5 Feb 2014

Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam, Doakan Yang Terbaik Untuknya...

Stacy Pelajari Tentang Agama Islam Daripada Akim Ahmad

PETALING JAYA: Penyanyi Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya.

"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," katanya katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu.

Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Stacy berduet dengan kumpulan popular Indonesia iaitu SM*SH menerusi lagu Hello.

Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. -mstar (28.12.13)

8 ulasan:

Awanama berkata...

Semoga Stacy belajar tentang Islam dengan lebih terperinci.

Awanama berkata...

Semoga allah membuka hati stacy insyallah

Awanama berkata...

syukur pada Allah muga Stacy jdi hamba Allah yg Allah sayangi. Memag Allah pilih hamba nya yg mencari kebenaran didunia buat akhirat. Subhanallah

Awanama berkata...

Alhamdulillah..syabas!...didoakan terus istiqomah,sabar dlm menghadapi ujian mendatang.

Bicara Hati berkata...

Semuga Allah memberikan hidayatNya kepada mu Stacy, kerseronokan dunia hanya sementara dan sebagai ujian keteguhan kita kpd mentauhidkan Allah....SEBENARNYA DIALAH SEGALA-GALANYA BAGI KITA YG LANSUNG TIDAK MEMPUNYAI APA-APA....
Semua engkau menjadi Muslim yg baik dan mendapat tempat yang baik juga di sisi Allah....mudah-mudahan, kami semua doakan....

Awanama berkata...

Alhamdulilah. Jangan lupa beritahu nama islam mu nanti apabila terbuka hati utk msk islam. Tak baiklah panggil stacy kalau sudah masuk islam . At least dapat panggil nama islam sedap sikit didengar dan senang kita nak doakan nanti. :)

obat radang sendi asam urat berkata...

alhamdulillah dap[at hidayah

nasa berkata...

Akhir-akhir ni dah ada dua berita tentang hasrat menukar ke agama Islam oleh selebriti. Jika ikhlas kita bersyukur mereka ni mendapat petunjuk. namun jika untuk publisiti saya harap usah digembargemburkan. Khuatir agama dipermainkan.