14 Feb 2012

Syirik - Dosa Yang Tidak Diampunkan Allah

PUM: Islam larang sertai upacara bertentangan aqidah

Semua pihak khususnya umat Islam diminta lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu pembabitan orang Islam dalam sambutan atau upacara keagamaan masyarkat bukan Islam kerana ia mempunyai hubungkait dengan aqidah, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Menurut setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor, persatuan itu berpandangan isu berkaitan pembabitan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.

“Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam.

“Adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Mohd Roslan panduan yang boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim jelas menyatakan bahawa beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Walaupun tidak menyebut secara lansung, kenyataan PUM itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu.

Akur pandangan mufti

Beliau yang lengkap berpakaian kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus mengundang pelbagai bidasan, termasuk dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa terkilan dengan sikap perdana menteri yang didakwa “menggadai akidah”.

Pada acara Thaipusam tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Menurut PUM, semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada semua pemimpin di negara ini.

“Pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut,” kata Mohd Roslan.

Beliau juga menggesa para pemimpin dan masyakarat bukan Islam supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam.


“Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam,” katanya sambil menambah semua pihak termasuk para pemimpin serta masyarakat awam supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam. -mk

Ulasan GB

Inilah masalah yang berlaku di dalam negara kita apabila mempunyai pemimpin yang jahil terhadap agamanya, kemudian malas untuk membaca panduan dari Ilahi iaitu Al-Quran ditambah pula dengan melimpahnya ulamak us-suuq (ulamak jahat) yang gilakan pangkat, harta dan kuasa, enggan untuk menegur dan menasiahti pemimpin berkenaan.

Sedangkan gejala yang berlaku bukan perkara kecil. Ia adalah termasuk di dalam lingkungan boleh "menggadai akidah" iaitu SYIRIK.

Allah s.w.t telah berfirman bahawa Dia mengampun dosa-dosa yang lain tetapi tidak dosa syirik.


إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً


“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)



13 Feb 2012

Satu Hari Ahmad Maslan Akan "Dibakulsampahkan"!

Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

Buku Jingga yang memuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".

Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Sebaliknya, jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.

Ulasan GB

Hari ini hari kau Ahmad Maslan. Kau boleh membakul-sampahkan "Buku Jingga" milik Pakatan Rakyat. Perbuatan membakulsampahkan adalah satu tindakan melampaui batas.

"Bakul sampah" dan "penyapu" adalah dua lambang kepada sesuatu yang tidak elok, dan setiap perlakuan yang mempermainkan kedua-dua peralatan tersebut, insyaAllah, bakal menerima "suweh"nya.

Dahulu GB pernah mengulas mengenai Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada PBT. Dan akhirnya, apa yang GB katakan itu menjadi kenyataan, Khir Toyo terkena suweh penyapu tak kunjung sudah. Begitu juga kelompok UG yang mengagungkan Hassan Ali, akhirnya apa berlaku? Hassan Ali dihumban keluar dari parti.

Petikan ulasan GB yang terdahulu:

Kumpulan UMNO yang dahulunya ber"kepala lembu" kini "bertopeng dan berpenyapu".

Penyapu dikatakan sebagai sesuatu simbol yang tidak baik. Di dalam adat bangsa Melayu yang dipercayai sebilangan besar ahli UMNO sendiri, ia pembawa suweh... maka dibawalah penyapu ke hari demonstrasi semalam.

Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.

Kerana apa? Mentaliti orang Melayu dah anggap penyapu itu pembawa suweh. "Kamu ialah apa yang kamu fikirkan"!


Maka yang akan ditimpa suweh nanti nampaknya bukan Khalid Ibrahim tetapi kepada penghadiah penyapu itu iaitu UMNO Selangor yang berselindung di sebalik nama NGO yang dikenali sebagai GEMPAK dan WARISAN.

Kalau geng kepala lembu sudah menerima habuannya, tak lama lagi geng penyapu dan mangkuk tandas ini bakal menerima apa yang mereka lakukan bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali namanya.

Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Berkuasa. Sebenarnya Allah yang akan mengurniakan habuan pembalasan itu, bukan kerana suwehnya penyapu.

Dia juga yang akan menunjukkan siapa sebenarnya yang bertanduk. MB Selangor & Khalid Samadkah atau geng songkok tinggi bersama UG. Di dalam Islam, yang jahat akan terkena balik kejahatan yang mereka lakukan. Di dalam konteks demonstrasi semalam nampaknya UMNO Selangor yang diwakil oleh geng bersongkok tinggi bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali & kumpulan UG bakal terkena "suweh penyapu" itu disertai dengan wartawan-wartawan & akhbar-akhbar yang menjulang tinggi tindakan mereka itu.

InsyaAllah, pemerhatian GB ini tidak silap.


Tidakkah apa yang GB utarakan di atas TELAH menjadi realiti?

Kepada Ahmad Maslan, kita peringatkan jangan angkuh, jangan sombong dan jangan takbur. Kamu sedang menunggu gilirannya!

Jangan main-main dengan Hukum kebenaran & Keadilan.

Skandal NFC: Dakwa Mereka, Bukan Sekadar Pulangkan RM250 Juta

Pulangkan Wang Dana RM250 Juta Tak Semestinya Terlepas Dari Kesalahan - Zuraida

PETALING JAYA: Membayar balik wang pinjaman berjumlah RM250 juta tidak sama sekali bermakna melepaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) daripada dipertanggungjawabkan ke atas krisis yang melanda projek ternakan lembu fidlot itu.

Sebaliknya, mereka yang terbabit dengan kes tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman jika terbukti wujudnya sebarang bentuk penyelewengan ke atas dana yang diberikannya itu.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, adalah tidak wajar melepaskan mereka yang didapati bertanggungjawab ke atas projek itu hanya kerana mereka telah membayar balik pinjaman berkenaan.

"Bayar balik memang perlu tapi kalau kesalahan telah dilakukan kita tak boleh membebaskan pelaku-pelakunya," kata beliau.

Zuraida berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) itu.

Mohamed Nazri, pada Ahad, telah dipetik menyeru keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik wang dana RM250 juta yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk projek PFN.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang juga kurang bersetuju apabila Mohamed Nazri berkata bahawa Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan apabila telah mengembalikan wang kepada kerajaan.

"Saya tak setuju sepenuhnya. Satu 'bahagian' saja dia betul dan saya setuju - bahagian bayar balik RM250 juta," katanya Zuraida.

"(Kenyataan) Bayar balik duit seolah-olah membebaskan mereka yang terlibat dan menutup kesalahan," katanya.

Isu berkaitan PFN itu menjadi hangat ekoran daripada laporan audit negara mengenai status projek itu dan disusuli dengan dakwaan pembangkang bahawa berlakunya penyelewengan dana PFN yang disalurkan melalui penerajunya iaitu NFCorp dengan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang dan juga Singapura. -mstar

Bayar balik untuk tutup skandal NFC

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.

"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," tegasnya.

Mahfuz menyatakan pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.

"Nazri perlu peka dan jangan jadikan perkara tersebut satu benda yang remeh kerana penyelewengan dalam NFC melibatkan jumlah yang besar, apatah lagi kelemahan telah berlaku dari peringkat jawatankuasa itu lagi.

"Malah tindakan Nazri itu adalah umpama ingin melindungi seseorang, yang mana pada waktu ini kita hanya ketahui Shahrizat sahaja yang terlibat dan saya yakin masih ramai lagi yang terlibat, perkara tersebut kita perlu dedahkan," sambungnya lagi.

Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.

Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” Sinar Harian memetik Nazri berkata.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak agar minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan NFC bertarikh 23 November 2011 diserahkan kepada Ahli Parlimen sebelum sesi parlimen tahun ini ataupun didedahkan kepada umum.

Ini, katanya kerana di dalam minit mesyuarat tersebut terdapat laporan daripada kementerian terbabit berhubung NFC.

"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap Ahli Parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.

"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini.

Jelasnya lagi, pendedahan laporan tersebut amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui walaupun melibatkan seorang menteri.

Malah beliau turut memberitahu, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.

"Saya ingin beritahu untuk perlaksanaan projek NFC ini terdapat empat jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Pertanian (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kerajaan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan NFC.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memantau setiap perjalanan projek tersebut malah peruntukan sebanyak RM250 juta itu juga perlu disalurkan mengikut peringkat projek bukannya secara terus iaitu RM250 juta.

"Tetapi sebaliknya berlaku yang mana peruntuk dibayar sepenuhnya dan apa peranan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut kalau ia ditubuhkan untuk memantau perjalanan projek bagi tujuan menyalurkan peruntukan," kata Naib Presiden PAS itu lagi.

Mahfuz turut menyatakan isu NFC akan menjadi tajuk perbahasan pasa sesi parlimen kali ini dan desakan akan terus dilakukan sehinggalah kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan skandal NFC.
-HD



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Lagi Kebakaran Misteri Berlaku

Subang Mas - Tidak sampai tempoh lima hari insiden empat kereta dilaporkan terbakar di pangsapuri Seri Nipah, di sini penduduk di kawasan itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama, tetapi kali ini membabitkan sembilan motosikal.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lima motosikal hangus, manakala empat lagi sempat diselamatkan orang ramai.

Misteri kebakaran itu berlaku masih belum dapat dipastikan, namun penduduk dihantui kebimbangan berhubung kejadian itu.

Salah seorang pemilik motosikal, Mohd Zulkarnain Yunus, 26, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terhidu kepulan asap yang memenuhi rumah didiaminya bersama beberapa rakan.

Menurutnya, dia kemudian menjenguk menerusi tingkap untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila menyedari api marak di tingkat bawah pangsapuri.

“Saya segera mengejutkan kawan-kawan serumah dan bingkas bergegas ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku.

“Memang tidak sangka, motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja setiap hari menjadi mangsa kebakaran sama,” katanya.

Mohd Zulkarnain berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu, orang ramai membantu memadamkan kebakaran yang membabitkan deretan motosikal di tempat letak kenderaan berkenaan.

Suasana katanya, agak huru-hara apabila orang ramai cuba mengalihkan beberapa motosikal, bagaimanapun dia gagal menyelamatkan motosikalnya sendiri.

Mohd Zulkarnain berkata, dia yang mengetahui kes empat kereta terbakar awal pagi Rabu lalu, sama sekali tidak menyangka akan menerima nasib sama.

“Kejadian pagi tadi (semalam) berlaku lebih kurang lima meter dari lokasi empat kereta terbakar dahulu, saya tidak pasti apakah punca kejadian dahulu (Rabu lalu) dan juga kejadian pagi ini (semalam) kerana belum menerima maklumat mengenainya,” katanya yang memaklumkan menga­lami kerugian RM4,000.

Seorang penduduk, Siti Nur Amalina Suadmaji, 19, berkata, jika kejadian sebelum ini kereta abangnya hampir musnah terbakar, kali ini motosikal kakaknya pula menjadi mangsa.

“Kakak saya terdengar jiran menjerit-jerit mengatakan motosikal terbakar, lantas dia mengajak saya turun ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku.

“Apabila tiba di lokasi, kami terkejut melihat motosikal sudah terkena percikan api yang marak, kami cuba mengalihkannya, tetapi bimbang ia meletup,” katanya.

Siti berkata, atas keprihatinan­ penduduk lain, motosikal kakaknya dialihkan ke tempat selamat dan hanya mengalami kerosakan ringan.

“Insiden ini memang mengejutkan kerana baru sahaja beberapa hari kereta milik abang yang diletakkan di depan kedai runcit yang kami usahakan terbakar, kali ini hampir 10 motosikal termasuk milik kakak pula yang terbakar,” katanya. -SH

[Bergambar & Video] Bantah JKKK Rampas Tanah SRIDB, ADUN Lari Sembunyi Di Resort

DDUNGUN – Seramai kira-kira 1500 orang telah menyertai bantahan aman rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) oleh Jawatankuasa Keselamatandan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bermula di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengahari, Ahad 12 Februari.

Himpunan yang bermula dengan perarakan secara berjalan kaki sejauh kira-kira 1.5 kilometer, memakan masa selama 15 minit dan berakhir di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Paka.

Selain disertai oleh para pelajar, ibu bapa serta simpatisan turut sama, sambil melaungkan slogan ‘hidup Islam’, ‘hancur kezaliman’ dan ‘kembalikan tanah sekolah kami’.

Penasihat SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, himpunan tersebut diadakan bagi mempertahankan hak anak-anak pelajar sekolah dan menunjukkan sikap tidak redha dengan kezaliman yang dilakukan.

“Bagaimana tanah yang sedia ada untuk sekolah agama rakyat, milik orang Melayu, untuk agama Islam, sanggup dirampas (sedangkan) mereka berkata, merakalah pejuang agama, merekalah pejuang Melayu,

“tidak lain dan tidak bukan (tindakan itu) adalah kerana sifat zalim mereka,”ujarnya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Menurutnya, tanah tersebut juga adalah hak anak-anak yatim kerana akan pihak pentadbiran akan membina sebuah rumah kebajikan untuk mereka.

Katanya, seekar tanah yang terdapat didalamnya dua unit rumah guru, sebuah kantin sekolah dan sebahagian tanah surau sekolah dirampas dan dibahagi-bahagikan kepada lima orang JKKK.

Beliau menegaskan pihak sekolah da orang ramai yang hadir akan mempertahankan setiap inci tanah yang dirampas.

“kita bagi pihak sekolah dan semua jamaah akan mempertahankan tanah sekolah dan tidak membiarkan kezaliman mereka,

“kita tidak akan membiarkan walau seinci tanah pun dirampas,”tegasnya.

Malangnya, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada ADUN Paka Zakaria@ Ariffin Abdullah tidak kesampaian kerana pejabatnya ditutup rapat dan berkunci.

ADUN Paka terbabit telah lari meninggalkan pejabatnya dan bersembunyi di sebuah Resort berhampiran.

Tinjauan yang dilakukan oleh skuad Buletin pada kira-kira jam 2.15 petang kenderaan rasmi Zakaria yang bernombor pendaftaran TBE 8998 telah diletakkan dihadapan Resort tersebut.

Zakaria didapati sedang duduk ‘bersantai’ di bahagian luar restoran Resort itu, bersama dua orang yang lain.

Apabila beliau menyedari kehadiran pihak media, beliau yang pada mulanya menghadap ke dalam restoran, memalingkan badannya, seolah-olah mahu ‘menyusup’

Selang beberapa minit kemudian, beliau keluar dari Resort terbabit mengikut jalan belakang dan meninggalkan Resort dengan menaiki kenderaannya kira-kira jam 2.25 petang.

Sumber Resort memberitahu skuad Buletin, beliau berada di kawasan restoran Resort tersebut sejak jam 1 tengahari, sewaktu para peserta himpunan, membanjiri ruang hadapan pejabat khidmatnya. -BO

Kredit Foto: Foto-foto dari blog Ust Saiful Bahri & Buletin Online. Terima kasih.













"Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat

Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH

Sekalipun Kelantan Dizalimi Kerajaan Pusat, Kelantan Tetap Bina Lebuhraya

Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya. -mk

Kenyataan Media :PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

1. Projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) tetapi tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Ia telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

2. Namun begitu sehingga kini projek tersebut tidak dimulakan. Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan Negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri.


3. Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai pada 2 Januari 2012 dan ditutup pada 9 Februari 2012. Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

4. Untuk makluman, pembinaan lebuhraya sepanjang 73 km yang bertaraf R5 dengan 9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5- 1.8 Billion.

5. Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

6. Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju. Insyaallah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

YB Dato’ Hj Husam B. Musa
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan
dan Kebajikan Negeri Kelantan


Ulasan GB

Sekalipun projek lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini dan wang royaltinya dirampas dan dirompak oleh Kerajaan Pusat, namun Kelantan membuktikan, dengan bantuan Allah, ia tetap mampu membangun.

Dan apabila ia terlaksana, akan tumbanglah kerajaan pusat yang sepatutnya di bawah konsep "federalisma", menjadi tanggungjawab kerajaan pusat melaksanakan pembangunan tanpa melihat kepada parti apa yang memerintah.

Kezaliman dan kekejaman kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan, insyaAllah akan terbalas. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

Dan GB pernah mengulas di SINI. Petikan:

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan.

Di dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan UMNO BN tidak sewajarnya menganak-tirikan kerajaan negeri yan diperintah oleh Pakatan Rakyat, di dalam konteks Kelantan, diperintah oleh PAS.

Hukum kebenaran akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan.

Pemerhatian GB: Dan Allah itu Maha Adil. Apabila orang yang dizalimi itu bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan apabila UMNO BN tumbang, anak Kelantan jugalah yang berkemungkinan bakal menjadi orang penting di dalam kerajaan baru di Putrajaya untuk membetulkan semula semua kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN.

Teruskan perjuangan, janji Allah pasti berlaku, kemenangan itu tetap menjadi milik orang beriman.


Ya, anak kelahiran Kelantan bersama-sama anak kelahiran Perak yang kerajaannya dirampas dan digulingkan secara tidak demokratik bakal memimpin Putrajaya satu hari nanti!

[Bergambar] Anggota Polis Bersama Anak Tiri Masih Lemas

Kuantan - KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Gambar: PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah cucunya, Muhammad Hasryzam (gambar kecil). -HM

Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati.

Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya.

Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat.

"Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka.

"Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang," ceritanya. -kosmo

Sumber foto: Pelbagai. Terima kasih kepada semua pemilik foto-foto berikut.







[Bergambar] Gambar-gambar Aneh, Pelik & Lucu Untuk Hilangkan Tekanan

Berikut ialah gambar-gambar untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.

Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

Saksikan:



























Laporan sebelum ini
klik untuk baca

12 Feb 2012

[WASPADA] Ada "Superman" Di Kuala Berang, Terengganu

Terjun ala ‘Superman’

KUALA BERANG - Sebuah rumah seorang warga emas di Taman Indah Sari dipecah masuk kira-kira 11 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Mandak Salleh, 67, pulang ke rumahnya untuk mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi selepas dua hari bermalam di rumah anak perempuannya, Wan Faizatul Akmawati Wan Muda, 44, tidak jauh dari situ.

Menurutnya, ketika dia, anaknya, Wan Faizatul Akmawati dan menantunya Mabath Khan Silah Ayob, 48, tiba di rumah berkenaan, mereka dikejutkan dengan kelibat seseorang yang berada di dalam rumah, sedangkan tiada siapa yang menghuni rumahnya sejak dia tinggal bersama anaknya.

“Ketika makcik hendak membuka pintu utama rumah, menantu makcik, Mabath ternampak orang di dalam rumah seolah-olah cuba keluar dari kawasan ini.

“Kata Mabath, dia seolah-olah mengenali pencuri itu dan mendakwa sudah beberapa kali memecah masuk untuk mencuri,” katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam.

Mandak berkata, menantunya meminta Wan Faizatul Akmawati ke belakang rumah bagi mengepung pencuri itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

“Dalam keadaan kelam kabut, Mabath nekad hendak masuk ke rumah itu untuk menangkap pencuri berkenaan. Dia meminta kunci rumah daripada isterinya yang ketika itu berada di belakang rumah,” katanya.

Bagaimanapun, ketika Wan Faizatul Akmawati menyerahkan kunci kepada suaminya, pencuri itu nekad terjun ala ‘Superman’ melalui tingkap dari rumah dua tingkat tersebut.

“Dalam sekelip mata sahaja, pencuri berkenaan hilang tanpa sebarang bunyi kerana setelah diperiksa di dalam rumah, dia sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Wan Faizatul Akmawati berkata, pencuri berkenaan mungkin masuk ke dalam rumah berkenaan melalui sisir angin bilik mandi kerana cermin tingkap tersusun di atas pagar dan kerusi diatur elok untuk memudahkannya memanjat masuk.

“Kejadian ini adalah kali keempat dan saya percaya ia kerja penagih dadah yang mahu mencuri barangan di dalam rumah ini ketika ibu saya tiada,” katanya.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang. -SH

Yayasan Selangor Diaudit 6 Bulan Sekali Dibawah PR Berbanding 3 Tahun Sekali Semasa BN

MB: Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN

SHAH ALAM 12 FEB : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun.

Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah.

"Satu perkara yang jelas ialah semua sedia maklum sebelum tahun 2008, akaun (Yayasan Selangor) tidak diaudit dengan betul, jadi isu mendedahkan laporan audit bukan satu perkara yang aneh kerana sejak kami (Pakatan Rakyat) ambil alih ia diaudit setiap tahun.

"Yayasan Selangor sebelum 2008, sepanjang tiga tahun akaunnya tidak diaudit dan sekarang ianya diaudit setiap enam bulan,"katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Khalid mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini.

Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran.

Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa.

Menjawab persoalan ini, Khalid ketika menemui pemberita menjelaskan kepimpinan Selangor era pemerintahan Pakatan Rakyat ini mengamalkan ketelusan dalam tata kelolanya.

Khalid menambah, ia dibuktikan apabila akaun anak syarikat kerajaan negeri akan diaudit setiap enam bulan pada setiap tahun.

"Ia mesti diaudit dalam masa enam bulan, sasaran saya ialah bermula selepas tiga bulan, kerja-kerja audit sudah boleh dijalankan, ia tidak boleh diaudit selepas tempoh enam bulan kerana ia telah terlalu lewat.

"Displin inilah yang kerajaan negeri amalkan, jadi kepada sesiapa yang ingin melihat akaun Yayasan Selangor ataupun mana-mana anak syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor, sebelum bulan Jun semua akaun itu telah tersedia,"ujar Khalid.

Khalid berkata demikian sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini hari ini.

Khalid menambah, usaha tersebut adalah untuk mencegah daripada kegagalan sebelum ini dimana akaun anak syarikat gagal diaudit selama tiga tahun.

-tvsnews

Ayuh Rakyat Johor, Tamatkan Segera Keangkuhan & Ketakburan UMNO BN Johor

Keputusan pilih Salahuddin bagai 'menempah maut'

JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) usah terbuaibuai dengan keyakinan bahawa mereka bakal membentuk sebuah kerajaan meskipun membuat keputusan untuk meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, memang sudah tiba masanya anak Johor (Salahuddin) bertanding di negeri ini yang merupakan negeri kelahirannya.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan kedatangan beliau ke negeri ini kerana ia menjadi ujian kepada kubu kuat BN.

“Beliau diuar-uarkan menjadi calon Menteri Besar Johor oleh PR. Kita tengok siapa yang lebih berpengaruh.

PR belum tentu boleh menang,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Parlimen Pulai di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan seramai lebih 600 penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas menerima bantuan terbabit yang mana pemberian kelima bagi fasa pertama untuk kawasan Parlimen Pulai.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng dan Pengerusi Jawatankuasa Penyerahan BR1M Parlimen Pulai, Ramlee Bohani.

Sementara itu, Adun Kempas, Datuk Osman Sapian menyifatkan keputusan sedemikian seolah-olah menempah ‘maut’.

“Keputusan ini dibuat seolah-olah mereka menempah maut sahaja. Selama ini kita yang buat kerja. Dia datang sekadar untuk bertanding sahaja. Rakyat sendiri boleh membuka mata dan mengukur sendiri siapa yang membuat kerja.

“Siapa dahulu yang bantu orang miskin, tingkatkan infrastruktur.

Minta maaf ya, siapa yang mengundi Pas adalah orang yang buta hati. Rakyat pun semakin bijak untuk menilai.

“Saya dengar pun antara Pas dan PR sendiri masih ada rebut-rebut kerusi. Mereka juga tiada kesepakatan. Saya sendiri akan ‘all out’ kalau Salahuddin mahu bertanding di Johor,” katanya.

Salahuddin: Kubu kuat Johor akan runtuh

SKUDAI – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan dapat menakluki Johor sekali gus memadamkan stigma bahawa negeri itu kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Keyakinan tersebut disuarakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang diuar-uarkan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Salahuddin berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Johor jika PR berjaya menakluki negeri ini bukan menjadi matlamat utama mereka.

“Soal siapa jadi Menteri Besar, itu perkara tidak berapa penting. Tetapi apa yang menjadi keutamaan ialah memastikan PR menang di Johor pada PRU13.

“Saya lihat politik perkauman tidak ada tempat dalam negara mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan menjadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Johor, di sini, semalam.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Salahuddin juga menegaskan hanya akan memberi kepastian sama ada dirinya bertanding di Johor, akhir bulan ini.

Sementara itu, desas-desus untuk meletakkan Salahuddin sebagai Menteri Besar Johor semakin kuat apabila pemilihan beliau mendapat lampu hijau PKR Negeri.

Pengerusinya, Datuk Chua Jui Meng mengakui tindakan Pas membawa balik Salahuddin untuk bertanding di negeri ini memberi peluang besar dalam usaha PR menakluki Johor.

“Dia (Salahuddin) berasal dari Tanjung Piai dan dia seharusnya balik ke Johor. Beliau akan membantu mengetuai Pas dalam PRU13 dan PKR Negeri mengalu-alukan kepulangannya ke sini.

“Kita belum bincang siapa menjadi Menteri Besar, biar kita menang dulu baru boleh bercakap mengenai siapa jadi Menteri Besar. Saya percaya kehadiran beliau bertanding di negeri ini menyumbang kepada kemenangan PR di negeri ini.

“Beliau merupakan calon yang progresif Pas dan diterima semua kaum. Beliau adalah calon muka baru bagi Johor dan akan membantu PR menang di sini," katanya.

Turut hadir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Ong Kaw Meng bersama hampir seribu orang awam yang turut serta ke majlis rumah terbuka yang diadakan dari jam 11 pagi hingga 2 petang itu.

Dalam pada itu, Jui Meng juga tidak menolak kemungkinan PKR akan mengikut jejak langkah Pas untuk menurunkan calon dari Pusat bagi bertanding di kerusi di negeri ini.
Ulasan GB

Ahli Parlimen Pulai itu tidak perlu angkuh dan takbur.

Beliau perlu ingat satu ketika tiada siapa menduga bahawa Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tiada siapa juga menduga bahawa PAS akan memeprolehi kemenangan di dua kerusi DUN di Johor pada PRU12 yang lalu.

Tetapi begitulah kehendak Ilahi. UMNO BN tidak perlu mendabik dada dan menunjukkan keangkuhan bodoh mereka untuk mengatasi kudrat dan iradat Allah s.w.t.

Ahli-ahli Pakatan Rakyat Johor khususnya ahli-ahli PAS akan melipatgandakan usaha disamping akan terus bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya segala keangkuhan dan ketakburan UMNO BN Johor itu ditamatkan segera.

GB akan bersama-sama rakyat Johor mendoakan kemenangan cemerlang bagi Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Lelaki Baru Keluar Penjara Rogol Adik

Bekas Banduan Rogol Adik

BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini. Gambar fail.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.

Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.

Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Sabtu. -BERNAMA

[Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman

Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli

Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.

Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.-HD

Naluri Tidak Normal, Gemar laku Seks Semasa Datang Bulan

Sukar atasi selera pelik

KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila seorang gadis yang baru berusia 16 tahun mengaku mempunyai selera seks pelik, termasuk gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan, selain nafsunya meluap-luap setiap kali gigitan cintanya pada leher lelaki mengeluarkan darah.

Lebih mengejutkan, Iza yang berasal daripada sebuah negeri di utara tanah air mendakwa ketagih darah hinggakan nafsunya membuak-buak apabila memakan ayam yang masih ada darah kerana tidak dimasak dengan betul.

Menurut Iza, selera peliknya bermula selepas berkenalan dengan seorang remaja tidak bersekolah yang bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya.

“Sebenarnya lelaki itu kawan baik bekas teman lelaki saya. Namun disebabkan kerap melakukan hubungan kelamin, saya jadi ketagih dan mudah ‘diayat’ lelaki.

“Dia lebih gemar melakukan hubungan intim ketika saya datang haid dan kami melakukannya dalam keadaan saya berlumuran darah.

“Namun peliknya setiap kali kami bersama, selepas itu tiba-tiba saya didatangi haid walaupun sepatutnya belum waktunya. Saya merasakan seolah-olah terkena sumpahan dan berasa takut dengan azab Tuhan.

“Saya teringat cerita bahawa dajal dilahirkan hasil hubungan bapa dengan ibunya ketika dalam haid. Terdetik di hati, jika saya mengandung, anak apakah yang akan lahir nanti?” katanya.-hm

Naluri tidak normal Kuala Lumpur: Ada pesakit ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani berkata, dia pernah merawat kes seumpama itu yang mempunyai persamaan dengan masalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan.

“Tabiat seks begitu dianggap tidak normal (abnormal behaviour) dan mungkin juga remaja perempuan berkenaan sakit. Keadaan itu mungkin berpunca daripada ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik.

“Biasanya pesakit yang diserang simptom ini akan melakukan perkara tidak masuk akal tanpa disedari. Dia seolah-olah berada dalam dunia sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.

“Penyakit ini selalu menyerang golongan dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, namun ia boleh dirawat asal saja mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa menyangka perubahan anak mereka di bawah pengaruh dadah, namun ramai tidak tahu ‘frontal lobes tumor’ juga boleh menjadi penyebab kepada tabiat pelik.

“Biasanya ibu bapa boleh mengesan perubahan pada anak mereka, namun sikap masyarakat kita gemar buat kerja bertangguh dan membiarkannya hingga melarat.

“Apabila sudah teruk baru berjumpa doktor dan sudah pasti apabila lambat ia akan mengambil masa untuk dirawat,” katanya.

Beliau berkata, paling penting kekuatan dalaman iaitu iman teguh mampu menyelamatkan manusia daripada sesat atau mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa dan doktor supaya simptom ini dapat diatasi segera.

“Pesakit juga masih bawah umur dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing serta memberi sokongan moral kepadanya,” katanya.