8 Apr 2013

Rasisma Ibrahim Ali & Mahathir Bakal Tamatkan Riwayat UMNO BN


BBarisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto mereka yang secocok dengan falsafah 1Malaysia akan tetapi sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Ibrahim Ali sebagai calon gabungan pemerintah itu dilihat bertentangan dengan konsep tersebut.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu dilihat seringkali bertentang dengan konsep 1Malaysia dengan memperjuangkan hak Melayu dikala pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan liberalisasi ekonomi dan ekuiti untuk rakyat Malaysia.

Akan tetapi mengapa perdana menteri paling lama berkuasa yang bercakap soal Bangsa Malaysia pada tahun 1991 menyokong Ibrahim — mengamalkan garis perkauman dan bertanding dalam Pilihan Raya 2008 di bawah tiket PAS dan hanya menyokong Umno kembali selepas menang di kerusi Pasir Mas?

“Saya harap BN akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding. Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen,” Dr Mahathir berikrar hujung minggu lalu dan menambah “Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat.”

Apakah Dr Mahathir mempromosikan Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar bible berbahasa Melayu? Ibrahim Ali yang mahukan jaminan terhadap pengelibatan Bumiputera dalam projek infrastruktur walaupun selepas Putrajaya mengatakan ianya perlu dilakukan mengikut merit.

Berapa selamat Malaysia jika Ibrahim kekal dalam politik? Atau adakah ini hanya satu lawak jenaka?

Satu perkara mengenai Dr Mahathir. Beliau membela orang-orangnya. Beliau membela Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan rasuahnya. Sekarang beliau membela Ibrahim yang pernah beliau jadikan timbalan menteri menguruskan hal ehwal undang-undang.


Dr Mahathir juga merupakan penaung Perkasa. Lagipun Ibrahim telah menjadi panglimanya semenjak ahli politik veteran itu menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno dan kerajaan.

Ibrahim juga mungkin berguna jika diperlukan untuk menggoncang kepimpinan tertinggi Umno jika BN tidak mendapatkan pencapaian baik dalam pilihan raya paling sengit ini.

Kedua-duanya berkongsi kebencian kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ibrahim meninggalkan Umno selepas Abdullah menjadi presiden parti dan perdana menteri. Akan tetapi Ibrahim seringkali keluar masuk parti politik sehingga beliau di gelar “katak”.

Fakta paling mudah adalah kedua-dua Dr Mahathir dan Ibrahim berkongsi menyukai cara politik lama ahli Umno dan pengundi yang lebih percaya dengan personaliti dan bukan polisi. Dan bukan dengan pengundi baru dan muda yang mahu Malaysia yang lebih inklusif dan bukan eksklusif.

BN harus berfikir panjang untuk bersetuju dengan nasihat Dr Mahathir agar memberikan kerusi kepada Ibrahim Ali dibawah bendera mereka. Kerana Malaysia adalah lebih daripada 400,000 penyokong Perkasa yang menuntut hak Melayu yang telahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Empat tahun 1Malaysia telah membuktikan bagaimana BN boleh capai dengan pendekatan pertengahan. Mana-mana penyelewengan akan menyebabkan BN kehilangan undi, walaupun terdapat pelbagai idea dalam manifesto mereka. -TMI

7 ulasan:

orangpencen berkata...

Helo pak berahim, kita baca sejarah abraham lincon penuh dengan perjuangan. 50 tahun lagi anak cucu kita akan terbaca satu sejarah penuh tragis iaitu kisah seorang melayu yang gila sanjungan sehingga sanggup memaki seorang ulamak dan mengkhianat kawan...ibrahim al kataki......itu pun kalau arkib negara nak simpan kisah hang.....

Awanama berkata...

Cakap pasal sejarah , teringat Kunta Kinte.

Apakah mungkin sedara suku sakat Kunta Kinte terdampar di Kerala dan sampai ke Kedah....

Dah lama tak kena matahari panas afrika , kulit jadi cerah mimpi hidup gsya Obama tapi terlupa baca Hikayat Msha Firaoun.... Langsung jadi Kunta Kutty !

Awanama berkata...

Hayat politik Mahathir dan Ibrahim Ali sudah luput (expired).

Awanama berkata...

letak je calon lain utk lawan papakedana tu. . .membazir calon berwibawa lawan insan haprak ni, dsi tanding tempat lain. . . .ok ka

Martoiriat berkata...

Salam GB...Mahathir ialah kuda tua yg masih lagi bersuara..Diantara Brahim Ali dan Mahathir, zaman politik beliau sudah pun berlalu. Jika sekali pun Najib restui saranan Mahathir supaya Berahim Ali di beri laluan untuk dicalonkan, saya yakin seratus peratus beliau tidak akan diberi mandat oleh rakyat di Pasir Mas sekali pun Mahathir turut berkempen di situ. Rakyat Kelantan lebih arif berpolitik, apa lagi sinonim dengan politik Berahim sebagai pekatak yang tidak tahu membalas jasa2 PAS kepada beliau. Saya jangka politik Berahim Ali akan diriwayatkan selepas PRU 13 dan akan dikenang zaman berzaman sebagai politik lompat melompat...

WarFitnah berkata...

Yang berselempang tuu keturunan MAMAK KUTTY dan yang pegang keris tuu dah muka macam orang MYANMAR, aduhhh tak malu ke ngaku orang MELAYU ???

Udah-udah laa tuu 2 ekor berok oiii, orang semua dah MELUAT tengok gelagat tak ubah macam cacing KERAWIT yg kepanasan lah.....BODDO KAYU !!! hahaha

Mari semua rakyat MALAYSIA yg TULEN, kita jatuhkan mereka2 yg bawa SIAL kat negara MALAYSIA yg kita cintai ini, HAPUSKAN mereka seperti MUSUH2 DURJANA.......

Awanama berkata...

besar kemungkinan berahim telah mempergunakan tun utk melobi jadi calon BN kerana berahim tahu najib malu2 alah dgn tun.tun hanyalah talian hayat terakhir buat berahim..