9 Apr 2013

BN Tak ‘Gentleman’ Guna Media Milik Rakyat – Dr Maszlee


Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentleman’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.

“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi
.

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto... dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

Ulasan GB

Bukan sahaja tidak gentleman, malah ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

Berpuluh tahun lamanya kerajaan UMNO BN telah menyalahgunakan kuasa, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Yang menyalahgunakan kuasa akan tetap terhukum akhirnya..... perhatikanlah pemerintah-pemerintah di seluruh dunia, yang menyalahgunakan kuuasa akan tetap mendapat balasan... Mubarak adalah contoh paling baik untuk renungan Najib serta seluruh pemimpin UMNO BN..

Jangan main-main dengan "sunnatullah"....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gentleman?? istilah nie tak pernah wujud dalam umNGOK la.

HAK berkata...

Cukuplah BN membodoh dan menjatuhkan martabat Rakyat Malaysia dengan skandal dan penipuan.

Alhamdulillah, hari ini majoriti Rakyat mendapat maklumat tepat di dalam media ke-3. BN tidak boleh lagi menipu seperti tahun 60an 70an, 80an, 90an dan terakhirnya sebelum tahun 2000.

Menurut teori Gelombang Elliot(Elliott Waves) - Pakar matematik berbangsa Yahudi, gelombang ke-5 ini adalah gelombang hari2 akhir BN/UMNO untuk jatuh.
Inilah kekuasaan Allah swt.

Pada ketika Firaun merasakan ia terlalu kuat ketika berada di kemuncak kekuasaannya tetapi jatuh dengan arus gelombang laut.

Percaya tak? Kini, apa jua rancangan buruk talian hayat yang dirancang BN/UMNO dan kuncu2 mereka baik dalam atau luar kerajaan telah menemui kegagalan dan akhirnya mereka bertempat di penjara atau bunuh diri atau menyembunyikan diri diluar negeri.

Diakhir matlamat mereka adalah menuju ke dalam api neraka.

HAK

Tanpa Nama berkata...

Sebenar elok juga umngok buat begitu sbb selama ni maklumbalas yg umngok terima dr media arus perdana semua tak benar. Macam penipu tipu perompak.

Tanpa Nama berkata...

Tiada gentlemen dalam pimpinan jika dia seorang yang BACUL baling batu sorok tangan.

Sesungguhnya umat umat yang bodoh buta tuli saja yang mengangkat Bahalol dan Bacul sebagai ketua mereka.

Ketahuilah

Tanpa Nama berkata...

RTM adalah salah satu agensi kerajaan,kaki tangannya dibayar oleh rakyat.Ini Rais Yatim kena faham.Dalam keadaan "caretaker government" RTM TIDAK SEPATUTNYA digunakan lagi untuk promosi UMNO/BN.Kalau TV3/4 atau lain-lain stesion TV tak jadi hal sebab kepunyaan swasta.Sewajarnya RTM sekarang "dibuka" kepada semua parti yang bertanding.Itu baru betul.