12 Feb 2012

[Video] Samseng Serang Ceramah Pakatan Di Dewan Kg Idaman

Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli

Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.

Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.-HD

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dh memang umno tu mcm iblis..perosak msyrkat jah....bodoh mcm lembu dr pemimpin sapa pengikut....kecik2 xnak mampus..dh besar nyusahkan org pulak

Tanpa Nama berkata...

BIAR APA SKALI PELAKUAN PARA PENCACAI UMNO.. KAMI ORG2 MUDA KEKAL YAKIN PADA PERUBAHAN.. KERANA HANYA DENGAN PERUBAHAN SAHAJA KITA DAPAT MELIHAT DENGAN JELAS.. SIAPA SEBENARNYA PENGKIANAT BANGSA DAN NEGARA.. AYUHH SEMUA TOLAK UMNO SI PERTUALANG BANGSA.. SUBURKAN KEMBALI DEMOKRASI DI MALAYSIA.

Psss.. Pada geng umno.. Tungguuuu..!!

Tanpa Nama berkata...

sape yang ngajor mereka maam tu?Tentulah ada di belakang tabirnya tidak kan tak demo berani sampai depan balai polis pun tak takut masih tunjuk samseng lagi?

Tanpa Nama berkata...

Napa polis x bertindak ea???

Tanpa Nama berkata...

memang betul klu pr menang PRU13, Akn jadi huru-Hara, sbb puak2 diorg ini yg akn buat kaco.bodoh punye org.

non berkata...

nampak nya umno sedikit masa ini telah menampakan kebodohan nya dalam berpolitik, budaya menyerang majlis yg d anjur olih pakatan kian menjadi jadi, apakah orang2 pakatan takut dengan samsing2 umno? , TIDAK, kami bukan takut tetapi kami masih waras,masih bolih fikir apa akan terjadi se andainya terjadi pergadohan, kenapakah samsing2 umno belagak dengan lagak yg tak bertamadun , kurang ajar masuk macam penyamun keluar macam lanun poorahhh

Ya Allah hancurkan mereka... berkata...

Dorang ingat dgn menyerang ceramah PR maka org akan menyokong umngok tokey blue tu ...kirim salam...makin org menyampah adalah.tapi bagus juga dorang serang sb inilah wajah sebenar dorang. tuhan tunjukkan satu persatu.hancur Be End!!

1 Malaysia berkata...

Dulu dok ingat MCA dan MIC saja yang kaki pukul dan baling bangku, la ni puak Melayu dah mula buat gitu. Hebat. Generasi Melayu Baru. Kan UMNO baru.
Tahniah kepada pihak pemerintah BN (UMNO khasnya) yang berjaya melahirkan insan yang mulia, berbudi pekerti, prihatin dan .... Hidup 1 Malaysia dan yang "mati" 1 Melayu dengan sifat-sifat asalnya.