Video seks: PDRM dapatkan khidmat pakar Amerika
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Polis Malaysia mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar rakaman video tersebut untuk dianalisis oleh pakar pengimejan video.
Kata laporan itu, khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.
“Analisis terhadap rakaman video yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar pengimejan video dari Korea Selatan sebelum ini mengesahkan ia adalah asli.
“Namun, ketepatan rakaman video itu perlu disokong lagi dan sebab itu kita menghantar ia untuk analisis bagi kali ketiga ke AS,” kata laporan itu.
Malah menurut laporan itu, proses menganalisis rakaman video terbabit kini sudah selesai dan keputusannya dijangka diketahui sebaik sahaja pasukan khas yang dihantar ke AS tiba di tanah air, dipercayai semalam.
Sumber berkata, hasil analisis terbaru yang diperoleh akan digunakan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menentukan tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kes rakaman video seks tersebut berjalan lancar.
“Semua pihak perlu menunggu dengan sabar kerana siasatan sedang dijalankan dan proses ini mengambil masa dan mengambil kira banyak perkara,” ujarnya.
Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.
Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.
Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. -TMI
Ulasan GB
Daripada kenyataan PDRM ketara bahawa pihak polis masih beriya-iya untuk menunjukkan bahawa pelaku di dalam video seks berkenaan adalah Anwar.
Maka sebab itu kita melihat IGP secara tergesa-gesa begitu pantas membuat pengumuman bahawa video berkenaan adalah asli, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sarawak diadakan.
Kemudian kita mendapat maklumat beberapa salinan video seks tersebut telah dihantar dari pada Thailand ke beberapa orang tertentu.
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.
“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?”
“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.
Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.
Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.
Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.
Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.
Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.
“Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar),” kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.
p/s Selang beberapa minggu selepasnya, Ketua Polis pun pengsan dimasukkan ke hospital.

Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video
Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.
"Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah," katanya.
Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.
Diajukan soalan yang sama oleh pemberita lain, beliau juga secara berjenaka berkata:
"Kalau dah... kalau dah... kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah."
alleged four full sex videos on youtube 290411 02Beliau juga enggan mengulas lanjut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan tindakan sekiranya sah merupakan pelakunya.
"Kita akan tengoklah kemudian," jawabnya ringkas kepada pihak media.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini, Khalid mengesahkan telah menerima laporan pakar luar negara yang mengesahkan kesahihan video itu, sekali gus mengukuhkan penemuan pakar dalaman sebelum ini.
Siasatan tahap akhir
Ditanya tentang keperluan polis menyiasat ketulenannya sedangkan kes disiasat berkenaan penayangan video lucah, Khalid berkata:
"Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)," katanya.
Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
NONEahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Anwar sebagai pelaku video berkenaan.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.
Sementara itu, ditanya tentang penayangan di internet pula, Khalid berkata perkara itu memakan masa kerana maklumat berkaitan tidak mudah diperoleh. -mk
Ulasan GB
Daripada kenyataan PDRM ketara bahawa pihak polis masih beriya-iya untuk menunjukkan bahawa pelaku di dalam video seks berkenaan adalah Anwar.
Maka sebab itu kita melihat IGP secara tergesa-gesa begitu pantas membuat pengumuman bahawa video berkenaan adalah asli, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri Sarawak diadakan.
Kemudian kita mendapat maklumat beberapa salinan video seks tersebut telah dihantar dari pada Thailand ke beberapa orang tertentu.
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam sebelum ini mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.
Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.
“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.
“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?”
“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.
“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.
Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.
“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.
“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.
Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar juga menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya.
Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.
Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.
Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.
Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.
“Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar),” kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.
p/s Selang beberapa minggu selepasnya, Ketua Polis pun pengsan dimasukkan ke hospital.
6 ulasan:
Kata Khalid, "Kita kena siasat adakah video itu video lucah. Jika bukan video lucah, bukan (Seksyen) 292 (Kanun Keseksaan)." Polis ni faham undang-undang Malaysiakah?
Inikah Timbalan Ketua Polis Negara? Mentalitinya setakat PMR? no .... UPSR kot?
Lihatlah berapa banyak pembaziran pendapatan negara telah dilakukan? Sepatutnya wang berkenaan dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat. Tak ku redha cukai yang ku bayar diguna untuk bayar gaji puak2 sebegini.
Hollywood adalah tempat pembikinan filem yang hebat! Fikir-fikirkanlah semua..
Bagaimana dengan filem GANDHI? Adakah itu Mahatma Gandhi!
timbalan ketua polis kenaletak jawatan, apa Dsai besalah ker, nak juga buktikan. jangan jadi dahan buruk, nanti anda kena hempap kayu yang,telah mati didalam dahan ranting itu. fikirkan
takut BN tumbang rasuah terdedah
Catat Ulasan