6 Feb 2014

Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?


Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?

Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilllah.....

Suatu pencerahan yang mudah di fahami dari Ustaz Azhar idris.

Moga moga. Melayu tok tok akan terbuka hati untuk menerima kebaikan dan bukan ke jahilan jahilliyah dan membangga akan kebodohan mereka sendiri.

Kalau masok DUMNO tak kaya kira bodoh betul lah....

Anti Fitnah berkata...

Bagi yang tanya tu masih duduk di zaman gua batu. Sekarang di Malaysia ni, bukan orang Melayu sahaja yang beragama Islam. Dah ramai keturunan lain yang beragama Islam.
Orang nak hidup sebagai orang Islam tapi depa nak hidup sebagai orang Melayu lagi. Kalau beriya-iya sangat nak kat Melayu, dirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU le. Ini tidak, bila hidup, nak Melayu, bila mati nak kat Islam pulak. DASAR MUNAFIKUN.
Hanya Melayu UMNO totok yang buta segala-galanya. Mungkin Allah swt dah tutup pinta hati depa kot. Ini yang paling ditakuti aku sebab manusia yang hatinya ditutup oleh Allah swt untuk melakukan kebaikan, sanggup melakukan apa saja, tanpa mengira halal haram. Matlamat manghalalkan cara, bahaya kan? Membunuh saudara sendiri pun sanggup ... eeeeeeeeeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

16 alasan yang diberikan oleh GB dah lebih dari cukup untuk menolak, menendang, menerajang dan menghumban umno seluruhnya., senang cakap lingkup umno, mampos semua pencacai umno termasuk keza adalah suatu rahmat untuk sekelian rakyat malaysia khususnya dan dunia amnya...

Tanpa Nama berkata...

kita tahu dan kita kenal kawan kita, kalau sebelum ini kita sudah kenal siapa itu UMNO, dan lebih baik kita berkawan dgn orang yang memahami kita,kalau selama ini kita menolong anjing tersepit, dia baham kita balik..cukuplah, jangan kita di patuk kali kedua, ketiga dan seterus nya, betul lah kata orang tua2, berkawan biar seribu bersahabat jgn dengan UMNO. Serikkkk dah.

Tanpa Nama berkata...

Diharap perkasa dan sewaktu dengannya memberi sebab berkerjasama dengan umno memainkan sentimen bangsa dan agama

Tanpa Nama berkata...

dah lama UMNO sekongkol dengan APCO dan MCA

Tanpa Nama berkata...

Harap 16 alasan ini boleh buka minda org melayu. Kalau faham tapi masih buat bodoh, maka inilah golongan yg akn jadi umat melayu selama - lamanya. Biarlah kita meninggal dengan status umat islam jangan dengan status umat melayu. Kalau meninggal dengan status umat melayu, wallahualam nerakalah jawapannya.