22 Apr 2012

Ibrahim Ali Dicabar Buat Demo Bantahan Depan Najib Jika Benar Mahukan ISA

Datuk Ibrahim Ali dicabar agar membantah tindakan Datuk Seri Najib Razak kalau ingin sangat mempertahankan ISA.

Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, jika Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Najib di Putrajaya untuk membuktikannya.

Cabaran ini dibuat Zairil dalam kenyataannya bagi mengulas cadangan Ibrahim yang meminta DAP meminta Singpaura memansuhkan ISA.

Bagi beliau, kenyataan terbaru Ibrahim Ali yang mencabar DAP untuk mencadangkan supaya Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang sukar untuk difahami.

"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?" kata beliau.

Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Datuk Ibrahim? soal beliau.

Menurut Zairil, umum mengetahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

DAP menentang penggunaannya bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah selaras dengan pendirian DAP yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan, katanya.

"Saya rasa jika Datuk Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai 'berjaya mengekalkan keamanan', beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?"
soal beliau.

Beliau menegaskan bahawa DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja. -HD

Kalau Ibrahim Ali Nak Sangat ISA, Pergilah Demonstrasi Di Putrajaya

Cabaran pemimpin ultra-Melayu, Ibrahim Ali, supaya DAP mencadangkan kepada Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang pelik dan sukar difahami.

“Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?

“Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Dato’ Ibrahim?” kata Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

Beliau menjelaskan bahawa umum mengetahui DAP adalah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.

Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Menurutnya, DAP menentang penggunaan undang-undang zalim bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia, selaras dengan pendirian parti yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan.

“Saya rasa jika Dato’ Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai “berjaya mengekalkan keamanan”, beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.

“Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?

“Jika Dato’ Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Dato’ Sri Najib di Putrajaya untuk membuktikannya,” ujar Zairil.

Beliau menambah, DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja.
– Roketkini



Ibrahim Ali cabar DAP cadang Singapura mansuh ISA

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini mencabar kepimpinan DAP supaya mencadangkan kepada kerajaan Singapura memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di negara berkenaan seperti Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim berkata, hakikatnya, ISA telah berjaya mengekalkan keamanan di negara itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu meminta maaf kepada bekas tahanan ISA seperti yang didesak oleh Lim.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula telah meminta Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) supaya menyatakan pendiriannya berhubung perkara yang sama.

Katanya, negara memerlukan satu akta yang boleh menjaga keselamatan sebuah negara, keselamatan rakyat, orang awam dan sebagainya kerana negara yang tidak selamat, tidak akan boleh membangun atau maju.

"Kalau negara ini tidak selamat, pelabur tidak akan datang, sebab itu saya berterima kasih kepada pemerintah yang ada kerana berjaya menyediakan satu ruang lingkup keselamatan dan jaminan kepada semua pihak termasuk kepada pembangkang yang mendakwa negara kita tidak selamat, polis tidak boleh dipercayai, dan sebagainya," katanya.

Bung Mokhtar juga berkata beliau kesal kerana akhir-akhir ini, terdapat pemimpin pembangkang yang tidak memandang serius terhadap Raja-raja Melayu di negara ini.

Katanya walaupun segelintir, tetapi beliau meminta kerajaan supaya menggunakan apa juga akta yang ada untuk menyiasat mana-mana pemimpin dalam pembangkang atau mana-mana organisasi yang mempunyai unsur-unsur yang menghina kesultanan raja.

Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) yang turut bersetuju dengan cadangan Bung Mokhtar, berkata telah berlaku lagi penghinaan terhadap Raja-raja Melayu berdasarkan apa yang telah disebut oleh mereka yang hadir di Istana Negara baru-baru ini.

"Apakah Yang Berhormat (BN-Kinabatangan) ingin menyebut dalam ucapan mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat perkara ini supaya kita mengambil tindakan untuk menyiasat kesahihannya.

"Jika betul ia berlaku, rakyat mahu dan menuntut tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa," katanya.
– Bernama


8 ulasan:

cinabuta berkata...

aiyaa..wa ada ingat ini katak dulu ada baik sama Pas pasat mau jadi calon itu jam..sikalang sudah pusing jadi BN punya geng..wa ingat ini olang patut jadi PM maaa...ada setuju?...

Tanpa Nama berkata...

katak bangang.. semua tahu.. singapura itu di jual oleh umngok kpd Lee Kuan Yew.. Bodoh bangang biul dah nak mampos.. negeri Melayu di jual kepada cina. Tak de pula pencacai menjerit ketuanan melayu, raja berdaulat ke..Sama juga dgn Pulau Batu Putih.. Pergi mampuihh la umgok selepas PRU13 ni..

Tanpa Nama berkata...

Breheng Ali memang bodoh. Seorang lagi adiknya Azmi Ali (Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) pula kurang ajar. Dia yang adakan tunjuk perasaan tempoh hari terhadap AKSB (isu air di Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

geli geleman aku bila sebut suruh pok hing demo depan najib, bukan apa pok hing ni telo nya dah "sambang"....

Tanpa Nama berkata...

kita jadi gila kalau layan orang gila meroyan macam ibrahim ali

JAKA berkata...

Teka teki zaman reformasi 98

soalan :

apakah seketul daging yang melekat di punggung mahathir?

jawapan : lidah berahim katak

JAKA berkata...

bila berahim ni meninggal nanti, maka ketika itulah kita akan saksikan apa yang dikatakan peribahasa sebagai :

MATI KATAK

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, kita jngn pikir sngat tentang ucapan brahim keli ni. Biar dia sendiri pikir akan kedudukan dia pd pru 13 ni. Krn ucapan dia tak lain hanya nak najib bg kerusi parlimen kat dia. Itu aje.