Guna taktik keji & lucah, SPR mesti bidas Umno – Surendran
KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.
“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.
“Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.
“Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan
“Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, malah memihak kepada BN” , kata Surendran dalam kenyataan.
Dalam pada itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.
“Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya.
“Sebagai Perdana Menteri dia tidak sepatutnya membenarkan kempen jijik seperti ini dilakukan oleh parti politiknya,” kata Surendran.
Tambahnya, Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi.
“Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar auntuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihanraya kecil di Kajang nanti”.
“Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri”, kata Surendran -KD
hmad: Isu seks Anwar jadi modal BN di Kajang
Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.
"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.
"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.
"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.
"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.
Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini, depan tiga orang hakim.
Lipat ganda usaha
Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.
Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.
"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.
"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?
"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.
Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.
"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.
Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. - mk
ULASAN GB
UMNO & Fitnah Seks memang tak dapat dipisahkan.
GB ingin menyatakan: teruskanlah kerja fitnah seks kamu itu kelak yang akan ditimpa kehinaan bukan orang yang kamu sasarkan sebaliknya adalah diri kamu sendiri.
GB sentiasa, di dalam blog ini mengingatkan pihak tertentu tak kira siapa dan dimana jua bahawa rancangan jahat dan zalim itu tidak akan menimpa orang lain, sebaliknya akan menimpa mereka yang merancangnya.
Itu adalah hukum kebenaran dan keadilan. Itu adalah hukum Allah dan tercatat jelas di dalam Al-Quran:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.[Fatir: 43]
Tidakkah mereka melihat kehinaan yang menimpa ke atas Raja Blogger Seks mereka, papagomo?
12 ulasan:
Tak perlu risau... prk di kajang bukan pontian. Kajang tiada felda dan spesis melayu sakai amat kurang di kajang. Tak sama macam pontian yg dipenuhi oleh lambakan melayu2 yang masih tongong.
Bagus sangatlah kes liwat Saiful tu dijadikan isu prk Kajang nanti. Semua orang dah tau Anwar difitnah segenap penjuru. Kalau isu ulangtayang itulah yg digunapakai lagi oleh BN,Anwar tak perlu lagi bersusah payah berkempen. PR pasti menang besar. Tengoklah nanti. Isu fitnah ni bukan rakyat Malysia sja yg tau,bahkan seluruh dunia sudah maklum,ayam itek pun tau. BN dialu2kan kempen guna isu liwat ni.
Ahmad Maslan ni termasuk dlm menteri2 3B........Bebal Bodoh Bahlul
There are three side of a story;
Your version,
My version and
The truth...
Jangan la d dengar orang Fasiq brcakap.....smuanya dusta belaka....tngok muka pun da tahu....majnun wal tukazzibuun..orang gila lgi pendusta..kesian umngok ada orang mcm ni...
Beraka kali nak boleh? Ini dah tahun 2014, masih nak buat kerja 1999? Dah berapa kali PKR dan DSAI memang juga walaupun puak "minority" ini cakap sex sex sex? Tak ada benda lagin kecuali sex sex sex?!
Ni bukan apa En Ahmad Maslam, saja nak habag mai kat hang, kot kot hang lupa bahawa di Melaya la ni kalu orang jadi pengeluar atawa pengedar atawa memiliki bahan porno/lucah adalah menyalahi peratoran/undang undang di Tanah Melayu. Mana tau kot kot lepaeh PRK Kajang En Ahmad kena dudok dalam kandang OKT atas dakwaan mengedar VCD lucah. Seluroh Malaya sudah tau En Ahmad ada niat seperti itu
Anak Maslan nih bahalol sikit tak tahu jaga nama mak bapak.
Tengok air muka pun tahu.
Sedih kan.
Silap2 haribulan dia pulak mengaku kena liwat ..Nampak seronok benar main liwat2 ni. Macam main cak lempong je.
Ulama UMNO dan ulama pro UMNO perlu nasihat Ahmad Maslan kerana dia telah tersasar jalan sebagai orang Islam.
muka macam jakun sarawak
Bodoh, bangang, bebal dan bahalol..... untuk Ahmad Maslan yg berketurunan jawa, aku katakan " kowe iku goblok"..."ngisin ngisinin wong jowo wae....
Catat Ulasan