggambarkan betapa pemilihan beliau sebagai calon oleh PAS adalah tepat.

Kepada Ustaz Azam, persetankan jumlah majoriti yang dipolemikkan, rakyat telah menunaikan hak mereka dengan memberi mandat kepada anda, maka tunaikanlah pula hak rakyat Sungai Limau selepas ini.

Pada saya, dengan majoriti 1,084 undi untuk penampilan pertama, dan naik melalui pilihan raya kecil (di mana seluruh jentera BN turun bertumpu untuk berkempen) anda sudah boleh dianggap wira. -HD

Anak Morsi Dilarang Masuk Ke Malaysia

Pihak berkuasa Mesir melarang anak bekas Presiden Mesir , Osama Morsi untuk datang ke Malaysia lapor agensi berita Mesir, Mena.

Menurut agensi berita tersebut, arahan menyekat Osama itu datang daripada pemerintah negara berkenaan.

Ia merupakan sekatan kali kedua dalam tempoh 24 jam yang dikenakan ke atas Osama.

Osama dikatakan mahu menaiki pesawat Egypt Air ke Malaysia semalam gagal melepasi pemeriksaan imigresen apabila namanya tersenarai antara individu yang tidak boleh keluar dari Mesir.

Sekatan serupa dikenakan pada Ahad lalu, tetapi pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah memaklumkan Osama bahawa ia hanya kesilapan prosedur.

Osama yang mengulas tindakan Mesir itu berkata, ia adalah satu lagi siri pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi.

Beliau juga menegaskan kehadirannya di Malaysia untuk menyambung pelajaran dan tiada kaitan sebarang usaha dalam perbicaraan bapanya.

Bapanya, Mohamed Morsi, presiden pertama yang dilantik secara demokrasi bakal dibicarakan semula 9 Januari 2014 atas dakwaan mencetuskan perhimpunan yang mengakibatkan kematian.

[VIDEO] Ucapan Sulung Ustaz Azam Setelah Bergelar YB


Yan - Kemenangan PAS di PRK Sungai Limau perlu dijadikan asas untuk merampas semula Kedah yanh terlepas ke tangan BN semasa pilihanraya umum yang lalu, demikian dinyatakan oleh Ustaz Mohd Azam Abd Samat di dalam ucapan sulungnya sebaik saja keputusan kemenangannya diumumkan.

Beliau telah berucap di hadapan beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat yang telah berkumpul semenjak dari awal keputusan PRK Sungai Limau hendak diumumkan malam tadi.

Mohd Azam berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan berkesan.

Menurut Mohd Azam, kemenangannya juga merupakan kejayaan kepada rakyat yang mahu PAS kekal mewakili mereka di DUN Sungai Limau, mstar dipetik.

"Ini merupakan satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memartabatkan hak rakyat.

"InsyaAllah saya akan melaksanakan amanah ini dengan berkesan dan beri kebajikan kepada rakyat di Sungai Limau," katanya kepada pemberita selepas diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada Isnin malam.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Menerusi saingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Azam menang ke atas calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi memperoleh 10,985 undi.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, Mohd Azam mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera parti itu yang bekerja keras membantu kemenangannya itu.

"Terima kasih kepada pengundi yang beri kepercayaan kepada saya untuk memimpin mereka.

"Terima kasih juga kepada seluruh jentera yang bekerja kuat sejak dua minggu lalu," katanya.


Gambar & VIdeo Terkini Dr.Mursi, Beliau Dibawa Ke Mahkamah Semalam


Perdana Menteri Mesir yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Mursi dilaporkan media tempatan sudah tiba di mahkamah di Kaherah di mana perbicaraannya dijadualkan, hari ini.

Mursi dan 14 anggota Ikhwanul Muslimin berdepan pertuduhan menghasut penunjuk perasaan sehingga mengakibatkan pembunuhan dalam pertempuran di luar istana Presiden.

Kawalan keselamatan dikatakan berada di tahap tertinggi selepas penyokongnya mengadakan protes terbesar.

Mursi diguling pihak tentera pada Julai lalu.

Menurut stesen TV tempatan, Mursi tiba di bilik mahkamah, di dalam Police Academy di Kaherah.

Selain itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin, Essam el-Erian, Mohammed al-Beltagi dan Ahmed Abdel Aati juga di sana.

Mursi dilihat dari jauh memakai pakai seperti rakyat tempatan, lapor radio tempatan.

Dr Morsi bercakap pada Essam Erian :

"Sampaikan salam dariku pada saudara perjuangan yang lain. Katakan pada mereka, aku adalah saudara mereka, Morsi, akan terus teguh berdiri."


Morsi Dibawa Ke Mahkamah Untuk Pengadilan


Presiden Mesir digulingkan, Mohamed Morsi, telah dibawa dari lokasi rahsia penahanan empat bulan untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan.

Penampilan Morsi pada hari ini (Isnin) di Akademi Polis di daerah Kaherah timur adalah penampilan awam pertama sejak penggulingan tentera dirancang beliau pada 3 Julai.

Jika sabit kesalahan, Morsi - presiden pertama yang dipilih secara bebas Mesir - boleh menghadapi hukuman mati.

Sejak kejatuhan beliau, Morsi telah diletakkan di lokasi rahsia tentera. Beliau telah diterbangkan pada hari Isnin ke tempat perbicaraan dengan helikopter.

Morsi akan menghadapi tuduhan bersama-sama dengan 14 tokoh Ikhwan dan sekutunya - termasuk Mohamed el- Beltagy dan Essam el- Erian - berhubung kepada pertempuran Disember lepas di luar istana presiden yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 terbunuh.

Beliau bersama- defendan telah dibawa ke tempat dari penjara mereka di pinggir bandar selatan Kaherah dengan kereta perisai polis.

Perbicaraan adalah penuh dengan risiko dan datang di tengah-tengah suasana yang sangat tegang dengan negara yang mengalami polarisasi yang pahit, dengan perpecahan mendalam diantara penyokong Morsi yang Islamis di satu pihak dan pasukan keselamatan Mesir dan umat Islam yang dikatakan sederhana, golongan sekular, Kristian dan wanita di satu pihak yang lain.

Dalam perubahan saat-saat akhir, pihak berkuasa sejak pada hari Ahad telah mengawal ketat lokasi perbicaraan, satu langkah yang nampaknya bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan besar-besaran yang dirancang oleh Ikhwan Muslimin, kumpulan yang Morsi mewakilinya.

Keselamatan yang ketat

Keselamatan adalah ketat di sekitar tempat perbicaraan pada hari Isnin, dengan beratus-ratus polis rusuhan berpakaian hitam yang dibantu oleh kereta perisai dikerahkan di sekitar kompleks tersebut. Beberapa kenderaan berperisai milik tentera telah dikerahkan juga.

Jalanraya yang membawa kepada lokasi perbicaraan di Akademi Polis telah ditutup, dengan hanya kakitangan dan wartawan yang dibenarkan memasuki perkarangan tersebut.

Akademi ini juga digunakan untuk perbicaraan semula lagi bekas presiden - Hosni Mubarak - digulingkan dalam pemberontakan 2011. Beliau dituduh gagal menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan.

  Sejak menggulingkan beliau, Morsi telah diletakkan di lokasi tentera rahsia dengan komunikasi yang terhad dengan dunia luar.

Dia mungkin terpaksa mewakili dirinya sendiri dalam perbicaraan, peguam Ikhwan telah berkata.

Dalam tempoh empat bulan tahanan, Morsi telah banyak disoal dan telah dinafikan untuk bertemu dengan peguam beliau. Beliau telah bercakap sekurang-kurangnya dua kali melalui telefon kepada keluarga beliau dan menerima dua delegasi asing.

Penyokong Ikhwan telah menggelar tahanan Morsi sebagai suatu penculikan secara terang-terangan, dan Morsi tetap enggan untuk bekerjasama di penyiasatan beliau.

"Tujuh yang lain, yang merupakan ahli dan penyokong Ikhwanul Muslimin, telah dikecualikan oleh pendakwa daripada kes itu ... ini juga akan dibawa sehingga dalam perbicaraan itu," kata Mohamed al- Damati, ahli pasukan pertahanan, memberitahu Al Jazeera pada hari Ahad.

Al- Damati berkata Morsi mengelakkan dari menjawab soalan-soalan dalam soal siasat, kerana menganggapnya sebagai "tidak sah".

Beliau berkata pasukan peguambelanya, yang tidak mempunyai akses kepada Morsi, menerima dokumen kes mahkamah hanya pada malam Sabtu, walaupun permintaan telah difailkan lebih 20 hari lalu.

Tidak seperti perbicaraan Mubarak, prosiding terhadapnya Morsi tidak mungkin akan disiarkan secara langsung dan Morsi mungkin akan dibawa balik ke tempat dia telah diadakan bukannya dipindahkan ke penjara biasa selepas sesi pertama, kerana khuatir para penyokong beliau akan berpaling menjadikan penjara sebagai "titik tumpuan bantahan tidak berkesudahan ."

Ledakan keganasan

Selepas penyingkiran Morsi, Mesir telah menyaksikan salah satu ledakan terburuk keganasan dalam beberapa dekad.

Pada 14 Ogos, pihak keselamatan memaksa kem yang ditubuhkan oleh penyokong Morsi dirobohkan, yang membawa kepada zaman pergolakan yang menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Sejak itu, insiden keganasan berganda : kereta pengebom berani mati cuba membunuh Mohammed Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, pada bulan September, dan berpuluh-puluh anggota pasukan keselamatan telah terbunuh dalam rentetan memandu-oleh tembakan, letupan dan bom kereta.

Gereja telah dibakar dan dalam serangan di Kaherah pada bulan lepas, lima anggota kesalamatan dan seorang Muslim terbunuh dalam oleh penembak yang tidak dikenali berhampiran sebuah gereja.

Kumpulan Ikhwan telah memanggil perhimpunan besar-besaran pada hari Isnin, manakala Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan penggunaan sejumlah besar pasukan keselamatan untuk mengawal tempat perbicaraan.

Sementara itu, akhbar yang terkenal dengan hubungan rapat dengan tentera yang disiarkan pada hari Ahad apa yang kelihatan seperti gambar-gambar yang pertama Morsi daripada tahanan itu.

Harian El- Watan menerbitkan transkrip kenyataan yang dikatakan telah dibuat oleh Morsi dan diambil daripada video, menerangkan beliau sebagai "ternafi secara total" dan berkata "Saya adalah presiden yang sah republik ini, mengikut perlembagaan ".

Kemudian pada hari itu, ia mencatatkan video yang menunjukkan Morsi memakai pakaian trek biru, duduk di atas kerusi dan bercakap dengan tenang.

Kertas ini memetik beliau sebagai berkata : "Saya akan mewakili diri saya di hadapan mana-mana mahkamah ... saya tidak terlibat dalam pembunuhan penunjuk perasaan ... saya akan memberitahu hakim itu."

Seorang pegawai tentera berkata video itu telah dibocorkan kepada akhbar itu untuk memberi penyokongnya pandangan pertama bekas presiden untuk mengurangkan kesan kejutan penampilan awam pertama.
-aljazeera/terjemahan bebas oleh GB



Anehnya perbicaraan Dr Mursi


Awal November ini tentunya menggembirakan penjawat-penjawat awam kerana banyak cuti umum antaranya Hari Deepavali, Awal Muharram dan Kelantan/ Pahang cuti peristiwa selain cuti Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan.

Tetapi hari ini 4 November juga mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi akan dihadapkan ke mahkamah sekira-kira 4 jam dari sekarang. Lokasi awal yang dijangka dibicarakan iaitu di Kolej Pegawai di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini.

Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada sebarang siaran langsung "live" akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas.

"Begitulah dunia ini. Di tangan Allah segala kekuasaan. Dia mahukan siapa memimpin, Dia juga mahukan siapa yang jatuh. Dulu Dia mahukan Mursi, hari ini Dia hinakan Mursi menggantikan tempat Mubarak," ulas seorang penyokong tegar Abdul Fattah Sisi kepada saya melalui Facebook.

Akhir-akhir ini, Facebook saya sering jadi sasaran penyokong-penyokong tegar As-Sisi. Terdapat dikalangan mereka ahli tariqat sufi di Mesir tetapi oleh kerana masyayeikh mereka menyokong Sisi bahkan melabelkan Ikhwan sebagai "Khawarij" dan menghalalkan darah penyokong Ikhwan, maka mereka juga menyokong masyayeikh mereka membuta tuli.

Bila saya tanya kenapa benci Ikhwan, jawab mereka "kerana Ikhwan menjual agama untuk politik sempit mereka." Jawapan sama yang diberikan oleh JKKK kampung di Malaysia. Nanti saya akan ulas golongan pentaksub ini, terdapat segelintir mereka ini yang bersama-sama saya ke Aswan bagi menghadiri Maulid Syeikh Soleh Jaafari dan merupakan Abna' Jaafariyah.

Orang bertanya, apa kes yang Mursi dibicarakan? Berapa billion harta negara dilesapkan? Berapa juta nilai cincin atau rantai yang dimiliki oleh isteri Mursi, Puan Najla' Mahmud yang dirompak dari duit rakyat? Berapa banyak kes rasuah dan penyelewengan yang akan dihadapkan kepada Mursi hari ini?

Menurut sumber berita, hanya satu tuduhan iaitu pembunuhan penunjuk perasaan di hadapan Istana Ittihadiyah, istana yang dijadikan pejabat rasmi oleh Mursi. Mursi dituduh terlibat merancang dan membunuh rakyat dalam himpunan yang diadakan di hadapan istana ini.

Turut disenaraikan sebagai tertuduh ialah 14 orang yang lain iaitu Naib Presiden FJP, Dr. 'Esom 'Eryan, As'ad Syaikhah (Timbalan Ketua Turus Jabatan Presiden), Ahmed Abdul 'Athi (Ketua Kakitangan Pejabat Presiden), Aiman Abdur Raouf (Penasihat Presiden), Dr.Mohammed Beltaji (Bekas MP Ikhwan) dan beberapa aktivis pemuda yang lain.

Peristiwa berdarah Ittihadiyah berlaku selepas himpunan ganas yang dicetuskan oleh pemuda-pemuda sekular anti-Mursi tahun lalu. Antara yang terlibat ialah pemuda "Gerakan Kebangsaan" yang diketuai oleh Hamdeen Sobahi yang kemudian bergabung dalam "Barisan Penyelamat Mesir" dengan Amru Musa dan Dr.Mohammed El-Baradei (yang telah cabut lari ke luar negara sekarang).

Mereka berkumpul di hadapan pejabat Mursi ini tetapi Mursi tidak pernah mengarahkan himpunan ini dileraikan dengan kejam seperti yang dilakukan kepada penyokong beliau 14 Ogos tahun ini di Raba'ah. Bahkan mereka dibiarkan untuk berdemonstrasi dan berkampung di hadapan istana tersebut semahu mereka tetapi dengan syarat dilakukan secara aman tanpa sebarang provokasi.

Tetapi, malangnya sikap toleransi Mursi itu telah menjadikan mereka 'besar kepala'. Mereka meminta bantuan kumpulan militia samseng upahan untuk memanjat tembok istana, membakar halaman Masjid Umar bin Abdul Aziz, masjid yang terdapat dalam kawasan istana, membakar pintu istana dan cuba menyerang konvoi kenderaan rasmi Mursi. Lalu kita saksikan bagaimana para pemuda Ikhwan terpaksa dikerahkan untuk mengawal istana tersebut sebagai "Unit Amal" selepas pasukan polis teramat lemah dan pengecut untuk mempertahankannya.

Ia semuanya atas arahan Menteri Dalam negeri ketika itu, Ahmed Gamaluddin yang dikenali pro-Mubarak. Akhirnya, unit-unit Amal ini diserang dan 11 orang pemuda Ikhwan syahid dibunuh oleh militia samseng.

Peguam Negara yang dilantik oleh Mursi, Tala'at Abdullah sebelum ini telah membuka fail siasatan bagi mengheret dalang-dalang yang terlibat termasuk antara yang disenaraikan untuk disiasat Hamdeen Sobahi serta pengacara-pengacara TV swasta yang mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

Namun, kesemuanya tiada penghujung apabila Tala'at sendiri disingkirkan. Tiba-tiba hari ini, yang dituduh ialah Mursi dan pimpinan Ikhwan. Yang kena serang pejabat beliau, yang diceroboh ialah bangunan beliau tetapi apabila mereka pertahankan, mereka yang dituduh bersalah. Undang-undang apakah ini kalau bukan dendam kesumat yang ada dalam hati pejabat pendakwaraya serta hakim-hakim lantikan Mubarak?

Seperti juga dakwaan yang sedang dihadapkan kepada Mursyidul 'Am Ikhwan, Dr.Mohammed Bad'ie, dua orang Naib beliau serta beberapa anggota Maktab Irsyad. Dakwaan kononnya mencetuskan huru-hara di hadapan Pejabat Ikhwan di Muqattam. Yang menyerang dan membuat huru-hara itu golongan pemuda 6 April serta puak anti- Mursi. Pejabat Ikhwan dirosakkan, dicuri kelengkapan pejabat sebelum dibakar. Tiba-tiba yang dihadapkan ke mahkamah ialah Mursyidul Am, sepatutnya yang membakar, merosak dan mencuri itu yang sepatutnya dibicarakan.

Para penentang perbicaraan kini berada di hadapan Mahkamah Perundangan.

Tapi, lihatlah hari ini, rakyat sama sekali tidak akan membiarkan Mursi keseorangan. Jutaan lagi mereka akan keluar secara aman di seluruh negara. Semoga Allah kuatkan hati Mursi.


-fb alhukum



Trial of Mohamed Morsi at Police Academy begins, suspended


The judge presiding over the trial of deposed president Mohamed Morsi on inciting murder charges temporarily suspended the first session of the trial on Monday morning as defendants chanted in cage asserting the trial is illegitimate, reported Egypt state TV.

Morsi, who was ousted by the army on 3 July amid mass protests against him, has reportedly announced that he would not recognise the authority of any courts claiming he remains the country's legal president.

The trial proceedings are not being aired.

Morsi and 14 other senior Islamists and Muslim Brotherhood figures are standing trial on charges of inciting violence and murder at the Ittihadiya presidential palace clashes in December 2012.

At least ten died in the clashes, which broke out after pro-Morsi protesters attacked a sit-in held by opponents of a presidential decree which had granted the Islamist leader expanded powers.

Morsi arrived at court earlier than expected on Monday, amid security concerns over possible violence by his supporters.

The deposed president had been transported by helicopter to court at the Police Academy in New Cairo earlier in the morning.His co-defendants were transferred to court via armoured vehicles from south Cairo's Tora prison.

Seven of the defendants are still at large and will be tried in absentia, including Islamist activist Ahmed El-Mogheer and preacher Wagdi Ghoneim.

Ayman Nihad, lawyer for 14 of the defendants, told Ahram Online he would request incorporating reports into the case that accuse then interior minister Ahmed Gamaleddin of "responsiblity for the killings."

The attorney said he would also request access to all documents in the case after the court had denied lawyers permission to examine evidence prior to Monday's opening session.

Lawyers and journalists who have the appropriate permits have begun entered the court shortly after 10am. Security arrangements by both police and military surounding the court have been intensified.

The pro-Morsi National Alliance to Support Legitimacy on Sunday reiterated its call for supporters to rally at the court on Monday.

According to Ahram Online reporter outside the academy, several dozen Morsi protesters have gathered near army barricades surrounding street entrances to the trial venue chanting "down with military rule," and "With our lives and blood we defend Islam."

Morsi supporters also chanted against general commander of the armed forces Abdel-Fattah El-Sisi.

Many pro-Morsi protesters are reluctant to speak to the media unless its Qatari-owned Al-Jazeera channel.

However, Gamal Azzab, one pro-Morsi demonstrator told Ahram Online: "I'm not a protester. I’m a sympathiser with president Morsi after the coup has sabotaged his legitimacy. The 2012 constitution that all Egyptians had voted for states that a president stays for four years."

Meanwhile, a few anti-Morsi protesters chanted "down with the traitor, down with the terrorist."

Defence attorneys for the deposed president include prominent lawyer and Islamist thinker Mohamed Selim El-Awa who reportedly recieved a warm welcome by Morsi loyalists who chanted: "Where is the press, the honourable man is here."

El-Awa, a former presidential candidate, complained that many of Morsi's lawyers are not being allowed into court.

According to the Brotherhood's Freedom and Justice Party website, only 4 out of 28 of Morsi's lawyers were allowed in court.

"This did not happen during Mubarak's trial," El-Awa told reporters outside the court.
-al-ahram (sorry, tak sempat nak terjemah -GB)



4 Nov 2013

[KEPUTUSAN RASMI - VIDEO] PAS Menang Majoriti 1084 Undi


PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini, lapor akhbar pro-UMNO, Berita Harian.



MSTAR melaporkan:

DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS


YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.

Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.

Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,069 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,985 undi.





9.00 pm Rasmi:

BN 10,985
PAS 12,069
Majoriti: 1,084

ULASAN GB

Dengan segala macam tekanan, dengan segala macam hamburan projek juta-juta, dengan segala macam provokasi dan penipuan, dengan segala macam longgokan fitnah.. PAS akhirnya menang juga sekalipun undi merosot.

Ini plihanraya kecil. Memang undi merosot kerana seluruh tumpuan kerajaan persekutuan ke Sungai Limau. Bak kata Zulkifli Sulong di TMI, "Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya."

Yang penting, kita hendaklah yakin dan beriman kepada Allah swt. Dia yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jangan yakin dan beriman kepada SPR. Walaupun betapa banyak penipuan sekalipun diaturkan oleh mereka, jika kita yakin dan beriman kepada Allah swr, kita akan tetap MENANG juga. jadikan itu sebagai iktibar dan azimat untuk menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Tahniah Ustaz Azam,
Tahniah Mahfuz Omar & PAS Kedah,
Tahniah semua para petugas dari semua parti dalam Pakatan Rakyat,
Tahniah kepada semua yang berdoa.... agar PAS kekal di Sungai Limau...

Semuga roh Allahyarham Tan Sri Azizan tenang di sisiNya.... perjuangannya akan diteruskan oleh anak muda bernama YB Mohd Azam Abdul Samat.

[KEPUTUSAN TERKINI] PAS Menang Majoriti Sekitar 1000 Undi [updated]


PAS mendahului dengan kira-kira 700 undi mengikut keputusan tidak rasmi jam 7.20 malam dan 1083 undi pada jam 7.32 pm

7.35pm PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN, malaysiakini dipetik.

Keputusan Tidak Rasmi
PAS 12,068 BN 10,985

7.32pm Tidak rasmi (daripada pusat perjumlahan undi BN): PAS dahului dengan majoriti 1,083 undi.

Daripada PAS pula, keputusan tak rasmi tunjukkan PAS depani dengan majoriti 1,118 undi.

Keputusan tidak rasmi 7.20 malam

PAS - 8,276
BN - 7,506
Majoriti PAS 770
Undi rosak - 61


Keputusan RASMI PRK N.20 Sungai Limau

Matang Buluh -

PAS : 924
BN: 709
Majoriti : 215
Rosak : 18

Bukit Besar -

PAS : 1556
BN : 443
Majoriti : 1113
Rosak : 13

Simpang 3 Luar :

PAS : 738
BN : 574
Majoriti : 164
Rosak : 8

Selengkoh

PAS : 370
BN : 503
Majoriti : -133
Rosak : 3

Kabu 10

PAS : 768
BN : 874
Majoiriti : -106
Rosak : 6

Sedaka

PAS : 622
BN : 638
Majoriti : -16
Rosak : 3

Padang Lumat

PAS : 339
BN : 366
Majoriti : -27

Batu 16

PAS : 484
BN : 425
Majoriti : -193
Rosak : 3

Simpang 3

PAS : 397
BN : 794
Majoriti : -397
Rosak : 5

[LIVE] Bergambar: PRK Sungai Limau: Hari Ini Hari Mengundi -updated


Hari ini, penduduk Sungai Limau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia September lalu.

Ini adalah pilihan raya kecil pertama semenjak 28 tahun kerusi DUN Sungai Limau dipegang oleh bekas Menteri Besar Kedah sepenggal itu dan masyarakat kampung di sini teruja dan terkejut apabila menjadi tumpuan seluruh negara.

Terdapat 27,222 pengundi di Sungai Limau dan daripada jumlah keseluruhan pengundi, 93% adalah Melayu, 6% Cina manakala selebihnya adalah kaum India dan lain-lain.


Pengkritik melihat pilihan raya kali kecil ini sebagai pertarungan "maruah" bagi PAS mahupun Umno, terutamanya selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bagi PAS, kemenangan di Sungai Limau penting untuk menebus maruah mereka selepas gagal mempertahankan sebuah kerajaan negeri.

Bagi Umno pula, pilihan raya kecil kali ini penting untuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemimpin terutamanya selepas tewas dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Selain itu, ia juga ujian litmus untuk melihat sama ada pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad masih relevan ataupun tidak, apatah lagi ia adalah negeri kelahiran negarawan tersebut.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan PAS, Mohd Azam Abd Samat. -TMI

LINTAS LANSUNG


5.15 pm Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam.

5.05 pm Ada laporan menenai pengundi hantu di PRK Sg Limau:

Mangsa : Che Yah bt Jahaya dari UPU Permatang Buluh yang bernombor Kad Pengenalan : 690528 02 5654.
Lokasi Pengundian : SK Permatang Buluh. Beliau tidak dibenarkan membuang undi hari ini kerana namanya telah digunakan oleh pengundi lain.

Laporan polis telah dibuat. ~tokku

5.00pm Kesemua peti undi ditutup. Sehingga jam 4.00 ptg tadi seramai 22,642 orang atau 83.2 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

4.45pm Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria berkata, pihaknya tidak tahu menahu berhubung dakwaan seorang aktivis dewan itu yang didakwa menumbuk seorang pemimpin wanita Umno bahagian, seperti dilaporkan.

Katanya, beliau sendiri hanya mendengar perkara itu melalui laporan di portal berita.

Justeru, anggota Parlimen Padang Terap itu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasat perkara ini," katanya kepada Malaysiakini.

4.45pm Berbaki beberapa minit sebelum tempoh pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ditutup pada pukul 5 petang.

Vidso di bawah memaparkan berlaku kekecohan apabila penyokong PAS ingin menunai solat di masjid tetapi dihalang oleh penyokong BN


3.31pm Kereta dinaiki Sohaimi, calon BN, ditendang sekumpulan penyokong dipercayai daripada pihak lawan, lapor Bernama.

Sohaimi ketika ditemui pemberita di rumahnya dilapor melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu dan yakin ia bukan dilakukan penduduk tempatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan pusat mengundi SK Sungai Dedap, sekumpulan individu dipercayai penyokong PAS menendang kereta yang dinaikinya lebih 10 kali.

ULASAN GB: Nampaknya BERNAMA tak habis-habis menuduh PAS melakukan "keganasan" sekalipun TIADA BUKTI lengkap mengenai tuduhan yang mereka lemparkan. Ia semacam begitu terdesak sangat untuk memenangkan calon BN.

Di SK Dulang, berlaku kekecohan apabila penunggang motosikal yang juga anggota Unit Amal PAS terjatuh di tepi jalan dalam cubaan mengelak motosikal lain yang dipercayai ditunggang penyokong parti lawan.

Kekecohan dilapor berjaya dikawal anggota polis bertugas.

Abby Abadi bersama suami turut kelihatan (tudungnya bercap bulan amat menarik perhatian...)

2.45pm Menurut SPR, sehingga jam 2 petang, seramai 18,843 (69.22 peratus) telah mengundi.

2.45pm Beberapa akhbar online memetik laporan BERNAMA yang melaporkan terdapat adegan tumbuk berlaku. Insiden itu dikatakan melibatkan seorang pemuda Pas dari pusat daerah mengundi Sedaka dengan ketua wanita Umno Bahagian Wilayah Persekutuan.

Selain kes itu, terdapat juga dua insiden sama berlaku di kawasan Titi Batu, melibatkan seorang ahli wanita Umno yang hampir bergaduh dengan seorang perayu undi Pas, manakala satu kes lagi melibatkan seorang bergelar 'datuk' dari Kuala Lumpur yang dipukul oleh penyokong Pas menggunakan kayu bendera.

Walaubagaimana pun kesahihannya belum dapat ditentukan kerana polis masih menyiasat kejadian tersebut dan tiada maklumat lengkap mengenai "pemuda PAS" yang dituduh menumbuk itu. Tiada rakaman gambar/foto mengenai kejadian tersebut.


2.30pmSetakat jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

1.00pm SJK(C) Aik Min, Sungai Limau Luar - Nenek berusia 97 tahun, yang tertua di kawasan itu, turut tampil mengundi

Ng Ken yang dilahirkan pada 1916 tampil dengan kerusi roda dengan anak perempuannya - juga pengundi kawasan itu.

Ditanya berapa kali beliau sudah mengundi, Ng Ken menjawap: "Beh ki liao." (saya sudah lupa.)

Beliau mengaku tidak pernah terlepas pengundian sejak 1957 lagi. Sehingga ke hari ini beliau terus berbuat demikian bagi merasai suasana kemeriahan pilihan raya.

12.42pm Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang telah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari, menurut jurucakap SPR.


11.53am: Seramai 12,166 dari 27,222 pengundi (44.07 peratus) menunaikan tanggungjawab setakat jam 11 pagi, menurut Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.

11.25am SMK Bukit Besar - Balu Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.

Menurutnya, SMS tersebut mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan.

Menurutnya, SMS tersebut berlegar sejam sebelum tempoh kempen berakhir pada malam tadi.

"Tentulah saya harap PAS akan menang," katanya ketika ditemui wartawan selepas membuang undi.

11.24am Sekolah Kebangsaan Bukit Besar - Wartawan KiniTV Sumisha Naidu berkata beliau tidak menyedari bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menemubual pengundi.

Beliau merupakan antara petugas media yang diarahkan keluar dari kawasan pusat pengundian tersebut pagi ini.



"Ya ia kesalahan saya tapi ia tidak disengajakan," katanya yang memberi alasan bahawa tiga orang wartawan lain turut menemubual pengundi pada masa itu.

Oleh sebab itu, beliau beranggapan bahawa tindakan tersebut dibenarkan.

Katanya, petugas China Press juga diusir dari kawasan tersebut dalam kejadian berkenaan.

10.42 Peratusan keluar mengundi sehingga 10 pagi sebanyak 30.4 peratus.

10.15 SJK(C) Pei Hwa, Kampung Batu 17 - Terdapat provokasi kecil di kalangan penyokong PAS dan BN.

"Jangan buat kacau di sini," seorang polis yang bertugas di situ memberi amaran sambil menjarakkan mereka.


10.10 SK Dulang Besar - Terdapat khabar angin pergaduhan di Sedaka.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya berkata beliau tidak mendengarnya.

"Gaduh dalam pemilihan Umno lagi teruk," katanya kepada pemberita.

Mahfuz juga memberitahu, penyokong PAS akan berkumpul di Markas Padang Lumat selepas jam 5 petang untuk mengikuti keputusan pilihan raya dari masa ke semasa.

Menurut pegawai SPR, setakat ini, 3,927 orang (14.43 peratus) sudah keluar mengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor sebagai berkata, peratusan keluar mengundi yang melebihi 10 peratus pada sejam pertama adalah sangat baik.

9.50- Seorang wartawan KiniTv 'diusir' keluar daripada tempat pembuangan undi dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Besar (SKSB) sinarharian dipetik.

Dia diarahkan keluar oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang anggota polis yang bertugas kira-kira jam 8.15 pagi.

Difahamkan, dia diminta meninggalkan kawasan itu kerana dipercayai mengadakan temu bual bersama seorang pengundi di dalam kawasan tempat pembuangan undi.

Tindakan itu merupakan satu kesalahan menurut SPR.

9.40Ramai keluar mengundi pada sebelah pagi ini kerana khuatir hujan akan turun pada sebelah petang.



9.30 Sementara itu, akhbar Sinar harian melaporkan bahawa pihak polis menafikan ada membuat tangkapan terhadap ahli PAS yang kononnya telah dibelasah dan ditahan oleh penduduk kampung kerana menggantung patunng kaki. Blog-blog pencacai UMNO semalam telah membuat fitnah menyatakan adanya ahli PAS ditangkap polis kerana menggantung patung kaki di PRK Sungai Limau.


9.20 SMK Bukit Besar - Perayu undi BN dan PAS berkumpul berhampiran Klink Kesihatan Bukit Besar, menunggu pengundi yang hadir ke SMK Bukit Besar.

Sebahagiannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah membuang undi.


8.26 SMK Bukit Besar. Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat tiba di SMK Bukit Besar pada jam 8.26 pagi bersama isteri.

Mohd Azam dilihat masuk ke pusat pengundian diiringi beberapa pemimpin PAS termasuk Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.


Beliau kemudian dilihat keluar dari tempat mengundi kira-kira jam 8.35 pagi.

Bercakap kepada pemberita sejurus selepas itu, Ustaz Azam menyeru pengundi agar keluar awal untuk mengundi memandangkan cuaca baik pagi ini.

"Harap pengundi keluar mengundi awal kerana cuaca dijangka kurang baik tengah hari ini.

"Kita harap proses pengundian berjalan lancar dan sistem demokrasi negara ini dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

8.00 Dulang Besar - Peti undi dibuka dan cuaca baik hari ini.

Bagaimanapun, proses pembuangan undi bermula perlahan.

Di SMK Dulang, seorang jentera parti memberitahu, setakat ini hanya sepuluh pemilih yang menunaikan tanggungjawapnya di situ.

Dulang Besar antara kubu kuat BN dalam DUN itu.



Akan dikemaskinikan sentiasa

[KANTOI] Bekas Ahli UMNO Sertai UMNO, Tak Pernah Jadi Ahli PAS


Kantoi lagi..

Nama pakcik yang menangis sambil memeluk Jamil Khir dalam berita TV3 tengahari tadi ialah Sobri Wahab, ahli UMNO.

Tanyalah mana-mana penduduk Kpg. Titi Serong,semua kenal pakcik ni.PRU lepas dapat peruntukan besar dari BN untuk membaikpulih rumah.

Berlakon sambil menangis kononnya tak puas hati dengan PAS.Jamil Khir pun kenal siapa pakcik ni..

Bangkai gajah, walau ditutup dengan daun,busuknya terhidu juga..kannn.!! -fb

3 Nov 2013

Telefon Pemimpin Pakatan Diklon Untuk Sebar SMS Palsu

Yan - Seorang lagi pemimpin Pas menerima mesej berbaur fitnah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menjelang PRK Dun Sungai Limau, pagi tadi.

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mesej tersebut mungkin dilakukan oleh tangan-tangan hitam sama yang pernah melakukan perbuatan itu kepada tiga pemimpin Pas negeri Kedah dan seorang pemimpin Pas Pusat, baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej tersebut pada awalnya telah diterima oleh Setiausaha Muslimat Pas Kawasan Jerai, Zulinda Khamis, kira-kira 9.15 pagi.

Mesej itu menyebut, “kepada pengundi Dun Sungai Limau, sebelum mengundi sila ke Unit Peti Undi (UPU) Pas masing-masing untuk mengambil wang tambang sebanyak RM120 seorang. Terima Kasih daripada Penyelaras PRK Mohd Firdaus Jaafar”.

“Pada jam kira-kira 10 pagi, beliau (Zulinda) telah menelefon saya dan memaklumkan mesej yang beliau terima daripada nombor 019395XXXX. Itu bukan nombor saya dan apabila saya menelefon semula nombor itu, namun tiada jawapan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dalam perbuatan itu. Tambahan pula, dakwaan mengatakan saya adalah Penyelaras PRK juga tidak betul. Saya bukan berada di posisi itu tetapi saya berada di satu unit yang diamanahkan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Selepas mendapat khidmat nasihat daripada peguam peribadi, Mohd Jaafar menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya menafikan mesej ini dan berharap pengundi-pengundi yang menerima mesej ini ataupun siapa saja, yakinlah bahawa ini adalah fitnah yang dicipta reka oleh musuh.

“Ini bukan agenda kita (Pas) dan saya tidak terlibat secara langsung dalam PRK pun. Mana kita nak cari dana untuk bayar tambang seperti yang didakwa, ini tidak logik. Semua pengundi dibayar RM120 adalah fitnah yang cukup hebat kepada saya sebagai bekas ahli Parlimen Jerai,” katanya. -SH

SMS palsu: Niat keruhkan DAP Kedah


SHAH ALAM - Penyebaran SMS palsu yang melibatkan pemimpin DAP didakwa bertujuan untuk mengeruhkan keadaan parti itu di negeri Kedah, kata Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.

Loke turut mengesahkan bahawa beliau turut mengetahui perkara itu melalui orang ramai yang turut menerima SMS daripada nombornya semalam.

Menurutnya, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Ya saya memang dengar dan ada orang bagitahu saya menerima SMS daripada saya," kata Loke.

"Ini mungkin motif politik dan bertujuan untuk mengeruhkan DAP di Kedah. Kita akan siasat dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mendapat maklumat mengenai perkara tersebut sekaligus menyatakan akan membuat laporan polis, hari ini.

Zairil mendakwa telah mendapat maklumat daripada beberapa orang awam yang memberitahunya telah menerima SMS daripada nombor telefon yang digunanya.

Menurutnya, perkara itu telah disedarinya pada lewat petang semalam apabila menerima SMS balasan daripada orang ramai.

"Saya akan buat laporan polis sebentar lagi di IPD Pulau Pinang sebab pagi ini saya agak sibuk, ada banyak program.

"Ada ramai orang dapat SMS yang dihantar daripada nombor saya, tapi tidak dihantar daripada saya," jelasnya.

Sinar Harian Online difahamkan, Zairil telah menyedari perkara itu pada 7.45 petang semalam, apabila tiba-tiba menerima SMS respon mengenai emel palsu kononnya yang dikirimnya kepada ahli DAP untuk meraih undi.

SMS tersebut berbunyi: "Saya adalah Melayu. Dan saya mengharapkan sokongan tuan-tuan untuk mengetuai DAP Kedah,".
- SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Nombor Telefon Salahuddin Diklon, Hello Celcom Ni Apa Cerita?

Majlis Berani Hijrah: Ulamak Jamil Khir Pun Menipu Juga?


Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Hari ini Bernama melaporkan kononnya terdapat 351 orang termasuk anggota dan penyokong PAS di Sungai Limau menyertai UMNO (rujuk berita di bawah).

Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.


Mujur bapanya yang merupakan ahli PAS yang komited itu tidak ditipunya untuk menyerahkan borang menyertai UMNO.


LAPORAN BERNAMA HARI INI

351 penduduk Sungai Limau sertai Umno



YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.

Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.

Wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai Umno kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan Pas sejak pilihan raya umum 1995.

Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata Umno merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat.

Beliau yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh Pas sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.

"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada Pas tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak.

Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam Umno itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama.

Sementara itu di Rumah Kelantan, Batu 16, Padang Lumat dekat sini, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menerima borang keanggotaan daripada 20 anggota Pas yang ingin menyertai Umno.

Jurucakap mereka, Azizan Omar, 36, berkata mereka menganggotai Pas lebih 10 tahun dan kini merasakan Umno dapat membantu mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Azizan dan tujuh anggota keluarga, termasuk ibunya, Maimunah Main, 60, adalah anggota Pas bahagian Batu 16 Padang Lumat dan mendakwa bersaudara dengan bekas Adun Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu Ahmad berkata penyertaan 20 anggota Pas ke dalam Umno merupakan petanda baik kepada Umno pada saat-saat terakhir menjelang pilihan raya kecil Isnin ini.

"Saya merasakan akan lebih ramai ahli Pas sertai kami kerana satu perubahan yang besar berlaku di Kedah dengan Menteri Besar sekarang Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir," katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Ahmad berkata Jamil Khir juga menarik perhatian anggota Pas untuk menyertai Umno kerana beliau juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam.
- Bernama


Ahli UMNO Sendiri Kata UMNO Parti Lanun & Penipu!

Ini bukan lakunan atau sandiwara tetapi adalah berita bergambar fakta betapa para ahli UMNO sendiri kata UMNO parti lanun, penipu dan sampai sanggup nak pastikan UMNO kecundang tumbang pada PRU 14 akan datang.

Ertinya rakyat termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah bosan dan muak dengan penipuan UMNO bukan saja kepada rakyat tetapi dengan ahli-ahlinya sendiri dia sanggup tipu.

Apabila ahli sendiri sudah menyampah dan benci maka UMNO bakal menjadi parti taraf alas kaki. -omakkau