7 Jun 2012

[VIDEO] Khalid Samad Dedah Video Agen Umno-BN Cuba Beli MP PKR RM2juta

Shah Alam : MP Shah Alam, Khalid Samad hari ini secara eksklusif mendedahkan rakaman video yang menunjukkan cubaan agen Umno-BN yang didakwa terlibat dalam rundingan untuk membeli wakil rakyat PKR dengan nilai RM2 juta tahun lalu.

Video gambar stil berdurasi empat minit di salah sebuah restoran di Lembah Klang itu menunjukkan perbincangan antara lima individu yang dikatakan cuba merasuah MP PKR terbabit supaya lompat parti.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, dua daripada lima individu itu didakwa sebagai wakil Umno-BN, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dikenalpasti sebagai wakil PKR bagi MP tersebut.

Sementara seorang lagi, kata Khalid adalah pemandu bagi salah seorang agen Umno-BN berkenaan.

“Rakyat Malaysia harus sedar bahawa ini adalah taktik kotor Umno-BN dalam cubaan untuk membeli MP Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili pihak lain tetapi dengan tawaran jutaan ringgit, mereka akan belot.

“Tetapi ini merupakan satu cubaan yang selama ini telah disebut banyak kali tetapi ini mungkin kali pertama kita dedahkan buktinya,” katanya.

Beliau berkata, video asal berdurasi tiga jam itu hanya akan didedahkan sepenuhnya Selasa depan bersama pendedahan MP Pakatan yang cuba dibeli.

Tambahnya, beliau turut mempunyai bukti lanjut yang mendedahkan pertemuan agen Umno-BN dengan niat untuk membeli serta merasuah 15 pimpinan Pakatan supaya belot terhadap parti mereka.

Bagaimanapun jelasnya, laporan polis terhadap perkara tersebut hanya akan dibuat selepas pendedahan video itu selesai dilakukan.

“Kalau Umno-BN cuba nak menafikan, kita akan beri mereka peluang sehingga Selasa depan untuk buat kenyataan. Kalau mereka mahu tonton video ini dulu pun, terpulang kepada mereka.

“Tetapi hakikatnya pembelian MP yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan agen-agen yang mengenalpasti calon untuk lompat parti telah gagal. MP yang ditawarkan dengan duit itu akan tampil memberi keterangan,” ujarnya.

Sidang media dan pendedahan rakaman video tersebut boleh di ikuti dibawah. -selangorku



Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.

"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling.

Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu".


Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR

Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.

"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.

Beliau bagaimanapun menyifatkan soalan pemberita itu sebagai "very malicious" (sangat berniat jahat).

"Your question is very malicious (Soalan kamu sangat berniat jahat). Jangan hala ke situ, saya fikir semua media sini tahu," katanya lagi.

Diasak lagi kenapa universiti milik kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dimaklumkan, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak apalah. Dia kaji dulu." -mk


Ulasan GB

Kami menyatakan bahawa PTPTN dihapuskan hanya apabila kami menakluk Putrajaya, dimana pembelajaran akan diberikan percuma apabila wang negara diselamatkan daripada terus disalahguna dan disonglap oleh kroni-kroni kamu yang menyebabkan negara kini tidak dapat menyediakan pelajaran kepada para pelajar selain daripada terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi selepas graduasi.

Muhyiddin berkata kepada wartawan: "Soalan kamu sangat berniat jahat". Kita jawab tindakan kamu yang menyekat PTPTN kepada mahasiswa itu lebih jahat dan lebih zalm!

Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor.

GB pernah ulas sebelum ini

Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.

Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.

Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.


Teruskan sekatan jika dengan cara itu kamu kira boleh meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Kami akan berdoa ke hadhrat Ilahi agar Dia menurunkan pengajaran kepada kamu dan parti kamu berdua supaya kamu menyedari bahawa tindakan kamu itu menyalahi hukum kebenaran dan keadilan dan perbuatan kejam dan zalim kamu itu layak untuk dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.


TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’

Kuala Lumpur: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.

“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.

Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.

Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -HD


Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala

KOTA BHARU - Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.

Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.

“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.

“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan ‘Tukar Acu Test Sepenggal’ yang diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berhubung pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.

Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.

“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya.
-SH






Kata Dato' Haji Husam Musa:

"Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan & teknologi Moden... Ini akan mempercepat & melancarkan pembinaan Lebuhraya... Semalam UMNO sumbangkan Cop & Cangkul untuk Pembinaan Lebuhraya... Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..."

Mungkin UMNO minta kita Gali Lubang Kubur UMNO dengan Cop & Cangkul tu..


[PANAS] Kisah Najib, Altantuya & Scorpene Meletup Dari Phnom Penh Ke Malta

Wartawan Kawan Baik Razak Baginda Dedahkan Najib Temu Altantuya Di Paris

Dia jatuh cinta, seorang wanita menggoda dan seksi dan bijak - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya melancong ke Eropah dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib

Terjemahan dari berita -ROGER MITTON - The Phnom Penh Post

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagi pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 ASEAN-Eropah.

Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan Penting.

Kemudian, ia telah didedahkan di parlimen Malaysia bahawa "komisen" bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Tun Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan.Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia.

Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran.Dan bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan.Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah.

Walau bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak.Beliau jatuh cinta.Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.

Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada "sindrom tarikan maut", dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan.

Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib - dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen.Kesannya, dia terus hilang.

Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap - semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan.

Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah.Dan PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang.Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia.




Skandal Scorpene merebak ke Malta

Skandal kapal selam Scorpene Malaysia nampaknya telah melebar ke kepulauan Mediterranean Malta, di mana seorang anggota parlimen pembangkangnya mendakwa bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Menurut portal berita - Malta Today - MP Evarist Bartolo memberitahu parlimen Malta bahawa perunding kewangan milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah 'dibersihkan' melalui Malta.

Komisen Perimekar telah dikritik sebagai satu dalih untuk sogokan kepada tokoh politik.

Laporan lain dari Malta mendakwa bahawa Gifen telah ditubuhkan oleh Jean-Marie Bouvin, yang juga banyak terlibat dalam penjualan kapal selam dari syarikat pertahanan milik Perancis, DCN, kepada Pakistan dan kapal frigat kepada Taiwan.

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian berkenaan.

Bartolo mendakwa, syarikat-syarikat lain yang didakwa digunakan untuk tujuan yang sama ialah Eurolux, yang berpangkalan di Luxembourg, dan Technomar, yang berpejabat di Belgium.

Bartolo seterusnya mendakwa Gifen, yang diasaskan pada tahun 2001 oleh Bouvin, mempunyai kaitan rapat dengan perkhidmatan perisikan Perancis, dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Dominic de Villepin.

Malta Today melaporkan, selepas Perancis menandatangani Konvensyen PBB Menentang Rasuah, Bouvin didakwa mula beroperasi melalui saluran lain - menubuhkan syarikat di Ireland, Switzerland, Mauritius, Isle of Man dan Malta.

Nama Sarkozy telah disebut berkaitan dengan rasuah besar-besaran yang dijanjikan kepada para jeneral Pakistan bagi pembelian kapal selam SSK Scorpene dari Armaris, yang kini menjadi sebuah unit pertahanan DCNS di Perancis.

Sebelas juruteknik Perancis telah diletupkan dengan bom kereta yang pada mulanya dipersalahkan kepada Al-Qaeda.

Bagaimanapun, cerita berikutnya di Perancis, yang dipanggil "L'Affaire Karachi," mendakwa jeneral Pakistan meletupkan van tersebut sebagai membalas dendam ekoran pembatalan bayaran sogokan oleh presiden ketika itu, Jacques Chirac.

Sarkozy menafikan sebarang penglibatan dalam skim sogokan tersebut. Bagaimanapun, berikutan dia kehilangan jawatan presiden Perancis kepada Francois Hollande, penyiasat mungkin meneliti semula aktivitinya.
- Asia Sentinel





Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Suka-suki nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri...
terimalah akibatnya sendiri...

Akan ada banyak lagi nanti berita "haramjadah" untuk Najib & UMNO. Kita sama-sama tunggu.



WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong??

Liow: Saya dapat nombor plat percuma

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.

Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk








Ulasan GB

Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya.

Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya.

Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ?



Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja

Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa... maka ahli-ahli UMNO diTaman Berkat didalam Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakan sikap kebudak-budakan dalam politik.

Kes pertama:

Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS [Rujuk berita di bawah]

Kes kedua:

Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS,berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang.

Ketua Cawangan PAS Taman Berkat bersama wakil PAS Kawasan menunjuk-kan laporan polis serta gambar bukti kejadian bakar bendera dihadapan Balai Polis Simpang

Salinan Laporan Polis

Kes Ketiga:

Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. -Orang ni/PASPB

Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti


Dipercayai orang UMNO (Cekak pinggang) yang tidak puas hati dengan kehadiran ramai penyokong PAS ke tapak ceramah.


JKKK sedang berbincang dengan Unit Amal PAS bagi mententeramkan keadaan


Kelihatan anggota JKKK dan Unit Amal mendengar nasihat dan akur dengan arahan pihak Polis


Jabatan Pertahanan Awam (JPA) pun turut turun padang memantau setuasi


28 mei 2012 – Taman Berkat Simpang, berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatanmengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS disini. Mereka melakukan ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Keadaan ini menyebabkan pihak Polis dari Balai Simpang tiba kelokasi bagi menjernihkan keadaan.

Menurut sumber dari seorang ahli PAS disini mendakwa bahawa sudah 2 kali sebelum ini program ceramah anjuran PAS Cawangan Taman Berkat Simpang yang bertempat di hadapan Markaznya cuba diganggu oleh pihak yang dipercayai penyokong UMNO dan kedua-dua rancangan tersebut gagal. Ceramah tetap berlangsung dengan jayanya tanpa kejadian yang tidak di-ingini.

Untuk cubaan kali ke-3 mereka bagi mengagalkan ceramah PAS juga gagal dan kali ini ianya berjaya diselesaikan dengan aman dan keadaan kembali normal apabila pihak keselamatan dari Balai Polis Simpang dan Unit Amal PAS Bukit Gantang berjaya mententeramkan keadaan tanpa sebarang kejadian yang tidak di-ingini. PAS Kawasan Bukit Gantang merakam ribuan terima kasih kepada pihak Polis Balai Simpang dan JPA yang hadir pada malam tersebut ,begitu juga diucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak puas hati pada awalnya dapat menerima segala arahan dan akur dengan semua kehendak pihak keselamatan.




Haramjadah Timpa Najib Lagi, 100 Plus Diboikot Gara-gara Ada Gambar Najib

Begitu "suweh" (malang) kata sesetengah orang, sehingga apa juga yang ada gambar Najib kini ditolak oleh rakyat.

Terbaru, minuman isotonik yang popular di Malaysia telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.

Demikian hebatnya gambaran kebencian rakyat Malaysia terhadap Najib kini.

Belum pernah berlaku dan menimpa PM-PM sebelum ini tetapi berlaku kepada Najib.

Minuman isotonik 100 Plus telah diperkenalkan di Malaysia pada 1983 oleh sebuah anak syarikat Fraser & Neave (F&N).

Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.

Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. Ia juga BUKTI NYATA: apa saja yang ada gambar atau nama Najib, ia ditolak rakyat.

Dan ia pengajaran besar buat semua pengeluar barangan keperluan rakyat:
PESANAN GB: JANGAN LETAK GAMBAR NAJIB! kalau tidak mahu diboikot.

Itulah akibat mengharamjadahkan rakyat sendiri....





6 Jun 2012

Fitnah Pencacai UMNO Menjadi-jadi. Dua Fitnah Terhadap TGNA

Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz

KANGAR: Umno sekali lagi dikecam hebat kerana dikaitkan dengan fitnah apabila tersebarnya gambar yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun fitnah yang cuba dilemparkan kepada Mursyidul Am PAS itu akhirnya terjawab bila pengguna-pengguna laman sosial terbabit menjawab balik melalui komen-komen mereka bahawa gambar yang disiarkan itu adalah sebuah rumah di Perlis.

Rumah tersebut adalah milik seorang usahawan di negeri ini yang masih dalam pembinaan dan terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang dekat sini.

Rumah ini dapat dilihat oleh pengguna Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang mana lokasinya berada di tepi jalan iaitu di sebelah kiri jalan menghala ke Changlun. -HD

klik untuk lebih jelas



FITNAH 2

Tengok gambar Nik Aziz pengang aurat perempuan !!


gambar (1)

gambar (2)


Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri.

Kerana  keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri.

Kalau di tanya  100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah  aku lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru..., adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?

Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir..

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan" (Surah al-Hujurat, ayat 6)
-batuvskayu




Yang ini real, bukan photoshop





Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan Jika PTPTN Sekat Pinjaman Kepada Pelajar Unisel

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin harus meletak jawatan dengan segera andainya benar beliau mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata jika benar Khaled tidak terlibat maka beliau perlu campur tangan segera bagi mencari penyelesaian total kepada isu pinjaman PTPTN itu.

“Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar.

“Apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-BN” tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel “ditangguhkan buat sementara waktu.”

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama “ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu

Tambah Rafizi masa hadapan pelajar Unisel tidak perlu dipolitikkan ekoran polemik berkenaan tawaran Pakatan Rakyat dalam memberikan pendidikan percuma baru-baru ini.

“Sepatutnya Khaled Nordin menjadi pemuka yang intelek dalam mengemukakan model pengajian tinggi bukannya mengambil sikap kebudak-budakkan dalam hal ini,” kata Rafizi.

Jelas Rafizi,beliau yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat.

“Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan kerajaan pusat,maka sebarang perubahan model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat,” kata Rafizi. -selangorku

Kalau Ya Pun Nak Cari Sokongan, Tak Payahlah Sampai Guna Tarian Lucah

Petaling Jaya: Dalam keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda, penganjur Himpunan

Jutaan Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini sanggup mencampur aduk perhimpunan dengan program maksiat.

Ramai golongan masyarakat yang mengkritik kerasionalan pihak penganjur menjemput kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk membuat persembahan.

Persembahan mereka jelas menyinggung sensitiviti budaya, adat resam serta agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini apabila artis-artis kumpulan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata.

Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini yang menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda.

“Kami tidak menolak aspek hiburan kerana ia merupakan keinginan anak muda namun ia harus difahami hiburan itu perlulah yang mendidik bukan lebih menggalakkan ke arah gejala sosial dan merosakkan minda anak muda sebagai pewaris masa depan negara.

“Cukuplah dengan kebejatan sosial yang sedang dialami sekarang ini,” kata penyelaras negeri SAMM Johor Ahmad Anwar Asyraf dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut anaksungaiderhaka.blogspot, kerajaan membayar RM2.4 juta untuk menganjurkan persembahan artis dari Korea Selatan itu.

Jumlah itu sebahagian dari bayaran tuntutan sebanyak RM15 juta yang dibuat di Stadium First Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan program itu manakala kos untuk memanggil artis tempatan pula melibatkan RM1.8 juta.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata, kos kumpulan itu oleh Stadium First berjumlah RM900,000 ditanggung oleh pihak penaja.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah persembahan tidak bermaruah oleh artis-artis dari Korea Selatan mendapat restu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

“Najib dengan penuh sukarela naik ke pentas bersama dengan penari berpakaian lucah dari negara itu. Ini menunjukkan persembahan itu mendapat restu dari PM sendiri.

“Kalau hendak berpolitik sekali pun, janganlah sampai menggunakan majlis nyanyian dan tarian lucah serta maruah pun sanggup tergadai,” kata seorang pemerhati. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






TGNA: "UMNO Nak Melaga-lagakan Orang, Dah Tak Dak Point"

Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian.

Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.


Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.

"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS),” katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.

Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.

Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V. -HD

[BERGAMBAR] ‎"Ku Lihat HIJAU" Lagi... ALLAHU AKBAR !!! -updated

Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan...

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Sumber:FB

Sultan tandatangani plak tuntutan royalti

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
-HD










Tetapi,
tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah
dari yang ini



Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol

Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.” Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia?

Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi!

Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka?


PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS.

Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini.

Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan.

Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu.

UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda.

Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda? Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding? Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu?

Bangang punya montori. -sakmongkol

[ZALIM] Sekatan Pinjaman PTPTN Untuk Pelajar UNISEL Percepat Runtuhkan UMNO BN

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel

Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.

Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."

Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.

Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.

"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.

'Mangsa politik'

Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."

Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. -mk

Dr Halimah: PTPTN Digesa Bersikap Professional

SHAH ALAM 5 JUN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bersikap professional dan tidak menjadikan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) sebagai mangsa politik pihak tertentu, tegas Dr Halimah Ali.

Dr Halimah yang merupakan Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Insan,yang dihubungi mengulas isu pembekuan pinjaman PTPTN berharap perkara itu dapat diselesaikan segara demi memastikan masa depan pelajar agar tidak terjejas.

“Sepatutnya isu pendidikan tidak wajar dijadikan dijadikan isu politik, malahan tujuan PTPTN itu diwujudkan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan,” kata Dr Halimah.

Tambah beliau, tiada sebab untuk pihak PTPTN mendiskriminasikan mana-mana pelajar institut pengajian tinggi bagi mendapatkan pembiayaan itu jika berkelayakan.

Tindakan tersebut menurut Dr Halimah mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

“Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel,” ujarnya.

Dr Halimah juga berkata, ibu-bapa pelajar berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang jika hal demikian berlanjutan tanpa penyelesaian.

“Perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat jika pihak PTPTN bersikap professional dalam hal ini,” katanya.

Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan bahawa di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel “ditangguhkan buat sementara waktu.”

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama “ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
-selangorku



Ulasan GB

Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.

Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.

Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.

Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya.

Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]



Saiz dan Ketinggian Nabi Adam


Baju ini adalah replika baju Nabi Adam dibuat di Arab Saudi. Ia mengambil masa 18 hari dan 40 gulung kain diperlukan. Panjang pakaian itu adalah 29 meter, 9m antara bahu, lebar 12m panjang bawah, 10m lengan dan lebar 2m leher.

Baju ini direka semata-mata unutk melihat ketinggian sebenar Nabi Adam..Tinggi Nabi Adam adalah 60 hasta,lebih kurang 30 meter..

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari)

Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.