19 Apr 2011

PANAS: Rais Saman Blogger Sabahkini.Net

Rais Yatim Saman Bloger Atas Dakwaan Fitnah Memperkosa Pembantu Rumah

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menyaman seorang bloger kerana memfitnahnya dengan mendakwa yang beliau telah memperkosa pembantu rumahnya.

Dr Rais telah menamakan Abdul Mutalib Mohamed Daud sebagai defenden tunggal dalam samannya itu.

Beliau menyebut Abdul Mutalib telah bertanggungjawab menerbitkan atau menyebabkan sesuatu tulisan itu diterbitkan berkaitan empat tulisan yang berunsur fitnah di dalam Sabahkini weblog, pada 1 Januari, 3 Januari, 5 Januari dan 7 Januari dengan mengambarkannya sebagai seorang yang tidak bermoral.

Dalam samannya itu juga, Dr Rais berkata, kata-kata yang berunsur fitnah itu juga mengambarkan seolah-olah mempotretkannya sebagai seorang yang berkemampuan memperdayakan bekas perdana menteri untuk turut bersubahat melindungi kononnya dakwaan memperkosa itu.

Katanya lagi, kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia serta profesionnya sama ada di dalam atau luar negara.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk menguruskan kes tersebut selepas berbincang dengan peguam Dr Rais iaitu Norhani Nordin di kamarnya

KENYATAAN SABAHKINI SEBELUM SAMAN DI ATAS DIKELUARKAN


RAIS YATIM SAMAN SABAHKINI.NET?
Oleh: KREW SABAHKINI.NET

BAGAIKAN cuba menegak benang yang basah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim hanya berani menyaman laman web dan blog amatur dan separa professional seperti Sabahkini.net; namun tidak berani menyaman Rocky Bru yang mula mendedahkan kes ‘Menteri Rogol Amah’.

Bagaimanapun Ketua Pengarang dan C.E.O Sabahkini.net, Mutalib M.D enggan mengulas tindakan Rais kerana beliau hanya menerima saman berkenaan secara tidak sah iaitu melalui email dan mengakui akan mengabaikan sahaja saman berkenaan.

“Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis berhubung kes berkenaan ekoran laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu. Jika Rais ingin meneruskan saman beliau terpulanglah, tetapi saya rasa tidak perlu respon kerana Sabahkini.net menyiarkan berita yang berdasarkan sumber yang sahih,” ujar Mutalib melalui email yang dikirimkan kepada editorial Sabahkini.net.

Mutalib yang kini sedang bercuti turut mengirimkan saman yang di’forward’kan kepadanya melalui email oleh Tetuan Shahbudin & Rozima namun belum disampaikan ke tangannya secara peribadi.

“Biarlah kalau dia mahu saman. Itu hak dia. Tetapi berdasarkan salinan yang diemail kepada saya, No Case To Answer,” kata Mutalib ringkas melalui email selanjutnya.

Berikut, salinan Writ Saman yang dikemukakan Rais melalui peguamnya untuk tontonan pembaca Sabahkini.net yang menunjukkan bahawa Rais hanya mahu mengalihkan perhatian umum terhadap reputasinya dan belajar menjadi pendeta yang cuba menterjemahkan bahasa mengikut fahaman Minangkabaunya yang cetek!

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

ANTARA

DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM...PLAINTIF

DAN

ABDUL MUTALIB B. MOHAMED DAUD...DEFENDAN
(NRIC NO: tidak diketahui )


PERNYATAAN TUNTUTAN


Plaintif adalah seorang ahli poiitik senior yang terkenal di Malaysia dan luar negara yang beralamat di No. 4L, Jalan12, Grandview, 68000 Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa sepanjang kerjayanya di dalam politik sejak 1979, beliau telah berkhidmat dan pada masa ini sedang berkhidmat di antara jawatan-jawatan utama sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dari 2009 dan masih berterusan), Menteri Luar Negara (2008 hingga 2009), Menteri Kebudayaan, Seni dan Warisan (2004 hingga 2008), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (1999 hingga 2004), Menteri Luar Negara (1986 hingga 1987), Menteri Penerangan (1984 hingga 1986), Menteri Tanah dan Pembangunan Luar Bandar (1982 hingga 1984) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (1975-1982).

Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang merupakan tulang belakang kepada koalisi berkuasa Barisan Nasional (BN) dan juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi.

Beliau juga merupakan seorang Peguam yang bertauliah dengan kelulusan ljazah Sarjana Muda Undang-Undang dari National University of Singapore pada tahun1973 dan Sarjana Kedoktoran PhD dari King's College, University of London pada tahun 1994.

Defendan menyatakan dirinya adalah seorang wartawan, Penganalisa politik dan penulis blog yang berfungsi untuk menyediakan berita yang bebas dan seorang menerbitkan weblog sebagai laman sesawang di "Sabahkini–Reveal The Truth, Prevail the Faith". Laman sesawang Sabahkini didaftarkan oleh Defendan yang beralamat di Lot D9, Tingkat 3, Center Point, Kota Kinabalu, 88300 Sabah.

Pada setiap masa matan weblog sebagai laman sesawang boleh diakses oleh berjuta-juta pengguna laman sesawang dengan cara sambungan internet di 'uniform resource locator' yang beralamat di http://sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "Blog Sabahkini").

Saya sesungguhnya percaya bahawa pada tarikh-tarikh yang berlainan iaitu pada 01.01.2011, 03.01.2011, 05.01.2011 dan 07.01.2011 di weblog Sabahkini, defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau melalui pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya telah menerbitkan atau telah menyebabkan untuk diterbitkan di weblog Sabahkini suatu artikel di bawah tajuk-tajuk "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?, yang dipaparkan pada 01.01.2011, 'PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT, yang dipaparkan pada 03.01.2011. RAIS YATIM SEPERTI, BELUT BODOH? Yang dipaparkan pada 05.01.2011 dan "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH dipaparkan pada 07.07.2017 dari laman sesawang http://sabahkini.net/rz1 bersama gambar Plaintif yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, juga mengandungi perkataan-perkataan berikut yang tidak benar dan atau berniat jahat dan/ atau berunsur fitnah plaintif

Berikut adalah perkataan perkataan dimana ianya mengandungi perkataan-perkataan berikut yang tidak benar dan/ atat berniat jahat dan/atau berunsur fitnah plaintif adalah seperti berikut:

Artikel "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA? yang dipaparkan pada 01.01.2011 pada pukul 2.27:

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah merestui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Menurut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui skandal seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu skandal seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani watikah Perlantikan Shahidan atas sebab kebejatan rnoral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan skandal seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi skandal seks pemimpin UMNO sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa 'Rogol' bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai skandal seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Ssulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Artikel "PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT", yang dipaparkan pada 03.01.2011 pada pukul 11.42:-

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat' di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.

Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat 'Sumpah Laknat’, bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan undang-undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman," ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.

Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan 'saka' yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.

"Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai skandal seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. ]ika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal,” ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat’.

Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.

Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.

Artikel "RAIS YATIM SEPERTI BELUT BODOH?” yang dipaparkan pada 05.01.2011 pada pukul 9.29:-

BETAPA hebatnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk seri Utama Dr Rais Yatim melemparkan ‘Boomerang Politik' kepada Ketua Pembangkang dengan mengumpamakan Datuk seri Anwar Ibrahim sebagai "Ikan sembilang dalam lubuk keruh, yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.”

Namun sayang seribu kali sayang kerana lemparan boomerangnya gagal ditangkap kembali dengan kemas sehingga mencederakan dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007.

"Rais adalah 'Belut Bodoh'yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan skandal seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan,” ujar Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah, kata Zainuddin, Rais sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi.

Zainuddin kesal kerana Rais menuduh Anwar sebagai seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa dengan merujuk kepada kedudukan Anwar kini sebagai Ketua Pembangkang dan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Jika dahulu dia berkata kepada Anwar bahawa seekor ikan yang berada dalam air tidak tahu bahawa ia berada dalam air, bila keluar ke pasir baru tahu hangat dan peritnya hidup. Jadi, Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol," ujar Zainuddin dengan nada sinis.

Artikel "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH', yang diterbitkan pada 07.01.2011 pada pukul 22.18 :-depicting photograph or a woman pointing yet at another photograph and ending with the following words published.

PENGAKUAN...Sumiati menunjukkan gambar beliau bersama Robengah ketika mereka kerja bersama di rumah Rais. Kenapa Robengah yang mandi tetapi Sumiati yang basah dan Rais yang berkeringat jantan?

EKORAN daripada dakwaan hangat Rocky Bru bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, salah seorang pembantu rumah yang masih bekerja dengan beliau tampil membuat pengakuan menafikan segala tohmahan yang dibuat terhadap Rais.

Plaintif akan mengemukakan salinan artikel tersebut di dalam bahasa Melayu dan terjemahan di dalam bahasa Inggeris semasa perbicaraan tindakan di sini untuk kesan yang lebih mendalam.

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa seluruh perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut terutama sekali perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel berikut dengan gambar Plaintif yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, diambil di dalam konteks yang betul dan munasabah adalah tidak benar dan atau berniat jahat dan/ atau berunsur fitnah plaintif:-

Berhubung dengan artikel "PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" yang dipaparkan pada 01.01.2011;-

"TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

"Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenarkan beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah rnenandatangani, watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.”

Berhubung dengan artikel “PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT” yang dipaparkan pada 03.01.2011 pada pukul 7.42:-

"Rais Bin Yatim agar melakukan 'Sumpah Laknat’, di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007”.

"Didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Mohd Najib Tun Abdul Razak”.

“Kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman,” ujar zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah”.

"Pak Lah meninggalkan 'saka’, yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat”.

"Ujar zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan 'Sumpah Laknat”.

"Jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia”.

Berhubung dengan artikel “RAIS YATIM SEPERTI, BELUT BODOH?” yang dipaparkan pada 05.01.2011 pada pukul 9.29:-

"dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007”

"Rais adalah 'Belut Bodoh' yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan Skandal Seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan”.

"sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah”.

"namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi”.

"Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol”.

Berhubung dengan artikel "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" yang diterbitkan pada 07.01.2011 pada pukul 22.18:-

"Kenapa Robengah yang mandi tetapi Sumiati yang basah dan Rais yang berkeringat jantan?

Plaintif akan mengemukakan salinan artikel tersebut di dalam bahasa Melayu dan terjemahan di dalam bahasa Inggeris semasa perbicaraan tindakan di sini untuk kesan yang lebih mendalam.

Dalam maksudnya yang asal dan biasa, perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama) (seperti yang dinyatakan di bawah Perenggan 10 dan 11 di atas) yang tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah bermaksud dan/atau difahami untuk bermaksud bahawa:-

Bahawa terdapat satu siasatan dilakukan ke atas kelakuan plaintif dan beliau adalah merupakan subjek perkara siasatan tuduhan merogol yang mana dengan sendirinya membawa penghinaan ke atas diri beliau sendiri dengan terlibat dalam seks haram dan diiarang;

Siasatan yang demikian menurut kamu mengenai satu perkara yang amat serius kelakuan Plaintif memerlukan siasatan telah dimulakan adalah berat berhubung dengan yang dan

Bahawa Plaintif telah melakukan kesalahan jenayah yang serius antara lainnya di bawah Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum penjara atas alasan memberikan tanggapan kelakuan kesalahan seks tidak bermoral.

Bahawa Plaintif kami berkelakuan tidak suci; dan

Bahawa Plaintif salah berkelakuan yang memalukan, menghina, mengaibkan, keji dan/ atau berkelakuan jenayah dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang Menteri kanan dalam Kabinet dan Ahli Parlimen.

Plaintif adalah seorang individu yang berpengaruh dan menyalahgunakan pengaruhnya dengan memperkosa orang gajinya dan kemudiannya melepaskan diri dari kesalahan tersebut kerana kedudukan beliau sebagai menteri dan ahli politik.

Plaintif seorang yang perancang dan penipu yang mana berkebolehan mempengaruhi mantan Perdan Menteri untuk menutup kesalahan rogol.

Plaintif seorang yang bodoh, dangkal dan bertahap pemikiran rendah dalam melakukan rogol terhadap orang gajinya.

Plaintif seorang yang hipokrit dan berpura-pura takut kepada tuhan tetapi didorong oleh nafsu serakah, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selanjutnya dan/atau secara alternatif, saya telah dinasihati oleh peguamcara saya dan yang mana saya sesungguhnya percaya bahawa dengan cara 'innuendo', perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama) (seperti yang dinyatakan di bawah perenggan B dan 9 di atas) yang tidak benar dan/atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah bermaksud dan atau difahami untuk bermaksud bahawa:-

[Plaintif mengulangi dan akan bergantung kepada sub-perenggan 10 di atas]

Plaintif menegaskan dan akan menegaskan bahawa perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut (bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di belah atas sudut kiri yang sama, tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah telah diterbitkan dan atau telah disebabkan untuk diterbitkan oleh Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya kepada orang-orang awam dan/atau adalah di dalam pengetahuan orang-orang awam dan atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) weblog sabahkini dan atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) dan orang-orang awam dan/atau pembaca-pembaca (pelawat-pelawat) tersebut tahu dan/atau akan tahu yang sama merujuk kepada plaintif.

Dengan alasan Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau melalui pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya telah menerbitkan dan/atau menyebabkan untuk diterbitkan' perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, tidak benar dan atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah, saya telah terjejas dengan teruk berkenaan reputasi saya secara peribadi dan/ atau professional di peringkat kebangsaan dan atau antarabangsa, sifat saya dan kredit saya dan telah dibawa ke skandal, keaiban dan penghinaan awam dan telah menanggung malu yang agak besar, derita dan kerugian.

Bagi menyokong tuntutan Plaintif untuk gantirugi tambahan dan/ atau gantirugi teladan, saya mengulangi butir-butir di perenggan B, 9 dan 10 di atas dan selanjutnya akan bergantung kepada fakta-fakta berikut:-

Perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel yang tidak senonoh telah mengakibatkan fikiran pembaca dan pengguna diracuni dengan gambaran yang tidak betul dan tidak masuk akal serta jahat mengenai perilaku anak guam kami dan kedudukan beliau yang mana artikel tersebut yang berniat jahat tanpa siasatan telah diterimapakai sebagai benar;

Artikel sensasi yang diterbitkan dengan gambar perempuan "VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" yang tidak dikenali oleh plaintif dengan disengajakan tanpa mempedulikan dan diiakukan atas dorongan untuk menambah pembaca dan keuntungan serta menyediakan bahan yang tidak benar untuk digunakan oleh pihak pembangkang;

Perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama yang dinyatakan di dalam perenggan 10, 11 dan 12 di atas dengan sendirinya adalah amat serius dan merosakkan sebagai serangan defendan di atas kedudukan plaintif; dan atau

Namun demikian, Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan/ atau sebaliknya telah menerbitkan dan/ atau menyebabkan untuk diterbitkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan/atau artikel berunsur fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, secara sembrono dan/ atau cuai tanpa membuat apa-apa penyiasatan awal dan/atau penyiasatan munasabah yang awal berkenaan kandungannya. Sekiranya yang sama telah dilakukan ianya akan membuktikan bahawa kandungannya adalah tidak konsisten dengan Kenyataan Akhbar yang mana di dalam pengetahuan defendan sendiri. Kenyataan Akhbar yang dirujuk sebagai orang gaji Indonesia yang telah diperkosa oleh seorang Menteri Kanan yang berasal dari Kedah tetapi Plaintif adalah Menteri Kanan yang berasal dari Negeri Sembilan; dan/atau

Namun demikian, Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya telah menerbitkan dan atau menyebabkan untuk diterbitkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel berunsur fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama, secara sembrono dan/atau cuai tanpa membuat apa-apa percubaan awal dan/atau percubaan awal yang muasabah untuk mengesahkan kandungannya dengan saya dan atau memberikan saya apa-apa peluang awal dan/ atau peluang awal yang munasabah untuk memberikan komen berkenaan yang sama. Sekiranya yang sama telah dilakukan, ianya akan membuktikan bahawa kandungannya adalah tidak benar dan/atau berniat jahat dan atau berunsur fitnah terhadap saya terutama sekali apabila Robengah sendiri telah dipetik di dalam suatu artikel di bawah tajuk "Robingah sebut Menteri Rais Yatim orang Baik" yang telah diterbitkan oleh suatu portal berita online yang dikenali sebagai detikNews (at http : //ws.detiknews.com/read / 2011/01/07/164713/7547927/10/robtngah-sebut-menteri-rais-yatimorangbaik?) sebagai telah menafikan dirogol oleh saya; dan/ atau

Tahap penerbitan dan/atau penerbitan semula perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama seperti mana yang dinyatakan di dalam perenggan perenggan sebelum ini dan/atau intipati yang sama seperti yang terdapat di Blog Defendan dan atau Blog pihak ketiga yang lain dan atau Laman Web pihak ketiga yang lain dan/atau di dalam mana-mana bahagian lain internet; dan atau

Defendan samada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tahu dan atau sepatutnya mempunyai pengetahuan dan atau berniat dan/atau membenarkan perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut bersama gambar saya yang jelas dipaparkan di sudut atas belah kiri yang sama seperti yang dinyatakan di bawah perenggan-perenggan sebelum ini dan atau intipati yang sama diterbitkan dan atau diterbitkan semula dan atau diulangi di peringkat kebangsaan dan atau di peringkat antarabangsa di pelbagai kawat perkhidmatan ('wire services') dan agensi berita ('news agencies).

Melainkan diperintahkan oleh Mahkamah yang mulia ini Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tidak akan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan perkataan perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah tersebut terhadap Plaintif.

Melainkan dihalang oleh Mahkamah yang mulia ini Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan atau sebaliknya tidak akan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan perkataan perkataan dan/atau petikan-petikan dan/ atau artikel fitnah tersebut terhadap Plaintif.

Dan Plaintif menuntut terhadap Defendan:

-gantirugi am;

-gantirugi khas;

-gantirugi tambahan;

-gantirugi teladan;

-faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah yang diawadkan di bawah perenggan I7.I sehingga 17.4 di atas dari 01.01.2011 sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya;

Suatu injunksi yang memaksa dengan serta-merta Defendan, sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya untuk mengeluarkan perkataan-perkataan dan atau petikan-petikan dan atau artikel fitnah di bawah tajuk “PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" yang dipaparkan pada 01.01.2011. 'PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT” yang dipaparkan pada 03.01.2071. “RAIS YATIM SEPERTI BELUT BODOH?” yang dipaparkan pada 05.01.2011 dan “VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" dipaparkan pada 07.07.2011 dari laman sesawang http://sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah" tersebut);

Suatu injunksi yang menghalang dengan serta-merta Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/ atau ejen-ejennya dan atau sebaiiknya daripada terus menerbitkan dan atau menyebabkan penerbitan:-

-perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah tersebuf dan/atau

-lain-lain perkataan-perkataan dan/atau artikel-artikel yang berunsur fitnah terhadap Plaintif; dan/atau petikan-petikan dan/atau yang lebihkurang sama

-apa-apa kertas-kertas kausa dan/atau dokumen-dokumen berkenaan tindakan ini; di dalam Blognya dan/atau blog-blog lain yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh Defendan dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh pihak ketiga;

- kos;

- lain-lain relif yang difikirkan Mahkamah yang Mulia ini sebagai suai manfaat dan adil.

Bertarikh 10 Februari 2011.

Tetuan Shahbudin & Rozima

Peguamcara Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Tetuan Shahabudin & Rozima, Peguambela dan Peguamcara bagi pihak plaintif, yang mempunyai alamat Penyampaiannya di B-6-5, Northpoint Office, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN SIVIL

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

ANTARA

DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM...PLAINTIF

DAN

ABDUL MUTALIB B. MOHAMED DAUD...DEFENDAN

(NRIC NO: tidak diketahui )

WRIT SAMAN


"YANG AMAT ARIF TAN SRI ARIFIN BIN ZAKARIA, HAKIM BESAR MALAYA, ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG'f

Kepada:

Abdul Mutalib B. Mohamed Daud (NRIC No: unknown ),
Lot D9, Tingkat 3,
Centre Point,
Kota Kinabalu,
88300 Sabah

KAMI PERINTAHKAN KAMU bahawa dalam tempoh dua belas (12) hari selepas Penyampaian Writ ini ke atas kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan dimasukkan untuk diri kamu dalam kausa atas guaman DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN YATIM dan ambil perhatian bahawa, jika kamu ingkar berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan perlaksanaan.

DISAKSIKAN oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur pada 14 haribulan Februari 2011.

Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi,
Kuala Lumpur

MEMORANDUM YANG HENDAK DITURUNKAN PADA WRIT

Writ ini boleh disampaikan lebih daripada enam (6) bulan kalendar selepas tarikh di atas melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Defendan boleh hadir bersama-sama dengan memasukkan kehadiran (atau kehadiran-kehadiran) sama ada sendiri atau melalui Peguamcara di Pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Malaysia.

Defendan yang hadir sendiri boleh, jika dihendaki, memasukkan kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan menghantar Kiriman Pos berharga RM10.00 berserta sampul surat sendiri kepada pendaftar, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Malaysia.

PENGINDORSAN TUNTUTAN

Kausa tindakan Piaintif adalah berdasarkan fitnah, yang mana butir-butirnya adalah seperti yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutan. Plaintif menuntut terhadap Defendan untuk relif-relif yang berikut:-

(a) gantirugi am;
(b) gantirugi khas;
(c) gantirugi tambahan;
(d) gantirugi teladan;

(e) faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah yang diawadkan di bawah perenggan 17.1 sehingga17.4 di atas dari 01.01.2011 sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya;

(f) suatu injunksi yang memaksa dengan serta-merta Defendan, samada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya untuk mengeluarkan perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/ atau artikel fitnah di bawah –“PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?" appeared on 01.01.2011, "PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT" appeared on 03.01.2011, RAIS YATIM SEPERTI 'BELUT BODOH'? appeared on 05.01.2011 and 'VIDEO PENGAKUAN RAKAN ROBENGAH" appeared on 07.01.2011 with the photograph of the Plaintiff prominently displayed at the top left hand corner of the same published by him and/or her and/or them at http://www.sabahkini.net/v1 (selepas ini dirujuk sebagai "perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah" tersebut);

(g) suatu injunksi yang menghalang dengan serta-merta Defendan sama ada melalui dirinya sendiri dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dan/atau ejen-ejennya dan/atau sebaliknya daripada terus menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan:-

perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel fitnah tersebut; dan/atau lain-lain perkataan-perkataan dan/atau petikan-petikan dan/atau artikel-artikel yang berunsur fitnah yang sama terhadap plaintif; dan atau apa-apa kertas-kertas kausa dan/ atau dokumen-dokumen berkenaan tindakan ini; di dalam Blognya dan/atau blog-blog lain yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh Defendan dan/atau mana-mana medium lain yang dimiliki oleh pihak ketiga; kos; lain-lain relif yang difikirkan Mahkamah yang Mulia ini sebagai suaimanfaat dan adil.

Bertarikh pada 10 haribulan Februari 2011.


Shahabudin & Rozima

Peguamcara Plaintif


Dan RM (atau sekian banyak wang sebagaimana yang dibenarkan selepas penetapan untuk kos, dan iuga, jika Plaintif dapat perintah untuk penyampaian ganti, jumlah wang selanjutnya sebanyak RM (atau sekian banyak jumlah wang sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan). Jika amaun yang dituntut dan kos dibayar kepada Plaintif atau Peguamcaranya dalam tempoh dua belas (12) hari selepas Penyampaian Writ ini (termasuklah hari penyampaian), prosiding seterusnya akan ditangguhkan, tetapi jika ternyata daripada pengindorsan pada Writ itu bahawa Plaintif adalah bermastautin di luar wilayah terjadual, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pertukaran Kawalan 1953, atau adalah bertindak mengikut perintah atau bagi pihak seseorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan hanya ditangguhkan jika amaun yang dituntut dan kos di bayar ke dalam Mahkamah dalam tempoh yang tersebut itu dan notis pembayaran itu diberi kepada plaintif atau Peguamcaranya.

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT

Writ Saman ini dikeluarkan oleh Messrs Shahabudin & Rozima, peguambela dan Peguamcarta, bagi pihak Plaintif di atas yang mempunyai alamat penyampaiannya di B- 6-5, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.

PENGINDORSAN BAGI PENYAMPAIAN

Writ ini telah disampaikan oleh dengan cara penyampaian ke diri (atau seperti berkenaan)(nyatakan cara penyampaian atau menurut terma-terma satu perintah bagi penyampaian ganti) ke atas Defendan (yang saya kenali)(atau yang telah ditunjukkan kepada saya oleh)(atau yang mengakui kepada saya bahawa dia adalah) di (tempat) pada haribulan,

Penghantar Saman

Writ Saman ini dikeluarkan oleh Tetuan Shahabudin & Rozima, Peguambela dan Peguamcara, bagi pihak Plaintif, yang mempunyai alamat penyampaiaru:rya di 8-6-5, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur.


Ulasan GB

Episod yang menarik jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

Kita akan meminta Sdra Abdul Mutalib mencari/menemui amah berkenaan dan pihak Migrant Care untuk menjadi saksi-saksi perbicaraan.

Biar terlondeh semua.
Kenapa ler bebal sangat si...

Projek Lynas Dengan Gajah Mengamuk Di Pahang


Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya. -mk



Gajah serang tanaman sawit


KEDAIK ASAL – Tanaman sawit seluas kira-kira 0.8 hektar yang diusahakan penduduk Orang Asli di sini musnah apabila ‘dikerjakan’ sekumpulan enam ekor gajah liar yang dipercayai sesat dari Hutan Sementok, Kedaik.

Seorang pemilik kebun, Amran Boji, 42, dilaporkan mengalami kerugian ribuan ringgit selepas anak pokok yang baru ditanam dua minggu lalu musnah dimakan haiwan liar terbabit.

Kehadiran kumpulan gajah itu turut membimbangkan penduduk kerana mendakwa haiwan terbabit pernah mengejar penduduk yang melalui kawasan kebun di situ.

Berikutan itu, penduduk meminta bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menghalau gajah berkenaan, namun kecewa kerana masih tiada tindakan dibuat.

Serangan sejak tiga hari lalu

Seorang penduduk, Ramli Ason, 48, berkata, dia menyedari kehadiran gajah liar itu pada petang Jumaat lalu selepas mendengar bunyi haiwan berkenaan semasa membersihkan kebunnya.

Dia yang sudah tiga kali terserempak dengan haiwan liar itu terkejut apabila mendapati sekumpulan enam ekor gajah sedang melanyak tanaman sawit berhampiran kebunnya.

“Saya tidak menunggu lama di situ kerana bimbang kehadiran saya dapat dihidu gajah terbabit sebelum bertindak melaporkan kepada pemilik kebun berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, banyak tanaman dimusnahkan kumpulan gajah liar itu menyebabkan pemilik tanaman menanggung kerugian besar.

“Akibat serangan berulang kali oleh kumpulan gajah itu, anak-anak kelapa sawit yang ditanam tidak sempat membesar kerana habis dilanyak haiwan itu.

“Setiap daripada kami terpaksa membelanjakan RM14 bagi sepokok sawit tidak termasuk kos baja, menebang, membersihkan kawasan, mengorek lubang, menanam dan sebagainya,” katanya.

Hampir jadi korban gajah

Seorang penduduk, Mohd Nasir Harun, 40, berkata, dia hampir menjadi korban gajah apabila salah seekor daripadanya cuba mengejarnya ketika keluar menoreh getah pada petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dia yang hanya berada lima meter dari tempat gajah itu mencari makanan bernasib baik kerana sempat melarikan diri ke dalam semak berdekatan.

“Mungkin gajah itu terkejut dengan kehadiran saya. Saya lari menyelamatkan diri selepas mendapati gajah terbabit mula mengeluarkan bunyi tanda amaran supaya tidak mendekati kumpulan mereka.

“Pada ketika itu saya tidak mampu berfikir apa-apa dan terus melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa yang ketika itu seolah-olah seperti telur di hujung tanduk,” katanya.

Kejadian didakwa kali kedua

Ketua UMNO Cawangan Kedaik Asal, Adnan Boji berkata, kejadian itu merupakan yang pertama tahun ini dan kejadian sama pernah berlaku beberapa tahun lalu.

Katanya, sebelum ini, sebuah motosikal penduduk di kampung itu rosak teruk akibat dipijak gajah yang sedang ‘naik angin’.

Menurutnya, kejadian kali ini pula menyebabkan kemusnahan pada tanaman penduduk dan sekiranya keadaan itu dibiarkan boleh mengakibatkan nyawa pekebun di situ terancam.

Kecewa Perhilitan lambat bertindak

Tok Batin Kedaik Asal, Booh Suan meluahkan rasa kecewa apabila Perhilitan didakwa gagal menghalau kumpulan gajah itu keluar daripada kawasan kebun penduduk.

Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya bertindak segera memandangkan haiwan liar itu boleh mengancam nyawa manusia.

“Saya difahamkan penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri menghalau binatang itu memandangkan Perhilitan masuk untuk memantau dan memasang mercun sahaja.

“Jadi saya berharap Perhilitan lebih peka dengan masalah ini memandangkan ia mengancam nyawa penduduk,” katanya. -SH


18 Apr 2011

Trio Datuk T Mungkin Dikenakan Tindakan Tayang Video Seks - Acryl

Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkinan akan bertindak ke atas trio Datuk T kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini.

"Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."

"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini pada Isnin.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respons daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.

"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. -mstar


Video seks: AG akan heret Anwar, kata PKR

Meskipun siasatan berhubung video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang difokuskan terhadap pengedaran bahan lucah, PKR percaya peguam negra akan menggunakan peluang itu untuk mengheret ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim BN akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah,” kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

“Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Saifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan.

“Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya,” katanya.

Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR percaya peguam negra, Tan Sri Abdul Gani Patail akan “tetap mencari jalan untuk mendakwa Anwar.”

“Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Anwar dihadapkan ke mahkamah dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

“PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan 'Datuk T' yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah bilik di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

Anwar sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah lelaki dan video berkenaan dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. -mk


Ulasan GB

Demi menjaga kredibiliti dan integriti polis yang kini merudum dan punah, tiada perkataan "mungkin" sepatutnya, TETAPI trio Datuk T itu MESTI DAN WAJIB dibawa ke muka pengadilan kerana kesalahan menayangkan video lucah.

Dan jika Anwar ingin diheret bersama di dalam pendakwaan, ia tidak sekali-kali akan memperbaiki reputasi polis yang telah tercemar selama ini, melah mungkin membusukkannya lagi.



Lompat Parti, Ponteng Kerja, R/tangga Huru-hara - Itu Gaya Hidup ADUN Pel Klang

ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Badrul Hisham, 51, dan Ramizah, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan dikurniakan lima anak iaitu Dzarul Ashroff, 17; Dzety Ashikin, 15; Dzureen Arysha, 11; Dzaleen Aryffa, 10, dan Dzarif Ashakimi, 5 tahun.

Perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh, sedangkan pada asalnya prosiding itu ditetapkan sebagai sambung bicara permohonan fasakh yang difailkan oleh Ramizah.

Bagaimanapun, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari memberitahu, Badrul Hisham bersedia untuk melepaskan Ramizah, yang turut bersetuju untuk menarik semula dakwaan dan keterangan yang telah dikeluarkannya pada perbicaraan lalu.

Pada prosiding itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor diwakili oleh peguam syarie Norrasyada Osman.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum 2008 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi ADUN Bebas selepas keluar daripada parti tersebut pada 29 Oktober 2009.

Beliau akhirnya menjadi ahli UMNO secara rasmi apabila mengisi borang keahlian pada Mei 2010.

Pergolakan perkahwinan Badrul Hisham mula menjadi perhatian apabila Ramizah memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kes tersebut dibicarakan kali pertama pada 28 Jun 2010 dan semasa itu Ramizah diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang merupakan calon PKR pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.

Berdasarkan penyataan tuntutannya yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan oleh sifat Badrul Hisham yang dikatakan berkawan dengan perempuan lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.

Ramizah juga mendakwa mereka telah tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas dia mempersoalkan tindakan Badrul Hisham. -mstar

Ulasan GB

Memang patut masuk UMNO - ponteng sidang ADUN, abai isteri & anak, joli dengan perempuan lain - ciri-ciri yang hanya ada pada kebanyakan wakil-wakil rakyat UMNO, bukan PR. Cekai betul jika parti mempunyai pemimpin yang rendah moralnya sepertinya.


Dasyat Punya Pendusta Bernama Eskay Ini

Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.

“Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat,” katanya lagi.

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.


“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya lagi.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T.” -TMI

Ulasan GB

Ketara sangat eskay ini seorang pendusta.

Pertama sewaktu mendedahkan isu video seks ini, belaiu berkata beliau "terjumpa" video seks ini di dalam laci di sebuah hotel tatkala mencari jam Omega.

Kemudian, sewaktu sidang media bersama Rahim Tamby Chik pula, beliau sendiri mengaku bahawa beliau yang berada di dalam video itu.

Sekarang beliau meminta pula Suruhanjaya Diraja menyiasat pelaku di dalam video berkenaan.

Mengenai jam Omega, jika benar ia milik Anwar, mengapa pula Eskay yang pegang kad pendaftaran yang diserahkan kepada polis? Kalau cari jam dan yang dijumpai jam sajalah, ni siap dengan kad pendaftaran. Kad Pendaftaran yang asli tentulah ada bersama pemiliknya. Tak da siapa pakai jam bawa kad pendaftaran ke hulu ke hilir kecuali eskay barangkali.

Punya dasyat pendusta bernama Eskay ini.



Letusan Gunung Punca Ulat Bulu Membiak

Letusan punca ulat bulu membiak

JAKARTA: Serangan berjuta-juta ulat bulu yang tidak dikenali spesiesnya hingga 'menyerang' tanaman dan kediaman di wilayah di Pulau Jawa minggu lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan Gunung Bromo.

Gambar: ULAT bulu memasuki rumah penduduk di wilayah Pulau Jawa. Gambar kecil, menunjukkan spesies ulat bulu yang semakin membiak.

Gunung berapi aktif itu yang terletak di bahagian timur Pulau Jawa meletus akhir tahun lalu, memuntahkan lahar, awan debu dan hujan asid menyebabkan suhu di kawasan sekitarnya menjadi lebih panas.

Perubahan suhu ini disyaki mendorong ulat itu ‘berhijrah’ ke kawasan lebih lembab dan ada banyak bekalan makanan.

Sehingga kini, ulat bulu terbabit menyerang dan merosakkan lebih 15,000 pokok mangga di Probolinggo, dan pasti menjejaskan hasil buah-buahan itu musim ini.

Pakar serangga Pusat Pengendalian Makhluk Perosak Bersepadu Institut Teknologi Bogor, Hermanu Triwidodo, berkata penyelidikannya menunjukkan letusan Bromo pada Disember lalu mengakibatkan suhu sekitar kawasan itu lebih panas.

“Keadaan ini menyebabkan haiwan pemangsa semula jadi ulat, termasuk pelbagai spesies burung dan kerengga meninggalkan kawasan itu. Tetapi, ulat bulu mampu bertahan daripada udara panas,” katanya.

Beliau berkata, tanpa pemangsa, ulat bulu membiak dengan cepat, kerana apabila seekor ulat bulu bertukar menjadi kupu-kupu, ia mampu menghasilkan 300 biji telur.

“Tempoh penetasan telur hingga menjadi kupu-kupu, hanya mengambil masa 35 hari. Walaupun cuma 100 telur menetas tempoh ketika letusan Bromo hingga awal April sudah menghasilkan lebih sejuta ekor ulat bulu,” katanya.

Hermanu berkata, ketika Bromo meletus, angin dari gunung itu menghala ke Probolinggo membawa bersama debu dan turut menerbangkan ulat bulu sejauh 55 kilometer (km).

“Di kawasan baru ini, ulat bulu dapat membiak dengan cepat kerana ia tidak mempunyai pemangsa semula jadi. Tanpa kehadiran ulat bulu pun, pemangsa di Probolinggo memang semakin kurang. Banyak spesies burung diburu, manakala koloni kerengga musnah apabila penduduk mengambil telurnya untuk dijadikan makanan burung,” katanya.

Hermanu juga mencadangkan pemilik ladang mangga yang terjejas, menggunakan baja organik dan baja kompos bagi mengelak tanaman mati.

“Baja organik mengekalkan kelembapan akar pokok. Selepas daun dimakan ulat, pokok mangga akan menghasilkan daun dan buah yang lebih baik,” katanya.

Ketua Makmal Serangga Fakulti Pertanian Universiti Brawijaya di Malang, Toto Himawan, berkata hingga kini pihaknya belum dapat menentukan spesies ulat bulu itu.

Pandangan beliau disokong pensyarah pengajian makhluk perosak Institut Pertanian Bogor, Dr Aunu Rauf yang mengesahkan ulat terbabit ‘berhijrah’ dari kawasan lain tetapi beliau pasti ia serangga asal Indonesia. – Agensi

Projek Renovate Masjid Pun Adik Najib Sapu?

Kontrak ubah suai masjid didakwa diberi kepada adik Najib

Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa pengerusi SAMM.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur diberi kepada firma arkitek adik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kontrak tersebut diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd milik Nazim, adik perdana menteri, dakwa Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Pemimpin PKR itu menghantar surat terbuka kepada Najib meminta penjelasan mengenai perkara tersebut pada 10 April lalu. Nazim adalah timbalan pengerusi masjid Kampung Baru.

Badrul Hisham menggesa perdana menteri memperjelaskan perlantikan firma Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik perdana menteri yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan.

Pada 5 Februari lalu, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Ketika dihubungi, Badrul Hishan berkata, beliau belum mendapat penjelasan dari perdana menteri berhubung perkara tersebut.

“Saya akan mengambil tindakan lain jika perlu,” katanya.

Elak Makan Telur Mentah

Elak makan telur mentah Oleh ADLAN JAAFAR

MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Sihat

Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.

Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia.

Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.

Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah ‘neutral’ dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari.

Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian.


Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.

Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.

Bagaimanapun, perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 10 bilion biji telur ayam dan itik dihasilkan di negara ini.

PENGHIDAP penyakit kardiovaskular disarankan mengambil bahagian putih telur sahaja.


Tiga biji

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.

Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.

“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.

“Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan,” ulasnya.

Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.

Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.

“Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.

“Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan,” ujar Shariza lagi.

Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.

Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.

Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.

Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.

Seksual

“Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh,” katanya.

Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.

Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.

Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.

“Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan,” katanya.

Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.

Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.

“Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.

“Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut,”
kata Shariza lagi.

Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.

Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.

Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.

“Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi,” ulasnya. -kosmo

Polis Dakwa Sarbani Mati Akibat Kemalangan


KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu. -kosmo


Pondok Tahfiz Terbakar, Warga Tua Rempuh Api Selamatkan Suami Uzur

Ketereh: Seorang isteri warga tua sanggup menggadai nyawa dengan merempuh api untuk menyelamatkan suaminya yang uzur, dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah, di Pondok Tafiz Darulnaim, Kampung Kubang Bongor, Padang Halbam, dekat sini, petang kelmarin.

Pengorbanan Aminah Harun, 70, menarik keluar Masud Ahmad, 86, yang tidak dapat melihat dan berjalan, berjaya menyelamatkan suaminya itu daripada menjadi mangsa kebakaran.

Aminah berkata, sebelum kejadian, beliau sedang membaca al-Quran sebaik selesai sembahyang Asar, manakala Masud pula berehat di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, sebaik selesai membaca al-Quran, beliau terhidu bau sesuatu terbakar lalu membuka pintu belakang rumahnya untuk mengetahui punca bau berkenaan.

"Selepas membuka pintu belakang itu, saya melihat rumah berhampiran sudah terbakar dan api marak dengan pantas, menyebabkan saya terus menerpa ke arah suami yang sedang berehat di ruang tamu rumah.

"Saya terpaksa menarik suami keluar rumah dan ketika itu, api mula marak membakar rumah sehingga saya gagal menyelamatkan sebarang harta benda.

"Saya bersyukur kerana suami yang uzur selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku terhadap penghuni rumah yang terbabit dalam kebakaran itu,” katanya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tujuh rumah papan berdekatan, musnah, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang guru pondok berkenaan, Mohd Zukri Othman, 40, berkata beliau terlihat asap dari sebuah rumah dan cuba memadamnya dengan menggunakan air daripada paip berhampiran.

"Api marak dengan pantas. Mujurlah ketika kejadian kebanyakan penghuni rumah berkenaan keluar bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.29 petang.

Katanya, sebaik tiba, semua rumah papan terbabit sudah 80 peratus hangus dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kepada 30 lagi kediaman berhampiran.

"Kami juga dibantu dua jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bersama 12 anggota dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000 dan punca kejadian masih disiasat," katanya. -BH

Ulasan GB

Nilai kasih sayang sejati jarang kedapatan pada pasangan muda, tetapi dibuktikan di atas amat kental pada pasangan orang lama.

Kaum Cina Tolak BN Di Sarawak, PRU Tangguh

DUN Sarawak: Hakisan undi Cina mungkin tangguh PRU-13

Hakisan sokongan kuat masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang berterusan di Sarawak sejak pilihan raya umum 2008 kemungkinan akan memaksa Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pilihan raya umum ke-13, demikian menurut penganalisis.

Justeru, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN dilihat perlu mengkaji semula gagasan 1 Malaysia untuk memenangi semula sokongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan masalah pembangunan ekonomi dan kekurangan aspek meritokrasi selain telah menyebabkan sokongan berkurangan.

“Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN,” katanya penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

BN menang majoriti dua pertiga dengan 55 dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. DAP menggandakan kemenangan kepada 12 kerusi manakala PKR menang tiga kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas juga mendapat satu kerusi.

Pada pilihan raya 2008, Pakatan Rakyat menang 82 dari 222 kerusi Parlimen dengan DAP memperoleh 28 kerusi, terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai majoriti besar pengundi Cina, yang menolak wakil rakyat BN.


Jika berdasarkan trend mengundi setakat ini, Agus percaya keputusan pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 semalam membuktikan pengundi di negeri itu masih mengundi mengikut kaum.

“Ia masih mengikut segmen kaum, malah lebih daripada biasa. Saya tidak rasa Najib akan mengadakan pilihan raya umum pada masa terdekat.

“Kemenangan di Sarawak tidak membuktikan kemenangan BN... apa yang jelas BN mengekalkan undi Melayu-Bumiputera sementara Pakatan Rakyat melalui DAP mendapat undi Cina,” tambahnya.

Pensyarah itu berkata BN gagal mempertahankan Sarawak sebagai “deposit hayat” atas banyak sebab dan ini akan membuat Najib menangguhkan untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.

Menurut Agus, kehilangan sokongan dari masyarakat Cina menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib yang “inklusif” hilang di kalangan rakyat Sarawak.


“BN dan DAP sekarang bertanding bagi kerusi (mengikut kelebihan komposisi) kaum . . . ini menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib gagal. Sokongan yang kurang dalam masyarakat Cina perlu diambil kira sebelum beliau (Najib) mahu mengadaka pilihan raya umum,” kata Agus.

Jelas beliau, pertarungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) juga sebab utama mengapa perikatan tiga parti itu menang lebih banyak.

“Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain,” kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan “selesa” apabila memperoleh kemenangan.

Najib juga memberikan isyarat meyakinkan apabila mengatakan kemenangan besar di Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya.

“Momentum ini akan kita tingkatkan dan apa yang penting sokongan ini kita kekalkan supaya ia boleh diterjemahkan pada pilihan raya umum,” katanya malam tadi.

BN mengekalkan kemenangan dua pertiga di DUN Sarawak dan pada pukul 10.55 malam tadi BN diisytiharkan menang dengan 55 kerusi atau 75 peratus 71 kerusi yang dipertandingkan. Pada 2006 menang 62 dari 71 kerusi, ini menunjukkan undi BN turun dari 62.93 peratus pada 2006 kepada 55.24 peratus semalam.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, bersetuju dengan pandangan Agus.

“Walaupun Najib bercakap soal 1 Malaysia dan inklusif untuk semua, masih terdapat rasa antara konsep dan pelaksaan dan ini sesuatu yang cuba dieksploitasikan lawannya.

“Lihat keputusan setakat ini . . . ada jurang antara orang Islam dan bukan Islam,” kata Ibrahim.

Seperti Agus, Ibrahim juga berkata kemenangan 15 kerusi Pakatan Rakyat tidak akan dipandang mudah oleh BN.

“Pakatan Rakyat menang di negari yang dianggap sebagai peti deposit BN,” katanya.

Penganalisis itu berkata faktor Najib menyumbang kepada kemenangan BN kali ini.

“Kehadiran Najib dan Najib sendiri yang berkempen di Sarawak... dan apa yang beliau lakukan menyumbang kepada kemenangan BN.

“Ia akan jadi lebih teruk tanpa Najib,” kata Ibrahim. -TMI




Kemenangan DAP wajar diberi perhatian serius

Pertambahan jumlah kerusi dimenangi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin, boleh disifatkan sebagai lanjutan tsunami politik yang berlaku di Kuching pada 2006 dan perlu ditangani dengan serius, kata Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Justeru, katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menganggap kekalahan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai BN sebagai pengajaran dan cabaran yang perlu dikaji secara teliti serta ditangani dengan lebih berkesan.

“Kita harus memandang serius bahawa fenomena ini memang menjadi cabaran besar kepada BN, khasnya kepada parti komponen yang bertanding di kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat GERAKAN di sini, semalam.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penguasaan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai parti politik tempatan di Sarawak tetapi kini beralih kepada DAP dan PKR, jelas memperlihatkan persepsi bahawa hanya parti tempatan mampu menambat hati pengundi Sarawak sudah tidak lagi relevan.

Mengulas punca penolakan pengundi Cina terhadap calon dari parti komponen BN khususnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, termasuk dari segi calon.

Walaupun ada calon SUPP adalah bekas wakil rakyat yang sudah banyak menabur jasa kepada penduduk diwakili, katanya, calon muda diketengahkan DAP berjaya mengubah persepsi pengundi terhadap apa yang mampu disumbangkan mereka pada masa depan jika terpilih.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan pengundi Cina memilih calon pembangkang sebagai wakil mereka, terutama di kawasan bandar, dilihat sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN supaya tidak sambil lewa menangani masalah kaum itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, tidak lama lagi.
“Kekalahan calon BN itu menyaksikan pengundi Cina di kawasan bandar di Sarawak mahukan transformasi kepemimpinan parti itu sendiri. Kehendak pengundi amat penting dan kepemimpinan parti perlu peka mengenai apa yang diutarakan mereka. Begitu juga dengan isu kontroversi membabitkan pemimpin parti, antara penyebab mereka tidak dapat diterima pemilih pada pilihan raya kali ini.

“Pembangunan dan kemajuan di Sarawak begitu memberangsangkan, namun masalahnya ialah janji pemimpin harus dikotakan. Saya lihat kebanyakan pemimpin sudah lama mengemudikan parti dan sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru seperti diuar-uarkan pembangkang ketika berkempen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) serta melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, semalam.

Di GOPENG, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata kekalahan SUPP menggambarkan masyarakat Cina di Sarawak tidak menghargai peranan parti itu yang mewakili kaum mereka.

“Sekiranya keputusan pilihan raya itu dijadikan kayu pengukur, SUPP kini dilihat sudah tidak relevan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak.

“Kegagalan dengan undi sebanyak itu juga memperlihatkan seperti tiada sokongan untuk SUPP dan mereka perlu melihat keadaan ini sama ada masih mahu bersama komponen BN atau tidak,” katanya kepada media selepas merasmikan Rumah Warisan Gopeng, di sini, semalam. -BH


BMI Pelajar Dicatat Dalam Kad Laporan Prestasi

Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.

"Dengan langkah itu, jika ada yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan kembali berat badan yang ideal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, Ahad.

Beliau berkata selain itu, berkuatkuasa serta merta penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan tidak lagi dibenarkan di kantin-kantin sekolah.

"Penjaja di kawasan sekolah juga tidak lagi dibenar menjual makanan dan minuman ringan berkenaan," katanya.

Langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Aprillepas adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa obesiti yang tinggi.

"Kajian Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah mereka yang mengalami obesiti.

"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Liow berkata negara ini masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetis yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan.

"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman NCD ini. Kini dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetis dan 4.8 juta menghidap hipertensi," katanya. - BERNAMA

Siasatan Video Seks Siap, Di Tangan Peguam Negara Mahu Dakwa Datuk T Atau Tidak

Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar) berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.


Ulasan GB

Kita tertanya-tanya dari awal, mengapa polis tidak menahan Datuk T di atas kesalahan mengedar bahan lucah? Tidak adil dan tidak berkecuali. Itu satu kesalahn polis yang serius.

Kini laporan dikatakan telah siap. Hanya terpulang kepada Peguam Negara samada untuk mendakwa atau pun tidak.

Peguam Negara sudah diketahui sikap jelek dan berat sebelahnya selama ini, sedangkan hakim-hakim mahkamah juga beliau yang berkuasa untuk menentukan hakim mana yang mengendalikan sesuatu kes...

Justeru itu, Peguam Negara ini perlu dipastikan supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk T. Jika tidak Pakatan Rakyat perlu desak di Parlimen, Peguam Negara ini dipecat dari jabatannya.


Pakatan Rakyat Sebenarnya Menang Besar Heret Sarawak Ke Arus Politik Perdana

PR cipta kemenangan besar: Sarawak kini dalam arus perdana politik

Pakatan Rakyat mencipta kemenangan besarnya dalam PRN Sarawak 2011 setelah berjaya menawan 16 kerusi DUN (termasuk satu daripada calon bebas).

Antara maknanya yang terbesar adalah menyaksikan bagaimana Sarawak masuk ke dalam arus perdana politik Malaysia, dan tidak lagi terpisah dari gelombang reformasi politik negara.

Dalam tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di bandar menarik kelompok manusia yang menakjubkan, sehingga rakyat mula yakin bahawa PR mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malah mengambil alih kuasa kerajaan negeri. Namun demikian, ia hanya imaginasi yang tercetus kerana kedahagaan terhadap reformasi. Pada hakikatnya, ia terlalu optimis dan kurang pertimbangan realistik.

Dalam PRN Sarawak 2006, PR hanya mampu menawan 9 DUN di kawasan bandar. Kali ini, DAP dan PKR dari Semenanjung berjaya merampas 15 DUN, malah menumbangkan Presiden SUPP George Chan, dan mengakibatkan SUPP hanya mampu mempertahankan 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Bahkan PR berjaya menawan 3 kerusi di kawasan bukan Cina. Gelombang telah mengombak di kawasan desa-bandar, berikutan kemenangan PR ini - dan semestinya ia memberi tekanan kepada parti politik tempatan.

Pengundi Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima perbezaan antara "parti tempatan" dengan "parti Semenanjung", dan semua parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia. Pengundi hanya mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan - bukan lagi perbezaan geografi - lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.

Apabila fikrah sempit politik berdasarkan geografi ini dipecahkan, maka SUPP dan PBB yang rasuah dan tidak cekap gagal lagi untuk berselindung di sebalik "parti tempatan", untuk terus mengabaikan seruan perubahan pengundi.

PR telah mengharungi pertarungan kali ini, dan mendapat kepercayaan daripada pengundi Sarawak. Mereka bukan lagi "parti dari luar", tetapi telah mempunyai asas di Sarawak melalui undi rakyat. Sebaliknya, parti politik yang melabel dirinya "parti tempatan" - telah disingkirkan pengundi tempatan. Apakah mereka masih layak untuk menggelar dirinya "parti tempatan" apabila gagal mendapat restu daripada orang tempatan?

Sepakat dalam nilai politik

Pengundi Sarawak kini lebih mengambil berat tentang "idealisme" daripada "geografi". Perubahan ini membantu untuk membentuk kesepakatan seluruh rakyat dalam nilai politik. Sarawak tidak lagi tersisih dari pinggiran politik Malaysia, sebaliknya lebih rapat dengan arus perdana reformasi politik nasional. Sarawak bukan lagi deposit tetap BN. BN dan UMNO tidak boleh lagi merampas kekayaan dan sumber negeri Sarawak sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan suara rakyat.

Walaupun PR gagal menafikan majoriti dua pertiga BN, namun tidak boleh dinafikan bahawa keputusan PRN Sarawak 2011 adalah kemenangan besar yang bersejarah. DAP dan PKR mempunyai harapan untuk memasuki kawasan desa-bandar, untuk membina akar umbinya pada masa depan.

PRN ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah politik Sarawak. Perhimpunan politik di jalan raya adalah perhimpunan politik terbesar sejak zaman anti-penjajahan pada tahun 1960-an.

DAP menguasai politik Cina

Pada dasarnya, SUPP telah kehilangan reputasi yang dibina sejak 40 tahun yang lalu. Politik Cina di Sarawak bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP. SUPP memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pada masa depan untuk membina semula imejnya, dan melahirkan pemimpin generasi baru. Dengan kata lain, 10 tahun yang akan datang adalah dekad yang merudum untuk SUPP.

SUPP adalah parti politik tempatan, mempunyai organisasi yang luas. Mungkin tidak pecah berkecai, namun ia tetap akan menemui ajal seandainya tidak memikirkan perubahan. Bukan sahaja pimpinannya akan dipertanggungjawabkan lantaran kekalahan ini, malah hubungannya dengan Taib Mahmud juga bakal berubah.

Pada masa yang sama, PBB yang dipimpin Taib Mahmud juga berdepan dengan krisis pengganti. PR menyasarkan Taib Mahmud sepanjang kempen, dan ini akan dipergunakan Najib untuk mendesak agar Taib Mahmud berundur. UMNO berharap Taib berundur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, UMNO juga khuatir dengan Taib, yang kelihatan masih enggan bersara. Kali ini, sentimen rakyat boleh dijadikan alasan Najib untuk mendesak Taib.

"Angkatan tentera DAP" ini telah berjaya menghapuskan Gerakan pada tiga tahun yang lalu. Kini DAP pula meranapkan SUPP, tinggal MCA yang nyawa-nyawa ikan. Sehati senada SUPP berkhidmat untuk "Pek Moh" - Pek Moh makan daging, SUPP minum sup. MCA seharusnya mendapat iktibar daripada kemusnahan SUPP. Seandainya MCA sehati senada berkhidmat untuk UMNO, mereka akan mengalami nasib yang sama.

*Phoon Wing Keong ialah pengkaji politik.


Kuasai 15 kerusi beri Pakatan harapan baru, kata penganalisis

Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.

Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.

“Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.

“Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.

“Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.

“Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,” katanya.

Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.

Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.

“Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,” katanya.

Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.

“Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.

“Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.

“Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,” katanya.

Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang “tewas” besar kepada DAP.

“Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.

“Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.

“Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN,” katanya.

Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.

“Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.

“Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR,” katanya.

Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.

“Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.

“Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.

“Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.

“Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka,” katanya. -TMI