6 Feb 2014

Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?


Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?

Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club

5 Feb 2014

[SIARAN LANSUNG] ‘Forum Serampang Kajang’ - Rafizi, Ambiga, Tony Pua & Dzulkefly Ahmad


Sekarang ini sedang berlansung "Forum Serampang Kajang’ yang diadakan di Ballroom, Hotel Empire, Subang yang bermula jam 9.00 malam ini.

Antara panelis yang hadir ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Forum dikendalikan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Antara isu yang bakal disentuh dalam forum kali ini ialah rasional pengosongan kerusi N25 Dewan Undangan Negeri Kajang dan peletakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.


[EDISI SIASAT] Remaja Perempuan Diperalat Kutip Derma Untuk Tahfiz...

Pantau remaja peminta sedekah Kelibat seorang remaja perempuan dapat dilihat mengutip derma di sebuah stesen minyak sekitar Peramu walaupun pada waktu malam.

Pantau remaja peminta sedekah

PEKAN - Penglibatan kanak-kanak dan golongan remaja dalam kegiatan meminta sedekah yang berleluasa di daerah ini amat membimbangkan orang awam.

Kedatangan mereka mencetuskan rasa kurang senang terhadap orang awam apabila mereka meraih simpati untuk memohon sumbangan tersebut sebagai kutipan amal bagi pusat tahfiz tertentu.

Kehadiran mereka sering kali dipersoalkan dari mana kewujudan kumpulan kanak-kanak dan remaja ini serta berkenaan status mereka sama ada kegiatan ini telus atau mereka diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan yang dilakukan Sinar Harian di beberapa buah stesen minyak sekitar Bandar Pekan dan kawasan Peramu adalah untuk meneliti kumpulan ini melakukan tugas harian mereka.

Semasa pemerhatian, didapati sekumpulan remaja lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 12 hingga 17 tahun sedang berlegar-legar dengan jualan produk minyak angin, kalendar dan madu dalam misi meminta derma tersebut.

Seorang pelanggan sebuah stesen minyak di kawasan Peramu, yang hanya mahu dikenali Luqman, 30-an berkata, dia pernah didatangi oleh seorang remaja perempuan dalam lingkungan umur 15 tahun ketika sedang mengisi minyak.

Menurutnya, dia diberitahu oleh remaja berkenaan yang kedatangannya bersama rakan-rakan yang lain kerana diarahkan untuk meminta derma bagi sebuah sekolah tahfiz di Kedah.

“Kerap kali remaja yang datang meminta derma ini mendakwa mereka merupakan pelajar pusat tahfiz di negeri Kedah dan jualan kecil-kecilan dilakukan bagi menampung perbelanjaan tahfiz berkaitan.

“Saya merasa hairan kerana jika benar, adakah pelajar ini tidak mengikuti sesi pembelajaran ekoran kerap kali bertemu mereka pada hari persekolahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya lagi, kegiatan itu sudah lama berlaku dan ia semakin berleluasa tanpa pemantauan yang sewajarnya.

“Lebih mengejutkan kerana mereka memberitahu kutipan derma yang dibuat adalah sebahagian daripada sukatan pembelajaran mereka. Masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan termasuk kerjasama di pihak kerajaan antara negeri bagi memastikan ia tidak merebak dan lebih buruk jika ia merupakan satu cara eksploitasi ke atas kanak-kanak dan remaja demi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. -SH

ULASAN GB

Gejala memperalatkan remaja untuk "mengutip derma bagitujuan maahad tahfiz" ini semakin menjadi-jadi di seluruh neghara.

Banyak hal yang meragukan apabila remaja-remaja perempuan turut digunakan sehingga lewat malam bagi tujuan berkenaan.

Ia ditemui dimana-mana - di stesyen-stesyen minyak, pintu-pintu bank, gerai-gerai makan, pasaraya-pasaraya, R&R dan dimana saja ada tempat orang lalu lalang di seluruh negara.

Remaja-remaja berkenaan terutama yang perempuan terdedah dengan pelbagai bentuk jenayah dan boleh mengundang bermacam andaian dan fitnah.

Persoalan kini benarkah wujud Maahad Tahfiz berkenaan? Ke mana sebenarnya hasil kutipan itu pergi dan digunakan? Siapa sebenarnya dalang mereka? Ini yang perlu disiasat.

PRK Kajang 23.03.14, Penamaan Calon 11.03.14


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. -mk'

[BONGKAR] Penyelewengan & Rasuah Dalam Program 1AZAM Yayasan Sayang Malaysia


Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC

PETALING JAYA 4 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya. -KD

Siasat penyelewengan skim 1Azam – Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Kata Rafizi, aduan penipuan diterimanya sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara.

Sebagai contoh katanya, jika tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000, harga sebenar adalah RM2,500.

“Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

“Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah dari yang tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Manakala cara kedua penipuan dibuat menurut Rafizi apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

“Namun saya berasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehinya.

“Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil,”
kata Rafizi.

Kata Rafizi, wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

“SPRM dah kumpul data, tapi sembunyi dari orang awam.

“Nampaknya kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang,” tegas Rafizi.


Siasatan selamat wang rakya


PUTRAJAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat.

Sepanjang program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion dan 132,511 individu layak menerimanya di seluruh negara sejak projek perintis dijalankan akhir Januari 2010 lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.

"Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.

Ketika ditanya berhubung status siasatan, Abu Kassim enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.

Jelasnya, pelaksanaan beberapa program meningkatkan taraf hidup rakyat dan golongan sasaran dilakukan kerajaan sangat baik dan bermanfaat.

Namun di sesetengah organisasi terdapat individu mengambil peluang demi kepentingan diri.


"Dalam organisasi mereka menjadi titik hitam ini perlu dikeluarkan supaya matlamat dan objektif berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain bagi membendung kegiatan salah laku dalam agensi kerajaan mahupun swasta berlaku, Abu Kassim berkata, SPRM ada menawarkan khidmat nasihat dan rundingan.

"SPRM mengalu-alukan mana-mana kementerian, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta yang mahu khidmat profesional mereka berhubung integriti dan perjalanan prosedur bagi mengurangkan gejala rasuah. Selain menasihatkan, pegawai SPRM juga ditempatkan di organisasi itu," katanya.

Tambahnya, kejayaan pelaksanaan dibuktikan di mana salah satu negeri menggunakan khidmat SPRM, berjaya meningkatkan hasil buminya melalui kutipan cukai yang sebelum ini merosot.
-SH September 20, 2013



Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam, Doakan Yang Terbaik Untuknya...

Stacy Pelajari Tentang Agama Islam Daripada Akim Ahmad

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya.

"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," katanya katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu.

Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Stacy berduet dengan kumpulan popular Indonesia iaitu SM*SH menerusi lagu Hello.

Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. -mstar (28.12.13)

4 Feb 2014

Nallakaruppan Juga Nak Bertanding, Calon Bebas Bakal Pecahkan Undi BN...


PRK Kajang: Nallakaruppan Hasrat Lawan Anwar

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkemungkinan menyaksikan seorang lagi kenalan rapat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding menentang Ketua Pembangkang itu.

Senator Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP) pada Isnin menyatakan minat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK itu nanti.

Pengumuman rasmi mengenai hasratnya itu akan dibuat pada sidang media khas di pejabat MUIP petang Selasa.

"Ya benar (mahu bertanding). Tunggu pengumuman esok (Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini.

Sebelum ini bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay turut menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada PRK Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan. -mstar

ULASAN GB

BN buntu cari calon, belum muncul lagi. Yang muncul kini ialah calon-calon "bebas" mesra-BN macam di Bukit Selambau dan Penanti dulu.

Setakat ini sudah dua orang calon Bebas mengumumkan untuk bertanding di PRK Kajang, bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay dan presiden NGO, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia Ramlan Abu Bakar. Kini menyusul pula Nallakarupan.

Undi siapakah yang akan berpecah? Undi BN sendiri kerana umum mengetahui kesemua mereka yang disebutkan adalah mereka yang mesra-BN dan anti-PR sejak PRU13 walaupun sebelumnya mereka adalah rakan rapat Anwar.

Kemunculan calon-calon Bebas ini nampaknya bagus bagi Anwar. Dan yang nyata, calon-calon Bebas ini bakal dikangkungkan rakyat Kajang.

Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat!


SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon.

“Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka.

“Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara,” katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad.

Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

“Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan cenderung menyebelahi BN,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji bentuk perundangan yang dapat menghalang mana-mana wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah.

Katanya, seseorang wakil rakyat yang dipilih rakyat perlu bersedia untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun dan bukan sewenang-wenangnya menyalahgunakan sistem demokrasi.

“Mereka ini jika disahkan sakit tenat, tidak mengapa. Ini telah menyalahgunakan kebebasan. Sewajarnya mereka harus bersedia untuk tempoh lima tahun.

“PRK bukan sahaja merugikan pihak tertentu tetapi juga media, jabatan kerajaan dan anggota polis,” katanya yang mengesahkan PRK Kajang akan diadakan setelah penyandang kerusi itu memaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sebelum ini, PKR menyifatkan PRK Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) walaupun terpaksa membelanjakan wang untuk menjalankan pilihan raya. -TMI


Lanjutkan fitnah, Ahmad Maslan tak tahu hukum qazaf?


KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan diingatkan tentang undang-undang syariah mengenai hukuman qazaf sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh seseorang melakukan zina.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan kes Fitnah II sebagai modal kempen BN dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

“Hukum tuduhan zina dan liwat jatuh dalam hukum qazaf (tuduhan zina). Jadi sepatutnya mereka ini dijatuhkan hukuman sebat.

“Tak sampai ke mana pun kalau itu (cara) kempen dibuat. Niat Ketua penerangan Umno tu sendiri sudah tidak ikhlas dengan Islam,” kata Muhammad ketika dihubungi Keadilandaily.

Tambah Muhammad, tuduhan itu memperlihatkan parti itu terus mempermain hukum Allah semata-mata ingin memenangi pilihan raya kecil DUN Kajang.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, video lucah seorang lelaki menyerupai Anwar dijangka menjadi modal kempen BN dalam PRK kali ini.

“Sehingga hari in Umno terus permain hukum Allah. Saya yakin rakyat kini lebih tahu menilai dan akan membuat keputusan dengan lebih bijak dan rasional.

“Rakyat sendiri boleh mendapatkan hujahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri atau mana-mana pimpinan KEADILAN dalam kempen nanti,” ujarnya.
- KD



Ahmad Maslan jangan malukan orang Johor dengan pemikiran lucah


Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menyelar kenyataan Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berhubung kempen lucah yang ingin dijaja sepanjang musim kempen Pilihanraya Kecil N25 Kajang nanti.

Disaat rakyat masih bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan, Ahmad Maslan tanpa segan silu merendahkan fikrah rakyat dengan kenyataan beliau tersebut.

AMK Muar dengan ini menasihatkan Ahmad Maslan agar tidak terus menerus memalukan diri sendiri dan juga rakyat Johor amnya dengan pemikiran separuh masak memandangkan kedudukan beliau sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan Malaysia.

AMK Muar juga amat berharap agar seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Kajang khasnya untuk menolak permainan politik kangkung begini.


Di saat merayakan pesta demokrasi, seharusnya semua pihak bersaing dengan menggunakan hujah yang dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat bukannya terus terperangkap dalam aksi kempen kuno yang bersandar kepada serangan peribadi ataupun kisah-kisah lucah dan hasutan pergeseran kaum.

AMK Muar turut ingin menasihatkan Ahmad Maslan agar bertaubat dan jangan lagi menjadi seorang pemimpin yang mengajar khalayak muda negara ini dengan isu-isu lucah.

Adalah lebih baik Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan memberikan penjelasan mengenai Akujanji BN dalam PRU 13 tempohari yang tidak ditunaikan sehingga kini. Slogan Janji Ditepati telah pun bertukar menjadi Janji Dimungkiri.

Saiden Muslimim Ismail
Naib Ketua 1
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar
- KD


ULASAN GB

Rata-rata pemimpin UMNO jahil mengenai hukum Islam. Itu sebab mereka gemar memfitnah malah berbangga dengan fitnah yang mereka lakukan.

Yang paling pandai dalam agama pun di kalangan mereka iaitu Jamil Khir telah menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Dan kebanyakan mereka berbangga bergambar dengan Raja Blogger Seks yang merupakan pemfitnah tegar yang mereka bela, papagomo namanya:



Dan tidak hairan Ahmad Maslan juga gemar dengan fitnah seks dan liwat kerana beliau dikenali sebagai amat mesra dengan papagomo.



Kita ingin beritahu kepada menteri-menteri termasuk sekalian blogger pro-UMNO yang memfitnah tentang qazaf itu bahawa mereka mungkin terlepas sebatan di dunia, tetapi ingatlah wahai mereka bahawa sebatan itu akan tetap terlaksana di "sana".

UMCEDEL Ramal Anwar Menang Besar, PAS Selangor Setuju Bantu Anwar

Umcedel jangka Anwar menang majoriti besar di Kajang

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13 lalu.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada ketua umum PKR itu.

Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.

“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.

“Mengikut kajian sejak 1999, pilihan raya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya seperti dilaporkan oleh Selangorkini.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Peletakan jawatan Lee Chin Cheh menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong Pakatan namun selepas penjelasan diberikan, sokongan kepada Anwar semakin padu.

Redzuan bersetuju masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengana segera, sebaiknya sebelum PRU ke-14 menjelang. -TMI


PAS Selangor terima penjelasan Azmin, sokong PRK Kajang


PETALING JAYA: PAS Selangor mengambil keputusan untuk mengerahkan jenteranya turun membantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Samsudin berkata, satu pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin PAS Selangor diadakan minggu lalu bagi meredakan ketegangan yang timbul dikalangan akar umbi.


Katanya, persetujuan dibuat selepas menerima penjelasan daripada Azmin mengenai perubahan DUN Kajang atas alasan ia ‘kerusi kepunyaan PKR’.

“Kita bersetuju dengan semua rancangan mereka. Kita hanya akan memberikan tumpuan dan membantu PKR mempertahankan Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau enggan mendedahkan butiran penjelasan yang diberikan Azmin namun memberi jaminan ianya ‘untuk kebaikan bersama’.

“PAS Selangor akan mula bergerak minggu ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pertemuan itu tidak menyentuh tentang spekulasi peralihan kerusi Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya fokus kepada isu dalaman di Selangor yang memaksa PRK Kajang diadakan.

“Pelannya sulit untuk didedahkan tetapi umumnya ia untuk kebaikan bersama dan kita bersetuju,” katanya.

Beberapa pemimpin PAS minggu lalu memberikan respon negatif selepas bekas penyandang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding di Kajang.

Tindakan itu dianggap seolah-olah membelakangi PAS malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengakui tidak tahu menahu tentang krisis di Selangor sehingga menyebabkan PRK di Kajang.

Azmin kemudiannya memberi kenyataan mahu berjumpa dengan pemimpin PAS di Selangor bagi menjelaskan perkara sebenar.

Walaupun beberapa pemimpin PAS Pusat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu menyokong tindakan Anwar, namun pemerhati masih menunggu pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat masih membisu mengenai isu ini.

Abdul Hadi dijangka akan membuat kenyataan rasmi esok selepas mesyuarat Biro Politik bagi membincangkan mengenai isu Kajang dan kerusi Menteri Besar malam ini.
- FMT


3 Feb 2014

PRK Kajang: BN Akan Kalah Teruk Jika Terus Gunakan Seks Sebagai Modal Kempen


Guna taktik keji & lucah, SPR mesti bidas Umno – Surendran

KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.

“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.

“Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.

“Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan

“Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, malah memihak kepada BN” ,
kata Surendran dalam kenyataan.

Dalam pada itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.

“Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya.

“Sebagai Perdana Menteri dia tidak sepatutnya membenarkan kempen jijik seperti ini dilakukan oleh parti politiknya,” kata Surendran.

Tambahnya, Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi.

“Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar auntuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihanraya kecil di Kajang nanti”.

“Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri”, kata Surendran -KD


hmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang




Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini, depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.
- mk


ULASAN GB

UMNO & Fitnah Seks memang tak dapat dipisahkan.

GB ingin menyatakan: teruskanlah kerja fitnah seks kamu itu kelak yang akan ditimpa kehinaan bukan orang yang kamu sasarkan sebaliknya adalah diri kamu sendiri.

GB sentiasa, di dalam blog ini mengingatkan pihak tertentu tak kira siapa dan dimana jua bahawa rancangan jahat dan zalim itu tidak akan menimpa orang lain, sebaliknya akan menimpa mereka yang merancangnya.

Itu adalah hukum kebenaran dan keadilan. Itu adalah hukum Allah dan tercatat jelas di dalam Al-Quran:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.[Fatir: 43]

Tidakkah mereka melihat kehinaan yang menimpa ke atas Raja Blogger Seks mereka, papagomo?

[VIDEO] Video Lawak Teresa Kok Sindir Rosmah Sebabkan UMNO Meroyan

Video CNY Teresa Kok cetus kontroversi

Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.

Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".

Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Walaupun tidak secara langsung, penonton video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Kok mungkin mengaitkan ini kepada kegemaran Rosmah membeli barangan mewah dan pembelian pangsapuri oleh Riza Shahriz Abdul Aziz di New York bernilai RM100 juta. -mk


Video 'Onederful': Teresa enggan mohon maaf


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.

Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.

"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.

"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.

"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.
- SH




ULASAN GB

GB tak nampak ada isu perkauman di situ - ia hanyalah royanan golongan orang "yang terasa pedas kerana termakan cili" sepertimana kata Teresa.

Yang dibangkitkan oleh video berkenaan hanyalah isu-isu semmasa yang telah diketahui oleh seluruh rakyat di negara ini.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan - lagi dihebohkan lagi tersebar luas video berkenaan dan masyarakat boleh membuat penlaiannya. Memang tak wujud isu perkauman sepertimana yang digembar-gemburkan oleh UMNO.

Laporlah seberapa banyaknya. Siasatlah. Akhirnya sama macam "kes azan" dulu. Akhirnya Khir Toyo yang terpaksa meminta maaf dan membayar Teresa sejumlah wang kerana memfitnahnya.

Kali Ini Betul-betul Lembu Berarak Di Pulau Pinang


Tanjung Tokong - Hampir lima minit beberapa pemandu di hadapan Kompleks Island Plaza kelam kabut seketika.

Bukannya disebabkan kemalangan ataupun kerja penyelenggaraan jalan, rupa-rupanya ia disebabkan lembu berkeliaran di tengah jalan raya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu bukanlah kali pertama berlaku.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, lembu-lembu berkenaan dipercayai diternak beberapa individu di Bagan Jermal.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana lembu berkenaan boleh berkeliaran di tengah-tengah kesibukan jalan raya di Tanjung Tokong tanpa pemiliknya.

“Saya sendiri dengan anak-anak terkejut pada dua hari lalu bila tengok lembu ini beratur panjang di jalan raya.

“Pada masa itu memang kereta yang sedang buat pusingan U dan melalui lampu isyarat terpaksa mengelakkan kawanan lembu ini untuk memberikan laluan, agak kelam kabut jugalah,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan seorang penunggang motosikal hampir kemalangan gara-gara terkejut lembu berada di tengah jalan raya.

Kebiasaannya kenderaan menghala ke Persiaran Gurney dari arah Tanjung Tokong agak laju kerana jalan raya yang lengang.

Namun, dia terpaksa brek mengejut kerana kira-kira 20 lembu tanpa pemilik memenuhi jalan.

Kehadiran sekumpulan lembu berkenaan juga menjadi tanda tanya kepada pengunjung kedai nasi kandar berhampiran.

Sabaruddin Ali sebelum ini langsung tidak pernah ternampak lembu yang begitu banyak di situ.

“Jika hendak diikutkan memang susahlah hendak nampak lembu tengah bandar ini, memang agak berbahaya kerana lembu itu tidak dikawal oleh pemiliknya.

“Terasa agak lucu tetapi sebenarnya ia membahayakan pengguna jalan raya, bayangkan jika lembu ini menuju ke arah Plaza Gurney, sudah pasti kecoh,” katanya.

Mohd Asrul menggesa supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan dengan mencari pemilik lembu berkenaan.

“Saman perlu dikenakan kepada pemiliknya kerana sesuka hati membiarkan lembu ternakan sehingga bahayakan keselamatan pengguna.

“Jika pemiliknya masih degil, senang sahaja, MPPP boleh tangkap lembu ini dan lelong,” katanya. -SH

ULASAN GB

Dah keluar pun petunjuk itu .... hukum alamiah... hukum kebenaran dan keadilan... ayat manzurah... sebutlah apa saja .. ia adalah mungkin gambaran apa yang berlaku di Pulau Pinang iaitu "kumpulan lembu berdemo" - bukan pertama kali berlaku tapi rupanya dah banyak kali...

Terjadi selepas beberapa hari berlakunya "demo 13 Mei" membantah demo kangkung!

2 Feb 2014

[MENGEJUTKAN] Fenomena Melayu Paling Ramai Minta Sedekah / Angpow Di Tokong


pelik, rumah ibadat penuh ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.


“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja. -SH

ULASAN GB

Pendedahan di atas memang mengejutkan. Langkah tokong berkenaan mengagihkan bantuan kepada golongan daif memang terpuji, dan tiada pula niat untuk mengeji dan menghina umat Islam yang beratur sebagai peminta sedekah kerana ada kemungkinan benar bahawa mereka adalah dari golongan yang amat memerlukan bantuan.

Namun satu perkara yang bermain di benak iaitu apakah dan dimanakah peranan MAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama ini?

Ia juga menimbulkan satu persoalan, masjid-masjid pun tidak pernah melakukan untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dilakukan oleh tokong berkenaan.

Dimana silapnya?

Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni...

Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut

SHAH ALAM 1 FEB: Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam kelmarin menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut.

Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

“Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah.

“Jika dengan Suhaizan Kayat yang ‘cool’ pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan ‘gedebe’ Khalid Samad?,” tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Sementara itu menurut blog,omakkau.blogspot.com, menyatakan sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh untuk mematahkan hujah Ketua Pemuda PAS Pusat itu.

“Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah.

“Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk dipulas pun dia (Noh) lari mencicit sampai tidak cukup tanah,” katanya. -selangorku


Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1


Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.

Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Dalam forum malam kelmarin, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang.

Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ.

Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti.
- TMI


"Rekonsiliasi Nasional" Hanya Untuk Selamatkan Najib Dari "Isu Kangkung"


Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir?

Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya.

Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.

Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.

Rafizi adalah “arkitek” dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar.

Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.

"Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan.

"Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan.

"Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib tempoh hari mengumumkan BN terbuka kepada dialog dua hala dengan PR, tiga hari selepas Anwar mengulangi tawaran rekonsiliasi.

Tawaran Anwar meminta kedua-dua belah pihak mencapai konsensus nasional berhubung ketegangan hubungan antara kaum yang disifatkannya pra 13 Mei.

Sehari selepas ucapan Anwar itu, Adun PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Rafizi berkata, kedudukan Najib perlu diperkukuhkan bagi membolehkan perdana menteri itu mengukuhkan rasa tidak adil dan ekstremis dalam Umno.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang mengutamakan sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan kerajaan pelbagai kaum.

Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti Melayu di kawasan pedalaman negara.

"Doktrin kerajaan berdasarkan satu kaum telah dipromosikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Saya tidak bercakap demi kepentingan Najib tetapi membina kepercayaan Umno terhadap pengukuhan kerajaan Malaysia.

"Beliau telah diserang secara dalaman kerana mengutamakan kaum minoriti," katanya. -TMI


Rekonsiliasi Nasional hanya mainan bibir sahaja


Rekonsiliasi Nasional sudah mula menjadi isu yang hangat diperbincangkan sekarang ini. Istilah ini mula kedengaran hanya beberapa minit selepas BN mengumumkan pembentukan kerajaan selepas memenangi kerusi yang ke 112 malam selepas pilihanraya yang lalu oleh PM Najib. Najib dalam pengumuman ringkas pembentukan kerajaan itu sempat berkata yang kekurangan kerusi yang dimenangi oleh BN itu adalah oleh kerana tsunami Cina, dan kita memerlukan rekonsiliasi nasional secepat yang mungkin.

Tetapi baru tiga empat hari ini sahaja Najib bercakap tentang isu itu setelah hampir setahun pilihanraya itu berlalu. Sebelum Najib bercakap untuk melakukan sesuatu untuk menuju kearah rekonsiliasi nasional itu beberapa hari yang lepas, ada pihak-pihak yang telah memberikan cadangan itu termasuk lah parti-parti pembangkang, PKR dan DAP.


Kata DAP dan PKR rekonsiliasi nasional itu amat perlu memandangkan isu perkauman dan agama yang semakin hari semakin merasuk politik negara dan akan membawa negara ke arah anarki dan berbagai-bagai bahaya yang mungkin timbul jika isu-isu ini tidak dapat diselesaikan. Mungkin DAP dan PKR mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib dan barisan kepimpinan beliau sekarang ini yang mungkin lebih mudah untuk memaksa Najib ke meja rundingan dan mengambil kesempatan diatas kelemahan yang dihadapi Najib kini.

Di sebelah pihak Najib pula mungkin juga inilah waktu yang sesuai untuk bercakap tentang isu ini bagi mendapatkan aura yang baru bagi dirinya yang begitu lemah dan menggunakan isu perpaduan nasional itu menjadi isu untuk memulihkan sokongan ramai.

Sokongan terhadap beliau yang kini hanya tinggal sedikit sahaja, itu pun dikalangan pemimpin yang mendapat keuntungan peribadi mereka sahaja yang masih bersama beliau dalam kepimpinannya sekarang ini.

Keinginan kedua-dua belah pihak untuk bersemuka untuk tujuan rekonsiliasi ini tentulah didorongkan oleh sesuatu, dan saya tetap beranggapan ia adalah oleh kerana keinginan pemimpin kedua-dua belah pihak yang sudah mahu mendapatkan apa yang masing-masing mahukan. Dipihak BN ia tentulah didorong oleh kemahuan untuk menyambung kuasa dan dipihak pembangkang pula ialah untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama di idamkan mereka dan mereka sudah begitu lama menjadi 'kembiri politik' yang tidak berkesudahan.

Selama ini apa yang menyebabkan rakyat begitu ‘detached’ dari parti atau kerajaan yang memerintah ialah kerana rakyat tidak dibawa bersama dalam perlaksanaan atau penggubalan sesuatu dasar kerajaan itu. Setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan itu hanya dirundingkan sesama sendiri dan mengumumkan sesuatu tindakan dan dasar itu yang tidak diambil kira perhatian dan pandangan rakyat yang biasa.

Dalam menentukan sokongan dari rakyat ramai semua perkara yang hendak kita lakukan wajar mendapat ‘feedback’ dari rakyat dahulu. Apabila terlaksana dasar yang telah ditetapkan itu, tidak akan ada lagi atau sekurang-kurangnya penolakan rakyat akan berkurangan.

Sebelum pentadbiran Mahathir dahulu setiap perkara yang hendak dilakukan terutamanya yang melibatkan rakyat ramai, Jabatan Penerangan Daerah memainkan peranan yang penting melalui kursus sivik setiap hari mengikut giliran kampung dan JKKK di setiap daerah itu. Semasa kurus sivik itulah Jabatan Penerangan akan mendapat ‘feedback’ rakyat dan setiap isu yang ditimbulkan oleh rakyat melalui Jabatan Penerangan itu akan membolehkan kerajaan memahami apa pendapat dan perasaan rakyat terhadap perkara yang hendak dilaksanakan kerajaan itu.

Itu sebabnya banyak yang dilaksanakan oleh kerajaan itu tidak mendapat bantahan yang banyak dari rakyat biasa kerana ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung merupakan pentadbiran kerajaan yang terendah dimana rakyat ramai ditadbir. Rakyat merasakan yang mereka tidak dipinggirkan dalam melaksanakan sesuatu dasar itu dan merasakan yang mereka ada sebahagian dari penentu perlaksanaan sesuatu dasar itu.

Tetapi sejak tiga puluh tahun dahulu Jabatan Penerangan Daerah ini tidak lagi berfungsi seperti itu, malahan mereka adalah pegawai yang paling ‘under employed’ dan tidak diberikan fungsi dan peranan yang sepatutnya dalam perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan itu. Dengan itu rakyat merasakan terpinggir dan tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sokongan kepada kerajaan kerana mereka samada tidak faham dengan apa yang kerajaan lakukan atau merasa terpinggir dari arus pembangunan negara.

Dalam isu rekonsiliasi ini adalah amat penting bagi kerajaan membawa rakyat bersama dalam melaksanakannya kerana 'feedback' rakyat itu amat penting untuk difahami. Saya masih teringat dipenghujung tahun tujuh puluhan dahulu, Jabatan Penerangan telah memberikan penerangan tentang apa yang dikatakan dan difahami tentang slogan 'Muhibbah’ yang kita ramai masih percaya yang slogan iitu sahajalah yang boleh menjadi slogan yang relevan bagi matlamat rekonsiliasi yang heboh diperkatakan ini.

Sebenarnya semuanya telah disediakan oleh pimpinan terdahulu dengan dasar-dasar yang boleh diguna pakai untuk jangka masa yang panjang yang mampu melepasi sempadan masa setidak-tidaknya lebih dari lima dekad. Tetapi oleh kerana permainan politik masing-masing mahukan masing-masing mempunyai identiti pentadbiran yang berbeza dengan tujuan untuk menunjukkan kelainan dari pentadbiran sebelumnya.

Maka terlupalah kepada satu slogan yang boleh dipakai sepanjang masa bagi negara yang mempunyai berbagai-bagai kaum dan cara hidup ini, iaitu slogan Muhibbah yang didasarkan oleh kerajaan pimpinan Tun Razak dahulu. Sekarang ini nyata kita berperang untuk melangsungkan hidup bermuhibbah dalam negara kerana kepincangan kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum sekarang ini amat menakutkan ramai.

Itu sebabnya yang lama sahaja yang benar dan lebih hampir kepada matlamat asas kepimpinan negara iaitu perpaduan diantara kaum seperti yang termaktub didalam dasar ekonomi baru dahulu.

Kepada saya yang tidak mahu melibatkan mana-mana pihak, saya tetap merasakan yang usaha-usaha yang disebut sebagai rekonsiliasi nasional yang disebut-sebut dan diperhangatkan oleh kedua-dua belah pihak sekarang ini tidak akan kemana. Bagi saya ia hanyalah permainan politik berpartisan yang hanya bermatlamat kepentingan parti dan kepimpinan masing masing sahaja.

Masing-masing hendak mempergunakan isu ini untuk kepentingan sesuatu kumpulan pemimpin sahaja. Pendeknya ia tidak akan kemana-mana. Ramai yang mungkin membidas saya tetapi saya tidaklah hendak mengambil 'pot' dengan bidasan mereka nanti kerana saya yakin kebenaran akan timbul juga akhirnya.


Bidaslah, katalah apa yang hendak dikatakan. ‘National Reconciliation’ yang disebutkan oleh pemimpin-pemimpin BN dan pembangkang sekarang ini hanyalah retorik yang begitu kosong dan hampa semata-mata. Bak saya kata selalu, kita boleh 'menyelam air di dalam tunggak' dengan mudah.

Ia setakat untuk mendapatkan tajuk nyanyian yang baru yang akan dinyanyikan semasa pilihanraya kecil Kajang itu sahaja. Ia hanya akan menjadi nyanyian seniman dan seniwati atau biduan dan biduanita dari DAP, PKR dan UMNO sahaja semasa diatas pentas pilihanraya kecil itu nanti….tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Dalam PRK itu nanti tidak tahulah siapa yang makan siapa.

Yang pasti rakyat akan diperhambakan kerana masalah parti masing-masing yang disaluti dengan nafsu yang besar untuk berkuasa sahaja.
- aspanaliasnet




ULASAN GB

Beberapa hari sebelum Najib mengumumkan "Rekonsiliasi Nasional", kabinetnya telah membincangkan satu isu panas - iaitu isu mengenai "lawak kangkung" yang telah menjadi berita antarabangsa dimana beberapa menteri dilaporkan berhujah: Putrajaya perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak kangkung di internet.

Dilaporkan juga bahawa ada menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak tersebut, akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut.

Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan.

"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata satu sumber kepada TMI.

Kemudian, selang beberapa hari selepas itu barulah keluar gagasan ROKONSILIASI NASIONAL dimana Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.

Dalam perkataan Najib sendiri: "Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian."

Umum mentafsirkan perkataan Najib itu sebagai menepis "lawak kangkung" yang ditujukan kepadanya sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliau meminta orang ramai berterima kasih kepada kerajaan apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.

Tiads kejujuran di pihak BN, walau ditelek dari sudut mana pun mengenai rekonsiliasi nasional, kononnya untuk menyatupadukan rakyat negara ini kerana, rentetan peristiwa yang berlaku menunjukkan UMNO bersama-sama NGO yang pro kepadanya seperti PEKIDA, PERKASA, ISMA, JATI, GPMS dan seumpamanya masih terus-terusan memukul gendang "nasionalisme sempit" dan meniupkan api perkauman. Malah sebelum ini telah dilaporkan PERKASA menerima peruntukan dana dari beberapa badan seperti MKN untuk menjalankan aktiviti-aktivitnya dan ini diakui oleh pemimpin PERKASA sendiri bahawa aktiviti mereka adalah untuk kepentingan UMNO juga.

Jari telunjuk lurus, kelingking berkait!

Kesimpulannya Rekonsiliasi Nasional" hanya satu escapisme untuk menyelamatkan kredibiliti dan air muka Najib yang telah hancur berderai kerana "isu kangkung ciptaannya sendiri.