18 Apr 2011

Siasatan Video Seks Siap, Di Tangan Peguam Negara Mahu Dakwa Datuk T Atau Tidak

Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar) berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

“Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu,” katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

“Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu,” kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud “Trio” itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.


Ulasan GB

Kita tertanya-tanya dari awal, mengapa polis tidak menahan Datuk T di atas kesalahan mengedar bahan lucah? Tidak adil dan tidak berkecuali. Itu satu kesalahn polis yang serius.

Kini laporan dikatakan telah siap. Hanya terpulang kepada Peguam Negara samada untuk mendakwa atau pun tidak.

Peguam Negara sudah diketahui sikap jelek dan berat sebelahnya selama ini, sedangkan hakim-hakim mahkamah juga beliau yang berkuasa untuk menentukan hakim mana yang mengendalikan sesuatu kes...

Justeru itu, Peguam Negara ini perlu dipastikan supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk T. Jika tidak Pakatan Rakyat perlu desak di Parlimen, Peguam Negara ini dipecat dari jabatannya.


6 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

FARISZ@AZ.Com

Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

Langkah pertama yang sepatut dilakukan adalah tahanan terhadap dato T sebab terang dan nyata dato T bersalah sebab sebarkan video lucah dan buat tontonan video lucah pada tempat awam.

nak tengok adakah dato T akan didakwa atau tidak oleh penguam Negara.

Tanpa Nama berkata...

dato t tak akan didakwa kerana boleh mejatuhkan imeg umno.

Tanpa Nama berkata...

Demi keadilan sejagat Dato' T wajib didakwa kerana memiliki dan menayangkan video tersebut di khalayak.

akulajuki berkata...

Kenapa polis baru nak buat kenyataan kata bukan DS Anwar dlm video tu sedangkan orang BUTA pun boleh nampak. Ni mesti sebab bn dah menang di Serawak. Nampak sangat umnok memang nak memanipulasi video tersebut. Dari awal FITNAH ianya akan kekal FITNAH utk selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Anjinag tidak akan bertindak selagi tiada menerima arahan daripada tuannya. Inilah bezanya anjing peliharaan & anjing hutan??? fikir-fikirkanlah.................

Tanpa Nama berkata...

mana boleh dakwa orang BN kebal, termasuk najib