Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.
Katanya, Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonan reman polis ke atas siswa berkenaan.
Ketika dihubungi Syahredzan yang mewakili pelajar berkenaan berkata majistret enggan memenuhi permintaan polis setelah melihat rakaman penahanan pelajar itu, pagi ini.
Tambahnya, Umar tidak perlu ditahan kerana proses mengambil kenyataan dan cap jari boleh dibuat tanpa menahan pelajar terbabit.
Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.
Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi di Twitter.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Fahmi dan Umar kedua-duanya ditahan pagi ini dalam serbuan oleh polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – pada perkhemahan kumpulan berkenaan yang masuk hari kelapan.
Kumpulan pelajar dan aktivis itu berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan tinggi percuma dan untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 14 April.
Aktivis dan siswa lain pada masa ini meneruskan perkhemahan mereka di Dataran walau kebanyakan barang keperluan mereka dirampas DBKL pagi ini. -mk

Occupy Dataran: Fahmi, Umar bebas
KUALA LUMPUR: Aktivis ‘Occupy Dataran’ Fahmi Reza yang ditahan awal pagi tadi dibebaskan sekitar jam 3 petang tadi.
Sebelum ini beliau dan seorang lagi siswa – Umar Mohd Azmi turut ditahan polis.
Umar dibebaskan polis sekitar jam 6 petang. Sebelum itu, beliau di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Syahredzan Johan, Azira Aziz dan Puspawati Rosman.
“Fahmi dibebas jam 3 petang dengan jaminan polis. Namun majistret telah mengarahkan siasatan terhadap Umar dan berkemungkinan ia akan selesai hari ini,” kata Hasbeemasputra Abu Bakar dari Suaram kepada FMT.
Salah seorang penganjur Lew Pik Boon pada sidang medianya pagi tadi mengesahkan penahanan Fahmi dan Umar.
Menurut Lew, kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi dan beberapa aktivis lain turut berada di sana bagi memberi sokongan.
“Dua rakan kami telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi tanpa menjelaskan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka akan dibela oleh tiga peguam.
“Aktivis lain turut memberi sokongan dengan hadir di hadapan balai polis untuk meminta mereka dibebaskan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut laman sosial twitter, Fahmi dan Umar ditahan jam 8 pagi tadi apabila pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis menahan kedua-dua mereka yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Malah pihak DBKL turut mengepung dan kemudiannya merampas khemah milik aktivis Occupy Dataran terbabit.
Para aktivis Occupy Dataran ini turut berkhemah bersama kumpulan siswa sejak seminggu lalu, namun memberi ruang kepada konsert diraja yang diadakan malam tadi.
Walau bagaimanapun aktivis Occupy Dataran kembali berkhemah selepas selesai konsert berkenaan yang berakhir malam tadi.
Occupy Dataran menuntut Dataran Merdeka dijadikan sebagai tempat awam untuk berkumpul dan berhimpun. -FMT
Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran
Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.
Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.
Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.
"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.
Hari kelapan demo siswa
Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.
Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.
Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.
Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi. -MK
4 ulasan:
RASUAH, RASUAH, RASUAH yang bankrapkan negara BUKAN PTPTN
semua pelajar IPT kena sertai BERSIH 3 dan gerakan mansuh PTPTN demi masa depan negara
MACAM NI BARULAH PELAJAR IPT YANG BERWAWASAN, LIHAT BAGAIMANA ANWAR MEMBELA PETANI MASA DIA PELAJAR IPT
beginilah pelajar yang membela rakyat TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Catat Ulasan