9 Apr 2013

[VIDEO] PAS Umumkan Calon: Salehuddin Di Pulai Husam Di Putrajaya


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
-SH



Belum Apa-apa Seluar Papagomo Dah Terlucut, Tak Layak Jadi Calon!


Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. -mk

[BONGKAR] Ada Apa Di Tingkat 2 Blok B4 Putrajaya?


Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia.

Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi.

Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.

Inilah LOGO unit tu.
Korang sure tak pernah nampak kan?
korang fikir gua menipu ya?

Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.

Adakah ini kerja orang PAS?




Ini contoh banner yang mengelirukan orang ramai,Siapa punya kerja ni? ni la kerja kerja B4 ...gambar ni diambil di sekitar Meru. Dap tak bertanding sini dun meru! Kecuali sungai pinang! " banyak baner provok Hudud & Dap. Itu BN punya. .
lokasi sekitar Meru & tinjau kawasan dun meru."

Lokasi cetak dalam satu bilik lokasi -4..separuh bilik tu bawah tanah. Kat situ jugak ada tempat musnahkn dokumen..bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti documen tak ada,Sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.Ini akan diceritakan dalam part 2 nanti.

Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.

Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.

Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.

Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanye untuk kegunaan PM dan TPM je.

Ds Anwar mesti taw fungsi jabatan ni.Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.

Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara. Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.

Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.

Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.


Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.

Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.


Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.Kebanyakkan banner or risalah ni diorang packing dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kete2,lori2 kat opis B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun keta kerajaan. Keta, lori2 ni tak berlogo langsung..

Bahagian ni jugak ada kem askar. Yang gua taw kem Changkat dekat Batu Gajah. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Gua pernah riky2 kt sane. Bukan kem askar biasa tapi semuanya adalah perisik yang berselindung. Kenderaan kat kem tu bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam cam biasa didaftarkn atas nama orang lain.

Risikn kem ni gua tak taw camane yang pasti ada satu bukit berbentuk busut yang tersimpn sejumlah senjata. Senjata2 ni kalo nak keluarkan diorg akan gunakn lori2 biasa yang orang tak kan terfikir pun ada senjata.

Apa tujuan busut senjata kat kem tu?

Tujuannya

kalo ada delagasi luar negara datang selalunya diorg bagi senjata atau wang tunai. dan kadang2 bahgian ni yang bagi diorang tunai or senjata. Bab ni gua tak bape taw sangat. Yang jaga senjata ni askar pencen pangkat pegawai waran 1..

Tak semua SB or askar taw fungsi jabatan ni. Lagi satu kem dekat Johor yang gua terlupa nama tempat kat mane dan memang ceruk. Kem Johor ni untuk pegawai2. Kat sini kebnyakan staf adalah pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..kalo ada 500 staf, pegawai hampir 400 orang..


Peta jalan ketempat penjahat negara


Pengarah CIA pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy. Ape2 ops selalunya diaorg buat kat situ. Banyak rumah2 operasi kat area kat yg bak pernah dgr rumah mukhlis, rumah hamid. Tu nama org yang jaga rumah tu. Nama Jln gua tak ingat plak. Yang jln Bellamy tu adalah sekolah latihan aka rumah operasi jugak.

Kemungkinan diorg akan pantau pru13 dan arahan arahan jahat ni dekat situ.

p/s : Apa tujuan gua dedahkan rahsia besar kerajaan BN? tujuannya ialah untuk menyelamatkan negara dari diperintah oleh orang orang jahat yang menunggang kekayaan negara demi kepentingan sendiri tampa memikirkan hak hak rakyat yang telah dicabuli.Sama samalah kita tumbangkan kerajaan jahat BN ini dan kita penjarakan mereka akibat jenayah yang mereka lakukan selama 55 tahun menjadi pemerintah! -kingofgoblok

BN Tak ‘Gentleman’ Guna Media Milik Rakyat – Dr Maszlee


Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentleman’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.

“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi
.

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto... dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

Ulasan GB

Bukan sahaja tidak gentleman, malah ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

Berpuluh tahun lamanya kerajaan UMNO BN telah menyalahgunakan kuasa, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Yang menyalahgunakan kuasa akan tetap terhukum akhirnya..... perhatikanlah pemerintah-pemerintah di seluruh dunia, yang menyalahgunakan kuuasa akan tetap mendapat balasan... Mubarak adalah contoh paling baik untuk renungan Najib serta seluruh pemimpin UMNO BN..

Jangan main-main dengan "sunnatullah"....

Bloomberg Lapor BN Menciplak Manifesto Pakatan Rakyat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.

TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Link : bloomberg


Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR


Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.




Ketua Menteri & Exco Serah Kereta Rasmi Kepada SUK


George Town - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini.

Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain.

"Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.

"Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi.

Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya.

"Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula.

"Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya.

Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen.

"Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen.


"Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya.

"Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

"Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi.

"Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi.

Ulasan GB

Sejak UMNO BN memerintah dan menjadi kerajaan federal atau negeri, belum pernah dengar mereka menyerahkan kunci kenderaan rasmi selepas parlimen atau DUN dibubarkan.

Malah yang ketara ialah menteri dan exco-exco di peringkat negeri masih menggunakan kenderaan rasmi bukan saja melakukan tugasan rasmi malah berkempen untuk partinya BN.

Tahniah kerajaan Pulau Pinang, anda telah melakukannya dengan betul!

8 Apr 2013

Rasisma Ibrahim Ali & Mahathir Bakal Tamatkan Riwayat UMNO BN


BBarisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto mereka yang secocok dengan falsafah 1Malaysia akan tetapi sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Ibrahim Ali sebagai calon gabungan pemerintah itu dilihat bertentangan dengan konsep tersebut.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu dilihat seringkali bertentang dengan konsep 1Malaysia dengan memperjuangkan hak Melayu dikala pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan liberalisasi ekonomi dan ekuiti untuk rakyat Malaysia.

Akan tetapi mengapa perdana menteri paling lama berkuasa yang bercakap soal Bangsa Malaysia pada tahun 1991 menyokong Ibrahim — mengamalkan garis perkauman dan bertanding dalam Pilihan Raya 2008 di bawah tiket PAS dan hanya menyokong Umno kembali selepas menang di kerusi Pasir Mas?

“Saya harap BN akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding. Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen,” Dr Mahathir berikrar hujung minggu lalu dan menambah “Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat.”

Apakah Dr Mahathir mempromosikan Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar bible berbahasa Melayu? Ibrahim Ali yang mahukan jaminan terhadap pengelibatan Bumiputera dalam projek infrastruktur walaupun selepas Putrajaya mengatakan ianya perlu dilakukan mengikut merit.

Berapa selamat Malaysia jika Ibrahim kekal dalam politik? Atau adakah ini hanya satu lawak jenaka?

Satu perkara mengenai Dr Mahathir. Beliau membela orang-orangnya. Beliau membela Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan rasuahnya. Sekarang beliau membela Ibrahim yang pernah beliau jadikan timbalan menteri menguruskan hal ehwal undang-undang.


Dr Mahathir juga merupakan penaung Perkasa. Lagipun Ibrahim telah menjadi panglimanya semenjak ahli politik veteran itu menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno dan kerajaan.

Ibrahim juga mungkin berguna jika diperlukan untuk menggoncang kepimpinan tertinggi Umno jika BN tidak mendapatkan pencapaian baik dalam pilihan raya paling sengit ini.

Kedua-duanya berkongsi kebencian kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ibrahim meninggalkan Umno selepas Abdullah menjadi presiden parti dan perdana menteri. Akan tetapi Ibrahim seringkali keluar masuk parti politik sehingga beliau di gelar “katak”.

Fakta paling mudah adalah kedua-dua Dr Mahathir dan Ibrahim berkongsi menyukai cara politik lama ahli Umno dan pengundi yang lebih percaya dengan personaliti dan bukan polisi. Dan bukan dengan pengundi baru dan muda yang mahu Malaysia yang lebih inklusif dan bukan eksklusif.

BN harus berfikir panjang untuk bersetuju dengan nasihat Dr Mahathir agar memberikan kerusi kepada Ibrahim Ali dibawah bendera mereka. Kerana Malaysia adalah lebih daripada 400,000 penyokong Perkasa yang menuntut hak Melayu yang telahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Empat tahun 1Malaysia telah membuktikan bagaimana BN boleh capai dengan pendekatan pertengahan. Mana-mana penyelewengan akan menyebabkan BN kehilangan undi, walaupun terdapat pelbagai idea dalam manifesto mereka. -TMI

Bekas Banduan & Raja Video Seks, Papagomo Mahu Lawan Anwar Di Permatang Pauh


Pemblog kontroversi Papa Gomo mahu mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu diumumkan oleh wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik hari ini, demikian menurut Star Online.

Mohamad Rafi, Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar.

"Selepas bercakap dengan pelbagai kumpulan dan banyak pihak, saya mahu mendedahkan kesemua salah laku kepada pengundi di kawasannya.

"Kami juga mahu menamatkan kerjaya politik beliau," kata Mohamad Rafi bagi pihak Papa Gomo pada sidang media di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini.

Jumaat lalu, Anwar mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh. -SH

Ulasan GB

Apa yang GB nampak, UMNO dah tercakap besar tapi tak da calon yang berkredibiliti untuk lawan Anwar di Permatang Pauh.

Akhirnya cuba tonjolkan papagomo untuk lawan Anwar.

Dan dah patut sangat papagomo mewakili UMNO BN supaya satu dunia tahu UMNO BN sememangnya penaja kepada benda porno, lucah dan seks.


Pemimpin UMNO Bersama Papagomo
klik untuk baca

Turun Harga Kereta: Dulu Kata Muflis, Kini Realistik Pula


Janji kerajaan BN turun harga kereta realistik, kata Mukhriz

KUALA LUMPUR - Janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini semalam.

Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama

Ulasan GB

Akhirnya pemimpin BN terperangkap sendiri di dalam isu menurunkan harga kereta.

Sewaktu Pakatan Rakyat mengumumkan untuk menurunkan harga kereta jika ia berkuasa, maka bisinglah pemimpin UMNO menyatakan ia langkah yang bakal memufliskan negara.

Tetapi tiba-tiba idea penurunan harga kereta yang terkandung di dalam manifesto PR diciplak oleh UMNO/BN dan kini pemimpinnya berkata penurunan harga kereta adalah "realistik"...

Memang UMNO BN kini sudah muflis idea dan akan muflis segala-galanya menjelang PRU13 ...

Sidek Baba Mengepalai Konspirasi Fitnah Untuk Jatuhkan Anwar


Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.

Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As. -wargamarhaen

Sidek Baba Yang Saya Kenal

1. Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

2. Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

3. Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

4. Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

5. Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.

6. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.

7. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.

8. Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.

9. Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.

10. Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.

11. Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.

12. Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.

13. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

14. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.

15. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu. Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

16. Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

17. Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.

18. Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.

19. Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.

20. Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

21. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.

22. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.

23. Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

24. Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

Pengganas Sulu Ditahan DI Melaka, Bagaimana Beliau Boleh Berada Di Sana?


Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.

Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka kelmarin.

Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.

Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna sebelum ini.

Sumber


OPS DAULAT : GEMPAR!! LELAKI SULU DITAHAN DI MELAKA!!!


5HB.April 2013

Tertuduh yang merupakan warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Beliau merupakan Seorang lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.

Iskandar Azlan Al Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di sini satas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga asing.
-UM



Profile Penyangak SULU Didedahkan !!!



Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. -Sumber
-UM



[VIDEO] Bolehkah Mengundi Calon Bukan Islam?


PRU13 akan berlangsung tak lama lagi. Berikut dikongsikan tentang apakah hukum kita undi Calon Bukan Islam dalam Pilihanraya nanti? Banyak kekeliruan telah timbul, ada sebahagian pandangan yang meletakkan Haram! Begitu sekali beratnnya dihukumkan. Jadi, dengan jawapan Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman di atas diharap semua jelas.


7 Apr 2013

[HOT] Cincin RM24 Juta: Tak Mustahil Jacob & Co Cuba Lindungi Rosmah - SAMM


Penjelasan syarikat emas Jacob & Co yang dikaitkan dengan cincin RM24 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan syarikat itu kemungkinan cuba melindungi pelanggannya, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, menerusi sekeping gambar, Rosmah dilihat turut memakai gelang bertatah berlian yang dinamakan “Zebra Safari” berharga RM1.65 juta dari syarikat sama, .

“Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya,” kata Badrul.

Semalam tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tampil menjelaskan kononnya cincin kontroversi itu bukan dibawa masuk ke negara di bawah nama Rosmah atau dibeli olehnya.

Dalam wawancara video, Pengarahnya, Philip Nassimi berkata, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwa.

Mengulas perkara itu, Chegu Bard mempersoalkan mengapa borang kastam K1 digunakan dan bukan borang ATA CARNET yang digunakan khusus bagi tujuan pameran.

Katanya lagi, kenyataan bertulis di parlimen sebelum ini menyatakan cincin itu dipulangkan semula kepada syarikat asal selepas beberapa hari di Malaysia.

Ia katanya, berbeza dengan laporan media bulan lalu yang mengatakan cincin berkenaan dipulangkan selepas setahun.

Menurutnya, persoalan-persoalan ini lebih banyak menimbulkan kecurigaan, termasuk masa yang lama untuk menjawab isu itu.


“Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu ‘cincin Imelda Rosmah RM24 juta’ menggemparkan negara?

“Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius,” kata Chegu Bard.

BN Ciplak Manifesto Pakatan Dengan Ketara, Petanda Pakatan Bakal Pemerintah Negara


PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata, yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak.

Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."

Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.

Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan Manifesto BN dalam TV1 dan TV3.

"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.

Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'.

Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."

Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

" Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran “populis, tanpa perubahan fundamental”.

“Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental,” katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.

Senarai penuh perbandingan antara
Manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto BN

Harga kereta

Manifesto Rakyat

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN

Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

Dasar Perumahan

Manifesto Pakatan Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA Keretapa laju Manifesto Rakyat Memulakan langkah kearah membina system keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN

Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretaapi berkembar

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Pakatan Rakyat

Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Royalti Petroleum

Manifesto Pakatan Rakyat

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Permit Teksi

Manifesto Pakatan Rakyat

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Pengkalan data

Manifesto Pakatan Rakyat

Mewujudkan system pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sediaada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi system pangkalan data yang bersepadu

Tanah wakaf

Manifesto Pakatan Rakyat

Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN

Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Pakej penggajian baru

Manifesto Pakatan Rakyat

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji


Ulasan GB

Kalau dah ciplak manifesto PR, maka PRlah yang layak sebagai kerajaan baru Malaysia.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan.

Mahkamah Benarkan Husam Injuksi Blogger Parpukari


Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan injunksi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ke atas blogger mesra Umno, “Parpukari”.

Parpukari atau nama sebenar Mohamad Salim Iskandar difahamkan rakan rapat dengan blogger Umno, Papagomo.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, dengan perintah injunksi tersebut Khamis lalu, Parpukari dilarang daripada menulis apa-apa berkaitan Husam sehingga kes tersebut selesai dibicarakan.

Pada prosiding sebelum ini Hakim Datuk Yazid Mustaffa menolak permohonan peguam Parpukari, Jasbeer Singh Kaura untuk meminda penyata pembelaan.

Malah mahkamah juga menolak permohonan Parpukari memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menulis dan menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengan plaintif.

Rencana tersebut disiarkan dalam blog; http://parpukari.

blogspot.

com bertajuk “parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”.

Dalam writ saman plaintif mendesak defendan memohon maaf secara bertulis kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blognya dan memadam artikel berkaitan.

Selain itu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu, gantirugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Kes tersebut akan dibicara pada 19 dan 20 Jun hadapan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Husam memberitahu beliau tidak akan memohon maaf kepada Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ekoran dakwaan menteri terbabit melulus saham FGVH lebih besar kepada syarikat Bumiputera berbanding peneroka.

"Siapa kroni yang diberi keistimewaan itu, syarikat mana yang diluluskan MITI untuk memiliki saham Felda. Kita minta menteri terbabit mengeluarkan senarai syarikat berkenaan dan menjawab isu-isu berkaitan," katanya pada ceramah Kelantanku Hijau di Padang Kemahkotaan, Jeli malam tadi.

Baru-baru ini Mustapa dilaporkan menuntut Husam memohon maaf berhubung dakwaan fitnah berkaitan saham FGVH yang diberi kepada kroni atau berdepan dengan tindakan saman.

Husam berkata, beliau bersedia menjawab isu tersebut di mahkamah dan tidak perlu menunggu notis 48 jam seperti diberi pemimpin terbabit. -HD