16 Okt 2011

Nafikan Hak Royalti Kelantan, UMNO BN Pasti Tumbang

Kota Bahru – 24 daripada 32 telaga minyak dan gas di Medan Bumi dan Suria berhampiran perairan negeri itu memulakan pengeluaran sejak April lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, kerajaan negeri kecewa kerana tidak dimaklumkan perkara tersebut walaupun telaga berkenaan berada di kawasan Kelantan sepertimana hasil royaltinya yang tidak dapat dimiliki rakyat negeri ini.

“Berdasarkan pengeluaran minyak dan gas mutakhir, 12 daripada 16 telaga minyak di Medan Bumi sudah mengeluarkan hasil sejak April lalu manakala 12 lagi telaga gas daripada 16 telaga di Medan Suria juga memulakan pengeluaran.

“Saya diberitahu Kerajaan Terengganu menerima royalti minyak sebanyak RM936 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Bayangkan jika setahun berapa jumlah keseluruhan yang diperolehi Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lalu.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum berkata, sehingga kini timbul persoalan kenapa Terengganu diberikan keistimewaan menerima bayaran royalti minyak berbanding Kelantan yang diketepikan.

Menurutnya, kedua-dua kawasan telaga minyak dan gas itu hampir dengan Kelantan dan hanya mengambil masa 35 minit menggunakan helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.



Ulasan GB

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan.

Di dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan UMNO BN tidak sewajarnya menganak-tirikan kerajaan negeri yan diperintah oleh Pakatan Rakyat, di dalam konteks Kelantan, diperintah oleh PAS.

Hukum kebenaran akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan.

Pemerhatian GB: Dan Allah itu Maha Adil. Apabila orang yang dizalimi itu bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan apabila UMNO BN tumbang, anak Kelantan jugalah yang berkemungkinan bakal menjadi orang penting di dalam kerajaan baru di Putrajaya untuk membetulkan semula semua kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN.

Teruskan perjuangan, janji Allah pasti berlaku, kemenangan itu tetap menjadi milik orang beriman.

Firmanullah:


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .
(Surah An-Nur : 55).


Dan Allah s.w.t. juga berfirman:

وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Surah Ar-Rum
: 6).

2 ulasan:

Awan Fantasia berkata...

pastu buat cerita PAS sana sini tak buat apa-pa untuk rakyat..

[Klik Sini] KITA SEDANG DIBUNUH !!

Tanpa Nama berkata...

Harap JPP Kelantan jangan puji kerajaan pusat saja (Tok Pa), perjuangkan juga supaya royalti minyak dibayar kepada kerajaan Kelantan sebagaimana Terengganu, Sabah dan Sarawak.