23 Apr 2012

[HOT] Skandal Shafie Apdal & Zahida, Penafian Shafie Longgar - updated

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’

SHAH ALAM - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.


Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman

Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.

"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
-mk




Zuraida Sedia Disaman Di Dalam Skandal Pelakon dan Menteri

SHAH ALAM, 23 APR : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.
-selangorku



Ulasan GB

1) Penafian Datuk Shafie Apdal sudah dijangka, tetapi mengapa mengambil masa begitu lama untuk memberikan respons?

2) Pendedahan laporan polis dibuat oleh Noor Azman bin Azemi dan tidak ada di dalam kenyataan Datuk Shafie Apdal itu yang menyatakan Datuk Shafie akan mengambil tindakan ke atasnya.

3) Penyebaran luas sebuah laporan polis oleh mana-mana pihak tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang. Datuk Shafie boleh bila-bila masa membuat laporanbalas sekiranya benar laporan polis oleh Noor Azman itu satu fitnah. Tetapi ia tidak dilakukan oleh Shafie, sebaliknya hanya mengugut "bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini".

4) Mengenai "wang yang banyak". Selain di dalam laporan polis Noor Azman, ia terkandung juga di dalam laporan polis Zahida Rafik sendiri yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan sebelum ini.

Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. -hmetro (3 Mac 2012)


5) Ada lagi persoalan yang belum berjawab: Benarkah Datuk Shafie Apdal sudah bernikah dengan artis berkenaan? Penafian cuma berlaku oleh Zahida Rafik, tetapi di dalam kenyataan Shafie di atas, tidak ada penafian tersebut. Blogger UMNO di SINI ada mengesahkan Datuk sudah bernikah dengan Zahida. Apakah Datuk tidak mengambil tindakan ke atas blogger berkenaan?

6) Datuk Shafie menganggap laporan polis yang dibuat ke atasnya adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. Bagaimana pula kes Datuk Shafie yang sebelum ini memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat satu ketika dahulu? Mahukan Datuk Shafie menarik balik fitnah tersebut atau bersedia menghadapi kemungkinan untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah parti tersebut?

Apa yang menarik, di dalam kenyataan Shafie Apdal tersebut, lansung tidak dinafikan pemberian wang kepada Zahida, yang dinafikan hanya jumlah wang yang banyak itu.

Esok, media massa arus perdana berkemungkinan akan sibuk melaporkan penafian Shafie Apdal ini. Tidak mengapa, semakin dilaporkan maka akan semakin banyak rakyat akan mengetahuinya dan semakin banyak ia akan dibincangkan orang mengenainya. Semacam kes lembu NFC dahulu. Sehingga akhirnya terselak segala-galanya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


DBKL Halang Guna Dataran Merdeka, BERS✔H Bermesyuarat Malam Ini

BERSIH 2.0 bincang lokasi perhimpunan malam ini

Jawatankuasa BERSIH 2.0 akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif untuk perhimpunan 28 April.

Bagaimanapun, kedua-dua pengerusi bersama jawatankuasa Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga masih bertegas mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut "milik rakyat".

"Kalau ditanya, saya ingin mengekalkannya di Dataran Merdeka sebab kita tidak minta waktu yang banyak, sekadar dua jam duduk bantah," kata Samad dalam sidang media hari ini.

Katanya menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri berulang kali menyatakan bahawa perhimpunan itu "tidak berbahaya dan seolah-olah BERSIH ini tidak apa-apa."

"Kalau tidak apa-apa, apa sebabnya harus diapa-apakan... Saya pergi ke Negeri Sembilan, Perak dan Johor menjelaskan hal ini.

"Tapi sikap saya adalah konsisten, saya mahu BERSIH 3.0 ini diadakan di Dataran Merdeka,"
katanya yang menambah Ambiga turut membayangkan sikap yang sama.

"Kalau kita beralih sikap, ia akan memberi impak yang buruk," katanya lagi.

Tambahnya, isu berkenaan bagaimanapun harus dirujuk kepada kesemua anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

Acara kebangsaan?

Dalam rundingan malam ini, beliau akan menyatakan pendirian untuk tetap berhimpun di Dataran, katanya lagi.

Beliau juga berharap supaya jawatankuasa itu bersedia untuk menyatakan pendirian sama kerana mereka kesuntukan masa untuk memilih lokasi alternatif.

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah yang mempertikaikan alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka pada 28 April.

Katanya, DBKL memberi alasan bahawa Dataran hanya boleh digunakan untuk acara kebangsaan, namun lokasi itu juga pernah digunakan untuk program bertujuan komersial seperti larian marathon, pertunjukan kereta dan karnival.

"Apa alasan asas mereka menolak permohonan BERSIH? Oleh sebab itu kita tetap berpegang bahawa Dataran Merdeka dimiliki oleh rakyat," katanya.

Seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Dr Subramaniam Pillay sementara itu berkata mesyuarat tergempar malam ini akan tetap membincangkan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di lokasi lain.

Perkara itu timbul susulan kenyataan Hishammuddin yang dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka sekiranya perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

"Kita akan bermesyuarat malam ini bersama dengan semua gabungan NGO... Mungkin esok akan ada keputusan konklusif kami," kata Dr Subramaniam dalam sidang media sama. -mk

5 hari menjelang Bersih 3.0 : fokus Dataran Merdeka - Che' gubard

SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0

PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500 orang.

Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.

Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula yang merupakan perhimpunan bersejarah menyatukan semua bangsa dan latar dalam negara telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan, ertinya mereka ini hadir dengan bersedia untuk hadir bukan untuk pulang sejam dua seperti biasa

Negara kita, tanggungjawab kita.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia



Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Sungguh aneh.

Menteri kata BERSIH bukan satu ancaman, DBKL pula tolak permohonan BERSIH untuk berhimpun di stadium merdeka.

Apakah ini "permainan" UMNO BN?

Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Mayat Rentung Sepenuhnya Dalam Van Terbakar Di Lebuhraya PLUS

Sungai Buloh: Mayat seorang individu yang tidak diketahui identiti ditemui rentung dalam sebuah van Nissan Vanette yang terbakar di Kilometer 454 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara berhampiran persimpangan Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Mayat terbabit yang masih tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan mengiring ke tempat duduk penumpang hadapan dan dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu oleh orang awam jam 8.20 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh tiba di tempat kejadian pada jam 8.26 malam dan ketika itu api masih marak.


“Dengan kekuatan anggota seramai lima orang, mereka berjaya memadamkan kebakaran yang merebak dari bahagian hadapan hingga ke belakang van dalam tempoh 15 minit.


“Bagaimanapun, jantina dan identiti belum dapat dikenal pasti kerana mayat rentung sepenuhnya dan unit forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran terbabit,” katanya kepada media pada sidang media selepas operasi memadamkan kebakaran tamat.

Mohamad Sani berkata, bomba dan polis menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden terbabit dan hasil siasatan awal tiada bukti menunjukkan berlakunya pelanggaran hingga mengakibatkan kebakaran.

Sementara itu difahamkan, van terbabit dipercayai terbakar kira-kira 200 meter dari tempat kejadian disusuli letupan kecil sebelum mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan namun gagal menyelamatkan diri.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi bomba memaklumkan kejadian terbabit. -hm



Bergayut Ala Spiderman Elak Dicekup Khalwat Dengan Janda

Ampang - Seorang pemandu teksi bergadai nyawa dengan bergayut ala Spiderman pada luar tingkap rumah setinggi tiga tingkat bagi mengelak dicekup sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 33 tahun itu memberi alasan singgah makan di bilik sewa teman wanitanya di sebuah rumah kedai, di sini, pada jam 5.30 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala teman wanitanya berusia 36 tahun itu adalah bekas pekerja di sebuah kelab malam di sekitar Lembah Klang.

“Difahamkan, lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit bersama janda yang mempunyai seorang anak itu sejak dua tahun lalu. Wanita itu juga dipercayai mengandung empat bulan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu premis itu.

Menurutnya, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu dan dia memberi alasan tinggal seorang diri di bilik itu.

“Kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap, manakala wanita itu berpakaian baju tidur ketika serbuan dijalankan,” katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah.

“Kami menahan dua beradik itu bersama pasangan masing-masing di rumah sewa mereka. “Difahamkan mereka dipercayai bersekedudukan di rumah itu sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Tunang Lihat Sendiri Indra Ditikam Bertubi-tubi Dengan Kejam

Dibunuh 10 jam sebelum nikah

JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.

Gambar: Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Indra Asrul, mangsa yang ditikam bertubi-tubi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar.

Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu.

Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.

“Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.

“Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan,” katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.

“Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.

“Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi,” katanya.

Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama. -BH

Lelaki mati dalam pangkuan kekasih

JOHOR BAHRU - Hajat seorang lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dibunuh sehari sebelum majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.40 malam di rumah kedai di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya di sini kelmarin, mangsa Indra Asrul, 29, dan tunangnya yang hanya dikenali sebagai Sharina, 26, pergi ke rumah kedai itu dengan menunggang motosikal untuk mengambil barang-barang mereka di situ.

Cerita Sharina, sebaik sampai di situ, dia dan tunang yang sedang menaiki tangga untuk pergi ke bilik yang disewa tiba-tiba diserang oleh tiga warga asing dipercayai warga Myanmar dengan seorang suspek merupakan seorang wanita.

"Tunang saya mulanya ditumbuk di muka oleh ketiga-tiga suspek itu sebelum salah seorang lelaki yang bersenjatakan sebatang besi bertindak menikam perut tunang saya berkali-kali sebelum mereka melarikan diri.

"Saya memangku Indra yang cedera parah namun dia kemudian meninggal dunia dalam pangkuan saya," ceritanya dengan memberitahu Indra terkena lebih empat tikaman di bahagian perutnya.
-kosmo


Wajah Fatimah Mina - Pelajar Yang Mati Terjatuh Dari Bangunan UPSI

Mati terjun separa sedar

TANJUNG MALIM: Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi (gambar), 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya. -hm



Pelajar UPSI maut terjatuh bangunan

IPOH: Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dipercayai mengalami kemurungan, maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat E-Learning di kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, petang kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang itu, mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri, Muar, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan berkenaan dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan.

Mayat pelajar Tahun Dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, berkata insiden itu di luar kawalan pihaknya dan menyifatkan ia mungkin ada kaitan unsur mistik seperti gangguan makhluk halus.

“Saya mewakili warga UPSI menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah dan kami turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk arwah, malam semalam (kelmarin) di surau Kampus Proton City, yang disertai beberapa pegawai universiti dan pelajar.

“Selain itu, dua rombongan bas disertai 80 pelajar, termasuk Penolong Pendaftar UPSI, Musa Jaafar turut mengiringi kepulangan jenazah ke rumah keluarganya di Muar, pagi tadi (semalam) bagi menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepadanya, selain menghulurkan sedikit sumbangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.

“Difahamkan, arwah mempunyai sejarah diganggu makhluk halus sebelum ditawarkan memasuki UPSI dan beliau dikatakan sedang mengikuti beberapa rawatan perubatan tradisional serta Islam bagi mengatasi masalah itu.

“Saya juga dimaklumkan rakan serumahnya, pelajar itu turut berkelakuan pelik sebelum ini, termasuk sering bercakap sendirian dan menangis,”
katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-BH


Maut akibat bisikan misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.
-kosmo


Laporan bergambar sebelum ini
klik untuk baca





Maka Meloponglah Najib & SPR Bila Selangor Pilih Untuk Pilihanraya Berasingan

Pilihan raya berasingan kerana kelemahan SPR

Hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat secara mendadak di negeri itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar negeri itu, Faekah Husin berkata, hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

“SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

“Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (National Feedlot Corporation) dan RM589 juta hutang (bekas pengerusi MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?

“Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?,” soal beliau.

‘Seperti lembu dicucuk hidung’

Isu pilihan raya berasingan katanya, tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

Ujar beliau, “kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) atau mana -mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung.

“Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

“Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA,” tambahnya. -FNT

Ulasan GB

Ini salah satu cara untuk "mengalahkan" grand design Najib untuk menawan Selangor, iaitu tidak membubarkan DUN untuk PRU13 dan memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan.

Segala usaha mereka mendaftarkan PATI di negeri Selangor untuk mengundi bagi pihak BN tidak dapat mereka pergunakan di dalam PRU13 kecuali kerusi parlimen dan keputusan kerusi parlimen negeri Selangor nanti dapat dijadikan bahan analisis setakat mana impak dan usaha "task force beri ic kepada warga asing" itu berjaya.

22 Apr 2012

Kadir Sheikh Fadzir Umum Sertai Bersih 3.0

Sshah Alam — Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.

Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata, dalam pembentukan negara demokrasi, pilihan raya yang benar-benar adil dan telus, adalah elemen yang paling penting.

"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.

"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.

Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.

"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.

"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.

Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.

"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.

"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka, suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini. -TMI

[TERKINI] Majistret Tolak Permohonan Reman Siswa, Fahmi & Umar Bebas

Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.

Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.

Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.

Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.


Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.

Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi di Twitter.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.

Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.

Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini. -mk

Occupy Dataran: Fahmi, Umar bebas

KUALA LUMPUR: Aktivis ‘Occupy Dataran’ Fahmi Reza yang ditahan awal pagi tadi dibebaskan sekitar jam 3 petang tadi.

Sebelum ini beliau dan seorang lagi siswa – Umar Mohd Azmi turut ditahan polis.
Umar dibebaskan polis sekitar jam 6 petang. Sebelum itu, beliau di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Syahredzan Johan, Azira Aziz dan Puspawati Rosman.
“Fahmi dibebas jam 3 petang dengan jaminan polis. Namun majistret telah mengarahkan siasatan terhadap Umar dan berkemungkinan ia akan selesai hari ini,” kata Hasbeemasputra Abu Bakar dari Suaram kepada FMT.

Salah seorang penganjur Lew Pik Boon pada sidang medianya pagi tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan Umar.

Menurut Lew, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi dan beberapa aktivis lain turut berada di sana bagi memberi sokongan.

“Dua rakan kami telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi tanpa menjelaskan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan dibela oleh tiga peguam.

“Aktivis lain turut memberi sokongan dengan hadir di hadapan balai polis untuk meminta mereka dibebaskan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut laman sosial twitter, Fahmi dan Umar ditahan jam 8 pagi tadi apabila pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis menahan kedua-dua mereka yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Malah pihak DBKL turut mengepung dan kemudiannya merampas khemah milik aktivis Occupy Dataran terbabit.

Para aktivis Occupy Dataran ini turut berkhemah bersama kumpulan siswa sejak seminggu lalu, namun memberi ruang kepada konsert diraja yang diadakan malam tadi.

Walau bagaimanapun aktivis Occupy Dataran kembali berkhemah selepas selesai konsert berkenaan yang berakhir malam tadi.

Occupy Dataran menuntut Dataran Merdeka dijadikan sebagai tempat awam untuk berkumpul dan berhimpun.
-FMT


Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.
-MK






Ibrahim Ali Dicabar Buat Demo Bantahan Depan Najib Jika Benar Mahukan ISA

Datuk Ibrahim Ali dicabar agar membantah tindakan Datuk Seri Najib Razak kalau ingin sangat mempertahankan ISA.

Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, jika Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Najib di Putrajaya untuk membuktikannya.

Cabaran ini dibuat Zairil dalam kenyataannya bagi mengulas cadangan Ibrahim yang meminta DAP meminta Singpaura memansuhkan ISA.

Bagi beliau, kenyataan terbaru Ibrahim Ali yang mencabar DAP untuk mencadangkan supaya Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang sukar untuk difahami.

"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?" kata beliau.

Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Datuk Ibrahim? soal beliau.

Menurut Zairil, umum mengetahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

DAP menentang penggunaannya bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah selaras dengan pendirian DAP yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan, katanya.

"Saya rasa jika Datuk Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai 'berjaya mengekalkan keamanan', beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?"
soal beliau.

Beliau menegaskan bahawa DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja. -HD

Kalau Ibrahim Ali Nak Sangat ISA, Pergilah Demonstrasi Di Putrajaya

Cabaran pemimpin ultra-Melayu, Ibrahim Ali, supaya DAP mencadangkan kepada Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang pelik dan sukar difahami.

“Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?

“Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Dato’ Ibrahim?” kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau menjelaskan bahawa umum mengetahui DAP adalah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Menurutnya, DAP menentang penggunaan undang-undang zalim bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia, selaras dengan pendirian parti yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan.

“Saya rasa jika Dato’ Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai “berjaya mengekalkan keamanan”, beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

“Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?

“Jika Dato’ Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Dato’ Sri Najib di Putrajaya untuk membuktikannya,” ujar Zairil.

Beliau menambah, DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja.
– Roketkini



Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama.

Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju.

"Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya.

Bung Mokhtar juga berkata beliau kesal kerana akhir-akhir ini, terdapat pemimpin pembangkang yang tidak memandang serius terhadap Raja-raja Melayu di negara ini.

Katanya walaupun segelintir, tetapi beliau meminta kerajaan supaya menggunakan apa juga akta yang ada untuk menyiasat mana-mana pemimpin dalam pembangkang atau mana-mana organisasi yang mempunyai unsur-unsur yang menghina kesultanan raja.

Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) yang turut bersetuju dengan cadangan Bung Mokhtar, berkata telah berlaku lagi penghinaan terhadap Raja-raja Melayu berdasarkan apa yang telah disebut oleh mereka yang hadir di Istana Negara baru-baru ini.

"Apakah Yang Berhormat (BN-Kinabatangan) ingin menyebut dalam ucapan mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat perkara ini supaya kita mengambil tindakan untuk menyiasat kesahihannya.

"Jika betul ia berlaku, rakyat mahu dan menuntut tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa," katanya.
– Bernama


[Gambar & Video] Dua Komuter Bertembung Di Amsterdam, 125 Cedera

Amsterdam: Hampir 125 orang cedera, kebanyakannya serius, apabila dua kereta api komuter Belanda berlanggar antara satu sama lain di Amsterdam, pada Sabtu, kata polis.

Tiada laporan segera kematian, tetapi mereka yang cedera, 13 daripadanya mengalami kecederaan besar manakala 43 atau 44 yang lain cedera teruk, kata seorang jurucakap. Kira-kira 70 mangsa mengalami kecederaan ringan.

Sebuah helikopter penyelamat telah digunakan untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital, kata jurucakap kumpulan keretapi NS.

Kereta api, tidak menawarkan perkhidmatan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, jurucakap NS manambah, tetapi kemalangan ini mengganggu perkhidmatan kereta api di lapangan terbang.

Sesetengah mangsa telah diangkat daripada bangkai kereta api oleh kren manakala berpuluh-puluh yang lain dibawa jauh dari lokasi kemalangan dan dibalut sebagai perlindungan sementara menunggu ketibaan ambulans, manakala kereta polis dan trak bomba sentiasa bersedia dan mengawal keadaan.

"Kami mendengar hentaman yang kuat. Saya pergi ke luar dan melihat orang di jalanan dalam keadaan panik," seorang wanita di tempat kejadian memberitahu penyiar AT5.

"Kami kemudian melihat apa yang telah berlaku. Tidak lama kemudian terdapat perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian. Ianya diurus dengan baik. Sesetengah orang luka di kepala, yang lain kelihatan tempang."

Salah satu daripada keretapi yang terlibat dalam kemalangan memberi perkhidmatan di bandar Den Helder dan Nijmegen, manakala yang satu lagi menawarkan khidmat di antara Amsterdam dan Uitgeest, kata jurucakap kereta api.

Penyiar awam Belanda telah menyiarkan rakaman video yang menunjukkan perlanggaran dua tren yang telah berlanggar.












Dicekup Bogel Dengan Nelayan

Kuala Dungun – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan. -SH

[Gambar & Video] Subhanallah.. Bayi 6 Kaki Selamat Dibedah & 4 Kaki Berjaya Dibuang

4 kaki bayi berjaya dibuang

KARACHI: Sekumpulan pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di sini mengumumkan kejayaan mereka membuang dua pasang kaki milik seorang bayi berusia dua minggu, Umar Farooq, yang dilahirkan mempunyai enam kaki, lapor halaman berita Pakistan, Dawn.com.

“Sekumpulan lima doktor pakar, berjaya memisahkan kaki dan anggota tambahan dari bayi berkenaan. Dia kini dalam keadaan selamat,” kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jamal Raza kepada Dawn.com.

“Anggota tangan dan kaki tambahan itu adalah disebabkan sejenis penyakit genetik yang akan menjejaskan hanya seorang dalam sejuta kelahiran bayi.

Farooq dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh, dan anak kepada satu pasangan yang mempunyai pertalian sepupu, kata New York Daily News.

Bayi berkenaan terus bertarung nyawa sebelum dikejarkan ke hospital di Karachi.

Ketika doktor mendapatkan nasihat pakar asing mengenai cara terbaik merawat bayi terbabit, bapanya, seorang juruteknik X-ray, Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan beberapa pertubuhan kebajikan untuk membiayai bayaran perubatan anaknya itu, lapor Pakistan Observer.

Shaikh bernasib baik apabila gabenor Sindh, memberitahu doktor bahawa kos perubatan bayi berkenaan akan ditanggung kerajaan.

“Kami datang daripada keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat bayi kami,” kata Shaikh kepada Observer selepas pembedahan selama beberapa jam pada Khamis.

Dr Raza berkata, lebihan anggota badan itu adalah disebabkan satu keadaan dipanggil polymelia, yang berpunca daripada sel yang tidak membentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio. Beliau menerangkan bahawa bayi terbabit pada awalnya berkembang sebagai kembar bercantum tetapi satu daripada kembarnya berhenti membesar dan hancur kecuali bahagian kakinya yang masih lagi terus melekat pada janin.

“Memang ajaib dan luar biasa bagi bayi dengan enam kaki untuk menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Raza kepada International Business Times.

“Sebelum pakar bedah boleh melakukan pembedahan mereka perlu mencari anggota mana milik bayi itu dan mana pula milik kembarnya.”

Berdasarkan satu kajian pada 2010 yang disiarkan Journal of Petiatric Surgery, kadar anggaran kembar bercantum adalah satu bagi satu juta kelahiran. Lebih banyak kes dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai kemudahan bagi ujian pranatal. – Agensi











[Kemaskini] Pelajar UPSI Maut "Terjatuh" Dari Tingkat 4 Bangunan Kampus Dikenalpasti

Tanjung Malim - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. -SH





Gambar Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan

Seorang pelajar perempuan UPSI telah maut dan meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat lima bangunan e-learning Universiti. Difahamkan, kematian pelajar ini tiada kaitan dengan kes bunuh diri terjun dari bangunan. Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang pada 21 april 2012 dan mangsa mati sejurus terjatuh setelah mengalami cedera parah.

Menurut seorang saksi, dia terkejut apabila melihat mangsa jatuh dari tingkat tersebut. Namun, tiada maklumat lanjut bagaimana kejadian itu berlaku berikutan saksi kini trauma.

Maklumat terbaru yang kami dapati mangsa Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh).

Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem.

InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah.

(Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK.. Encik Salman Firdaus Sidek

- meanshiney.blogspot.com






Shafie Apdal Pernah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat, Siapa Lagi Mahu Tiru Beliau?

Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal yang namanya terpalit di dalam skandal dengan artis, Zahida Rafik, pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat.

Di dalam ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian pada tahun 2010, beliau menyatakan Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Kini segala-gala terdedah dan terbongkar siapa yang sesat.

Shafie sehingga kini masih gagal untuk membuat penafian terhadap skandal yang telah didedahkan oleh pemandu peribadi selebriti yang dikaitkan dengan menteri berkenaan dalam satu laporan polisnya.

Di dalam laporan polis itu, Noor Azman Azemi, 38, menyatakan Datuk Shafie Apdhal telah memintanya untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

GB telah mengulas sebelum ini:

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Shafie Apdal - satu-satunya menteri yang pernah dengan celupar mulutnya satu ketika menuduh PAS parti sesat.

Sekarang ini buktinya... kebenaran terdedah... siapa yang telah tersesat di dunia fana ini? Perabis berjuta untuk wanita?


Ucapan Shafie Apdal itu juga pernah dijawab oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu ketika dimana TG Nik Aziz menyifatkan dakwaan Shafie bahawa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Nik Aziz berkata tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam

KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.
-harakah 8/7/2010


PAS Parti Ajaran Sesat - Mohd Shafie


KULAIJAYA (Sinar Harian) – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Pas sebagai parti ajaran sesat kerana menurutnya parti itu hanya memperjuangkan kemenangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebahagian daripada ahli parti itu merupakan ahli UMNO yang gagal mendapat tempat di dalam UMNO dan menyertai Pas untuk mendapatkan kuasa.

“Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian, di sini, semalam.
(5/7/2010)


Ulasan GB

Sekarang siapa lagi yang berani mahu jadi seperti Shafie dan celupar mulutnya tuduh PAS sebagai parti ajaran sesat?

Silakan...

Biar nanti hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan siapa sebenarnya yang tersesat.. sehingga jadi macam Shafie yang telah terkedu dan tak boleh bercakap apa-apa setelah rahsianya didedahkan Allah swt.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan siapa sebenarnya yang sesat.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.