4 Feb 2014

UMCEDEL Ramal Anwar Menang Besar, PAS Selangor Setuju Bantu Anwar

Umcedel jangka Anwar menang majoriti besar di Kajang

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU13 lalu.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada ketua umum PKR itu.

Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.

“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.

“Mengikut kajian sejak 1999, pilihan raya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya seperti dilaporkan oleh Selangorkini.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Peletakan jawatan Lee Chin Cheh menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong Pakatan namun selepas penjelasan diberikan, sokongan kepada Anwar semakin padu.

Redzuan bersetuju masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengana segera, sebaiknya sebelum PRU ke-14 menjelang. -TMI


PAS Selangor terima penjelasan Azmin, sokong PRK Kajang


PETALING JAYA: PAS Selangor mengambil keputusan untuk mengerahkan jenteranya turun membantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Samsudin berkata, satu pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin PAS Selangor diadakan minggu lalu bagi meredakan ketegangan yang timbul dikalangan akar umbi.


Katanya, persetujuan dibuat selepas menerima penjelasan daripada Azmin mengenai perubahan DUN Kajang atas alasan ia ‘kerusi kepunyaan PKR’.

“Kita bersetuju dengan semua rancangan mereka. Kita hanya akan memberikan tumpuan dan membantu PKR mempertahankan Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau enggan mendedahkan butiran penjelasan yang diberikan Azmin namun memberi jaminan ianya ‘untuk kebaikan bersama’.

“PAS Selangor akan mula bergerak minggu ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pertemuan itu tidak menyentuh tentang spekulasi peralihan kerusi Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebaliknya fokus kepada isu dalaman di Selangor yang memaksa PRK Kajang diadakan.

“Pelannya sulit untuk didedahkan tetapi umumnya ia untuk kebaikan bersama dan kita bersetuju,” katanya.

Beberapa pemimpin PAS minggu lalu memberikan respon negatif selepas bekas penyandang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding di Kajang.

Tindakan itu dianggap seolah-olah membelakangi PAS malah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengakui tidak tahu menahu tentang krisis di Selangor sehingga menyebabkan PRK di Kajang.

Azmin kemudiannya memberi kenyataan mahu berjumpa dengan pemimpin PAS di Selangor bagi menjelaskan perkara sebenar.

Walaupun beberapa pemimpin PAS Pusat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu menyokong tindakan Anwar, namun pemerhati masih menunggu pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat masih membisu mengenai isu ini.

Abdul Hadi dijangka akan membuat kenyataan rasmi esok selepas mesyuarat Biro Politik bagi membincangkan mengenai isu Kajang dan kerusi Menteri Besar malam ini.
- FMT


6 ulasan:

Awanama berkata...

Ingatkan Pengarah Pilihanraya PAS cerdik, rupanya TOLOL, selepas keputusan dibuat, barulah terima penjelasan.
kalau macam ni sampai bila-bila PAS akan jadi org suruhan.

Awanama berkata...

apapasal presiden lmbat sgt, kalau semua pemimpin/org pas yg muda2 tu calm tidak melatah dan pandai bagi respond pada media, senang lah cerita, ni ada pemimpin pemuda yg b*d*, otak cetek merugikan parti.

last2 baru nak tunjuk sokongan pd PKR, demage has been done, sib baiklah boleh cover balik, tapi musuh dah nmpak lubang, nampak kelemahan esok2 senang nak tembak peluru nak hasut bagi pecah belah.

Awanama berkata...

PAS pemimpin nya banyak yang bahalol.... Promoting gaya alim ulama saja , tapi tahap mentaliti setanding KANGKONG juga. Itu sebab nilai rendah tiada add value pada rakyat yang cerdik , terutama bangsa bukan Melayu.

Macam mana ahli ahli PAS pilih pemimpin pun dok sama dalam UMNO juga.

TGNA saja tulang belakang PAS masa kini. Apa lah PAS tanpa TGNA....

Abuk pun tarak ....

Awanama berkata...

PAs masih belum kuat je bersifat tawaduk...dah agak kuat sikit dah jadi bodoh sombong..PAS dah = UMNO..itu pun bermulanya kuat kerana isu Anwar 1998..

Awanama berkata...

Memang kita manusia sampai bila-bila kena jadi orang suruhan. Kita ni hamba ALLAH. Kecuali yg angkuh dan ingkar, spt merembat duit rakyat, buat fitnah, menipu utk dpt kuasa dll.

Awanama berkata...

Tak tentu majority berapa kerana kalau hari undi pada selasa atau isnin?