7 Jun 2012

TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’

Kuala Lumpur: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.

“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.

Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.

Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -HD


Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala

KOTA BHARU - Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.

Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.

“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.

“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan ‘Tukar Acu Test Sepenggal’ yang diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berhubung pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.

Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.

“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya.
-SH






Kata Dato' Haji Husam Musa:

"Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan & teknologi Moden... Ini akan mempercepat & melancarkan pembinaan Lebuhraya... Semalam UMNO sumbangkan Cop & Cangkul untuk Pembinaan Lebuhraya... Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..."

Mungkin UMNO minta kita Gali Lubang Kubur UMNO dengan Cop & Cangkul tu..


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya ingin tambah kata2 YB Husam..
Zaman sekarang juga orang dah tak guna dacing..

W. Parjo berkata...

memang sah dah tak ada puak yang bijak dalam UMNO semuanya bodoh bodoh belaka.

1 Malaysia berkata...

Depa dok sedia untuk depa pada PRU 13 ni. Takut nanti tak dan PR nak sediakan untuk depa. Jadi depa wasiat siap-siap.
Satu lagi yang belum depa .... kain kapan.
Depa nak memalukan orang lain tapi sebenarnya depa sendiri yang dibodohkan. Tak kan dok dalam abad ke 21 pun masih tak tahu bahawa orang buat lebuhraya bukan dengan menggunakan cangkul dan kereta tolak. Orang dah guna jentolak, cik oi. Bodoh dan bangang punya manusia. Rupanya di Malaysia kita ni masih ada ramai manusia yang bodoh dan bangang serta bengap.

Tanpa Nama berkata...

Memalukan org melayu aje... x kan lah nk buat highway pakai cangkul n cop je... nampak sgt kunonye... klu nk bahasakan org pun jgnlah sampai ternampak kebodohan sendiri ... itulah umNO... biar umNo ngan kebodohannya... ramai2 hijrah ke era PR....

Tanpa Nama berkata...

ORANG UMNO MEMANG BODOH SOMBONG MACAM KAMBING YANG EGO..PATUTLAH ORANG YANG BERKELULUSAN TINGGI JARANG NAK SERTAI UMNO..1..1..1..12345678910..KAHKAHKAH

IR. ZUL

Tanpa Nama berkata...

Tak salahkan rakyat Kelantan menderma untuk bina lebuh raya kerana Kerajaan pusat menterkedarah royalti minyak tak pulangkan baik guna duit ikhlas orang ramai moga lebuhraya tu berkat dari guna duit pusat yang betul betul di rampok dari hasil negeri tadbiran PR.

putra JB berkata...

Kalau bodoh je orang umno....kalau orang umno je mesti bodoh....kahkahkah

Tak ada otak punya orang...Lembu pun lagi pandai dari Orang Umno.

Tanpa Nama berkata...

puak ni rasa jiwa tertekan....slama dok balon mcm2 kat pakatan...tp bila pakatan dpt buktikan yg tanpa bantuan pusat pakatan dpt bina jalan.yg ni jd sawan tahap jakun puak tu.....dulu masa khir toyo...dia bagi penyapu pd ahli majlis...tup...tup dia tonggeng msuk dlm dmalukan pd rkyat...skrg kita tnggu tngok la plak cita puak jakun tu plak yg bg keta surung pd MB...lu pikir la sndiri jwpan nanti....xsbar nak ngundi aku.....

mamat berkata...

Nak tambah ni. Depa tu grombolan jenis tak caya peranan Tuhan, kpcayaan kat zat Tuhan tu pun tah camner.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sistem amal jariah rakyat kelantan tidak di panjangkan bg mengatasi masalah air di sana? Rasanya ia lebih afdal!

Tanpa Nama berkata...

Betul2 .. zaman timbang digital.

nzwiduri berkata...

ambil aje barang2 tu,lepeh tu gi jual duit tu masuk tabung projek

Tanpa Nama berkata...

Yang pastinya puak-puak yang berdemonstrasi (yang rendah mentaliti)ini juga yang akan gunakan lebuh raya baru apa bila siap nanti.

XUMNO berkata...

Puak2 UMNO tu sebenarnya minta PAS tolong galikan kubur untuk kebumikan parti dacing berkarat tu.Sepatutnya geng2 UMNO bawa kain kapan, tikar purun dan payung kertas sekali...jangan lupa batu nesan ya.