14 Mei 2011

Isu Kristian: Husam Bidas Najib Sebagai Talam Dua Muka

Petaling Jaya: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu ‘konspirasi Kristian’ hanya memakan dirinya sendiri.

Husam berkata Najib sebelum ini ‘merestui’ agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen ‘bimbang’ (fear psychology) hanya untuk memastikan supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang sama seperti isu ‘tengkolok bersalib’ yang dikenakan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya umum tahun 1986.

“Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Najib tiba-tba berubah mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan,” kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu.

Malah Najib kelmarin mengeluarkan kenyataannya bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak nwujud dan menyeru ‘semua pihak membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara’.

“Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi ‘anak nakal’ yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?

Dua watak PM

“Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden Umno sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana Menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa ‘dua pancing satu umpan’.

“Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia.

“Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Utusan yang bersifat provokatif dan Najib dalam masa yang sama mengambil sikap lepas tangan adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

“Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi,” katanya.

Surat teguran

Sementara itu, Utusan Malaysia semalam dikenakan surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan muka
hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ serta laporan yang disiarkan di halaman 5 pada Sabtu lalu.

Selain teguran, surat tersebut juga memanggil pengarang Utusan memberi penjelasan kerana menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN dalam satu kenyataannya berkata surat teguran tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984,” menurut kenyataan itu lagi.

Laporan berkenaan yang memetik tulisan dalam blog mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi sekumpulan pendita Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik Perdana Menteri daripada penganut agama itu. -FMT

Isu Kristian: Projek Memperbodohkan Rakyat, Sampai Bila?

Kristian-Islam: Polis Pulau Pinang terima laporan ‘variasi lain’

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan kandungan laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu di Pulau Pinang berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi pagi tadi, adalah “variasi lain” dari laporan sebelum ini.

Laporan itu dibuat pagi tadi.

Bagaimanapun Khalid enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut dan identiti pengadu yang membuat laporan.

“Saya seru semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan jangan membesar-besarkannya,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid ditemui pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Ketika ditanya mengapa tiada tindakan terhadap individu atau akhbar-akhbar tertentu yang telah memperbesar perkara ini, beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk membuat sebarang tindakan.

Khalid berkata polis akan menyiasat secara menyeluruh serta adil dan meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara yang dianggap sensitif dan kini menjadi keutamaan polis.

Khalid berkata, setakat ini beberapa individu telah dipanggil untuk diambil keterangan dan polis akan memanggil individu lain untuk membantu siasatan selain meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” Sabtu lalu.

Dipetik Bernama, Hishammuddin berkata, pihaknya telah mengarahkan polis untuk menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

“Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

“Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul,” katanya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

“Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar Utusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai,” katanya.-TMI



Hishamuddin: Laporan Utusan 'ada asas'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' kebenaran alam laporan Utusan Malaysia berhubung konspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.

Hishammuddin berkata kenyataannya itu berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari ini.

Semalam, kementeriannya mengeluarkan surat teguran kepada Utusan berhubung laporan tajuk utama pada 7 Mei lalu yang berjudul 'Kristian Agama Rasmi?'

Surat berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak semalam apabila beliau diarahkan ke Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan laporan akhbarnya itu.

Hishammuddin berkata penjelasan Aziz adalah sama dengan laporan polis yang dibuat hari ini.

"Beliau (Aziz) berkata terdapat kebenaran mengenai apa yang dilaporkan dan hari ini saya dimaklumkan bahawa ada laporan polis (yang dibuat) yang menunjukkan ada asas (dalam laporan Utusan),” kata Hishammuddin kepada wartawan selepas melancarkan pusat pemulihan dadah di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tidak beremosi

Hishammuddin juga menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

Katanya, polis juga telah diarahkan menyiasat perkara itu bagi mengetahui kebenaran laporan akhbar berkenaan.

"Jangan kita beremosi dalam isu-isu berhubung agama dan kaum, biar pihak-pihak yang berkenaan khususnya polis menjalankan tugas mereka untuk siasatan mengenai kes ini bagi kita mencari kebenarannya.

"Kalau kita ambil tindakan mengikut emosi dan kita mengikut sentimen rakyat di bawah tapi kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, akan ada pelbagai andaian yang timbul," katanya.

Di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini,
" katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di sPulau Pinang selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Hishammuddin juga enggan mengulas perkembangan terbaru itu dan berkata, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.

Isu perkauman dan agama

"Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku," tegasnya.

Hishammuddin turut meminta semua akhbar termasuk akhbar berbahasa Cina dan Tamil memainkan peranan untuk membantu negara dengan menceritakan semangat-semangat yang membina dalam isu perkauman dan agama.

"Saya tahu mungkin cerita ini tidak sensasi dan akhbar tak boleh jual, tapi kalau asyik cerita pasal perpecahan, negara kita boleh jadi huru-hara," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan MCA hari ini yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan KDN yang hanya mengeluarkan surat teguran terhadap akhbar Utusan Malaysia itu, Hishammuddin berkata itu bukan satu isu, apa yang penting, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai," katanya. -mk



Ulasan GB

Apabila UMNO yang melakukan walau sebesar mana sekalipun kesalahan sehingga boleh mwujudkan keadaan huru-hara, maka menteri berkenaan menasihatkan semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Tetapi apabila PR melakukan walau sekecil mana sekalipun, pukul gendang kuat-kuat, putar habis-habis supaya ia dapat memperlihatkan PR itu dalam keadaan bersalah.

Itu sikap kerajaan, itu sikap UMNO BN, itu sikap pegawai penguatkuasa Undang-undang.

Dualisma menjadi semakin ketara. Membeza-bezakan tindakan keatas kumpulan rakyat yang berbeza-beza.

Perkara yang tak betul, jika dilaporkan oleh media UMNO, cari jalan dan cipta bukti untuk menunjukkan ia (berita itu) "ada asas" kebenarannya.

Perkara betul betul, jika dilaporkan oleh media PR, cari jalan dan cipta bukti untuk menunujukkan ia (berita itu) "tiada asas" kebenarannya.

Projek memperbodihkan rakyat oleh mereka ini perlu dihentikan once and for all.

Polis Tetap Nak Buktikan Pelaku Video Seks Itu Adalah Anwar

Video seks: PDRM dapatkan khidmat pakar Amerika

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Polis Malaysia mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar rakaman video tersebut untuk dianalisis oleh pakar pengimejan video.

Kata laporan itu, khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.

“Analisis terhadap rakaman video yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar pengimejan video dari Korea Selatan sebelum ini mengesahkan ia adalah asli.

“Namun, ketepatan rakaman video itu perlu disokong lagi dan sebab itu kita menghantar ia untuk analisis bagi kali ketiga ke AS,” kata laporan itu.

Malah menurut laporan itu, proses menganalisis rakaman video terbabit kini sudah selesai dan keputusannya dijangka diketahui sebaik sahaja pasukan khas yang dihantar ke AS tiba di tanah air, dipercayai semalam.

Sumber berkata, hasil analisis terbaru yang diperoleh akan digunakan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menentukan tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kes rakaman video seks tersebut berjalan lancar.

“Semua pihak perlu menunggu dengan sabar kerana siasatan sedang dijalankan dan proses ini mengambil masa dan mengambil kira banyak perkara,” ujarnya.

Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. -TMI


Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video

Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:

"Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tindakan sekiranya sah merupakan pelakunya.

"Kita akan tengoklah kemudian," jawabnya ringkas kepada pihak media.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.

Siasatan tahap akhir

Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata:

"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

NONEahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Anwar sebagai pelaku video berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.

Sementara itu, ditanya tentang penayangan di internet pula, Khalid berkata perkara itu memakan masa kerana maklumat berkaitan tidak mudah diperoleh. -mk


Ulasan GB

Daripada kenyataan PDRM ketara bahawa pihak polis masih beriya-iya untuk menunjukkan bahawa pelaku di dalam video seks berkenaan adalah Anwar.

Maka sebab itu kita melihat IGP secara tergesa-gesa begitu pantas membuat pengumuman bahawa video berkenaan adalah asli, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sarawak diadakan.

Kemudian kita mendapat maklumat beberapa salinan video seks tersebut telah dihantar dari pada Thailand ke beberapa orang tertentu.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?

Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

“Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)
,” kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.

p/s Selang beberapa minggu selepasnya, Ketua Polis pun pengsan dimasukkan ke hospital.

12 Mei 2011

Kes Sarbani: Petunjuk Baru Bukti Sarbani Tidak Bunuh Diri

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.

Petunjuk itu merujuk kenyataan 'bukan saya... orang saya' yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham, Awtar Singh, dari Tetuan Awtar, Ghazali, Augustine & Co berkata, jawapan mengejutkan itu terpacul dari mulut pegawai itu sebaik Masiah meluahkan perasaannya berhubung kematian suaminya sebelum bertanya kepada pegawai berkenaan apa yang akan dilakukan jika pegawai itu berada ditempatnya.

Katanya, pada ketika itulah, pegawai berkenaan dengan nada perlahan mengeluarkan kata-kata 'bukan saya...orang saya' kepada Masiah tetapi apabila Masiah mahu mendapatkan penjelasan apa dimaksudkan 'orang', pegawai terbabit hanya mendiamkan diri.

"Masiah sudahpun membuat laporan polis berhubung petunjuk baru itu pada 2 Mei lalu, namun sehingga kini kami difahamkan polis belum mengambil keterangan daripada mana-mana individu berhubung maklumat terbaru itu.

"Dengan maklumat yang ada berserta maklumat baru ini, anak guam kami yakin sepenuhnya bahawa arwah tidak membunuh diri sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini," katanya pada sidang media di frima guaman berkenaan di sini, semalam.

Sementara itu, rakannya, Ghazali Mohd Ramli dari firma guaman sama berkata, keluarga Allahyarham mengesyaki kenyataan 'terlepas cakap' pegawai SPRM itu mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian Ahmad Sarbani.

Katanya, kenyataan akhbar semalam juga bagi menyangkal dakwaan dan spekulasi dibuat akhbar dan media elektronik yang memberi gambaran bahawa ada kemungkinan Allahyarham membunuh diri akibat tekanan yang diterima daripada siasatan yang dibuat SPRM.

Ahmad Sarbani yang juga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM berkenaan yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April lalu, selepas datang ke kepajabt itu untuk memberi keterangan berhubung siasatan dilakukan agensi itu.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan kes kematian itu sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana mendapati tiada unsur jenayah.

Pejabat Peguam Negara yang menerima kertas siasatan itu daripada polis bagaimanapun memulangkan semula kertas itu kepada pasukan berkenaan untuk siasatan lanjut termasuk mengambil semula keterangan seorang saksi berhubung kes berkenaan secara terperinci. -BH

Laporan sebelum ini:



Ulasan GB

Rakyat melihat seperti ada satu konspirasi, sama macam kes Teoh Beng Hock, untuk pihak tertentu melakukan cover-up.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud,



Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Rakyat Desak Kerajaan Tahan Si Anjing Besar Itu SEGERA!

Big Dog tukar nada, paderi "mungkin" berikrar

Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.

Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.

"Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.

Dalam tulisan di blognya, Zakhir yang popular dengan nama jolokan Big Dog itu antara lainnya menjelaskan bahawa kumpulan paderi itu "mungkin" berikrar untuk menjadikan seorang Kristian dan menjadikan fahaman tersebut sebagai agama rasmi persekutuan.

"Tentulah ianya lebih sesuai, sebagai ahli kitab, sekiraya paderi berkenaan berikrar dan berdoa kepada perdana menteri Malaysia agar menjadi soleh atau 'rabbaniyun' tanpa mengira agama bagi menghormati pada semangat demokrasi," katanya Zakhir lagi dalam tulisan yang disiarkan semalam.

KJ: Dah kantoi la Fats

Sementara itu, pertikaian berhubung kesahihan dakwaan berkenaan pula berlarutan antara Zakhir dan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.

Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, Khairy mengulas saranan supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.

Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.

"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap2 hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!

"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy di laman blog mikro itu.
-mk


PM: Paderi tiada hasrat cabar agama rasmi


Datuk Seri Najib Razak berkata kumpulan pemimpin Kristian telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata kumpulan pemimpin itu juga memberi pengakuan untuk bekerjasama memupuk keamanan dan keharmonian terutama antara agama supaya Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pemimpin-pemimpin Kristian telah memberi dua pengakuan yang sangat penting dan bermakna (hari ini)," katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama pemimpin Kristian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Antara yang hadir ialah dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala serta Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing.

Dalam pertemuan itu juga, Najib memberi jaminan kepada kumpulan pemimpin berkenaan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk meneliti beberapa pandangan dan permasalahan yang mereka hadapi.

"Bukanlah menjadi tujuan kedua-dua pihak sama ada kerajaan ataupun kumpulan pemimpin Kristian untuk kita mengetengahkan secara terbuka perkara-perkara tersebut sehingga dapat diselesaikan dengan baik.

Secara terbuka

"Apabila telah dapat diputuskan dan diselesaikan dengan baik pada masa itulah, kita akan katakan sesuatu secara terbuka," katanya.

Ditanya apakah permasalahan tersebut, Perdana Menteri berkata: "Bila sudah selesai, kita akan nyatakan secara terbuka."

Perdana menteri berkata dialog yang serupa juga boleh diadakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang bersama kumpulan agama lain kerana beliau telahpun mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan cendekiawan Islam, semalam.

Ditanya bila dialog bersama pemimpin Kristian itu dirancang untuk diadakan, Najib berkata pejabatnya telah mengatur pertemuan itu sejak dua minggu lepas, namun hasrat beliau untuk mengadakannya lebih awal lagi.

Ditanya reaksi kumpulan pemimpin berkenaan berhubung isu Kristian baru-baru ini, perdana menteri berkata kumpulan pemimpin Kristian itu tidak senang hati dengan berita tersebut seperti yang disiarkan dalam akhbar.

"Mereka telah terima nasihat saya supaya kita bertenang dalam hal ini dan jangan buat sesuatu yang menambah ketegangan dalam masyarakat," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Tunggu laporan polis

"Sebab itu kita perlu berhati-hati dalam hal ini supaya apa jua perkara yang boleh menimbulkan kegelisahan dan ketegangan dalam negara perlu kita elakkan dan perlu kita gunakan kebijaksanaan untuk menangani dan menguruskan isu-isu itu," kata Najib.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata beliau masih menunggu hasil siasatan polis berhubung isu tersebut.

"Biarlah polis jalankan siasatan dulu dan bila sampai masanya, kita cari jalan sebaik-baiknya dengan penuh kebijaksanaan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

Najib berkata secara keseluruhannya, beliau puas hati kerana usaha kerajaan mengadakan dialog tersebut dihargai pemimpin Kristian.

"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini, kita akan dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan dengan pihak lain sama ada Islam, Kristian atau kumpulan agama lain untuk bekerjasama sebagai satu usaha ke arah keamanan dan kesejahteraan negara yang dihasratkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Sikap berlengah-lengah polis dan KDN tidak menangkap "anjing besar" tersebut amat mengecewakan sekalian rakyat.

Sudah ternyata bahawa paderi tiada hasrat cabar agama rasmi, cuma blogger si anjing besar dan akhbar Utusan sengaja menimbulkan isu kontroversi ini utuk menghuru-harakan negara.

Kini blogger berkenaan menukar nada dengan satu perkataan - "mungkin".

Apakah anjing itu diajar oleh polis sendiri supaya beliau terlepas dari dituduh di bawah Akta Hasutan atau ISA?

Sekurang-kurangnya itulah persepsi yang ada di kalangan rakyat kini.

Nizar Dicalonkan Sebagai Naib Presiden PAS

PAS Bukit Gantang calon DS Nizar, Naib Presiden PAS

PAS Bukit Gantang dalam mesyuarat ahlijawatankuasanya baru-baru ini telah membuat pencalonan untuk jawatan utama Pas Pusat.

Pencalonan jawatan daripada Pengerusi Tetap,Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-kira sehinggalah Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahlijawatankuasa telah diluluskan dalam mesyuarat kali pertama.

Untuk salah satu jawatan Naib Presiden, PAS Kawasan Bukit Gantang telah mencalonkan DS Mohamad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak dan juga AJK Pas Malaysia.

Pas Bukit Gantang berkeyakinan DS Nizar berkemampuan menggalas tugas Naib Presiden untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden, khususnya menghadapi UMNO/BN dalam PRU 13 ini. -sisibukit

Ulasan GB

PAS memerlukan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin di dalam barisan pimpinannya sekurang-kurangnya untuk kerusi Naib Presiden.

Kepimpinan beliau diakui dan diterima oleh sebilangan besar bukan sahaja ahli PAS tetapi oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Kelab Greenboc pernah mengadakan bancian awal untuk kerusi Naib Presiden. Hasilnya:



Datuk Seri Nizar memperolehi undian yang tertinggi, 1843 (57%) daripada sejumlah 3221 yang mengundi.

Ini bererti besar harapan para pengunjung blog ini kepada beliau supaya terpilih untuk salah satu kerusi Naib Presiden.

Malah sebelum ini GB sudah menyatakan Nizar adalah tokoh paling layak jika sesuatu berlaku ke atas Ketua Pembangkang di tulisan di sini. Petikan:


“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

GB senyum sahaja kerana soalan itu tidak berapa relevan untuk dijawab.

Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa.

Seandainya berlaku apa-apa ke atas Anwar, pengganti Anwar itu, yang juga dibenci oleh UMNO dan sekutunya, tetapi sentiasa bertapak di hati rakyat jelata seluruh negara tak kira bangsa, akan mengambil tempatnya.


Semuga jika cukup pencalonan, Datuk Seri Nizar akan menerima untuk bertanding, dan semuga perwakilan akan memilihnya sebagai salah seorang Naib Presiden PAS.


UMNO Terdesak Guna Penulis Upahan Burukkan Anwar

Buku anti-Anwar diedar pada ulang tahun Umno

Serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”.

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

Buku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.

Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: “Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam.”

Jantan mahu, perempuan pun mahu...

Satu lagi berbunyi: “Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: “Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi.”

Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu.

Malah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar.

“Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie,” tulisnya.


Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku.

Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan. -mk

Ulasan GB

UMNO fobia dengan Anwar sehingga sanggup meminta penulis upahan yang berstatus bangkrap bagi memburuk-burukkan Anwar.

Syed Hussein Al-Attas, memang terkenal menulis buku-buku berunsur fitnah. Malah di satu ketika beliau pernah disaman fitnah dengan nilai jutaan ringgit. Kisahnya di bawah ini:


Syed Hussein Diperintah Bayar RM1.65 Juta

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan penulis buku Syed Hussein Al-Attas (gambar di atas) membayar ganti rugi berjumlah RM 1.65 juta kepada Perbadanan Johor (JCorp) dan presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berhubung satu saman fitnah.

Panel Hakim, Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penulis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2001 yang mengarahkannya supaya ganti rugi itu dibayar kepada JCorp dan muhammad ali, yang juga ketua pegawai eksekutifnya.

Syed Hussein, 68, atau lebih dikenali sebagai Pak Habib, juga turut diperintah membayar kos sebanyak RM5,000.

JCorp, muhammad ali dan ahli perniagaan haris a hamid menyaman Syed Hussein sebagai defenden dengan menuntut ganti rugi, injuksi dan kos berhubung fitnah dalam satu buku tulisannya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Syed Hussein untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM 250,000 kepada Hharis. (Sinar Harian, 2 Julai 2010)


Tidak Bertindak ke Atas Utusan: Sikap 2 Menteri Dibawa Ke Parlimen [updated]

Kristian-Islam: Usul bantah tindakan Hishamuddin, Rais dibawa ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran mencadangkan usul membantah tindakan kedua-dua menteri itu kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia.

Sidang Parlimen akan berlangsung bulan depan Julai.

Tegas Kulasegaran, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

“Hishammuddin dan Rais telah menerima laporan itu tanpa mempersoalkan kesahihan, malah telah memberi amaran kepada rakyat agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya mereka bermain politik,”
katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga menyifatkan tindakan Hishammuddin dan Rais mempercayai laporan Utusan Malaysia sebagai tidak rasional.

“Sebagai ahli politik, mereka patut tahu laporan Utusan Malaysia itu berniat jahat dan mengancam keharmonian negara selain bersifat perkauman.

“Oleh itu tiada alasan untuk menerima laporan Utusan Malaysia itu, malah saya percaya mana-mana ahli politik yang rasional mereka sudah pasti tidak akan mempercayai laporan Utusan Malaysia it
u.

“Hishammuddin dan Rais harus meminta maaf kerana menerima kesahihan laporan Utusan Malaysia, yang mana usul ini akan dibawa pada pembentangan belanjawan 2012,” katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kelmarin Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Hishammuddin dan Rais memohon maaf secara terbuka kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia.

Beliau berkata sikap yang diambil Hishammuddin dan Rais dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN kelmarin. -TMI

TERKINI


Kristian-Islam: KDN panggil ketua pengarang Utusan, beri teguran

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak (gambar) dipanggil menghadap Kementerian Dalam Negeri petang tadi dan diberi teguran berhubung laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk “Kristian agama rasmi?”.

The Malaysian Insider difahamkan Aziz bersama seorang editor kanan dipanggil bertemu dengan kementerian itu sekitar 4 petang tadi.

“Datuk Aziz dipanggil datang ke KDN kira-kira 3.45 petang tadi. Saya dimaklumkan seorang editor juga ikut sama. Utusan diberikan teguran, berhubung laporan isu penganut Kristian,” kata sumber kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sabtu lalu, ekoran pendedahan dua blog, Utusan Malaysia yang telah memetik laporan tersebut dan disiarkan dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?”, mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Petang tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Mwnteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, Lim berkata pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.

Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah. -TMI


Ulasan GB

Dah berkali-kali buat salah, panggil dan beri teguran sahajakah?

Sedangkan Suara Keadilan, Harakahdaily, Rocket .. kesemuanya pernah digantung malah ada yang digantung terus sampai sekarang tak dapat-dapat permit lagi...

Atau KDN terpaksa bertindak tergesa-gesa kerana tahu nama menterinya akan dibawa ke parlimen?

Senang cerita, dua-dua menteri ini, adalah terlebih baik, Hishamuddin dan Rais letak jawatanlah. Jika diadakan pungutan suara satu Malaysia, kedua-dua menteri ini adalah diantara yang akan memperolehi peratus paling rendah.

[Video & Bergambar] Banjir Terburuk Dalam 80 Tahun Landa Tennessee

Memphis, Tennessee - Banjir terburuk yang melanda bahagian tengah Amerika Syarikat dalam lebih dari 80 tahun menenggelamkan rumah, kawasan pertanian dan jalan raya bermula awal minggu ini, akibat limpahan air sungai terbesar di AS, Sungai Mississippi, enam kali lebih banyak dari daya tampung normalnya.

Gambar: Beratus-ratus kenderaan ditenggelami air di dalam banjir terburuk melanda Tennessee

Ketika petugas meronda untuk meneliti tebing sungai di Memphis Tennessee, yang dikepung air, setelah banjir musim bunga, seorang warga - Daryl Hissong - dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun termasuk di antara ribuan orang yang dipaksa meninggalkan rumah mereka akibat air berlumpur.
Mereka berkemas pada Ahad dan hingga Isnin pagi, air sudah mencapai ketinggian lima kaki di dalam rumahnya di Millington, Tennessee, pinggiran Memphis, demikian laporan AFP .

"Mereka menyatakan mungkin diperlukan waktu satu bulan sehingga air benar-benar surut," kata Hissong, ketika ia melihat air yang telah menenggelamkan trailer hingga ke atap.

"Air akan benar-benar menenggelamkan semuanya dan saya takkan punya tempat tinggal," katanya.

Tebing dan karang alamiah telah melindungi sebahagian besar Memphis dari banjir teruk, tapi mereka yang tinggal di wilayah Pulau Mud masih berjuang untuk mengharapkan tidak banjir.

Banjir sudah menenggelamkan sebilangan besar rumah di sepanjang pinggirannya dan pada hari Isnin dilaporkan memecah penghalang dari karung pasir yang dipasang di sekitar satu kondomonium di seberang jalan, kata AFP.

Mississippi secara normal berjarak setengah batu dari Memphis, tapi ketika ini jaraknya jadi tiga batu di banyak tempat.

Para jurutera Angkatan Darat AS telah mengerahkan seramai 150 personel untuk memeriksa benteng di kota tersebut siang-malam bertujuan untuk mengetahui jika ada masalah.

Banyak bahagian Mississippi diberitakan ditutup buat pelayaran dan Penjaga Pantai AS membuka pintu pengendali banjir di luar New Orleans guna membantu kota yang berada di dataran rendah itu sementara air banjir bergerak menuju Teluk Mexico. -antaranews













Kerana Harga Gulu Naik, Harga Teh Tarik Naik Mendadak

Harga teh tarik naik mendadak

KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.

Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.

"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.

"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya. -BH

Ulasan GB

Kerajaan dah naikkan harga gula, jadi peniaga naikkanlah harga minuman dan makanan. PPPM tidak akan mampu membendungnya. Apatah lagi jaminan kerajaan kononnya kenaikan harga gula tidak akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman. Itu penipuan kerajaan terhadap rakyat sebenarnya.

Dalam ekonomi, ia dipanggil satu "putaran ganas" (vicious circle), kenaikan harga satu bahan akan dijangkiti dengan kenaikan harga barangan lain yang akan menyebabkan berlakunya "inflasi", satu keadaan dimana nilai wang akan menjadi rendah kerana harga barangan semakin meningkat.

Bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak kenaikan harga barang dengan kedatangan musim perayaan ini.

Nursaida Ada Teman Lelaki, Abai Tanggungjawab Sebagai Isteri & Ibu - Kata Suami

Nursaida didakwa ada teman lelaki

KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Gambar: Saida (tengah) berbincang bersama Ahmad Nazib sambil diperhatikan oleh kakak iparnya, Rozie Abd Razak di luar mahkamah. Foto THE STAR/ AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.

Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu.

Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.


Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali (gambar) seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida. -mstar


Ulasan GB

Ini adalah kisah masyarakat, kisah rumahtangga. GB paparkan kes di atas untuk mencari moral (pelajaran) di sebalik isu berkenaan. Ia berkaitan dengan perlakuan tidak baik oleh pasangan dengan menggunakan teknologi yang ada sehingga hubungan suami isteri tergugat.

GB pernah ulaskan hal ini di sini. Petikan:

Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian.

Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan tekologi baru ini.

Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS.

Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran.

Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya.

p/s Bukankah elok, jika isteri boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon suami, begitulah disebaliknya suami boleh pada bila-bila masa buka/baca malah jawab handfon isteri. Itulah persefahaman bersama demi menjaga kerukunan rumahtangga




Ajak PAS Bersatu Sebab Ada Pemimpin UMNO Dah Tinggal Seluar Dalam Saja

PAS wajar tinggalkan pembangkang demi kepentingan Melayu

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Ahmad berkata, perpecahan di kalangan Melayu tidak akan menguntungkan bangsanya sendiri sebaliknya perpaduan itu pula tidak akan merugikan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang umat Islam dan Melayu, hasrat saya adalah untuk melihat semua kaum di negara ini maju menjelang 2020 serta menganggap satu sama lain sebagai rakan dan bukannya lawan.

"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, hasrat saya adalah untuk melihat PAS masuk BN, saya cuba mengusahakan perkara itu..., Melayu harus berhenti bergaduh semasa sendiri..., cukuplah ia hanya membuang masa.

"Sudah lama kita bergaduh, di masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," katanya ketika berucap pada Forum 65 Tahun UMNO di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad berkata, jika sebelum ini bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein membawa PAS menyertai BN dan kemudian terpaksa keluar, apa salahnya PAS kembali semula kepada BN sebagai kemuncak kesepaduan dan kesepakatan yang boleh memanfaatkan bangsa melaluinya.

"Kebaikan juga bukan hanya membabitkan bangsa Melayu tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya kerana perpecahan itu tak menguntungkan dan perpaduan juga tidak sedikit pun merugikan," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi parti berkenaan perlu lebih kepada menjauhi DAP yang hanya akan membawa banyak kebinasaan dan merosakkan perjuangan parti itu.

Katanya, PAS perlu wujud sebagai pembangkang kerana perbezaan ideologi dan dasar, tetapi masih menjadi parti yang memperjuangkan Melayu Islam yang boleh menjadi penimbangtara terhadap kepemimpinan yang dibawa oleh UMNO.

Bagi Fathul Bari, UMNO perlu lebih menampilkan imej yang lebih Islamik dalam menarik masyarakat untuk terus mendekatinya dan bukan menjauhkan masyarakat dengan mengelak pengisian yang berbentuk agama.


Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.


Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. -mk


Ulasan GB

Oh rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.

Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.

PAS tak akan tertipu lagi.


Undang-undang Wajibkan Anak Beri Nafkah Kepada Ibu-bapa Bakal Digubal

Kuala Lumpur - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Fazari menjelaskan, Dasar Warga Emas Negara yang baharu sahaja diluluskan pada 5 Januari lalu dilihat lebih komprehensif dan mampu untuk memperbaiki warga tua negara ini ke status yang lebih baik selepas ini.

Tegas beliau, dasar berkenaan memperlihatkan kelainan berbanding Dasar Warga Tua Negara sebelum ini yang mana ia lebih memberikan penekanan secara menyeluruh.

Bawah dasar berkenaan, tumpuan kini akan menjurus kepada usaha menyediakan warga tua ke arah penuaan yang lebih aktif lagi produktif, kesepaduan dari segi hubungan antara generasi muda dan warga tua serta penekanan kepada aspek penyelidikan pembangunan dalam program-program yang dianjurkan.

Sehubungan itu, Mohd Fazari memberitahu masalah warga tua yang hidup merempat mungkin dapat dielakkan jika warga tua membuat persediaan yang lebih awal semasa zaman mudanya. 

Salih Yaakob Lengkapkan Kuota Poligami - Bakal Sunting Emi, 24

Kuala Lumpur: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup. -hm

Kazem: Berani Kamu Serang Iran, Kami Akan Hancurkan Israel

Teheran - Seorang anggota parlimen kanan Iran menyatakan bahawa Iran akan memberikan respons keras dan menghancurkan kepada rejim Zionis Israel, jika Tel Aviv berani menyerang negaranya.

Pelapor Kumpulan Keamanan Nasional dan Kebijakan Luar Negeri Majlis, Kazem Jalali menyatakan kepada Fars News Agency hari ini bahawa tidak ada jalan bagi Israel untuk melarikan diri, jika mereka melakukan serangan terhadap wilayah Iran. "Zionis sendiri juga tahu bahawa reaksi Iran akan tidak dapat diduga dan sangat keras," tegasnya.

Di tengah kebuntuan mengenai program nuklear awam Iran, Tel Aviv dan Washington telah berulang kali mengancam Teheran dengan serangan ketenteraan, didasarkan pada dugaan bahawa aktiviti nukeair Iran ditujukan untuk kepentingan pertahanan.

Pada awal Mei, jet-jet tempur Israel dilaporkan melakukan latihan di sebuah pangkalan militer di Irak untuk menyerang sasaran di wilayah Iran. Sejumlah besar pesawat tempur Israel terlihat di pangkalan al-Asad di Irak, kata sumber yang dekat dengan Muqtada Sadr.

Jet tempur Israel yang dilibatkan dalam latihan terdiri dari F-15, F-16, F-18, F-22, dan KC-10. Pesawat-pesawat tersebut melakukan latihan sepanjang pekan pada malam hari, tambah sumber yang sama.

Latihan itu bertujuan mempersiapkan diri untuk menyerang sistem pertahanan udara Iran, mengganggu sistem radar dan menyerang sasaran yang jauh di wilayah Iran.

Iran menyatakan program nuklearnya benar-benar bertujuan damai dan dalam kerangka Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) serta di bawah pengawasan penuh Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Para pejabat Tehran memperingatkan bahawa setiap serangan oleh AS dan Israel terhadap program nuklear Iran akan diberi tindakan tegas dan dapat mengakibatkan perang yang akan menyebar di luar Timur Tengah.