9 Apr 2013

Bloomberg Lapor BN Menciplak Manifesto Pakatan Rakyat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.

TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Link : bloomberg


Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR


Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.




10 ulasan:

WarFitnah berkata...

Alaaaa....kita pun dah tau UMNO/BN nie macamana kan, jadi apa juga yg UMNO/BN buat ibarat KHINZIR YG SEDANG KEPANASAN, bukan cacing dahhh.....singkatan yang terbaik utk BN ialah Barua Negara (BN)

Zab berkata...

Najib ni tak baca dulu ke sebelum bentang manifesto BN? Main belasah copy paste je. Memalukan!

air gunumg berkata...

Sbb tuh macai2 umngok mcm kakak tua.
Dah bapaknya mcm tuh.gelihati tgok najib n
menteri n umngok nya panglima2 kena main
mcm bdk2 dgn anwar.kah kah kah.neza org yg
punya base yg kukuh ngn mamat2 cabuk yg bnyk
dlm umngok.dah jd parti bodo negara.kah lah lah

Tanpa Nama berkata...

Malunye

Tanpa Nama berkata...

Sudah budak Bahalol apa nak buat...

Tanpa Nama berkata...

PM paling bengong yg pernah dihasilkan oleh UMNGOK BARISAN NAJIS

Tanpa Nama berkata...

Boomberg tu UMNO punyake?
Nampaknya dunia pun sudah tau UMNO/BN ciplak manifesto Pakatan Rakyat.Hakikatnya UMNO/BN mana ada otak nak cari idea sendiri.Mereka bukan ahli fikir dan perancang tapi ahli sapu dan samun.

Tanpa Nama berkata...

Camne la ko nak selamat di akhirat nanti wahai pengkhianat?

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN memang tak ada maruah. Penyokongnya pula tak ada akal.

Tanpa Nama berkata...

Media antarabangsa sentiasa akan memberitahu berita yang sebenarnya. So amcm lu boleh kawal media antarabangsa macam lu kawal media tempatan? Kalau cuba kawal juga siaplah media antarabangsa saman you nanti dalam unit Dollar US semestinya membankrapkan lagi BN pada kadar yang cepat.